Friday, 23 February 2018

JJCP VietCam: Day 05 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


TARIKH:
7 OGOS 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ LUCKY STARE HOTEL
@ CAMBODIA-VIETNAM BORDERS


Jam 1.00 pagi saya tersedar dari tidur. Seperti dijangka, ada masalah ketika sampai di sempadan. Rupanya pintu sempadan hanya buka dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Huhu.. Dah pukul 1.00 pagi memang takde yang melayan la. Silap saya juga sebab tak study awal-awal tentang waktu pintu sempadan beroperasi. Yang peliknya takkan la agen tu tak tau kot. Dengan yakin je dia bagitau takde masalah di sempadan. Ingatkan dia ada special contact kat border tu. Huhu.. Driver call bos agen dan maklumkan yang kami sangkut di sempadan. Kat mana kami nak tidur ni? Takkan la kami nak stay dalam bas sampai pagi. Nak solat subuh nanti macamana? Huhu.. Bos agen minta driver patah balik dan pergi ke Lucky Stare Hotel yang terletak dalam 5 km dari sempadan.

Bus Route: From Ta Prohm Hotel to Lucky Stare Hotel

@ LUCKY STARE HOTEL

Sampai di depan hotel, semua terdiam. Hotel ni macam mansion. Agak horror juga la bila tengok keadaan hotel ni waktu malam. Dah tu ada pulak anjing besar tukang jaga pintu masuk hotel. Lagilah menakutkan saya. Huhu.. Anak-anak bertanya hotel ni ke yang kita nak tidur malam ni. Ye nak, keadaan darurat buat masa sekarang ni, maka terpaksa la tidur kat mana yang sesuai. Hihi.. Driver masuk ke dalam dan berbincang dengan tuan hotel. Mula-mula macam takde bilik yang mencukupi untuk kami semua. Ataupun mungkin dia nak kami buat bayaran dulu. Eh, mana boleh macam tu. Bukan masalah kami yang membuatkan stuck kat sempadan ni. Kalau kami bayar bilik hotel ni, hotel kat Ho Chi Minh City yang sudah pasti burn tu siapa nak tanggung? Huhu.. Saya minta tuan hotel bercakap dengan bos agen. Biar dia selesaikan hal bayaran bilik kat sini. Kami takkan bayar satu sen pun. Akhirnya tuan hotel berikan kami beberapa kunci bilik. Alhamdulillah, nasib baik bilik mencukupi untuk semua famili.

Signboard hotel. Lampu malap je..
Welcome to the mansion. Huhu..
Hotel ni ada dua tingkat dan kami semua dapat bilik bawah. Lega sebab tak larat nak angkut beg naik tangga. Kami dapat bilik bernombor 109. Sebelum buka pintu bilik saya bagitau siap-siap kat anak-anak jangan expect keselesaan yang sama seperti di Ta Prohm Hotel atau hotel-hotel yang pernah menginap sebelum ni. Huhu.. Tujuan utama hanya untuk bersihkan diri dan tidur ye. Kami baca apa yang patut sebelum buka pintu bilik. Bilik kami agak luas dan berdebu. Ada 2 katil sederhana besar dan tilam ala asrama. Mungkin dah lama takde orang menginap dalam bilik ni, sebab tu berdebu. Harap jangan la ada benda lain yang duduk. Moga dijauhkan. Huhu..

Bilik kami. Agak luas juga tapi berdebu. Huhu..
Tilam tak empuk takde masalah. Yang ditakutkan sekarang ialah debu dalam bilik ni. Risau kat anak bongsu tu. Dia dah la agak sensitif sikit. Panas sikit pun dah naik ruam. Kalau berdebu takut sesak nafas je. Sebelum ni dah banyak kali jugalah ke klinik ambil nebulizer. Elysha pulak masih demam lagi, pun saya risau juga. Sebelum baring saya tepuk dulu tilam dan bantal. Saya sendiri rasa tak selesa sedut udara yang agak lembap dalam bilik ni. Huhu.. Masing-masing dah penat. Selesai bersihkan diri dan solat, kami paksa diri untuk tidur. Ada masa lebih kurang 6 jam je untuk berehat. Cadang nak bangun awal pagi dan sampai di border tepat jam 8.00 pagi sebab kami tak pasti macamana keadaan border di waktu pagi. Harap takde la ramai orang yang beratur kat imigresen tu. Huhu..

Good morning Lucky Stare!..
Jam 6.00 pagi kami dah bangun. Jadi lah kumpul tenaga untuk aktiviti hari ni walaupun tidur dalam keadaan yang terpaksa dan tak berapa selesa. Huhu.. Anak-anak pun mudah je bangun bila dikejutkan. Air dalam bilik mandi pun kecik je. Ada hot shower tapi tak berfungsi. Terpaksa la jugak mandi air yang super sejuk. Huhu.. Selesai bersiap dan solat subuh, tepat jam 7.00 pagi kami keluar dari bilik dan menuju ke belakang hotel dimana bas menunggu. Enjin bas hidup tapi driver tak tau ke mana. Mungkin tengah mandi atau ada di lobi berurusan dengan tuan hotel tentang bayaran bilik kami. Kami masukkan beg dan naik ke dalam bas menunggu driver. Saya ambil peluang untuk ambil gambar di sekitar hotel. Bila dah siang takde lah rasa gerun sangat tengok keadaan hotel ni. Saya tak tanya pun berapa rate bilik kami semalam. Tanya kang takut kena bayar pulak. Hihi..

Kita loading barang dulu
Betul-betul macam mansion hotel ni. Huhu..
Jam 7.40 pagi barulah nampak batang hidung driver. Bas bergerak meninggalkan Lucky Stare Hotel menuju ke sempadan yang terletak dalam 5 km dari sini. Sedang cantik masa sampai di border jam 8.00 pagi sebab kami semua perlu jalan kaki usung beg untuk masuk ke duty-free area. Sama la macam keadaan masa datang haritu. Huhu.. Sampai di sempadan, driver turunkan kami di hentian paling hujung sekali. Setelah semua beg dikeluarkan dari bas, kami mengucapkan terima kasih kepada driver dan berjalan beramai-ramai menuju ke bangunan imigresen Cambodia. Geng pelarian dari Cambodia nak masuk Vietnam balik. Hahah.. Dalam perjalanan saya berharap guide kami, David dah sedia menunggu di sebelah sana. Semalam ada wifi kat hotel tapi tak berapa kuat. Sempat juga saya hantar whatsapp kat David maklumkan kami akan masuk sempadan jam 8.00 pagi. Katanya semalam dia dah tunggu kami. Jangan dia patah balik ke Ho Chi Minh City sudah la. Jauh kalau nak datang semula ke sempadan. Huhu..

Bus Route: From Lucky Stare Hotel to Cambodia-Vietnam Borders
Nasib baik budak ni tak buat hal malam tadi. Hihi..
Punyalah banyak casino kat area sempadan. Huhu..

@ CAMBODIA-VIETNAM BORDERS

Daripada jauh nampaknya tak ramai orang kat bangunan imigresen. Harap urusan kami di kaunter imigresen berjalan lancar. Masa datang haritu kena bayar duit kopi USD1.00/person. Ingatkan bila masuk balik tak kena bayar dah. Rupanya kena juga. Pergi balik dia makan ye. Huhu.. Masa pergi duit kopi, bila balik duit roti canai pulak. Eh, ada ke roti canai kat sini. Hihi.. Sebab tu la teruknya pengurusan negara Asia Tenggara ni. Seperti Thailand yang sudah sedia maklum banyak tempat yang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia, lagi galak la diorang pau duit kopi. Macam mana la negara nak maju kalau kat sempadan pun dikenakan duit kopi. Huhu.. Nampak macam sikit je USD1.00/person, tapi kalau setiap hari hampir 10,000 yang masuk sempadan, tak ke kaya raya dibuatnya. Kalau persendirian yang pau seperti rider tuktuk tu boleh la diterima akal lagi sebab nak cari duit lebih. Tapi kalau pegawai imigresen yang pau, memang tak betul la jadinya. Apa boleh buat, benda dah berlaku sejak sekian lamanya. Dah jadi kewajipan untuk buat bayaran. Salah satu cara untuk menaja ekonomi negara katanya. Hahah..

Thank you brader driver kerana bawa kami sampai ke sempadan
Semua dah ada? Mari menuju ke sempadan secara berjemaah..
Ikut kelajuan langkah masing-masing.. Cuaca dah mula panas.. Huhu..
Tepat jam 8.00 pagi. Takde orang. Yeayy..
Nak kena isi departure card pulak. Huhu..
Ke bangunan imigresen Vietnam pulak.. Jalan kaki lagi..
Batu sempadan Cambodia-Vietnam
Di kaunter imigresen Vietnam agak ramai pulak orang yang beratur. Tengah beratur panjang boleh pulak ada orang yang potong Q. Lepas tu buat muka tak bersalah. Teruknya perangai. Kurang asam betul. Tengok pada muka rasanya orang sini juga. Ingatkan orang China je yang suka potong barisan. Huhu.. Hampir setengah jam kami beratur hingga sampai giliran kami di kaunter. Alhamdulillah urusan berjalan dengan lancar di kedua-dua kaunter imigresen. Keluar je dari bangunan saya terus mencari David. Harap dia dah sedia menunggu kami. Kami tak mampu nak menunggu dah. Lagipun saya nak sampai cepat di Ho Chi Minh City. Saya nak ke hotel yang saya dah booking tu. Harap hotel tu boleh la bagi diskaun harga bilik kat kami walaupun kami tak menginap malam tadi. Huhu.. Alhamdulillah, dari jauh kelihatan David yang setia menunggu di tepi bas. Lega bila nampak muka dia. Mana taknya, last saya communicate dengan dia masa awal pagi tadi kat Lucky Stare Hotel. Itupun dia tak baca sebab takde tanda check biru kat whatsapp. Dia dah ada kat sini maknanya dia baca pagi tadi. Hihi..

Kat sini pulak kena beratur panjang. Haduii..
Ok let's jom to Ho Chi Minh City..
Tepat jam 9.00 pagi bas bergerak menuju ke Ho Chi Minh City. David cerita kat saya tentang apa yang berlaku semalam. Dia dah tunggu di sempadan sejak pukul 6.00 petang lagi walaupun secara logiknya memang kami takkan sampai pun waktu tu sebab bertolak dari Siem Reap pun dah pukul 4.30 petang. Bawa ferrari pun belum tentu boleh sampai sempadan jam 6.00 petang, ditambah dengan keadaan jalan yang tak berapa smooth tu. Huhu.. Sampai border tutup pukul 8.00 malam baru dia beredar dari sempadan. Ingatkan dia balik semula ke Ho Chi Minh, tapi rupanya dia mencari hotel berdekatan untuk bermalam. Rasanya Andy Pham mintak dia bermalam kat sempadan kot. Balik nanti claim kat dia duit hotel ya David. Hihi.. Anggaran waktu perjalanan kami untuk sampai ke bandar Ho Chi Minh City dalam 2 jam sebab waktu pagi jalan agak clear sikit berbanding petang. Harap boleh sampai seawal yang mungkin sebab ada la masa banyak sikit nak jalan-jalan dan shopping kat area Ben Thanh Market. Hihi.. Apa-apa pun saya nak ke Thanh Thu Hotel dulu untuk uruskan hal tentang bayaran yang telah dibuat. Harap dapatlah refund walaupun sikit. Wallahu 'alam..

Jem juga walaupun awal pagi dah sampai kat Ho Chi Minh City. Huhu..

*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - BORDER TAX: RM25.80
  - JUMLAH        : RM25.80

2 comments: