Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Macam biasa, sebagai penutup untuk setiap trip saya akan share tentang my collectible items yang berjaya dikumpul. Banyak juga souvenirs yang berjaya dibawa pulang. Of course t-shirt di setiap negara menjadi pilihan untuk dibeli. Nampaknya dalam almari tu dah takde t-shirt Adidas or Nike, semuanya digantikan dengan t-shirt negara yang dah dilawati. Bukan apa, bila pakai t-shirt souvenir ni membuatkan saya akan sentiasa teringat tentang kenangan di sana. Begitulah antara sifat seorang traveller, sentiasa ingin ke luar negara cari pengalaman baru dalam hidup. Tapi ia tak semudah yang dijangka. Selalunya akan ada halangan yang terpaksa membuatkan saya membatalkan hasrat untuk mengembara. Antaranya duit tabung tak cukup la. Hehe.. Tarikh pun main peranan jugak. Kadang-kadang dah dapat tiket flight murah, tapi tarikh pulak tak ngam. Kena tengok jugak kerja kat office tu. Time musim sibuk takleh nak cuti. Huhu.. Priority tetap pada kerja, sebab kerana kerja la boleh simpan duit tabung untuk travel. Hehe..
|
Jumpa je kedai ni memang abis la duit. Minat punya pasal. Huhu.. |
Selain dari t-shirt souvenir di setiap negara, antara benda yang sudah pasti akan saya beli adalah fridge magnet dan key-chain. Punyalah banyak sampaikan tak tau nak pakai key-chain untuk kunci mana dah. Fridge magnet pun dah hampir penuh kat pintu peti ais. Nampaknya kena beli magnetic whiteboard letak semua fridge magnet ni. Huhu.. Yang extra bagi kat kengkawan yang terdekat buat kenangan. Takkan nak jual kat mudah kot.. Teruk benar kalau key-chain dan fridge magnet pun nak jual. Kalau kasut Clarks tu logik la juga buat bisnes. Hehe.. So inilah dia barangan yang berjaya dibawa masuk ke Malaysia hasil dari jalan-jalan cari pengalaman kami kat Western Europe. Gambar t-shirt souvenir je yang tak dapat nak share sebab dah pakai sampai lunyai. Tak amik gambar masa beli dulu. Maklumlah, kisah 8 bulan lepas baru nak cerita dalam blog ni. Nak amik gambar sekarang macam dah tak sekata kaler t-shirt tu. Hihi..
|
Kebetulan perfume yang beli dulu baru je abis pakai. Hehe.. |
|
Yang ni untuk kegunaan sendiri. Yang jual punya takleh tunjuk. Hihi.. |
# KEY-CHAIN & FRIDGE MAGNET
Tak tau kenapa asal pergi oversea je mesti kena beli dua benda ni. Mungkin sebab harga dia murah dan tak mengganggu space dan berat luggage. Ia juga antara barang yang mudah nak cari dan bagi kat kawan-kawan. Biar nampak sikit tanda negara yang dah dilawati. Kalau setakat beli t-shirt Adidas plain, kat butik Al-Ikhsan boleh cari. Hehe.. Tapi sekarang ni banyak kedai souvenir di Malaysia yang jual barang-barang dari luar negara. Takde masalah nak beli apa-apa pun, yang penting kita sendiri tau benda tu dibeli kat luar negara. Contohnya beli jersi Manchester United kat Old Trafford tapi orang kata beli gred AAA kat Uptown Danau Kota. Sedih betul bila dengar kenyataan macam tu. Hehe.. Nasib baik saya minat team yang kurang popular. Dah tentu jersi team saya takde jual kat pasar malam Taman Melawati. Sama jugak masa kat Korea dulu. Main beli je jersi mana yang berkenan kat hati walaupun team tu tak power. Janji rare dan tak dijual di uptown atau pasar malam. Apa-apa pun, ini semua salah negara China yang kuat sangat ciplak brand orang. Huhu..
|
Key-chain Eiffel Tower yang dibeli dari brader Senegal kat Trocadero |
|
Antara souvenir untuk diri sendiri dan kawan-kawan |
|
Fridge magnets yang disusun ikut negara yang dilawati |
|
Dah hampir penuh. Patutlah asal bukak peti ais je muka ada senyum. Hehe.. |
# STARBUCKS CITYMUG
Entah macam mana saya boleh lupa nak mencari citymug bila sampai di setiap bandar especially di Paris!. Padahal masa return kereta kami lalu depan Starbucks kat airport. Huhu.. Nampaknya macam ada peluang untuk ke sana lagi ni. Hahah.. Takpelah, nanti kalau ada sesapa yang pergi Paris boleh la saya mintak tolong belikan. Itupun kalau ada yang sudi la. Tak sudi nak buat camna. Eh. macam ayat merayu pulak. Hehe.. Nak kumpul untuk 9 negara macam tak logik sebab tak semua negara ada Starbucks. Kat Liechtenstein for sure takde punya. Kumpul je la mana-mana bandar yang terjumpa Starbucks. Bila dah banyak nanti boleh buat display kat dinding rumah sampai berhabuk. Hehe..
|
Hanya 3 citymug je yang dapat beli. Satu tu bukan citymug, tapi countrymug. Hehe.. |
# HRC T-SHIRT
Haa, yang ni confirm takkan lupa sebab yang paling saya minat nak kumpul. Hehe.. Sampaikan dalam itinerary pun siap susun plan untuk ke HRC. Banyak sangat dah t-shirt HRC dalam koleksi saya. Memang saya jaga betul-betul sampaikan basuh pun guna tangan dengan air suam. Huhu.. Mana lah tau bila dah tak minat nak kumpul nanti boleh bukak booth kat carboot sale. Dah tentu kaki kumpul t-shirt HRC datang beli punya. Hihi.. Itu kalau dah tak minat la. Buat masa sekarang ni belum terfikir nak jual. Simpan je la dan pakai time special occasion. Harap HRC keluarkan banyak lagi design t-shirt yang baru sebelum next trip. Rasanya semua design dah ada dalam koleksi. Susah betul bila ada hobi menyimpan benda ni. Saya ada satu lagi benda yang saya simpan dari sekolah iaitu duit seringgit lama. Bukan duit seringgit zaman saya tak lahir lagi, tapi duit seringgit terakhir yang guna simbol $1. Hampir seribu dah saya kumpul. Siap iron duit tu bagi cantik dan simpan baik-baik. Huhu..
|
HRC Ho Chi Minh City |
|
HRC Brussels |
|
HRC Amsterdam |
|
HRC Cologne |
|
HRC Munich |
|
HRC Venice |
|
HRC Paris. Wife saya je beli sebab tak puas hati dulu beli classic kaler putih. Huhu.. |
Keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan apa yang dibawa balik dari Western Europe. Walaupun t-shirt negara yang dibeli kualitinya tak setanding t-shirt Adidas tapi ianya amat berharga buat saya dan memberikan satu kepuasan bila memakainya. Sekurangnya memberikan saya satu kenangan yang takkan dapat dilupakan tentang negara yang dah dilawati. Next trip? Entah la. Tak tau lagi ke mana kaki ini akan melangkah. Asal ada peluang insyaAllah ada lah cop baru kat passport tu. Hehe. Duit tabung kena pikir jugak. Walaupun duit tak boleh beli pengalaman, tapi duit jugalah punca utama untuk mendapat pengalaman itu. Lainlah kalau ada yang sponsor semua trip expenses atau sanggup berjalan kaki dari rumah menuju ke sempadan. Hihi. Wallahualam..
Salam tuan , maaf menggangu. saya nak tanya berkenaan kereta sewa di london dan paris . As im aware all car rental company will hold some amount for the deposit on our credit card kan? selepas kita pulangkan kereta diorang akan terus reimburse back the amount ke tuan ? ( kalau tidak ada apa apa kerosakan ) . terima kasih tuan .
ReplyDeleteSalam ikaazizi,
DeleteYe betul, memang diorang akan hold deposit from credit card. Sepanjang trip kita takleh nak guna amount yang dia dah lock tu. Lepas dah hantar kereta dan takde apa-apa masalah, barulah boleh guna balik amount tu. But make sure check betul2 condition kereta tu. Kalau boleh amik gambar sekali untuk reference. Langkah berjaga-jaga. Hehe. Apa-apa pun pengalaman yang amat best bila memandu sendiri kata sana. Tq for reading my blog!..
Assalam nuar...alhamdullillah.. a very good info and really enjoy reading, mengimbau kenangan daaa...lepas ni ke mana plak kita?
ReplyDeleteWaalaikumsalam Kak Wan..
DeleteLepas ni ada lagi trip yang menunggu kak tapi masih dalam perancangan. Dah siap nanti saya akan inform pada semua insyaAllah.. Tq for reading my blog!.. :)