Friday, 20 December 2013

JJCP Indonesia : Persiapan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Indonesia. Teringin betul saya nak ke sana. Kebanyakan orang Malaysia dah merasa melawat Indonesia. Harga tiket yang murah, makan pun mudah malah komunikasi pun tak menjadi masalah. Boleh la nak faham sikit-sikit bahasa Indonesia. Awal tahun 2013 wife saya cadangkan untuk berjalan cari pengalaman di Indonesia. Saya memang takde masalah, asalkan dapat harga tiket flight yang murah. Boleh bawak anak-anak sekali. Maka pencarian tiket flight yang murah pun bermula..

Time to visit Indonesia! (Ihsan Google Images)
Setiap hari wife saya google untuk dapatkan harga tiket flight yang murah. Akhirnya masa bulan Mei dia dapat best price. Hmm, memang betul best price pun. Tak sangka betul boleh dapat harga RM297.00 return untuk kami 5 beranak! Yang lagi best tu sebab naik MAS, bukan Air Asia. Merasa juga anak-anak saya naik flight MAS. Alhamdulillah..

Memang betul-betul murah. Tq Malaysia Airlines!!
Trip kali ni bukan kami sekeluarga je yang pergi, tapi kawan wife saya, Miza sekeluarga 4 beranak dan Jabar yang bergerak secara solo juga ikut sekali. Semua sekali termasuk anak-anak adalah seramai 10 orang. Kira ok la tu, at least boleh kongsi bayar apa yang patut. Saya tak terlibat dalam menyediakan itinerary untuk trip ni. Saya cuma ikut je apa yang wife dan kawan-kawan dia sediakan. Takde la nak pening kepala susun agenda lawatan. Hehe.. Semua hal seperti sewa van, supir, hotel dan lokasi lawatan diorang yang buat. Yang penting rancangan dah dibuat, cuma tinggal nak mengerjakan rancangan tu aje.. Harap-harap seronok dan berbaloi. Apa yang saya kena buat hanyalah apply kelulusan permohonan perjalanan untuk penjawat awam dan insurans sekali. Cuti pun kena apply sehari sebab tarikh perjalanan adalah dari Khamis, 19 September 2013 hingga Ahad, 22 September 2013. Terpaksa tolak cuti sehari dari total 7 hari setahun.. Huhu.. Golden handshake tuu.. Hehe.. Takpe, sehari je dalam setahun.

Kelulusan Permohonan Perjalanan untuk penjawat awam
Insurans dari kerajaan.. Setahun sekali je boleh apply. Huhu..
Tak banyak pun persiapan yang dibuat. Lepas dah apply cuti dan kelulusan ke luar negara beserta insurans, saya ke UTC Sentul untuk buat pasport untuk si kecil Dania Elysha. Abang-abangnya dah ada pasport, masih valid lagi sejak pergi Singapore tahun 2011 dulu. Agak mudah berurusan di UTC Sentul, pantas servisnya. Kalau dulu buat kat Sri Rampai, lewat setengah jam je nombor dah abis. Huhu.. Seterusnya, lepas dah buat pasport, saya ke money changer untuk tukar duit rupiah. Kali ni terasa kaya sekejap sebab trip sebelum ni semuanya currency tinggi. Confirm jutawan pergi ke Indonesia.. Hehe.. Masa saya tukar currency rate adalah RM296.00 untuk Rp1,000,000. Untuk memudahkan pengiraan budget saya kira RM3.00 untuk Rp10,000.

Jutawan juga diriku akhirnya.. Hehe.. (Ihsan Google Images)
Booking hotel dan supir pun dah dibuat. Untuk hotel, wife saya, Miza dan Jabar dah booking hotel yang amat murah. 2 malam di Bandung dan semalam di Jakarta. Saya tak berapa kisah sangat dengan harga hotel di Indonesia sebab masih lagi murah kalau dibandingkan dengan di Malaysia. Saya ada juga mencari supir yang berpengalaman. Standby, just in case kalau last minute masih tak dapat supir yang bersesuaian dan berpatutan. Jabar dah dapatkan supir Pak Teddy yang mengenakan charge Rp 950,000 untuk sehari. Pakej termasuk van Pariwisata, petrol, tol, makan dan minum serta penginapan supir. Saya tak pasti murah atau tak. Tapi bila difikirkan pergi beramai-ramai rasanya ok la kot. Lagipun first time nak ke Indonesia. Apa ada hal, kami kan jutawan.. Hehe..

Pak Wan's namecard.. Our supir.. Dah berumur orangnya. Trevel?
Selesai sudah hal-hal penting, yang tinggal cuma menunggu hari kejadian. Daripada itinerary secara kasar yang saya tengok, trip ni bukan la sightseeing trip tapi lebih kepada shopping trip. Katanya barang di Indonesia murah-murah belaka. Siap boleh buat bisnes lagi di Malaysia. Cantik jugak tu. Hehe.. Apa-apa pun saya memang betul-betul releks sebab cuma jadi pengikut je. Tapi nak kata releks sepenuhnya pun tak juga sebab mengenangkan kerenah yang bakal dicetuskan oleh anak-anak di sana nanti. Yang sulung cepat merungut bila penat. Yang kedua pulak suka buat hal sendiri, even jalan pun ikut suka dia je. Yang si kecik pulak takleh panas, cepat meragam.. Huhu.. Budak-budak, memang camtu. Layankan ajer. Hehe.. Kita tengok je la camna nanti di hari kejadian.. Wallahualam..

*Kos wajib untuk sekeluarga:
  - Flight tickets : RM297.00
  - Hotel              : RM235.00
  - Supir              : RM550.00
  - Jumlah           : RM1082.00

*Website yang membantu:

Visit Bandung

Visit Jakarta

6 comments:

  1. Hi bro, Melancong ke Indonesia perlukan visa ke? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi bro, Malaysia ke Indonesia tak perlukan visa. Tq..

      Delete
  2. Ok, ur welcome.. Btw nice blog with good information, keep it up !

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak buat informasinya..

    Bisa buat referensi ini..

    Sukses selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih pak! Tq for reading my blog!.. :)

      Delete