Sunday 5 January 2020

JJCP Scandiscovery: Day 17 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ ISNIN, 24 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ QATAR AIRWAYS QR164


Dah pukul 5.10 petang dan kami masih lagi setia menunggu di terminal. In shaa Allah dalam beberapa minit lagi kaunter Qatar Airways akan dibuka. Moga flight kami tak delay. Huhu.. Baru saya perasan, flight kami yang dijangka berlepas jam 9.40 malam adalah flight yang terakhir untuk hari ni. Patutlah makin kurang orang kat dalam ni. Maknanya yang tinggal ni akan naik flight yang sama dengan kami melainkan ada yang sedang menunggu flight tiba ataupun bermalam kat sini untuk flight awal pagi esok.

Setia menunggu. Flight kami yang terakhir untuk malam ni masih tiada maklumat
Jam 6.20 petang barulah keluar di skrin mengenai kaunter check-in bagi Qatar Airways. Risau juga kalau kat skrin tu keluar perkataan delay atau cancel. Huhu.. Flight kami berada di Terminal 2 dan kaunter check-in bagi Qatar Airways adalah di kaunter 136 - 143. Banyaknya kaunter yang dibuka. Mesti flight full-house ni. Tak dapat la kami nak conquer 2 seat seperti flight Air France yang kami naik pada 2015 dulu. Masa tu ramai penumpang pakat baring terus sebab banyak seat kosong. Hihi.. Tanpa membuang masa kami terus bergerak ke Terminal 2 dan mencari kaunter check-in untuk Qatar Airways.

Let's check-in. Jangan buang masa lagi macam haritu. Hehe..
Ramainya penumpang yang sedang beratur di kaunter check-in. Nasib baik kami sampai awal. Di depan kami ada couple dari Malaysia. Sementara menunggu giliran, saya berborak dengannya. Diorang travel sendiri seperti kami. Cuma diorang hanya jalan-jalan di Copenhagen je selama 5 hari. Mesti kaya ni sebab hanya jalan-jalan kat Copenhagen je. 5 hari pulak tu. Kalau saya tidak la sampai 5 hari kat satu tempat. Confirm jauh kami berjalan dalam masa 5 hari tu. Hehe.. Diorang takpe la kot, next trip mungkin diorang datang sini lagi dan jalan-jalan kat Stockholm pulak. Macam kami ni dah alang-alang sampai sini terus cover semua bandar di Scandinavia. Walaupun sehari je kat setiap bandar tu, sudah cukup berikan pengalaman berharga buat kami.

Acah-acah kaya check-in kat Business Class. Hahah..
Lebih sejam kami beratur, jam 7.40 malam barulah sampai giliran kami di kaunter check-in. Huhu.. Staff yang bertugas amat baik melayan kami. Setiap kali check-in, hati saya berdebar-debar. Bukan takut jika bawa barang terlarang, tapi risau kalau berat beg kami tak menepati syarat flight company. Sebab tu kena baca dan faham betul-betul terms & condition untuk luggage bagi flight yang kita naik. Ada flight yang boleh terima 2 beg untuk satu penumpang selagi tak exceed limit. Ada yang hanya terima satu beg je tapi boleh combine berat beg untuk satu group. Ada juga yang langsung tak boleh combine berat beg. Kalau low-cost airlines lagilah strict. Huhu.. Kami ada 3 beg. Combine ketiga-tiganya tak sampai 60 kg. Nasib baik Qatar Airways boleh terima. Legaa..

Moga semua beg kami menepati syarat. Hehe..
Terkejut juga saya apabila kali ni hand luggage pun kena timbang. Flight yang kami pernah naik sebelum ni mana pernah check berat hand luggage. Masa datang haritu pun tak check. Nasib baik bila timbang beg saya beratnya 6.9 kg. Cawan Starbucks ada dalam tu. Hehe.. Bayangkanlah kalau terlebih berat, memang jenuh la nak bukak balik beg dan kemas semula semua barang. Punggah depan khalayak ramai pulak tu. Huhu.. Dah selesai semuanya, kami terus berjalan ke kaunter immigration clearance. Taknak buang masa lagi. Dah selesai nanti boleh jalan-jalan kat duty-free area. Ada banyak masa lagi ni. Hehe.. Alhamdulillah, tak ramai pulak orang beratur kat immigration clearance. Mungkin kerana tinggal flight kami je yang nak berlepas malam ni. 15 minit beratur dan selesai semuanya dengan selamat.

Sempat lagi mencari perfume murah di sini
Tengah seronok memilih perfume, Rama whatsapp dalam group mengatakan ada satu lagi checking counter di dalam dan orang beratur panjang. Haduii, ada lagi ke yang nak kena beratur. Ingatkan lepas ni terus tunggu kat gate je. Kalau beratur pun selalunya tak panjang. Nak buat macam mana, setiap airport ada undang-undangnya tersendiri demi keselamatan airport. Kami yang hanya penumpang kelas ekonomi kenalah akur. Saya terus beratur untuk bayar perfume. Rugi pulak kalau tak beli sebab murah. Hihi.. Lepas tu dengan pantas kami berjalan ke arah Gate C33. Di hadapan kami kelihatan satu barisan yang agak panjang untuk masuk ke Gate C. Beratur lagi la nampaknya. Huhu..

Kali ni barisan lagi panjang dari tadi. Huhu..
Walaupun baru jam 8.30 malam, tapi saya tetap rasa gelisah. Kejadian haritu memang menghantui fikiran saya. Taknak lagi berlari-lari di airport. Kalau masuk The Amazing Race takpe la, mungkin boleh dapat sejuta kalau menang. Tapi yang ni kalau terlepas alamatnya kena keluar duit untuk beli tiket lain la jawabnya. Huhu.. 20 minit beratur, daripada satu barisan menjadi 3 barisan di kaunter. Tinggal lagi sorang sebelum giliran saya, ada pulak kejadian yang berlaku. Lelaki di depan saya tu kena tahan kerana dia tak dapat berikan dokumen yang diperlukan oleh staff di kaunter. Beberapa petugas datang kepadanya dan bawa dia ke tempat lain untuk disoalsiasat. Sampai giliran saya, urusan berjalan dengan lancar. Saya teruskan perjalanan ke Gate C33 dengan gembiranya. Hehe..

Ramai penumpang di Gate C33. Confirm flight full-house.
Kami dapat seat yang berbeza tapi masih duduk bersama pasangan. Masa wife saya check-in online semalam, memang tak dapat seat bersebelahan untuk kami berenam. Takpelah, yang penting ada seat dan duduk bersama pasangan masing-masing. Kalau tak jenuh juga nak negotiate dengan penumpang lain untuk tukar seat. Dapat penumpang yang baik hati takde masalah. Jam 9.15 malam kedengaran announcement untuk penumpang mula masuk dalam flight. Bermula dengan penumpang business class, kemudian panggilan untuk penumpang yang berada di seat paling belakang dulu. Kami yang dapat seat nombor 10J dan 10K dah tentu yang paling akhir akan dipanggil untuk masuk ke dalam flight.

Gambar terakhir kami berenam di bumi Scandinavia

@ QATAR AIRWAYS QR164

Kawan-kawan dah masuk sebab dapat seat belakang. Akhirnya panggilan untuk seat hadapan. Dalam keseronokan untuk balik ke pangkal jalan ada juga terselit kesedihan sebab nak meninggalkan bumi Scandinavia. Entah bila la agaknya kami dapat lagi datang ke sini. Huhu.. Manalah tau ada geng travel lain yang mintak saya bawa diorang ke sini. Memang ada yang teringin, tapi tak berani. In shaa Allah saya sanggup untuk bawa jalan-jalan di sini. Tapi kena tengok jadual juga. Macam biasa, kerja sebagai cikgu memang masa cuti sekolah je boleh travel. Hari biasa jangan haraplah bos nak bagi kelulusan. Hehe..

From Copenhagen to Doha
Masuk je dalam flight, rupanya seat kami adalah first row untuk economy class. Memang luas la ruang untuk kaki kami. Kalau flight Air Asia dah kira hot seat ni, kena bayar lebih. Hehe.. Selesai letak beg di ruang atas, kami menunggu flight untuk berlepas. Di sebelah kami ada seorang penumpang lelaki cina. Agak muda orangnya. Dialah yang buat hal masa kat kaunter check-in tadi. Entah apa masalahnya, kemain dia marah staff bertugas. Muka pun berlagak je. Dari gaya macam orang kaya, tapi duduk kat economy class juga. Mungkin dia nak upgrade ke business class tapi tak dapat sebab takde kosong kot. Cehhh... Buang masa je orang macam ni. Apa-apa pun harap dia tak buat hal masa flight dah berlepas. Susah bila ada orang macam ni, berlagak tak kena tempat. Nak amik gambar dia pun takde selera. Haha..

Fuhh, selesanya kaki kami. Hehe..
Flight kami agak lewat berlepas. Jam 9.50 malam pun masih belum bergerak. Mungkin menunggu penumpang lain yang belum tiba. Kami faham kerana kami sendiri pernah membuatkan Norwegian Airlines berlepas lambat. Jadi tak perlu nak rasa marah. Kena kat diri sendiri baru tau betapa bersyukurnya bila flight menunggu kita. Hehe.. Jam 10.00 malam barulah flight mula bergerak dan kemudian berhenti seketika sebab ada kenderaan sembur air pada sayapnya. Tak pasti air atau cecair lain. Mungkin nak bagi pandangan lebih jelas semasa terbang di waktu malam. Yang pasti ianya adalah untuk keselamatan kami semasa dalam perjalanan.

Moga selamat perjalanan kami hingga ke destinasi
Jam 10.20 malam berulah flight Qatar Airway QR164 berlepas dengan jayanya meninggalkan Kastrup International Airport. Selamat tinggal Scandinavia. Moga dapat jejakkan kaki di sini lagi satu hari nanti, in shaa Allah. Lampu dalam cabin ditutup untuk penumpang tidur dan berehat. Saya cuba untuk tidur sebab nak elakkan dari jetlag bila sampai Malaysia. Sesungguhnya jetlag itu amat memenatkan. Bayangkan waktu siang dengan matahari tegak atas kepala pun boleh mengantuk. Huhu.. Kalau kena sehari dua takpelah. Takut terbawa sampai seminggu, tu yang paling takut. Lusa dah nak bermesyuarat di sekolah. Ada juga yang bertafakur dalam bilik mesyuarat nanti. Jangan berdengkur sudah la. Hehe..

Melayan mata sampai terlena
Hampir sejam memaksa mata untuk tidur, lampu dalam cabin dibuka semula. Awal betul masa untuk makan. Duduk pulak seat depan, confirm dapat makanan dulu. Layankan aje. Mungkin lepas makan lebih mudah untuk tidur. Tiada pilihan makanan, kami dapat menu meatloaf beserta kentang dan sayur. Berselera sungguh saya makan. Sekejap je dah habis. Rasa macam tak cukup pulak. Lelaki cina kat sebelah tu langsung tak makan. Bagus juga dia tidur. Mungkin stewardess bertugas memang taknak kejut dia kot. Hihi.. Jangan dia bangun nanti buat kecoh mintak makanan sudah la. Harap masa tu saya dah tidur lena. Saya kalau dah tidur sukar untuk dikejutkan. Hanya wife saya je pakar dalam mengejutkan saya. Hihi.. Dah selesai makan, meja dilipat dan saya terus paksa untuk tidur sambil mendengar lagu. Moga dapat tidur yang berkualiti hingga sampai di Doha. Wallahu 'alam..

Menu supper kami. Sedap yang amat..
Bagus betul Ahsan bagi review kat kami. Thanks!..
Jumlah penggunaan kaki hari ni




No comments:

Post a Comment