Thursday 19 December 2019

JJCP Scandiscovery: Day 14 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ JUMAAT, 21 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ FITTJA MOSQUE
@ ALEPPO KEBAB
@ AIRBNB - ANDERS

Terima kasih Stockholm atas kenangan terindah kami di sini, walaupun hanya sehari setengah. Dari rumah Susanne kami teruskan perjalanan menuju ke masjid yang dikatakan telah menempah sejarah semasa pembukaan rasminya. Kebetulan kami memang menuju ke selatan Stockholm, maka dapatlah peluang kami singgah di masjid ni. Jarak menuju ke masjid dari rumah Susanne dalam 20km. In shaa Allah sempat kami tunaikan solat jamak sebelum masuk waktu Maghrib.

Driving route: From AirBnb-Susanne to Fittja Mosque

@ FITTJA MOSQUE

35 minit memandu, akhirnya kami sampai di Fittja Mosque. Ada kawasan parking di sebelah masjid. Waktu Maghrib di sini jam 2.55 petang. Kami bergegas masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat jamak. Selesai solat barulah saya berjalan di dalam masjid untuk mengambil gambar sementara menunggu masuk waktu Maghrib. Alhamdulillah, dapat juga saya merasa solat di masjid ni. Sebelum ke sini, semasa saya mencari lokasi masjid untuk dimasukkan dalam itinerary, saya tengok dalam youtube tentang masjid ni. Pada pembukaannya pada 26 April 2013, pihak masjid telah meminta kebenaran dari pihak berkuasa dan polis Sweden untuk melaungkan azan dan permintaan diterima. Maka pada hari tersebut berkumandanglah azan secara live buat pertama kalinya di bumi Sweden. Allahuakbar..

Weather forecast di Fittja
Ruang kasut dan bilik wudhuk. Amat bersih..
Subhanallah.. Cantik sungguh hiasan dalaman masjid ni
Azan maghrib berkumandang di speaker. Jemaah pun dah mula ramai masuk ke dalam ruang solat utama. Dapat 2 saf penuh dah cukup bermakna. Selesai solat berjemaah dan jamak, kami bersiap-siap untuk teruskan perjalanan. Cuaca dah mula gelap di luar. Sempat lagi saya bergambar di sekitar masjid untuk kenangan travel saya. Tak sangka sampai juga saya di masjid ni dan dapat solat berjemaah dengan penduduk muslim di sini. Alhamdulillah..

Pemandangan di luar masjid. Bersyukur dapat jejakkan kaki di sini..
Perut sudah lama berkeroncong. Kami belum makan lagi hari ni. Sebelum ke AirBnb berikutnya, kami mencari restoran halal berdekatan. Ada satu restoran kebab di seberang jalan tapi tutup. Saya kena cari restoran yang lain. Nasib baik saya dah standby awal. Setiap kali susun itinerary, saya akan sediakan 2 lokasi untuk restoran halal, in-case terjadi kejadian seperti ni, sama ada tutup ataupun dah tak beroperasi. Kat Malaysia macam mana nak tau sebab restoran kecik selalunya tak banyak info dalam internet. Tapi sebelum isi perut masing-masing, kami kena singgah stesen minyak untuk isi perut kereta dulu. Lemah sungguh bila tengok nilai krone laju je bergerak kat skrin. Huhu.. Dah nama pun travel, kena la isi walaupun harga minyak mahal. Hihi.. Apa-apa pun saya dah cipta rekod peribadi kat sini iaitu mengisi minyak paling mahal dalam sekali isian. Hahah..

Laju sungguh meter tu gerak. Total isi SEK876.74. Pengsan bila convert ke RM. Huhu..
Fuhh.. Harap-harap minyak boleh bertahan sampai hari return nanti. Masih jauh lagi perjalanan, jangan haraplah. Hehe.. Lagipun polisi full-to-full, maknanya kena isi penuh sebelum return kereta. Kalau tak penuh lagi tinggi dia charge. Adalah lebih baik ikut peraturan. Hihi.. Selesai isi minyak, kami terus menuju ke restoran halal yang telah saya set dalam GPS untuk mengisi perut kami pulak. Nasib baik dekat je dengan stesen minyak ni. Kalau tak bukan lagu keroncong lagi dah yang berbunyi. Hihi..

Driving route: From Fittja Mosque to Aleppo Kebab

@ ALEPPO KEBAB

Saya terpaksa memandu ke arah utara semula kerana option restoran halal terletak di Skarholmen. Cadangnya nak makan dulu sebelum ke masjid. Tapi disebabkan seronok berjalan di Stockholm pagi tadi membuatkan kami terpaksa berkejar untuk solat dulu. Di Skarholmen juga ada masjid, tapi saya sendiri teringin nak melawat dan solat di Fittja Mosque. Impian tercapai akhirnya. Aleppo Kebab terletak di kawasan shopping complex. Bangunan Ikea dan Toy's R Us yang besar juga ada di sini. Nasib baik lah perut kami lapar, jadi takdelah teringin sangat nak masuk dalam shopping complex tu. Tapi lepas makan kejap lagi tak tau la macam mana perancangannya. Dah ada tenagalah katakan. Hehe..

Masa untuk menjamu selera setelah seharian berjalan
Hanya ada 2 pelanggan je yang sedang menikmati hidangan di meja membuatkan urusan kami memesan makanan menjadi lebih pantas. Hihi.. Disebabkan kelaparan yang amat sangat, saya order set makanan yang paling mahal dan banyak iaitu menu special tallrik beserta 2 tin air yang berharga SEK147.00. Harap puas makan berdua. Kadang-kadang bila lapar sangat nafsu jadi tak terkawal. Masa tulah kononnya nak makan sampai 5 ketul ayam la, padahal baru makan 2 ketul dah kenyang. Hehe.. Takpe, kita tengok dulu set yang saya order ni. Kalau tak cukup baru tambah. Kalau tak habis boleh buat breakfast esok pagi.

Ni dia menu yang kami pilih untuk dimakan oleh 6 orang. Lebih dari cukup ni..
Alhamdulillah, menu yang dipilih cukup mengenyangkan. Tak perlu nak tambah order dan bungkus bawa balik. Pekerja kedai pun mudah nak basuh pinggan kami sebab licin semuanya. Hehe.. Kami berbincang untuk aktiviti seterusnya. Ikut pada itinerary kami akan terus ke AirBnb berikutnya. Tapi kalau ada yang nak jalan-jalan dulu kat sini boleh je. Baru pukul 4.00 petang. Lokasi AirBnb masih jauh lagi, lebih 200 km jaraknya dari sini. Jadi semua ambil keputusan untuk teruskan perjalanan. Badan dah penat nak berjalan. Nasib baik saya amalkan makan multivitamin setiap pagi supaya dapat bertahan untuk drive sepanjang hari. Time travel je makan sebulan sebelum dan semasa travel. Balik Malaysia tak makan dah. Tunggu next trip baru makan balik. Hihi.. Kami keluar dari kedai dan teruskan perjalanan menuju ke AirBnb yang terletak di Motala.

Walaupun banyak tempat shopping di sekeliling tapi tak dapat menggugat iman kami. Hehe..
Baru 10 minit memandu, suasana dah mula senyap. Patutlah taknak jalan-jalan kat shopping complex. Hehe.. Nasib baik co-driver amat setia menemani. Jadilah buat borak hilangkan mengantuk. Tapi jujurnya sejak dari ambil kereta haritu sampai sekarang saya tak rasa mengantuk langsung berbanding masa saya travel ke Western Europe dulu. Masih ingat lagi perjalanan dari Innsbruck menuju ke Venice. Masa tu banyak kali berhenti sebab mengantuk sangat. Dengan jalan yang penuh kabusnya sampai tak nampak kenderaan kat depan. Mungkin multivitamin masa tu tak membantu kot. Huhu.. Nampaknya trip lepas ni saya akan makan multivitamin yang sama brand. Faktor co-driver pun penting juga. Dulu dengan dia skali tidur nyenyak. Sebab tu la driver mengantuk. Hihi..

Weather forecast at Klockrike, Motala
Hampir 4 jam memandu dengan kelajuan yang sederhana, akhirnya kami sampai di pekan yang bernama Klockrike. Disebabkan keadaan agak gelap dan hanya beberapa lampu yang menyala di simpang jalan, saya jadi confuse di mana letaknya rumah Anders, tuan rumah AirBnb. Dalam Here Maps saya hanya set pada lokasi di jalan utama, dan bentuk rumahnya saya cuma hafal berdasarkan gambar yang diberi dalam website AirBnb. Hampir 20 minit saya masuk semua lorong yang ada tapi masih tak berjumpa. Seingat saya di depan rumahnya ada padang yang luas. Saya mesej Anders untuk dapatkan lokasi sebenar rumahnya. Dia cuma cakap rumahnya terletak di lorong utama dan ada papan tanda P untuk saya parking kereta. Dari jalan besar tadi saya masuk lorong kanan. Kali ni saya patah semula dan masuk lorong kiri. Dalam 200 meter kelihatan rumahnya, sama seperti dalam gambar. Cuma saya tak nampak papan tanda P seperti yang diberitahu. Takut salah rumah je. Huhu.. Abang Fikri keluar dari kereta dan mencari di mana tempat untuk kami parking kereta. Rupanya papan tanda tu ada kat bahagian tepi rumah. Kecik sangat saiznya, patutlah tak nampak. Hehe.. Nampaknya betul la ini rumahnya. Lega bila dah jumpa. Alhamdulillah..

Driving route: From Aleppo Kebab to AirBnb-Anders

@ AIRBNB - ANDERS

Address: Tororpsvagen, Motala O, Ostergotlands Ian 59032, Sweden

Anders sambut kedatangan kami. Rumahnya bersebelahan dengan AirBnb. Masa saya booking rumah ni melalui website AirBnb, rupanya harga yang dinyatakan bukan harga sebenar. Anders maklum kami kena bayar seorang SEK25.00 untuk cleaning cost. Jadi lepas ni kena beringat bahawa harga yang diletakkan di dalam website bukanlah harga muktamad, mungkin ada extra charges. Ingatkan Air Asia je yang suka main add-on ni. Huhu.. Saya nak cancel booking tak boleh sebab dah tak jumpa AirBnb yang bersesuaian dan hampir dengan kawasan di sini. Jadi kenalah akur dengan bayaran tambahan tu. Saya terus bagi SEK150.00 pada Anders untuk kami berenam dengan muka yang agak kelat. Lain kali masukkan la charges tu dalam website bro. Barulah customer tak rasa kena tipu. Report kat AirBnb kang baru tau. Huhu..

Booking melalui AirBnb. Takde pun bagitau tentang cleaning cost.
Rumah tak besar sangat tapi amat selesa dan bersih. Ada 3 bilik untuk kami semua.
Setiap rumah mesti ada lampu ni kat tingkap. Wajib pakai masa krismas kot
Kami bawa beg masuk ke dalam rumah. Malam ni tak memasak. Perut masih kenyang lagi sebab makan lewat tadi. Kami bersihkan diri dan berborak sekejap di ruang tamu. Berjalan di Stockholm semalam dan hari ni melengkapkan misi kami menjejakkan kaki dan mencari pengalaman hidup di keempat-empat ibu negara yang kami pergi. Tinggal Reykjavik, Iceland je negara Scandinavia yang kami belum sampai lagi. In shaa Allah ada rezeki pasti kami akan jejakkan kaki jua di sana. Antara negara wishlist saya tu. Hihi.. Jam 10.00 malam kami mula bersiap untuk berehat dan tidur. Menanti pengalaman esok hari yang pasti berbeza. Moga dipermudahkan. Wallahu 'alam..

Dapat komen positif dari Susanne. Tqvm!.. Very nice host..
Day 14 total driving mileage: 232 km
Jumlah penggunaan kaki hari ni




No comments:

Post a Comment