Tarikh:
20 September 2013
Lokasi kejadian:
Bandung
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jam 6.30 pagi kami dah bangun. Susah jugak nak kejut budak-budak ni. Tidur lambat memang payah la nak bangun. Jam 7.30 pagi kawan wife saya, Rifa yang memang orang Indonesia datang untuk berjumpa kawan lamanya. Last diorang berjumpa masa zaman sekolah dulu, 18 tahun yang lalu! Dah macam jejak kasih je. Hehe. Masih contact lagi sampai sekarang. Thanks to facebook. Banyak jugak ole-ole dari Indonesia yang dia bagi. Kami bersiap-siap untuk breakfast di tingkat bawah. Style breakfast pun takde pilihan. Bukannya buffet. Makan apa yang ada walaupun tak berapa selera. Cukuplah untuk alas perut. Jam 8.30 pagi kami mulakan perjalanan ke bandar Bandung.
|
Ready to explore Bandung.. |
|
Kedai Alfamart.. Ala-ala 7-Eleven di Indonesia |
Kami singgah sebentar di kedai telekung Pak Teddy. Selain buat bisnes Pariwisata ni dia ada jual kain sulam dan telekung. Sampai di kedainya, kami disambut dengan minuman kopi dan keropok. Sedap betul kopi kat sini. Mesti kena beli dan bawak balik Malaysia. Saya tak berapa arif tentang kain-kain ni. So saya pun melepak kat luar kedai berborak dengan kawan-kawan Pak Teddy. Sungguh ramah orang Indonesia ni. Senang berbicara. Banyak jugak soalan yang saya tanya tentang Bandung dan bisnes-bisnes yang ada kat sini. Kebetulan, sorang kawan Pak Teddy, ni selalu bawak pelancong dari Malaysia jalan-jalan di Bandung. Memang ramai orang Malaysia datang ke sini. Boleh dikatakan setiap hari akan nampak orang Malaysia kat sini.
|
Di kedai Pak Teddy |
|
Pak Teddy tengah melayan tetamu |
|
Pilih jangan tak pilih.. |
|
Bergambar dengan kawan-kawan Pak Teddy |
|
Name card kedai Pak Teddy |
@ Pasar Baru
Selesai setengah jam kat kedai Pak Teddy, kami meneruskan perjalanan ke tempat yang popular untuk pengunjung di Bandung, iaitu Pasar Baru. Jarak dari kedai Pak Teddy dekat je tapi jalan jem membuatkan perjalanan menjadi lama. Memang semua jalan kat Indonesia ni jem ke? Huhu.. Tapi apa yang saya respect, pemandu kat sini memang hebat betul. Kalau kat Malaysia, kena hon sure hangin satu badan. Tapi kat sini hon digunakan untuk memberi jalan atau masuk simpang. Bila memikirkan kalau saya memandu kat sini, memang tak masuk simpang la jadinya sebab jalan terlalu jem. Huhu..
|
Jabar menjadi co-driver melayan Pak Wan |
|
Pemandangan biasa di jalanraya Bandung |
|
Jalan dah jem, amik gambar dalam van je lah.. |
|
Gerai bergerak yang banyak di Bandung. Cari rezeki.. |
Sampai di Pasar Baru jam 11.30 pagi. Pak Wan turunkan kami di tingkat 7. Memang tingkat 7 tempat parking van pariwisata. Di Pasar Baru kami ditemani oleh 2 orang pembantu Pak Wan. Memang kerja diorang ni bawak pelancong meronda di dalam Pasar Baru. Mula-mula kami terkejut jugak kenapa sampai 2 orang. Tapi bila pikir barang yang akan dibeli dan anak-anak yang perlu dijaga, bagus jugak ada 2 orang. Sorang tu namanya Sirin dan sorang lagi Joni. Besar sungguh Pasar Baru ni. Lebih kurang macam GM Plaza kat Chow Kit tapi lebih padat. Bukan setakat kedai yang padat dan rapat tapi bilangan orang ramai menambah lagi kesesakan Pasar Baru. Pening kepala dibuatnya.. Masa ni la si Sirin dan Joni diperlukan untuk menjaga anak-anak dan mengangkat barang. Takut jugak kalau dibawak lari anak-anak kami tapi insyaAllah takde apa-apa kot. Lagipun nampak Sirin dan Joni ni baik orangnya. Sirin dah berkahwin dan ada 3 orang anak. Patutlah nampak pandai melayan budak-budak.
|
Simcard simPATI Indonesia |
|
Memang padat kedai-kedai kat dalam Pasar Baru nih.. |
|
Antara kedai kasut yang ada. Kualiti? Tengok dan nilai sendiri ye.. |
|
Beli jugak sepasang selipar untuk anak-anak sebab diorang dah mengamuk. Huhu.. |
Destinasi pertama yang kami tuju adalah ke kedai menjual simcard. Bolehla nak call Malaysia sehari dua ni. Bayaran standard untuk call dan data simcard adalah Rp 50,000. Tambah dengan nilai topup Rp 30,000. Untuk data Ipad pulak kena bayar Rp 30,000. Seterusnya kami ke kedai kain. Hmm, kedai kain lagi.. Memang duduk diam je la saya dan Wan. Huhu.. Apa yang menarik tentang kedai kain kat sini adalah servis yang diberikan. Kita boleh mintak dia jahit terus kain yang dibeli dan akan dihantar ke hotel dalam masa sehari. Memang terbaik servis tu. Tapi kami tak guna pun servis tu. Macam kurang berminat saya dengan hal-hal kain ni. Beli yang dah siap lagi mudah pada saya. Hehe.. Tapi pada orang perempuan memang lain. Dah siap ke, kain pasang ke semua dibelasahnya.
|
Keadaan Pasar Baru. Lengang di area eskalator je.. |
|
Destinasi utama di Pasar Baru.. Kedai kain pasang lagi..
|
Banyak pilihan.. Saya tengok dari luar kedai je.. Tak pandai memilih.. |
|
Kemudian kami ke bahagian baju batik dan t-shirt souvenir. Agak murah jugak harganya. Cuma kualiti kainnya agak meragukan. Tapi disebabkan murah, apa salahnya beli untuk kenangan kan. Tak rugi pun. Saya mintak Joni bawa saya dan Wan ke kedai borong untuk beli kopi. Dia bawak kami sampai ke luar bangunan Pasar Baru. Bukan setakat dalam Pasar Baru je crowded. Kat luar lagi ganas. Huhu.. Sampai di kedai borong saya beli kopi 3 in 1 yang best kat sini. Ini pasal kes minum kat kedai Pak Teddy la ni. Huhu.. Terus mengidam. Saya tengok-tengok jugak kopi luwak atau nama kasarnya kopi tahi musang. Katanya kopi ni sedap dan mahal harganya. Musang hanya akan makan kopi yang berkualiti dan kopi tu tak hadam seterusnya keluar bersama najis. Then kopi tu dibersihkan dan diproses. Dengar memang geli nak minum. Ada yang kata haram minum kopi ni, ada jugak yang kata tak. Entahlah, wallahualam..
|
Ajak kawan Sirin gi kedai borong kopi kat luar Pasar Baru |
|
Bersama pekerja kedai baju batik.. Untuk dipakai setiap Khamis.. |
@ Resto Karamba
Setelah selesai membeli, tiba masanya untuk membelah.. Hehe.. Jam 2.15 petang kami meninggalkan Pasar Baru dan menuju ke tempat makan tengahari. Tak sempat kami nak explore keseluruhan tingkat di Pasar Baru. Anak-anak dah mula meragam sebab panas dan crowded. Kami mengucapkan terima kasih yang tak terhingga pada Sirin dan Joni yang menemani kami sepanjang berada di Pasar Baru. Yang paling utama dia menjaga anak-anak kami yang hyperactive tu. Tq very much!. Kami memberikan tips Rp 100,000 sebagai tanda terima kasih kami. Boleh upah si Sirin dan Joni lagi kalau datang ke Bandung. Kami keluar dari Pasar Baru dan lunch di Resto Karamba yang menyediakan menu masakan sunda. Agak menarik restoran ni. Nampak macam ekslusif, tapi bila tengok harganya takdelah mahal sangat. Kira sesuailah nak makan sekeluarga. Kami pilih untuk makan bersila. Senang nak kawal anak-anak. First time saya makan masakan sunda terus terpikat. Sedap betul ikan gurame masak asam manis. Nama lain untuk ikan gurame ni adalah ikan kaloi. Nampak macam ikan talapia pun ada. Genus yang sama kot tapi spesies berlainan.
|
Banyak patung peringatan kat sepanjang jalan |
|
Inilah dia Resto Karamba.. Masakan sunda. |
|
Wilujeng sumping maksudnya selamat datang.. Betul ke? |
|
Pilih untuk duduk bersila.. Letih perut terlipat.. Huhu.. |
|
Macam otak-otak. Sedap cicah dengan kuah kacang.. |
|
Orang datang promote air jus dan jamu.. Layankan aje.. |
|
Sedia untuk makan beramai-ramai.. Best! |
@ Factory Outlets
Restoran Karamba ada menyediakan ruang solat. Itu yang terbaik. Selesai makan dan solat jamak, jam 3.30 petang kami menuju ke kedai menjual pakaian kanak-kanak, Anakecil. Takde lah murah sangat harga baju kanak-kanak kat sini. Anakecil tapi hargabesar.. Hehe.. Kat Bandung ada banyak factory outlet. Kami singgah di beberapa factory outlet yang belambak kat sini. Tapi lepas tengok barang-barang yang dijual, nampaknya kurang menarik factory outlet di sini. Kepada yang betul-betul mementingkan kualiti barangan walaupun imitation, ini bukan tempatnya. Baik beli kat Petaling Street je.
|
Dalam butik Anakecil |
|
Pintu masuk butik Anakecil |
|
Layan amik gambar van kami kat luar butik |
|
Kat sini pun ada kes curi motor jugak ye.. Demi keamanan sejagat.. |
|
Plat kenderaan standard. 11.13 tu tarikh luput road tax.. |
|
Kawasan factory outlets yang banyak. Macam-macam ada.. |
|
Takde duit boleh tarik duit di sini.. Hehe.. |
|
Pemandangan biasa gerai-gerai di bahu jalan.. |
|
Kedai barang outdoor.. Mahal jugak kat sini.. Limited choice.. |
|
Layan halal sushi sebentar.. |
|
Proses menyiapkan makanan Jepun.. |
|
Terer budak nih prepare makanan Jepang.. |
|
Kalau kat Malaysia takut nak makan aiskrim nih.. Huhu... |
@ Rumah Mode
Saya mintak Pak Wan bawak ke kedai menjual barangan trekking dengan harapan harga di sini lebih murah dari di Malaysia. Bila tengok harga beg deuter dan yang seangkatan dengannya, rasanya sama je macam kat Malaysia, malah kat Malaysia lagi banyak pilihan. Huhu.. Akhirnya kami menuju ke factory outlet yang paling eksklusif kat sini iaitu Rumah Mode. Barulah puas hati. Barang yang dijual di Rumah Mode memang terbaik dari segi kualiti berbanding dengan factory outlet yang kami singgah sebelum ni. Kenapalah dari awal tadi tak pergi terus ke Rumah Mode. Takpelah, nama pun jalan-jalan. Tak jalan maka tak tau. Boleh tahan kualiti barangan yang dijual kat Rumah Mode ni. Harga agak tinggi sikit dari factory outlet yang lain tapi memang puas hati. Malangnya kami cuma ada kurang sejam untuk jalan-jalan kat dalam Rumah Mode sebab dah nak tutup. Huhu..
|
Rumah Mode. Butik yang nampak begitu grand di Bandung |
|
Layan bergambar sebelum masuk ke Rumah Mode |
|
Bersedia nak balik sebab butik dah nak tutup.. Kejap je. Huhu.. |
@ Restoran Sangkuriang
Jam 9.00 malam kami ke Restoran Sangkuriang untuk dinner. Masakan sunda lagi. Tapi kali ni kami taknak makan berhidang. Hanya order ala-carte pilihan masing-masing. Saya cuma order nasi goreng special je. Teringin nak merasa nasi timbel atau nasi yang pelik-pelik namanya. Tapi takut tak termakan pulak. Kali ni baru saya merasa minum air soda gembira. Gembira tak terkata. Order 2 gelas lagi. Hehe.. Selesai makan malam, jam 10.00 malam kami balik ke Cottonwood. Penat tak terkata. Esok dah nak balik ke Jakarta. Sampai di Cottonwood jam 10.30 malam. Kami menyusun barang-barang yang dibeli dalam beg. Esok pagi terus check-out. Dalam keletihan, tak pasti pukul berapa saya tertidur. Esok cadangnya nak repeat balik ke Rumah Mode. Tak puas ronda sejam dalam tu. Harap-harap terjumpa barang yang diminati. Wallahualam..
|
Restoran Sangkuriang.. Sunda lagi.. |
|
Menunggu makanan sampai |
|
Makanan Indonesia. Nasi timbel kot namanya.. |
|
My all-time favourite drink. Es soda gembira!.. |
*Kos wajib untuk sekeluarga:
- Simcard : RM33.00
- Tips : RM30.00
- Lunch : RM50.00
- Dinner : RM40.00
- Jumlah : RM153.00
*Website yang membantu:
Pasar Baru Bandung
No comments:
Post a Comment