Saturday, 1 October 2016

Belum habis jetlag, ada lagi trip lain yang menunggu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru je balik dari trip Western Europe, saya terpaksa plan trip berikutnya. Kali ni trip family. Bukan setakat family saya, tapi melibatkan family kawan-kawan yang lain. Mulanya hanya cadangan je, tapi terkejut juga bila ramai yang berminat nak join family trip ni. Maklumlah, masing-masing sibuk dengan hal family dan kerja di pejabat. Saya ingatkan planning ni tak jadi seperti sebelum ni yang mana cadangan hanya tinggal cadangan je. Hihi.. Terkejut juga bila ramai yang bersetuju. Satu petanda dan permulaan yang baik untuk buat family trip beramai-ramai. Alhamdulillah..

Travel again. Huhu.. (Ihsan Google Images)
Walaupun penat dan demam jetlag masih belum reda, saya mula mencari info untuk family trip yang telah dicadangkan sebelum saya ke Western Europe lagi. Trip family beramai-ramai buat kali pertama ni adalah roadtrip ke Thailand. Dah banyak negara yang saya jejakkan kaki, tapi negara jiran masih belum sampai. Paris yang punya jauh tu pun dah dua kali saya sampai. Huhu..

Kali ni trip beramai-ramai!.. (Ihsan Google Images)
Ada empat perkara yang membuatkan saya amat teruja untuk buat roadtrip ke Thailand. Pertama, ia akan menjadi pengalaman pertama saya menjejaki bumi Thailand yang terkenal dengan makanan dan massage. Hehe.. Bila lagi nak merasa makan tomyam yang asli dan kualiti masssage yang sebenar. Kedua, trip ni melibatkan bilangan ahli yang besar. Ingat senang ke nak plan melibatkan banyak kepala ni. Makin banyak kepala makin banyak kerenah. Confirm banyak hal berlaku nanti sebab kami naik kenderaan masing-masing, bukan naik bas beramai-ramai atau naik flight. Huhu.. Ketiga, dapat juga saya merasa memandu kenderaan sendiri masuk ke Thailand. Dulu dah pernah drive masuk Singapore, kali ni masuk Thailand pulak. Katanya jalan kat Thailand cantik. Wallahualam. Dan yang keempat, trip kali ni ada Hard Rock yang bakal diterjah. Makin bertambah la koleksi HRC peribadi saya. Hehe..

Memang dah lama teringin nak ke Thailand (Ihsan Google Images)
Tarikh yang dicadangkan untuk family trip ke Thailand ni adalah pada masa Tahun Baru Cina. Sedang elok cuti jatuh pada hari Isnin dan Selasa. Cuma risau jalan jem kat highway PLUS. Saya fobia bila jalan time Tahun Baru Cina ni. Banyak kali juga saya ke utara dan kena menempuh jem yang teruk kat highway. Rasanya jem lebih teruk berbanding cuti Hari Raya Aidilfitri. Huhu.. Kalau boleh nak duduk diam-diam je kat rumah. Tapi disebabkan ramai ahli yang akan join trip dan tarikh pulak sesuai, jadi saya pun gagahkan juga tempuh highway dengan harapan tak jem teruk seperti sebelum ni. Kena plan pergerakan lewat malam. Kalau kena jem takdelah panas hati sangat sebab cuaca sejuk kat luar. Hihi..

Pemandangan biasa bila cuti di Malaysia. Huhu.. (Ihsan Google Images)
Baju dalam beg balik dari trip Western Europe pun tak habis kemas lagi, dah kena standby untuk trip berikutnya. Kali ni lagi banyak nak prepare. Baju anak-anak je dah berapa banyak. Huhu.. Part tu saya serahkan pada wife saya. Hal booking hotel dan aktiviti lain di sana pun saya mintak wife dan yang lain-lain selesaikan. Saya cuma setting route dari Here Maps dan mencari lokasi yang menarik untuk dilawati. InsyaAllah sempat setting semuanya sebelum hari kejadian. Sebenarnya takdelah sukar sangat nak plan sebab drive sendiri. Kalau sesat nanti terus patah balik masuk Malaysia. Hihi. Maka pencarian maklumat untuk ke negara jiran pun bermula. Kurang sebulan lagi nak pergi ni. Harap sempat buat persediaan. Wallahualam..

Time to plan the next trip!. Yeayy.. (Ihsan Google Images)

No comments:

Post a Comment