Sunday, 15 November 2015

JJCP Korea: Post Mortem

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Trip mencari pengalaman ke Korea telah selesai. Misi utama dah berjaya dicapai iaitu nak merasa suasana salji yang turun dari langit. Hihi.. Misi-misi sampingan pun berjaya dilakukan. Apa yang paling saya suka ialah banyak perkara first time kami merasa dalam hidup berlaku di sini. Main ski dah tentu first time. Makanan Korea boleh dikatakan semuanya first time. Hihi.. Local flight (Air Busan) pun first time kami naik. Kat Korea boleh dikatakan semua jenis public transport kami naik. Selain dari KTX bullet-train, kami sewa kereta (Jeju), naik mini bus (Gamcheon Culture Village), metro/subway (Busan, Seoul), local bus (Jisan Ski), shuttle bus (N-Seoul Tower), Intercity bus (Seoul-Icheon), taxi (Nami Island), feri (Nami Island) dan local train (Seoul-Busan). Pengalaman yang seronok di Korea walaupun kami bukan peminat G-Dragons atau 2 NE 1 dan yang seangkatan dengannya.. Hihi..

Nasib baik salji tak lebat macam ni. Huhu.. (Ihsan Google Images)
# KOS
Kos wajib keseluruhan trip kami ke Korea adalah RM6170.80. Jika dibahagikan dengan 2 orang, kosnya hanya RM3085.40/person. Boleh dikatakan murah juga jika dilihat perjalanan kami di sepanjang trip ni. Kos ini termasuk dari tambang ERL hinggalah tambang teksi masa balik. Tapi kos ni tak termasuk kos sekunder yang kami guna seperti beli souvenir dan collectible items. Itu bukan wajib bagi semua orang. Yang dikategorikan wajib adalah seperti tiket flight, hotel, tambang, makan dan sewa kereta. Kaki shopping kena standby extra money la ye. Hehe.. Kos makanan halal boleh dikatakan agak mahal. Nak save kena standby bawak serunding atau nasi Brahim's. Hihi..

Money money money!.. (Ihsan Google Images)
# KEPUASAN
Secara keseluruhannya kami berasa puas dapat berjalan dan mencari pengalaman di Korea. Masa yang kami ada amat limited jika dilihat tempat yang kami lawati. Jeju Island tak cukup kalau setakat nak ronda sehari dua. Sekurangnya perlu dalam seminggu untuk merasa kepuasan di Jeju Island. Huhu.. Kami ni dapat jejak kaki pun dah kira bertuah dah. Tambah pulak dapat merasa masuk ke dalam Manjanggul Cave tu. Best sangat!.. Pada saya kepuasan tu bukannya bergantung kepada berapa lama kita kat satu tempat, tapi berapa banyak tempat yang kita dapat pergi. Untuk trip 8 hari kami dapat cover Busan, Jeju Island dan Seoul. Itu dah dikira puas tu. Hihi.. Cuma satu je yang tak puas. Tak puas hati sebab restoran kat Jeju Island tu dah takde status halal. Tengah lapar, sebab tu rasa tak puas hati sangat. Kikiki..

Tak sempat nak puas di Jeju Island.. Huhu (Ihsan Google Images)
# TERKILAN
Antara perkara yang buat kami terkilan adalah ketika di Jeju Island. Sebenarnya banyak tempat yang kami dah set dalam itinerary untuk dilawati tapi disebabkan masa dan kelajuan memandu (left-hand drive tuu) yang tak berapa nak laju membuatkan banyak tempat yang kami terpaksa bypass. Padahal saya dah susun cantik punya laluan yang kami nak guna. Semuanya kerana nak kejar Manjanggul Cave sebelum tutup. Lagipun musim winter, memang singkat sangat waktu siang. Huhu..

Dapat cover 2 tempat ni pun dah cukup puas hati..
# RAKYAT
Rakyat Korea amat berbeza dengan Jepun walaupun dikatakan kedua-dua negara ni banyak persamaan sebab berjiran. Pada saya, orang Korea kurang peramah. Cakap pun agak kasar, siap buat muka lagi. Teringat saya ketika di Jepun, brader dressing macam death metal pun tunduk kepala bila kami senyum kat dia. Hihi.. Mungkin tak semua orang Korea macam tu. Tapi selama 8 hari kami di sana memang itulah realitinya. Nak jumpa yang hensem dan comel macam dalam movie diorang punya la susah. Kalau kat Busan lagilah.. Terasa busan melihatnya. Huhu.. Cara diorang approach pun agak kasar. Orang Jepun speaking Japanese pun agak kasar intonasinya tapi jelas nampak hormatnya.. That's why wife saya pernah cerita dulu ada delegasi dari Turkey datang melawat office dia. Bila bercakap tentang orang Jepun, diorang siap kata orang Jepun ni datang dari bumi yang lain. Tak boleh nak buat comparison. Huh, ni citer pasal Korea ke Jepun ni? Huhu..

Mana satu orang Jepun dan Korea? (Ihsan Google Images)
# SHOPPING
Yea.. part shopping kat Korea especially area Dongdaemun dan Myeong-dong memang paling terbaik. Walaupun banyak barang yang dijual dikhuatiri ketulenannya, tapi kalau pandai memilih memang nampak sebijik macam ori. Bab shopping saya serah pada yang pakar, iaitu wife saya. Apa yang saya tau, t-shirt hard rock mesti kena beli untuk buat koleksi. Shopping di Korea mengikut musim. Time winter boleh dikatakan semua kedai jual baju untuk winter season. Nak shopping pun tak semangat. Pergi ke Korea waktu summer lebih sesuai untuk para shopaholic.

Shop till you drop!..
# KESELAMATAN
Pada saya Korea adalah negara yang agak selamat untuk dilawati. Boleh berani lagi nak jalan sorang-sorang atau berdua di waktu malam. Semua negara ada kes jenayah. Even negara Malaysia pun dah melampau banyaknya kes jenayah. Tapi saya tetap juga duduk di Malaysia, tanah tumpah darahku. Yang penting kena pandai jaga diri walau di mana pun berada. Jika masalah yang dicari, memang akan berjumpa masalah tu. Instinct dalam diri pun main peranan juga. Tetiba rasa macam tak sedap hati je nak lalu jalan tu, baik jangan lalu. Ikut je laluan lain atau join group orang ramai berjalan.

Encik polis penjaga keselamatan..
# KESELURUHAN
Secara keseluruhannya, Korea adalah negara yang seronok untuk dilawati. Cuma baru-baru ni ada kes penyakit yang menular di Korea hingga tourist tidak dibenarkan untuk masuk ke Korea. Tambah pulak sekarang ni tengah bergaduh dengan North Korea. Lagi la parah.. Ada je yang nak cari pasal. Saya ada terbaca tentang kehidupan rakyat North Korea dimana diorang takleh travel keluar negara dan takleh tengok tv. Betul ke tak? Wallahualam.. Kalau betul memang kesian juga bila memikirkannya. Huhu.. Kesian kat company jual tv dan airlines. Lastly, kepada yang belum pernah ke Korea atau Jepun, cadangan saya baik ke Korea dulu, then baru ke Jepun. Saya merasakan suasana di Jepun lebih menarik dari di Korea. Sebab tu rasa macam biasa je bila jalan-jalan di Korea. Cadangan saya ni khas untuk yang bukan peminat K-Pop atau Korean drama ye. Kalau fanatik, dah tentu pergi sepuluh kali pun tak puas-puas. Wallahualam..

Gamsahamnida Korea!.. (Ihsan Google Images)

# RATING SAYA

* Locals: 6/10
   - Boleh berikan senyuman cuma jangan mengharapkan balasan. Huhu..

* Language: 2/10
   - Aduhh.. Susahnya nak berkomunikasi di Korea. Even yang ada basic english pun susah nak cari. Belajar basic Korean adalah digalakkan sebelum melawat Korea.

* View: 6/10
   - Hanok Village dan Seongsan Ilchulbong antara view yang saya paling suka. Mungkin saya ni lebih appreciate view bangunan design lama kot? Classic!..

* Cleanliness: 7/10
   - Gerai yang banyak di kaki lima membuatkan tahap kebersihan jadi kureng skit. Kat area tourist hotspot memang agak bersih.

* Public toilet: 6/10
   - Cukup tak gemar bila takde paip air. Be prepared! Huhu.. Nasib baik the one and only activities saya dalam toilet berlaku di Seoul Central Mosque.

* Public transport: 7/10
   - Terbaik dan mudah untuk difahami. Time peak-hour memang padat macam tin sardin. Huhu..

* Accomodation: 5/10
   - Agak mahal kalau nak dibandingkan dengan facilities yang diberi. Booking lebih awal mungkin dapat murah sikit kot.

* Islamic: 5/10
   - Seperti biasa, masjid kurang dan makanan halal juga agak sukar nak mencarinya. Seafood je lah pilihan yang banyak.

* Currency: 6/10
   - Currency rate KRW agak tinggi tapi tak setinggi JPY. GBP lagi lah tak tertanding. Huhu.. Boleh la nak survive kat sini dengan kos yang limited.

* Shopping: 8/10
   - Not bad shopping kat sini. Dongdaemun never sleeps!.. Tapi jangan fikir tentang brand ye. Just shop till you drop!.. Hehe

* Weather: 7/10
   - Sejukk!.. Tapi nasib baik dah standby apa yang patut. Better prepare kerana cuaca di Seoul sejuknya lain macam sikit. Huhu..

* Repeat: 6/10
   - Jika ada duit lebih apa salahnya. But Japan is much more better to repeat again..

* Overall: 6/10
   - If you're the fans of Winter Sonata and K-Pop music, overall rating will be 10/10. Hihi..



2 comments:

  1. Assalam..sekali lagi saya singgah untuk komen di blog ini. Terima kasih atas perkongsian itinerary di Jepun dahulu. Memang sedikit sebanyak membantu. Saya setuju dengan pendapat tuan tentang orang Korea. Orangnya tak semesra orang Jepun. Agak kasar gaya dan cara pertuturan mereka. Jauh berbeza dari Jepun. Jika diberi pilihan untuk ke Jepun atau ke Korea semula saya akan pilih ke Jepun. Walaupun realitinya saya adalah salah seorang peminat tegar KDrama, namun saya rasa lebih selesa di Jepun. Ini pendapat saya semata-mata. Mungkin yang lain mempunyai pendapat yang berbeza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Arianur..

      Sama la pendapat awak dengan saya. Cuma saya memang tak pernah minat cerita Korea. Hehe.. Dari segi attitude pun banyak beza antara Jepun dan Korea. Saya juga teringin nak ke Jepun lagi kalau ada rezeki dan peluang. Kali ni nak try winter kat Fukuoka pulak sebab kat situ the only Hard Rock yang saya tak singgah lagi di Jepun. Lagi satu teringin nak ke Hokkaido. InsyaAllah ada rezeki sampai juga satu hari nanti. Hehe..

      Delete