Tuesday 24 December 2019

JJCP Scandiscovery: Day 16 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ AHAD, 23 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ KASTRUP INTERNATIONAL AIRPORT
@ BYENS HALLAL & PIZZA
@ AIRBNB - AHSAN


Masuk je dalam shuttle bus, tepat jam 1.00 petang bas bergerak menuju ke terminal. Rupanya memang driver tunggu kami sebab takde orang lain pun dalam bas ni. Hihi.. Sementara menunggu bas sampai di terminal, saya google di mana letaknya tempat luggage storage di airport. Harap-harap dekatlah dengan bus stop yang kami akan turun kejap lagi. Masa sampai haritu saya tak perasan tentang signboard luggage storage sebab tak terfikir nak tinggalkan beg di airport masa tu. Bila dah terasa berat semacam beg ni barulah rasa macam nak letak di luggage storage. Kos penyimpanan bergantung kepada saiz locker. Tengok pada dimension macam kena guna 2 locker je. Huhu..

Info tentang luggage storage di Kastrup Airport (Ihsan Google)

@ KASTRUP INTERNATIONAL AIRPORT

10 minit perjalanan dalam bas, akhirnya kami sampai di bus stop yang sama masa kami naik haritu. Alhamdulillah, terus nampak signboard arah ke baggage locker. Tak sampai 5 minit menolak beg, akhirnya kami sampai di baggage locker yang terletak di kawasan parking kereta P4. Tengok surrounding macam tak secure je tempat simpan beg ni sebab agak terlindung dari pandangan orang awam. Harap-harap ada CCTV kat sini. Huhu.. Ingatkan kedai yang buat servis simpanan beg, rupanya self-service locker.

Baggage lockers terletak di Parkeringshus 4 (P4)
Saya buka locker yang paling besar. Hanya satu beg besar je yang muat. Masing-masing bawa satu beg besar dan satu beg sederhana. Beg kami pulak dah beranak lagi satu. Ikea Museum punya penangan la ni. Jadi terpaksalah kami guna 2 locker besar untuk memuatkan barang kami. Kami tengok locker untuk barang ski/golf sebab nampak tinggi tapi beg langsung tak boleh masuk. Nak buat macam mana, bayar jelah harga untuk 2 locker tu. Huhu.. Yang penting sepanjang 24 jam di Copenhagen ni kami berlenggang je. Itupun kalau tak beli apa-apa lah. Macam kurang logik jika tak membeli. Beg yang baru beranak tu ada banyak ruang lagi. Hihi..

Ikut je pada arahan kat skrin tu. Hanya kad kredit sahaja boleh digunakan
Resit tu untuk bayaran penyimpanan selama 24 jam. Esok dah tentu kami sampai airport lebih dari 24 jam. Jadi kenalah standby bayaran tambahan. Resit kena simpan baik-baik sebab ada nombor kod untuk buka semula locker tu. Kalau hilang dan lupa kod, charge untuk buka ialah DKK800.00/locker. Fuhh, tekan harga betul airport ni. Huhu.. Adalah lebih baik ambil gambar dan simpan di tempat yang selamat. Moga selamat la semua beg kami. Bila dah berlenggang ni pergerakan lebih mudah dan pantas. Hehe.. Seterusnya kami berjalan menuju ke train station untuk membeli tiket. Disebabkan kami nak gunakan sepenuhnya masa 24-hour ticket hingga sampai di airport esok, jadi untuk ke AirBnb sekarang ni kami beli single ticket dulu sebab lebih murah dan berbaloi. AirBnb kami terletak di Jyllingevej Station, jadi harga untuk single ticket adalah DKK36.00/person.

Single ticket for 3 zones
Takde masalah kalau tak pasti tentang bilangan zone. Yang penting kena tau destinasi. Tekan je kat mesin tu nak pergi mana dan mesin akan calculate harga. Mudah je. Cuma kena pastikan sampai pada waktunya sebab validity single ticket hanya 90 minit dari waktu pembelian. Lepas beli kena terus lari naik train. Hehe.. Lepas semua dah beli tiket masing-masing, kami menunggu train untuk bawa kami terus ke Jyllingevej Station. 10 minit menunggu dan train pun sampai.

Metro & S-Train route: From Lufthavnen Station to Vanlose Station and Jyllingevej Station
Kami sampai di Jyllingevej Station jam 2.50 petang. Berhampiran dengan station ada satu restoran halal. Kami singgah sekejap untuk bungkus dan makan di rumah. Kami tak boleh makan di restoran sebab nak kejar masa untuk naik bas sementara tiket kami masih valid lagi. Kalau dah habis waktu validity tiket kena jalan kaki la jawabnya. Agak jauh juga AirBnb kami dari station ni. Lebih jauh dari rumah di Friheden dulu. Sebab tu kami simpan luggage di airport sebab tak larat kalau nak bawak. Huhu.. Dah ini je AirBnb yang berbaloi untuk kami berenam. Kat tengah bandar Copenhagen memang ada AirBnb, tapi harga berkali-kali ganda la mahalnya. Huhu..

Walking route: From Jyllingevej Station to Byens Hallal & Pizza

@ BYENS HALLAL & PIZZA

Sampai je di Byens Hallal & Pizza, kami terus tengok menu dan order. Tak banyak menu yang ada. Kami order 2 set Big Burger Menu untuk dimakan hari ni dan 2 hotdog untuk breakfast esok pagi. Senang beli siap-siap sebab esok pagi kami mungkin tak masak, bergantung kepada keadaan rumah yang kami nak bermalam hari ni. Kalau facility menarik macam rumah Anne haritu mungkin kami cari barang untuk dimasak. Hehe.. Saya tengok jam sambil menunggu order kami semua siap. Rasa macam tak sempat nak naik bas. Jarak dari restoran ni ke AirBnb hampir 2 km tu. Huhu.. Kalau tak nak jalan kaki, terpaksalah beli single ticket lagi. Tak berbaloi pulak nak beli tiket semata-mata untuk perjalanan sejauh 2 km je.

Kali ni order sekali untuk breakfast esok pagi
Boleh lama pulak pekerja restoran ni siapkan makanan kami. Padahal takde customer lain pun kat dalam restoran ni. Akhirnya jam 3.15 petang barulah siap semuanya. Dengan pantas kami keluar dari restoran dan berlari ke bus stop. Kami menunggu bas bernombor 142, tapi yang sampai adalah bas 9A. Aduhh, cepat lah bas 142 sampai sini. Tinggal beberapa minit je lagi sebelum single ticket kami expired. Kalau bas sampai sekarang pun dah pasti tiket kami expired dalam bas. Mungkin boleh dimaafkan kot sebab kami dah naik sebelum expired. Apa-apa pun kalau tiket kami kena check dalam bas, kami jawab la yang kami ni tourist, tak faham dengan konsep tiket kat sini. Boleh diterima kot alasan tu. Huhu..

Hanya bas bernombor 142 je yang lalu depan AirBnb
Jam 3.25 petang bas berikutnya sampai. Kami terus naik dan tunjukkan tiket pada driver. Driver tak kata apa bermaksud kami boleh la guna tiket ni lagi. Hihi.. Agak penuh penumpang dalam bas. Sambil berdiri saya melihat ke luar untuk pastikan kami turun bus stop yang betul. Dalam google maps saya cuma hafal ada jejantas pejalan kaki berhampiran dengan AirBnb dan perjalanan cuma mengambil masa 2 minit je. Macam tu je cara saya hafal tempat. Kalau la gambar dalam google map tu tak update memang habis la turun salah tempat. Huhu..

Mata tetap fokus memerhatikan jalan di depan. Hehe..
2 minit berlalu dan saya nampak jejantas di depan. Terus saya tekan loceng. Bas berhenti dan kami berjalan menaiki jejantas untuk lintas ke seberang. Sekarang cuma nak mencari mana satu AirBnb kami sebab gambar yang ditunjukkan dalam website AirBnb tak seperti yang saya lihat depan mata sekarang. Huhu.. Yang saya ingat cuma nombor rumah sebab tuan rumah bagitau saya dalam mesejnya. Turun je tangga jejantas ada satu rumah yang tak bercat sepenuhnya. Rasa macam inilah rumahnya. Ada banyak pintu pulak tu. Saya tawaf keliling rumah untuk mencari nombor rumah. Akhirnya jumpa nombor yang sama seperti dalam mesej.

Bus 142 route: From Alekistevej Bus Stop to Hojrisvej Bus Stop
Licin sungguh tangga jejantas ni. Huhu..

@ AIRBNB - AHSAN

Address: Jyllingevej Near Jyllingevej St., Rodovre 2610 Denmark

Saya ketuk pintu berkali-kali, tapi takde respon. Saya pusing sekali lagi untuk mencari pintu yang lain. Nampak macam ada orang kat bahagian bawah rumah. Mungkin orang tu pun penyewa AirBnb sebab banyak pintu kat rumah ni. Huhu.. 10 minit kami menunggu dan mengetuk pintu berkali-kali barulah pintu dibuka. Itupun bukan tuan rumah yang buka tapi penyewa lain yang nak keluar. Bila kami jenguk ke dalam rumah dan ketuk pintu yang dah sedia terbuka barulah tuan rumah keluar. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Ahsan. Dia jemput kami semua masuk dan tunjukkan rumah kami yang berada di tingkat atas. Melihat keadaan dalam rumahnya, barulah saya faham bahawa kami hanya menyewa bilik di keseluruhan tingkat atas. Dalam rumah ni ada banyak bilik lain yang disewakan. Pintu tadi hanyalah pintu utama untuk ke pintu-pintu lain di dalam rumah ni. Complicated sungguh la.. Huhu..

Walking route: From Hojrisvej Bus Stop to AirBnb - Ahsan
Nombor rumah dah betul tapi macam takde orang je. Huhu..
Kami terbau masakan kari. Ahsan sedang masak rupanya. Dia seorang muslim dan juga duduk di dalam rumah ni. Dia kata kami boleh order makanan dari dia jika nak. Untuk breakfast pun dia boleh sediakan tapi dengan bayaran. Dia bekerja sebagai driver teksi. Dia offer untuk hantar kami berenam ke airport dengan bayaran yang berpatutan. Saya tolak dengan cara baik. Lain macam je tengok cara dia bercakap. Tengok pada alamat dia pun rasa macam tak betul. Dekat apanya dengan Jyllingevej Station kalau sampai 1.5 km. Huhu.. Nasib baiklah kami berenam. Kalau sorang diri takut juga dibuatnya especially perempuan. Dia kata jika ada apa-apa yang diperlukan boleh mesej dia bila-bila masa. Buat masa ni kami tak perlukan apa-apa ya. Hihi..

Booking via AirBnb websites
Keadaan dalam AirBnb kami
Cuba perhatikan gambar dalam website dan juga gambar yang saya ambil. Berbeza sungguh. Nasib baik description dia tentang 3 bilik tu betul. Kalau tak semua kena tidur kat ruang tamu. Huhu.. Saya terpaksa pilih juga rumah ni sebab harganya dan juga lokasinya yang dekat dengan bandar Copenhagen. Nak kata murah pun tak juga. Kalau dilihat pada harga, dah boleh bayangkan betapa mahalnya AirBnb yang lain di Copenhagen. Huhu.. Apa-apa pun perut yang lapar kena diisi dulu. Dah kenyang baru boleh fikir secara rasional.

Kita layan burger dulu untuk hilangkan keresahan terhadap tuan rumah. Hihi..
Lepas makan, kami bersiap-siap untuk keluar ke bandar Copenhagen. Rugi habiskan masa di hari terakhir ni kalau tak berjalan. Saya cadangkan untuk berjalan kaki dari sini ke train station. Last day in Copenhagen, apa salahnya exercise sikit melayan angin malam. Balik Malaysia nanti dah tak merasa cuaca sejuk macam ni. Hehe.. Sementara kami bersiap, tiba-tiba ada seorang lelaki nak masuk dalam rumah kami. Terkejut kami. Dia minta maaf sebab tersalah pintu katanya. Mana mungkin. Tangga naik ke atas hanya untuk ke rumah kami. Takkan boleh tersilap. Saya dah rasa tak sedap hati. Walaupun ada pintu kat tangga dan kunci tapi dah tentu tuan rumah pun ada juga. Nasib baiklah kami tak bawak beg besar. Jadi malam ni semua dokumen penting kami kena bawa sekali. Boleh pulak rumah terakhir kami jadi hal macam ni. Haduii.. Moga semuanya selamat sepanjang masa kami di luar malam ni. Wallahu 'alam..



No comments:

Post a Comment