Friday, 23 March 2018

JJCP Vietcam: Day 05 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

TARIKH:
7 OGOS 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ HAJAH BASIROH RESTAURANT
@ MSM FASHION WAREHOUSE
@ BEN THANH MARKET
@ TAN SON NHAT INTERNATIONAL AIRPORT
@ MALAYSIA AIRLINES MH0767
@ KLIA


Tepat jam 11.00 pagi kami sampai di Ho Chi Minh City. Bas berhentikan kami di jalan besar berhampiran dengan Thanh Thu Hotel. Saya pilih hotel ni kerana ianya terletak dekat dengan Ben Thanh Market. Tujuannya kalau sampai malam tadi, bangun awal pagi pergi shopping dan jika beg penuh di tangan boleh la hantar balik ke hotel dan sambung shopping balik. Hihi.. Tapi nak buat macamana, kejadian bas rosak semalam membuatkan apa yang dirancang tak menjadi kenyataan. Huhu.. Ada hikmah di sebalik kejadian semalam. Kalau tak dah tentu kami tak merasa pengalaman tidur hotel horror malam tadi. Heheh..

Bus Route: From Cambodia-Vietnam Borders to Ho Chi Minh City
Panas sungguh cuaca kat sini
Lorong yang biasa bagi pelancong dari Malaysia

@ HAJAH BASIROH RESTAURANT

Sebelum mulakan gerakan shopping sampai pitam, kami beramai-ramai ke restoran halal yang tidak asing lagi kepada pelancong dari Malaysia iaitu Hajah Basiroh Restaurant. Kat sini memang banyak restoran halal, cuma wife saya suka makan salah satu makanan tradisional Vietnam kat restoran ni. Saya tak berapa gemar sangat tapi kalau dah terhidang depan mata saya makan juga. Hihi.. Sementara order makanan, saya ke seberang jalan untuk uruskan hal di Thanh Thu Hotel yang saya dah booking sebelum ni tapi tak dapat nak bermalam. Manalah tau boleh dapat refund walaupun sebenarnya memang takkan dapat sebab saya book melalui booking.com. Ikut pada terms and condition, kurang dari 24 jam buat cancellation memang takkan dapat refund. Redha aje lah. Nasib baik hotel horror semalam kami tak kena bayar. Jadilah untuk tidur seketika walaupun hati macam tak berapa sedap. Huhu..

Ben Thanh Market Area Map
Thanh Thu Hotel di seberang jalan
Saya berbincang dengan staff di kaunter lobi. Saya terangkan apa yang berlaku semalam membuatkan kami tak dapat nak check-in hotel. Staff tu bagitau diorang tak dapat nak buat apa-apa sebab semua bilik diorang dah save untuk kami dan takde orang lain yang ambil. Jadi kami terpaksa bayar juga. Memang dah jangka pun. Tapi saya cuba juga tanya kalau boleh dapat diskaun. Setelah berbincang, staff tu kata diorang boleh refund balik duit untuk satu bilik je. Alhamdulillah, kira ok la la juga sebab dapat refund. Cuma dia kata saya kena reply dalam booking.com bahawa kami cancel untuk bermalam di Thanh Thu Hotel. Duit hotel semuanya tolak kad kredit saya. Jadi dia refund balik cash kepada saya untuk satu bilik. Jumlah keseluruhan bayaran bilik adalah RM1,265.00. Tolak dengan satu bilik yang paling murah saya dapat balik RM215.00. Alhamdulillah, boleh la buat makan ramai-ramai lepas ni dengan duit tu. Hihi.. Staff tu siap bagi guna satu bilik sehingga jam 1.00 petang ni untuk kami bersihkan diri atau solat. Terima kasih Thanh Thu Hotel atas servis anda. Walaupun kami tak merasa bagaimana rasanya tilam hotel anda tapi kami boleh rekemen kepada orang lain yang datang ke sini untuk menginap di Thanh Thu Hotel. Hihi..

Suka ria balik semula ke restoran. Hihi..
Geng kami je yang conquer semua meja kat sini. Hihi..
Wife saya dah order kan makanan untuk saya. Saya tak kisah makan apa pun sebab takde yang menjadi makanan favourite saya. Makanan yang dipesan pun sampai. Untuk saya makanan tradisional Vietnam iaitu Mi Pho daging beserta Goi Cuon iaitu popia Vietnam yang wife saya teringin sangat nak makan tu. Anak-anak order nasi goreng je. Jadilah untuk kumpul tenaga meronda kejap lagi. David pun makan sekali dengan kami. Dia kata lepas ni dia nak bawa kami ke satu warehouse menjual telekung dan kain. Saya ada terbaca tentang satu warehouse di sini yang menjual kain murah dan boleh beli banyak untuk bisnes kat Malaysia. Ramai orang Malaysia yang deal dengan warehouse ni. Tapi kat sini memang banyak warehouse. Huhu.. Harap David bawa kami ke warehouse yang sama.

Tu dia popiah Vietnam. Air kopi ais Vietnam jangan dilupakan. Sedapp.. Hihi..
Selesai makan dan bayar RM84.60, kami berjalan di kawasan sekitar. David kata jam 1.00 petang bas akan sampai di tempat kami turun tadi. Ada masa lagi sejam untuk kami meronda melihat kedai jualan. David tunggu kami di lobi Thanh Thu Hotel. Famili En. Khai dan Saiful taknak ikut ke warehouse. Diorang nak shopping kat area Ben Thanh Market je. Ini kali ke-3 saya dan wife datang ke Ho Chi Minh City. Barang kat sini ada banyak gred. Jadi kena tengok betul-betul untuk dapatkan kualiti gred A. Contohnya beg dan kasut. Ada kasut sama design tapi harga berbeza. Kalau yang super murah tu faham-faham jelah. Mula-mula pakai memang bergaya, tapi lepas beberapa kali pakai mungkin dah kurang gayanya. Hihi.. Dulu saya ada beli 2 beg Deuter yang berlainan gred sebab harga amat berbeza. Seperti yang dijangka, gred yang baik sampai sekarang saya masih pakai dan tahan lasak. Yang satu lagi buat letak but bola je sebab baru pakai beberapa kali dah koyak dan zip rosak. Bila bukak rain cover di bahagian bawah beg, bukannya ada tulisan Deuter tapi tulisan cina. Memang padan la dengan harganya. Huhu.. Jadi kalau nak beli make sure check betul-betul setiap inci barangan tu. Harga yang super murah dah tentu kualitinya sama seperti harganya. Hihi.. Dan hati-hati bila berada di Ho Chi Minh City. Scammer terlalu banyak dan rakyat Malaysia selalu jadi target sebab diorang tau orang Malaysia bawak duit banyak untuk shopping kat sini. Dulu masa first time datang sini dah terkena, jadi sekarang ni dah lebih alert. Pengalaman hidup itu penting..

Jom ronda cuci mata

@ MSM FASHION WAREHOUSE

Jam 12.50 tengahari kami dah berkumpul di lobi hotel. Kemudian kami ke jalan besar menunggu bas sampai. Tepat jam 1.00 petang bas bergerak menuju ke warehouse. Agak jauh juga perjalanan ke sana dan ditambah dengan jalan yang sesak. Huhu.. Harap berbaloilah kunjungan kami ke warehouse yang David nak bawa ni. Jam 1.25 petang kami sampai di warehouse. Ingatkan macam gudang atau kilang, tapi rupanya cuma rumah 3 tingkat. Ini bukan warehouse, tapi house je. Huhu.. Dan ini bukanlah warehouse yang saya baca dalam internet tu. Turun je dari bas, kami disambut oleh pekerja kedai. Mesti David kenal baik dengan tuan kedai ni. Kalau tak, dah tentu dia tak bawa kami ke sini. Sebab tu lah saya tak berapa gemar nak ambil tour agent kalau ke luar negara. Memanglah kerja jadi mudah sebab semuanya agen yang arrange, tapi kurang freedom sebab kena ikut waktu yang ditetapkan dan ada tempat yang bukannya kita nak pergi pun dibawanya juga. Huhu.. Disebabkan ini trip famili, jadi kenalah juga guna khidmat agen. Tak perlu nak susun itinerary, jadi boleh fokus untuk jaga anak-anak je. Hmm, berapa lama la agaknya nak duduk kat warehouse ni..

Bus Route: From Ben Thanh Market Area to MSM Fashion Warehouse
Wife saya kata tak banyak design yang menarik kat sini. Harga pun takdelah murah sangat. Huhu..
Tak sampai 5 minit saya berada di tingkat atas. Lepas tu saya turun dan tunggu di bawah. Boleh pulak ada sorang pekerja offer kat saya t-shirt Hard Rock Cafe yang tertulis Vietnam. Dah la memang sedia maklum t-shirt ciplak, mahal pulak tu dia offer. Huhu.. Walaupun saya ni suka benda yang murah, tapi saya tau HRC tak keluarkan t-shirt bertulisan Vietnam. Kalau tulis Ho Chi Minh City atau Saigon tu boleh la diterima lagi. Saya takdelah nak cerita kat dia yang saya ni pengumpul t-shirt HRC. Saya cuma senyum dan menolak dengan cara baik dan berhemah. Hihi.. Nasib baik wife saya pun dah turun ke bawah. 15 minit je kami berada kat warehouse ni. Kami naik bas dan balik semula ke area Ben Thanh Market. Terbuang sejam masa kami untuk ke warehouse ni. Huhu.. Tepat jam 2.00 petang kami dah sampai di Ben Thanh Market. David kata kami kena berkumpul semula di lobi hotel jam 3.30 petang untuk ke airport. Kami ada masa lagi sejam setengah untuk meronda kat sini.


@ BEN THANH MARKET

Mula-mula pusing dalam Ben Thanh Market dulu
Ben Thanh Market ni sebenarnya adalah one of the tourist trap di Ho Chi Minh City. Disebabkan ianya dah terkenal dan ramai pelancong datang ke sini, maka peniaga ambil kesempatan untuk menipu. Jadi pandai-pandailah nego harga barang kat sini ya. Nasib baik boleh dapat harga murah. Tapi selalunya nasib tak baik yang dapat. Huhu.. Kedai yang ada di luar ada yang lebih murah dan berkualiti dari kat dalam market ni. Cuma kena pandai cari la. Macam kasut sukan, ada satu kawasan dekat dengan stadium di mana boleh dapatkan harga kasut yang murah dan berkualiti. Saya pernah beli kasut adidas di situ dan sekarang ni anak saya yang pakai. Tahan lama juga usia kasut tu. Hihi.. Setengah jam meronda dalam Ben Thanh Market mencuci mata tanpa membeli apa-apa, kami meronda pulak kat kawasan luar. Sebelum ke warehouse tadi wife saya jumpa satu kedai yang agak menarik, sebaris dengan restoran Hajah Basiroh. Tinggal lagi sejam untuk mencari barang yang berkenan di hati.

Lagi sejam kita ronda kat kedai luar pulak
Jam 3.30 petang setelah selesai urusan membeli, sampai la masa untuk membelah pulak. Hihi.. Sudah sampai masanya untuk ke airport. Kami berkumpul di lobi hotel di mana David sudah sedia menunggu. Apabila semuanya dah ada, kami ke jalan besar untuk tunggu bas. Sebelum bas sampai, kami sempat lagi beli kopi ais Vietnam yang sedap tu. Saya pernah beli kopi Vietnam dan bawa balik ke Malaysia. Bila buat rasa tak sama dengan minum kat sini. Kenapalah agaknya ya? Mesti ada benda tak cukup dalam kopi yang saya buat. Harap benda yang ditambah kat sini berstatus halal la hendaknya ya. Huhu.. Kadang-kadang memang ada makanan atau minuman yang macam tu. Bila makan atau minum kat tempat lain mesti tak sesedap di tempat asalnya. Contoh yang saya pernah alami antaranya ialah mee bandung. Saya tak jumpa lagi mee bandung di KL yang sedap seperti di Muar. Mungkin ada tapi belum berjumpa lagi. Kalau jumpa pasti saya jadi pengunjung tetap kedai tu. Hihi..

Layan kopi dulu sebelum bas sampai
Kalau air pulak Costa Coffee. Saya amat teruja bila tau Costa Coffee dah masuk Malaysia dan sekarang ni dah banyak kat Shell. Masa saya ke UK dulu saya pernah minum Costa Coffee dan rasanya amat sedap. Bila dah ada kat Malaysia ni nak jugalah merasa. Boleh la tukar selera daripada asyik melayan caramel frappucino atau macchiato Starbucks tu. Tapi bila minum tak sedap pulak rasanya. Huhu.. Semua jenis kopi saya cuba; yang panas, sejuk dan yang suam-suam kuku pun saya try, masih rasa tak sedap. Tapi bab ni saya tau kenapa. Faktor utama dah tentu cuaca. Saya minum di UK masa musim sejuk. Sememangnya minum kopi time cuaca sejuk amat sedap. Sama jugalah macam minum teh tarik kat Cameron Highlands. Cuma sekarang ni Cameron Highlands dah tak sejuk macam dulu. Habis gondol tanah yang ada dibuat construction. Sape punya kerja la agaknya ye? Pihak berkuasa tak nampak ke? Mungkin perasan, tapi mata kanan nampak huruf R dan mata kiri nampak huruf M. Bila dijulingkan nampak RM. Hihi.. Dengan 2 huruf ni macam-macam boleh jadi. Mana taknya, sampai adik beradik pun boleh bergaduh pasal 2 huruf ni. Huhu..

One of the best things to do in Ho Chi Minh City..
Jam 3.45 petang bas pun sampai. Selamat tinggal Ho Chi Minh City. Bas bergerak menuju ke destinasi terakhir trip kami iaitu Tan Son Nhat International Airport. Perjalanan sejauh 8 km terasa lamanya kerana jalan yang sesak. Jam 4.10 petang kami sampai di airport. Kami membawa keluar semua beg dan bersalaman dengan David. Jay bayar baki duit sewa bas setelah tolak duit yang dah dibayar semasa di Cambodia. Terima kasih David kerana membantu kami dalam trip walaupun hanya di Vietnam je. Kalau la dia ikut sekali ke Cambodia mesti lagi mudah urusan kami. Tanpa dia di Cambodia, hidup kami lebih adventure dibuatnya. Hihi.. Boleh rekemen David untuk menjadi tourist guide di Vietnam. Mana la tau satu hari nanti saya nak ke Hanoi pulak ke, boleh la cuba contact dia.

Bus Route: From Ben Thanh Market to Tan Son Nhat International Airport
Jom pergi airport
Terima kasih kepada David kerana membantu kami

@ TAN SON NHAT INTERNATIONAL AIRPORT

Ada lebih 3 jam lagi sebelum berlepas. Takde apa yang menarik kat dalam airport ni untuk kami lihat. Starbucks takde kat sini. Surau pun takde. Terpaksalah solat kat mana-mana sudut yang tak dilalui orang ramai. Huhu.. Nasib baiklah ada kawan-kawan. Boleh la buang masa dengan berborak panjang. Kalau sorang dah tentu mati kutu dibuatnya duduk 3 jam kat sini. Itupun kalau flight tak delay. Huhu.. Kerusi urut Gintell dah tentu menjadi peneman sepanjang masa. Hihi.. Kami balik dengan flight MAS. Setakat ni tak pernah alami kejadian delay dengan MAS. Dengan Air Asia selalu kena. Huhu.. Semoga MAS teruskan rekod sampai tepat pada masanya ya. Hihi..

Sebelum buat benda lain, baik check-in dulu siap-siap
Agak ramai juga orang kat dalam airport. Tan Son Nhat International Airport adalah antara airport yang sibuk di Asia Tenggara selain KLIA, Bangkok dan Singapore kerana menjadi airport transit untuk ke Eropah dan benua yang lain. Satu tips dari saya, kalau nak tiket murah ke Europe, selain cari flight berlepas dari KLIA, cari juga flight yang berlepas dari Singapore, Ho Chi Minh City atau Bangkok. Nasib baik boleh dapat tiket semurah RM500.00 sehala. Kalau tambah dengan harga tiket flight dari KLIA ke Singapore, Bangkok atau Ho Chi Minh City pun masih lagi murah. Setakat ke Singapore boleh naik bas je, hanya RM50.00 sehala boleh sampai terus ke Changi Airport. Tapi kena cuti panjang sikit la sebab nak travel banyak negara. Yang paling penting harga tiket murah dan dapat banyak pengalaman hidup yang baru. InsyaAllah next trip saya ke Europe nanti saya akan cuba cara ni. Cuma yang belum pasti adalah bila agaknya saya nak Europe lagi. Huhu..

Berat beg kami. Banyak lagi boleh shopping tau. Hihi..
Selesai urusan check-in, kami beratur untuk pemeriksaan kastam dan imigresen. Kerana terlalu ramai masa beratur check-in dan imigration clearance, jam 5.15 petang baru semua urusan selesai dan kami berada di duty free area. Kami melihat kedai yang ada sambil menuju ke Gate 17. Anak-anak pantang nampak kedai coklat. Huhu.. Duit VND dan USD dah tinggal sikit. Kat KLIA nanti boleh beli dengan RM ya. Hihi.. Kami duduk di Gate 17 dan berborak tentang trip dan juga plan untuk next family trip. Antara destinasi yang masuk dalam list adalah Bangkok, Hong Kong, Manila dan Perth. Tengoklah keadaan dan cuti masing-masing untuk 2018. InsyaAllah, masing-masing ada kelapangan boleh je jalankan family trip yang ke-3. Hihi..

Lagi 2 jam kena menunggu kat Gate 17

@ MALAYSIA AIRLINES MH0767

Jam 7.15 malam kami terdengar announcement tentang flight kami. Alhamdulillah, flight sampai on-time. Kami beratur untuk masuk ke dalam flight. Seperti biasa, yang bawa stroller diberi keutamaan untuk masuk dulu bersama anak kecil dan warga emas. Hihi.. Setelah semua penumpang dah masuk dan duduk di seat masing-masing, jam 7.40 malam flight MH0767 Malaysia Airlines berlepas dengan sempurna meninggalkan bumi Vietnam menuju ke Kuala Lumpur. Anak-anak sejak dari tadi dah mula pakai headphone. Diorang belum pernah merasa naik Air Asia lagi. Kalau tak mesti diorang tertanya-tanya mana perginya skrin tv. Ayah jawab senang aje: nak dapat tiket flight murah kena korbankan skrin tv dan makanan. Yang penting everyone can fly. Hihi.. Kalau dapat tiket super murah separuh harga ke Europe tapi kena duduk bersila pun ayah sanggup beli. Makin bertambah pengalaman hidup ayah. Hahah..

Flight Route: From Tan Son Nhat International Airport to KLIA
Babai Vietnam.. Moga jumpa lagi untuk transit ke Europe pulak. Hihi..
Seperti biasa, saya hanya dengar lagu yang ada dalam playlist. Tak tau kenapa tak minat nak layan movie dalam flight. Huhu.. Setengah jam di udara, kami dihidangkan dengan makan malam. Saya pilih nasi dengan ayam masak kicap. Setakat ni makanan dalam flight MAS tak pernah mengecewakan saya. Habis licin saya makan. Walaupun satu ketika dulu pernah ada isu tentang 'nasi lemak telanjang' yang dihidangkan oleh MAS, tapi orang yang tak pandai masak macam saya ni tak perlu la nak komen apa-apa. Hihi.. Jangan yang tukang makan tu telanjang sudah la. Nanti flight terpaksa buat emergency landing sebab ada orang gila dalam flight. Hihi.. Bersyukur dengan apa yang ada. Agak-agak kalau orang MAS baca statement saya ni boleh dapat diskaun tiket flight tak? Bukannya nak free. Dapat RM1,500/return flight ke London Heathrow pun dah cukup baik. Err, tiket untuk 2 orang ye. Oh, bermimpi dalam flight rupanya. Kerugian besar buat MAS kalau bagi tiket murah walaupun untuk 2 orang aje. Hihi..

Menu makan malam dalam flight. Simple dan sedap..

@ KLIA

Jam 10.35 malam flight MH0767 mendarat di KLIA dengan selamatnya. Kami bersiap-siap untuk keluar dari flight menuju ke terminal. Sampai di terminal kami menunggu beg masing-masing keluar dari belting A. Apabila semua beg dah keluar, kami bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada ahli trip. Terima kasih diucapkan kerana join family trip yang ke-2 ni. Walaupun banyak hal yang tak terjangka berlaku terutamanya bas yang rosak di Angkor Wat, harap kawan-kawan tak menyesal dan serik untuk join family trip yang berikutnya, jika ada lagi. Thank you very much guys!.. Saya amat berpuas hati dengan kalian. Salah dan silap mohon maafkan ya. Kami semua bergerak keluar dari terminal dan menuju ke destinasi masing-masing.

Bergambar itu wajib.. Hihi
Pilot dan stewardess pun kita ajak bergambar. Hehe
Situasi kena pau. Hihi..
Agak pelik jika dah ambil beg dan bersalaman terus naik grab atau uber. Janji haruslah ditepati. Apa lagi kalau bukan singgah di kedai coklat. Huhu.. Takpelah, dah memang menjadi kewajipan akan singgah beli coklat walaupun trip saya berdua dengan wife. Cuma kalau trip berdua anak-anak akan dapat lebih lagi. Selalunya beg kami akan penuh dengan barang-barang untuk anak-anak. Sampaikan Eiman siap kata bila mak dan ayah nak ke luar negara lagi sebab dia ada benda nak mintak. Mesti dia tengok benda tu kat internet. Huhu.. Selagi barang tu ada dalam range kewangan insyaAllah ia akan menjadi kenyataan. Hihi.. Wife saya contact driver uber dan grab, mana yang lebih cepat sampai. Jam 11.45 malam uber sampai dan bawa kami pulang ke rumah. Tepat jam 1.00 pagi kami sampai di Wangsa Maju, my home sweet home. Alhamdulillah, tamatlah sudah perjalanan kami sekeluarga bersama kawan-kawan dalam mencari pengalaman hidup berada di bumi Vietnam dan Cambodia. InsyaAllah jika ada rezeki dan kesempatan, kami akan mencari pengalaman di tempat lain pula. Bumi Allah itu luas. Maka, mengembaralah kamu di bumiNya untuk mencari pengalaman hidup. Wallahu 'alam..

Tqvm guys.. Anda semua memang ohsemm!..

*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - THANH THU HOTEL  : RM175.00
  - LUNCH                        : RM84.50
  - KOPI VIETNAM          : RM15.00
  - UBER                          : RM119.50
  - JUMLAH                     : RM394.00

**DAY 05 TOTAL EXPENSES: RM419.80

2 comments:

  1. terbaik bro, nanti boleh bukak travel agent lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Tq bro. Moga menjadi kenyataan satu hari nanti. Hehe.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete