Sunday 18 August 2024

JJCP Eurora: Day 01 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..





HAMAD INTERNATIONAL AIRPORT

Masih ada 4 jam lagi sebelum flight kami berlepas. Kami berjalan ke foodcourt mencari sesuatu untuk dimakan. Harga makanan di sini boleh tahan juga mahal. Daripada anak-anak pilih sendiri makanan, lebih baik saya yang buat keputusan. Paling mudah order makanan yang sama. Keadaan di foodcourt agak padat dan kami terpaksa menunggu giliran untuk dapatkan tempat duduk. 15 minit menunggu barulah ada meja kosong untuk kami tapi tak cukup untuk semua. Maka ada yang terpaksa mencari meja kosong di tempat lain. Bila travel ramai ni memang kena duduk berasingan. Susah nak dapat tempat duduk untuk kami semua. Saya tengok beberapa kedai makanan yang ada di foodcourt. Akhirnya saya ambil keputusan untuk order KFC je. 2 set dinner meal yang mengandungi 8 ketul ayam, fries dan air berharga QAR92.00 bersamaan RM105.80. Mahal sungguh. Rasanya KFC paling murah berbanding kedai lain di sini.

Marilah menjamu selera KFC paling mahal yang pernah dibeli

Selesai menghabiskan kesemua hidangan, kami solat jamak sebelum bergerak menuju ke boarding gate. Lepas daripada kaunter imigresen dan kawalan keselamatan, sempat lagi kami singgah di kedai duty free. Hehe.. Saje je nak cuci mata tengok perfume yang dijual dan buat perbandingan harga. Agak murah jugalah. Ambil gambar siap-siap. Mana tau ada sahabat yang berminat nak order. Balik nanti boleh la beli. Takkan nak beli sekarang, buat berat beg je. Ada lebih sejam setengah lagi. Boleh jalan dengan tenang. Beg besar pun takde. Lenggang kangkung je berjalan sambil bergambar.

Teddy bear giant ni landmark utama Hamad International Airport

Jam 2.15 petang kami mula berjalan menuju ke Gate C2. Kelihatan sudah ramai penumpang yang menunggu gate dibuka. Setiap kali sampai di balai menunggu, saya mesti teringat kejadian boarding flight masa di Copenhagen dulu. Serius kenangan yang takkan dilupakan bila berlari macam dalam game The Amazing Race. Masa lari tak rasa penat. Bila dah masuk dalam flight barulah lega. Tak sangka masih boleh lari laju lagi. Keadaan terdesak memang begitulah. Hehe.. Kali ni kita belajar dari pengalaman. Barulah tenang je berjalan tanpa rasa bimbang jika terlepas flight.

Budak ni dah standby pakai jaket. Belum sejuk lagi la sayang. Hahah..

Jam 2.50 petang mula kedengaran announcement untuk boarding flight. Alhamdulillah flight kami on-time. Daripada tingkap kelihatan flight Qatar Airways. Walaupun tiket kami Malaysia Airlines, tapi codesharing dengan Qatar. Kami pernah naik Qatar Airways sebelum ni. Memang terbaik servis yang diberikan dan harga tiket pun berpatutan. Harap Etihad dan Emirates buatlah offer murah macam Qatar. Teringin juga kami nak merasa naik. Asal cari tiket mesti tak dapat harga yang murah daripada Etihad dan Emirates. Tapi dapat Qatar lagi bagus sebab ranking lebih tinggi. Cuma teringin nak dapat pengalaman berbeza dengan naik pelbagai airlines. In shaa Allah satu hari nanti.

Jom naik Qatar Airways


# QATAR AIRWAYS QR37

Kami duduk sebaris di seat bernombor 21. Saya dah tak berminat nak duduk di sebelah tingkap. Duduk baris tengah lagi mudah nak bergerak ke tandas. Bagi la anak-anak bergilir duduk belah tingkap. Si Eirfan dah mula mengantuk. Flight belum gerak lagi dia dah mula lelap. Harap-harap dapat makanan best kejap lagi. Boleh ayah dia tolong makan bagi pihak beliau. Hihi.. Keadaan interior nampak seperti flight baru. Skrin pun berfungsi dengan baik. As usual, saya akan dengar lagu je. Moga ada koleksi lagu rock yang terkini. Barulah best layan sampai tertidur.

Gambar standard: ruang kelegaan kaki. Selesa untuk penerbangan jauh.

Tepat jam 3.30 petang, flight Qatar Airways QR37 mula berlepas ke ruang udara meninggalkan Hamad International Airport. Sepanjang perjalanan saya layan beberapa album lagu rock. Kalau boleh taknak tidur sebab sampai di Paris nanti dah malam. Takut tak boleh tidur kat hotel. Selalunya waktu pergi jarang kena jetlag. Bila balik Malaysia je yang selalu kena. Rasa mengantuk tu ada, tapi mungkin disebabkan keterujaan berada di negara luar menyebabkan tak rasa sangat jetlag. Bila sampai Malaysia memang harus jetlag sebab melalui persekitaran harian yang biasa. Sebab tu saya akan ambil extra cuti sehari dua untuk stabilkan semula kepada kehidupan normal sebelum masuk kerja. Hampir 2 jam di udara, barulah sesi makan bermula. Kami pilih kedua-dua pilihan yang ada. Menu patty daging dengan mashed potato memang sedap. Yang tidur kita biarkan beliau terus terlena. Hihi..

Mantap menunya. Lazat..

Alhamdulillah, amat sedap makanan yang dihidangkan. Harap bila Eirfan terjaga nanti dia tak tanya pasal makanan. Hahah.. Saya sambung semula melayan lagu diselangi dengan main beberapa game untuk mengelakkan diri dari terlelap. Selain Eirfan yang tidur nyenyak sampai tak bergerak, anak-anak yang lain sedang melayan movie. Wife saya pun tidur juga. Beliau memang mudah tidur, tak kira apa pun situasi yang berlaku. Hehe.. Hampir 7 jam berada di udara, akhirnya jam 8.10 malam waktu France kedengaran pilot memaklumkan bahawa lagi 10 minit flight akan mula mendarat. Saya kejut anak-anak dari tidur untuk bersiap. Diorang amat teruja sebab ini pertama kali diorang akan jejakkan kaki di bumi Paris. Tepat jam 8.20 malam flight Qatar Airways QR37 mendarat dengan selamatnya di Charles de Gaulle Airport, Paris. Alhamdulillah..


Flight route: From Hamad International Airport to Charles de Gaulle Airport, Paris


# CHARLES DE GAULLE AIRPORT

Kami bersiap-siap untuk keluar dari flight. Terima kasih kepada cabin crew kerana memberikan servis yang terbaik. No wonder la Qatar Airways selalu ranking Top 3 best airlines. Moga selalu tawar harga flight murah dan berpatutan ye. Urusan di kaunter imigresen agak lancar. Tak ramai pulak orang yang beratur. Dari keluar flight tadi tak sampai setengah jam kami dah berada di tempat baggage claim. Setelah menunggu semua selesai pick-up beg masing-masing, kami berjalan menuju ke terminal CDGVAL, iaitu shuttle train yang menghubungkan semua terminal di airport. CDGVAL ni free je, sama seperti aerotrain di KLIA.

Let's jom ahli rombongan. Welcome to Paris!

Kami sampai di Terminal 1. Kami naik CDGVAL menuju ke Terminal 3. Sampai di Terminal 3 kami beli tiket untuk ke bandar Paris dan seterusnya ke hotel yang terletak di Pantin. Harga tiket train RER dari CDG Airport ke bandar Paris untuk dewasa adalah EUR10.30/person dan kanak-kanak 4-11 tahun adalah EUR7.20/person. Keras sungguh harganya. Huhu.. Jam 10.00 malam kami naik train RER B menuju ke Gare Du Nord station dan seterusnya naik Metro 5 menuju ke Hoche station. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 15 minit. Dari Hoche station jarak ke hotel amat dekat. Keluar je dari metro station terus nampak hotel. Cuma terdapat satu masalah, iaitu lif untuk keluar dari station rosak la pulak. Eskalator pun takde. Jadi terpaksalah guna khidmat anak-anak untuk tolong angkat beg naik tangga yang agak tinggi juga la. Takpe, mereka amat bertenaga walaupun hampir lewat malam.

Masih tidur lagi budak ni. Boleh pulak time ni lif rosak ye.

Train & Metro route: From CDG Airport to Hoche via Gare du Nord


# HOTEL CAMPANILE PANTIN

Akhirnya jam 11.30 malam kami sampai di Hotel Campanile Pantin. Saya berurusan di kaunter untuk ambil semua kunci bilik. Nasib baik lif hotel berfungsi. Kalau tak jenuh la Eimran dan Eiman kena tolong angkat beg lagi. Selesai urusan di kaunter, saya berikan kunci bilik masing-masing. Kami ambil bilik bernombor 509 yang ada 1 katil queen dan 2 katil single. Pandai la anak-anak tidur rapat-rapat ye atau ikut giliran. Elysha tak suka tidur berhimpit. Dia lagi suka tidur kat lantai sorang-sorang. Ada juga anak saya yang macam tu ye. Takpelah, asal beliau bahagia. Tidur kat lantai tu tak kisah sangat. Yang penting tidur kat mana. Paris kot, bukan Parit. Janji dapat berjalan ye. Hahah..

Walking route: From Hoche metro station to Hotel Campanile Pantin

2 malam kami di sini. Selesa juga la.

Masuk je dalam bilik hotel, kami terus bergilir ke bilik air untuk mandi. Sejak dari Kota Damansara tak mandi kot. Huhu.. Lepas mandi barulah rasa segar. Nak tidur pun syok. Setelah selesai semuanya bersihkan diri dan solat, kami bersiap untuk tidur. Wife dah mula buka beg untuk siapkan pakaian semua esok hari. Hanya dia je yang tahu susunan pakaian dalam beg. Pakaian untuk 2 hari di Paris diletakkan dalam satu beg supaya tak perlu buka beg yang lain. Mantap sungguh isteriku. Hihi.. Jam 12.00 tengah malam saya dah mula baring dan tidur. Tak pasti anak-anak dah tidur atau tak. Jangan esok mengantuk bila berjalan sudah la. Banyak tempat nak explore esok. Selesai sudah perjalanan yang amat panjang untuk hari ni. Moga dipermudahkan urusan kami untuk hari esok.


Wallahu 'alam..





No comments:

Post a Comment