Tarikh:
17 November 2012
Lokasi kejadian:
Musselburgh - Leaderfoot Viaduct - Carter Bar Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jam 5.30 pagi kami dah bangun. Terasa sejuk dalam bilik walaupun heater terpasang. Breakfast untuk pagi ni adalah bubur ayam segera Knorr. Walaupun terasa kembang tekak tapi tetap makan untuk alas perut. Huhu.. Kami bersiap-siap untuk check-out. Hari ni kami nak masuk semula ke England. Memang tak cukup rasanya sehari nak jalan-jalan di bumi Scotland. Tapi apakan daya, yang penting kami dah merasa pengalaman yang indah berada di Scotland especially bandar Edinburgh dan jalanraya yang cukup cantik pemandangannya.
Bergambar kenangan di pintu masuk Travelodge Edinburgh Musselburgh |
Jam 7.30 pagi kami meninggalkan Travelodge Edinburgh Musselburgh. Singgah di petrol station yang terletak kat sebelah hotel. Saya isi minyak GBP21.00. Cukup kot untuk sampai terus ke destinasi terakhir untuk trip hari ni. Malas nak berhenti kat tengah jalan untuk isi minyak. Perjalanan kami melalui route A68 yang indah. Sempat kami berhenti amik gambar kincir angin kat tepi jalan. Tengok kat meter kereta, temperature dah cecah 3oC. Memang sejuk betul cuaca kat luar. Tahankan aje. Huhu.. Rugi kalau tak menikmati cuaca sejuk macam ni. Kat Malaysia memang takkan dapat level kesejukan camni.
Sejam perjalanan, jam 8.30 pagi kami dah sampai hampir dengan sempadan Scotland-England. Saya ternampak signboard tentang Leaderfoot Viaduct, one of the Scotland heritage site. Tak pasti apa bendanya Leaderfoot Viaduct ni. Hari pun masih awal lagi, maka kami pun terus menuju ke lokasi yang terletak betul-betul kat tepi jalan utama. Masuk simpang, dalam 500 meter perjalanan ke lokasi. Rupanya Leaderfoot Viaduct ni adalah tiang jambatan untuk jalan keretapi yang dah dibina sejak zaman dulu lagi. Pemandangan tiang jambatan tu dan sungai yang mengalir kat bawahnya memang amat cantik. Kami pun bergambar dari jauh. Takut nak jalan sampai ke bawah jambatan sebab takde orang pun kat situ.
Kami meneruskan perjalanan. Jam 9.20 pagi kami tiba di Carter Bar. Apa yang ada di Carter Bar? Takde apa pun. Carter Bar bukanlah pekan atau bandar tapi ianya adalah tanda sempadan Scotland-England. Saya dah google semua tanda sempadan yang akan saya lalui sebelum datang ke sini. Memang teringin nak bergambar sebagai tanda kenangan di sempadan. Di Carter Bar ni ada disediakan hentian khas untuk pelancong berhenti dan bergambar. Pemandangan yang berbukit di sekeliling saujana mata memandang. Ditambah pulak dengan cuaca yang amat sejuk walaupun cahaya matahari terik memancar atas kepala. Kat sini bukan setakat signboard tanda sempadan je, tapi ada batu penanda bertulis Scotland dan England di kedua-dua belah batu. Itu yang buat saya set dalam itinerary saya untuk singgah di sini. Kami bergambar sepuasnya. Cuaca menjadi semakin sejuk. Boleh kebas tangan kalau tak pakai gloves. Yang bestnya, takde orang lain pun kat situ. Boleh bergambar tanpa halangan. Hehe..
View berlatarbelakangkan kincir angin.. Sejuukk!! |
@ Leaderfoot Viaduct
Sejam perjalanan, jam 8.30 pagi kami dah sampai hampir dengan sempadan Scotland-England. Saya ternampak signboard tentang Leaderfoot Viaduct, one of the Scotland heritage site. Tak pasti apa bendanya Leaderfoot Viaduct ni. Hari pun masih awal lagi, maka kami pun terus menuju ke lokasi yang terletak betul-betul kat tepi jalan utama. Masuk simpang, dalam 500 meter perjalanan ke lokasi. Rupanya Leaderfoot Viaduct ni adalah tiang jambatan untuk jalan keretapi yang dah dibina sejak zaman dulu lagi. Pemandangan tiang jambatan tu dan sungai yang mengalir kat bawahnya memang amat cantik. Kami pun bergambar dari jauh. Takut nak jalan sampai ke bawah jambatan sebab takde orang pun kat situ.
(A) Travelodge Edinburgh Musselburgh to (B) Leaderfoot Viaduct = 49 km |
Itulah dia Leaderfoot Viaduct |
Memang tenang pemandangan sekitarnya |
@ Carter Bar
Kami meneruskan perjalanan. Jam 9.20 pagi kami tiba di Carter Bar. Apa yang ada di Carter Bar? Takde apa pun. Carter Bar bukanlah pekan atau bandar tapi ianya adalah tanda sempadan Scotland-England. Saya dah google semua tanda sempadan yang akan saya lalui sebelum datang ke sini. Memang teringin nak bergambar sebagai tanda kenangan di sempadan. Di Carter Bar ni ada disediakan hentian khas untuk pelancong berhenti dan bergambar. Pemandangan yang berbukit di sekeliling saujana mata memandang. Ditambah pulak dengan cuaca yang amat sejuk walaupun cahaya matahari terik memancar atas kepala. Kat sini bukan setakat signboard tanda sempadan je, tapi ada batu penanda bertulis Scotland dan England di kedua-dua belah batu. Itu yang buat saya set dalam itinerary saya untuk singgah di sini. Kami bergambar sepuasnya. Cuaca menjadi semakin sejuk. Boleh kebas tangan kalau tak pakai gloves. Yang bestnya, takde orang lain pun kat situ. Boleh bergambar tanpa halangan. Hehe..
(A) Leaderfoot Viaduct to (B) Carter Bar = 36 km |
Info tentang Borderlands di Carter Bar |
Batu tanda sempadan. Yang ni belah Scotland |
Belah belakang pulak England. Memang terbaik.. |
Perjalanan harus diteruskan. Selamat tinggal Scotland. Tak tau bila kaki ni dapat menjejaki bumi Scotland lagi. Kenangan indah walaupun sehari takkan dapat kami lupakan. Lebih 20 minit kami di Carter Bar sampaikan gloves Daiso yang berharga RM5 tak dapat lagi nak menampung kesejukan suasana. Huhu.. Jam 9.40 pagi kami meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya yang memang menjadi impian saya sekian lama sebagai peminat bola sepak. My favourite team, Leeds United. Tak sabar rasanya. Our long journey continues..
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Petrol : RM105.00
- Jumlah : RM105.00
*Website yang membantu:
Leaderfoot Viaduct
Carter Bar
hotel2 yg check-in setiap stop tu, booking siap kat Malaysia ke boleh terus redah je?
ReplyDeleteTQ
Salam Hanna Farah.. Hotel yang saya booking tu semuanya kat Malaysia. Waktu paling sesuai booking adalah masa hujung season.. Contohnya kalau pergi time winter season, kenalah tengok time season sblm tu.. InsyaAllah ada rezeki boleh dapat bilik yang murah. Saya tak berani nak main redah je. Satu, takut bilik unavailable dan kedua, harga melambung mahal.. Happy searching ye..
DeleteSalam just nak kongsi info
ReplyDeletekalau ke luar negara terutama di eropah jgn lupa install aplikasi zabihah amat berguna dlm memberi panduan tentang restoran n grocery yg menjual halal food serta masjid berdekatan
semoga bermanafaat!
selamat melancong!
Salam..
DeleteTq for the information. Yea, zabihah amat berguna especially untuk pelancong Muslim. Saya juga install dan refer pada aplikasi tersebut. It's a nice and reliable apps. Tq for sharing!..