Sunday 18 August 2024

JJCP Eurora: Day 02 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..





Jam 6.00 pagi saya dan wife dah bangun. Selesai mandi dan solat, saya kejut anak-anak. Liat sungguh diorang nak bangun pagi ni. Mesti semalam tidur lambat atau tak boleh tidur sebab jetlag. Nasib lah, takkan nak stay kat hotel je kan. Bila travel, kita kena maksimumkan penggunaan waktu siang yang pendek. Rugi masa kalau tak berjalan. Dah la diorang first time sampai Paris. Takkan taknak tengok bandar Paris di waktu pagi. Rindu sungguh suasana dan bau Europe di awal pagi. Tambah bila lalu depan kedai bakery. Sedapnya bau roti dan butter. Hihi.. Seperti biasa kami breakfast makanan segera yang dibawa. Jam 7.45 pagi kami dah turun dan tunggu sahabat travel yang lain di lobi. 10 minit menunggu akhirnya semua dah ada dan bersiap sedia untuk explore Paris.

Paris here we come!

Walking route: From Hotel Campanile Pantin to Hoche station

Kami berjalan menuju ke Hoche metro station. Lif masih tak berfungsi. Turun tangga tak jadi masalah sebab masih awal pagi dan bertenaga. Hehe.. Sampai di metro station, kami beli tiket Paris 1-Day atau Carte Mobilis untuk Zone 1 dan 2 yang berharga EUR7.50/person. Tiada child fare untuk tiket ni. Harganya sama dengan dewasa. Kalau beli Paris Visite Card baru ada diskaun untuk kanak-kanak 4-11 tahun, tapi tiket dewasa pulak yang mahal. Untuk memudahkan saya beli je tiket yang sama untuk semua. Pada tiket kena tulis nama dan tarikh penggunaannya. Jadi kenalah bawa pen siap-siap ye.

Better guna ballpen untuk menulis

Tiket 1-day dah beli. Jadi boleh la naik turun metro sebanyak mana pun untuk Zone 1 dan 2 pada hari ni. Destinasi pertama kami hari ni nak ke Place de la Bastille. Walaupun ini kali ketiga saya dah sampai Paris, tapi tempat ni saya belum pernah jejak lagi. Cadangan asal nak pergi semua tempat di Paris yang saya masih belum cover lagi. Tapi disebabkan bawa sahabat travel yang kebanyakannya first time sampai di sini, maka saya kena bawa juga ke landmark yang popular. Sambil tu boleh la singgah mana-mana tempat yang saya sendiri tak pernah sampai. Barulah banyak pengalaman hidup. Apa pun tempat yang akan disinggah tak memerlukan kos. Hanya ambil gambar untuk kenangan. Jam 8.15 pagi kami naik Metro 5 dari Hoche station terus menuju ke Bastille station.


Off to our first destination today..


# PLACE DE LA BASTILLE

Jam 8.35 pagi kami sampai di Bastille station. Keluar je dari station terus nampak satu dataran yang agak luas iaitu Place de la Bastille. Bastille adalah sebuah penjara pada zaman dulu. Sekarang yang tinggal hanyalah beberapa batu binaan penjara di kawasan sekitar. Satu monumen diletakkan di dataran ini untuk mengingati peristiwa penyerbuan penjara Bastille semasa Revolusi Perancis yang berlaku pada sekitar tahun 1789-1790.

Metro route: From Hoche station to Bastille station

Walking route: From Bastille station to Place de la Bastille

Cuaca masih belum cerah sepenuhnya. Keadaan mendung dan angin sejuk mencecah 6 darjah celcius. Orang tak ramai lagi kat sini dan trafik pun agak lengang. Masing-masing masih di rumah berselimut agaknya atau sedang menikmati secawan kopi panas di beranda. Hihi.. Saya suka keadaan macam ni, tak crowded. Masih awal pagi. Tunggu jam 10.00 pagi nanti mesti ramai tourist dan locals di mana-mana. Travel agency pun takkan bawa tourist keluar seawal pagi macam kami. Diorang nak breakfast dulu kat hotel. Macam kami breakfast kat bilik je. Hahah..

Bergambar kenangan di Place de la Bastille

Selesai bergambar dan menikmati pemandangan sekitar, kami turun semula ke Bastille station. Destinasi berikutnya kami akan ke tempat yang saya pernah pergi sebelum ni iaitu Musee du Louvre. Dulu tak masuk pun dalam tu untuk tengok potret Monalisa. Kali ni pun sama juga. Hehe.. Mahal kot tiket entrance dia. Beratur pun panjang. Kalau betul plan nak tengok Monalisa, rasanya separuh hari habis untuk beratur je. Takpe lah, Monalisa tak memberikan impak dalam hidup kami. Jalan-jalan menikmati pemandangan dan suasana sekitar adalah lebih utama dalam kehidupan travel kami. Dari Bastille station, kami naik Metro 1 menuju ke Louvre-Rivoli station. Masa perjalanan tak sampai 10 minit.

Walking route: From Place de la Bastille to Bastille station

Metro route: From Bastille station to Louvre-Rivoli station

Dari Louvre-Rivoli station, kami berjalan menuju ke Musee du Louvre. Dalam perjalanan, kami disapa oleh sekumpulan budak perempuan muda. Di tangannya ada senarai nama untuk kami isi dan tandatangan. Ini adalah scam! Modus operandi mereka adalah kononnya list nama ni untuk derma kepada anak yatim. Once dah tulis nanti mereka akan paksa kita untuk bayar. Jadi jangan tulis apa-apa dan lebih baik jangan layan. Buat tak tau je kehadiran mereka. Macam saya akan cakap melayu, kononnya tak tau speaking. Hahah.. Diorang akan ikut kita sambil memaksa. Jalan macam biasa, sampai la diorang tak ikut dan merungut sebab operasi gagal. Hahah..

Kat kawasan ni tempat diorang menjalankan operasi scam


# MUSEE DU LOUVRE

10 minit berjalan kaki sambil bolayan budak-budak scam ni, kami sampai di Musee du Louvre, iaitu sebuah muzium terkenal yang dibuka pada tahun 1793 dan menyimpan potret Monalisa. Orang kata kalau tengok potret Monalisa secara live akan nampak gambar beliau seperti hidup. Entah la. Mungkin penggemar lukisan yang memahaminya. Saya setakat pakar lukis gambar cacing dan orang lidi memang takkan pernah faham bila tengok lukisan terutamanya yang abstrak. Nampak macam conteng-conteng je. Tapi dalam jiwa pelukis ianya menggambarkan sesuatu yang indah. Biarlah mereka dengan imaginasi mereka. Yang penting kami nak bergambar kat piramid di luar muzium. Hehe..

Walking route: From Louvre-Rivoli station to Musee du Louvre

Tak dapat Monalisa, piramid kat luar pun jadi laa

Jam 9.30 pagi kami meninggalkan Musee du Louvre menuju ke destinasi berikutnya. Hujan renyai mula turun menyejukkan lagi suasana. Setiap kali travel saya akan bawa disposable raincoat. Bila hujan tak lebat rasa malas nak pakai sebab disposable. Bila raincoat basah susah nak keringkan. Selagi boleh bertahan, setakat renyai boleh je tak pakai raincoat. Rasanya trip lepas ni saya nak bawa payung la. Lagi convenient rasanya. Bawa yang saiz mini untuk cover seorang dah cukup. Boleh letak kat tepi beg. Nasib baik la hari ni saya tak pakai jaket berbulu. Jenuh nak kering bila basah. Huhu.. Kami menyusuri celah bangunan menuju ke Palais Royal - Musee du Louvre metro station.

Walking route: From Musee du Louvre to Palais Royal - Musee du Louvre station

Dari Palais Royal - Musee du Louvre station, kami naik Metro 1 menuju ke Concorde station. Dalam metro keadaan masih lengang dan kami dapat tempat duduk. Selalunya Metro 1 penuh dengan penumpang sebab banyak destinasi untuk tourist dalam route Metro 1. Belum pukul 10.00 pagi lagi. Kejap lagi mula la sesak. Hihi.. Saya standby keluarkan raincoat untuk anak-anak. Rasa macam hujan berpanjangan hari ni sebab dari pagi tadi cuaca mendung je. Saya ok lagi kalau tak pakai raincoat, tapi si kecik tu kena pakai. Dibuatnya beliau demam, susah pulak nak berjalan nanti. Tapi beliau ni jenis takde perasaan sangat. Sejuk macamana pun tetap layan tak pakai glove. Dulu masa trip 2019 siap tak pakai stokin lagi. Aduhai budak bertuah ni. Moga beliau sentiasa sihat.

Ada yang dah siap sedia pakai raincoat

Kami sampai di Concorde station jam 9.45 pagi. Hujan masih turun dan agak lebat. Nampaknya saya pun terpaksa pakai raincoat juga. Place de la Concorde tak jauh dari station. Cuma kawasan di sini amat luas dan takde tempat berteduh. Lebih baik pakai raincoat kalau taknak lenjun. Silap haribulan saya pulak yang demam nanti. Huhu.. Kawasan lapang membuatkan angin bebas bertiup. Pakej hujan dan angin memang amat sejuk sampai ke tulang.

Walking route: From Concorde station to Place de la Concorde


# PLACE DE LA CONCORDE

Place de la Concorde adalah dataran awam yang terbesar di Paris. Mengikut sejarah, dataran ini dibuka pada tahun 1772 dan merupakan tapak pelaksanaan hukuman mati semasa Revolusi Perancis. Kemudian pada 1836 tempat ini direka bentuk semula sebagai dataran awam hingga sekarang. Terdapat monumen dan fountain di tengah dataran ni untuk kami bergambar kenangan. Tak kira la hujan sedang membasahi bumi dan angin yang bertiup agak kencang. Gambar tetap kena ambil juga. Hehe..

Luas dataran ni. Kelihatan Eiffel Tower di kejauhan.

Tak tahan dengan kesejukan di kawasan yang lapang, kami hanya meluangkan masa 10 minit je di dataran ni. Kami berpatah semula ke Concorde station untuk ke destinasi berikutnya yang paling popular di Paris selain Eiffel Tower. Mana lagi kalau bukan Arc de Triomphe. Boleh dikatakan kedua-dua tempat ni adalah monumen wajib yang perlu dilihat apabila berada di Paris. Kalau dah sampai Paris tapi tak bergambar dengan kedua-duanya kira tak lengkap la. Nak edit letak gambar boleh juga, tapi apa guna menipu diri sendiri kan. Hahah..

Walking route: From Place de la Concorde to Concorde station

Cadangan asal kami nak berjalan kaki sejauh hampir 2 km menyusuri jalan lurus Avenue des Champs-Elysees yang terkenal dan cuci mata melihat butik, cafe dan teater level kayangan di sepanjang perjalanan. Tapi disebabkan hujan, kami terpaksa naik metro. Dari Concorde station, kami naik Metro 1 lagi sekali menuju ke Charles de Gaulee-Etoile station dengan harapan bila keluar station nanti hujan dah berhenti. Rasa tak selesa bila pakai raincoat basah naik metro. Huhu..

Metro route: From Concorde station to Charles de Gaulle-Etoile station

Hanya 5 minit masa perjalanan dari Concorde station ke Charles de Gaulle-Etoile station. Kami ikut pintu keluar terus ke Arc de Triomphe. Ada banyak pintu keluar di station ni. Salah keluar memang jauh la nak ke Arc de Triomphe sebab monument ni sebenarnya terletak di atas station. Alhamdulillah hujan pun dah mula berhenti. Boleh la simpan raincoat semula. Harap hujan tak turun lagi untuk hari ni. Dah cukup subur tanah di Paris disirami hujan.

Walking route: From Charles de Gaulle-Etoile station to Arc de Triomphe


# ARC DE TRIOMPHE

Arc de Triomphe adalah monumen yang direka pada tahun 1806 bagi memberi penghormatan kepada pejuang yang mati semasa Revolusi Perancis dan Perang Napoleon. Ada makam pejuang semasa Perang Dunia Pertama di bawah monumen ni. Pengunjung boleh naik ke bahagian atas monumen ni tapi ada bayarannya. Kena bayar pun orang beratur panjang. Kalau free tak tau la berapa panjang orang beratur. Mungkin sepanjang jalan Champs-Elysees kot. Huhu.. Takpelah, kami pilih untuk berada di bahagian bawah je. Hehe.. Arc de Triomphe dikelilingi oleh roundabut yang besar. Banyak movie buat penggambaran kat roundabout ni sebab view yang menarik.

Seronok sungguh dapat bergambar ramai-ramai di sini

Selesai di Arc de Triomphe, kami teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Masih ada lagi beberapa tempat wajib singgah di Paris yang perlu dilawati. Banyak tempat menarik di Paris, tapi untuk jangkamasa sehari in shaa Allah boleh cover mana-mana tempat yang utama. Pada saya tak perlu pun ambil masa yang lama di setiap bandar besar seperti Paris dan London. Dapat maksimum 3 hari pun dah cukup sebenarnya. Saya sendiri tak boleh nak bayangkan apa nak dibuat kalau seminggu berada di Paris. Untuk yang kaki shopping mungkin seminggu adalah duration yang sesuai. Untuk pencinta keindahan macam saya ni takkan la nak tengok Eiffel Tower sepanjang hari. 30 minit pun dah kira lama. Masing-masing punya preference dan masing-masing punya duit. Lantak le kan.. Hahah.. Next pitstop please..


Wallahu ' alam..

JJCP Eurora: Day 01 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..





HAMAD INTERNATIONAL AIRPORT

Masih ada 4 jam lagi sebelum flight kami berlepas. Kami berjalan ke foodcourt mencari sesuatu untuk dimakan. Harga makanan di sini boleh tahan juga mahal. Daripada anak-anak pilih sendiri makanan, lebih baik saya yang buat keputusan. Paling mudah order makanan yang sama. Keadaan di foodcourt agak padat dan kami terpaksa menunggu giliran untuk dapatkan tempat duduk. 15 minit menunggu barulah ada meja kosong untuk kami tapi tak cukup untuk semua. Maka ada yang terpaksa mencari meja kosong di tempat lain. Bila travel ramai ni memang kena duduk berasingan. Susah nak dapat tempat duduk untuk kami semua. Saya tengok beberapa kedai makanan yang ada di foodcourt. Akhirnya saya ambil keputusan untuk order KFC je. 2 set dinner meal yang mengandungi 8 ketul ayam, fries dan air berharga QAR92.00 bersamaan RM105.80. Mahal sungguh. Rasanya KFC paling murah berbanding kedai lain di sini.

Marilah menjamu selera KFC paling mahal yang pernah dibeli

Selesai menghabiskan kesemua hidangan, kami solat jamak sebelum bergerak menuju ke boarding gate. Lepas daripada kaunter imigresen dan kawalan keselamatan, sempat lagi kami singgah di kedai duty free. Hehe.. Saje je nak cuci mata tengok perfume yang dijual dan buat perbandingan harga. Agak murah jugalah. Ambil gambar siap-siap. Mana tau ada sahabat yang berminat nak order. Balik nanti boleh la beli. Takkan nak beli sekarang, buat berat beg je. Ada lebih sejam setengah lagi. Boleh jalan dengan tenang. Beg besar pun takde. Lenggang kangkung je berjalan sambil bergambar.

Teddy bear giant ni landmark utama Hamad International Airport

Jam 2.15 petang kami mula berjalan menuju ke Gate C2. Kelihatan sudah ramai penumpang yang menunggu gate dibuka. Setiap kali sampai di balai menunggu, saya mesti teringat kejadian boarding flight masa di Copenhagen dulu. Serius kenangan yang takkan dilupakan bila berlari macam dalam game The Amazing Race. Masa lari tak rasa penat. Bila dah masuk dalam flight barulah lega. Tak sangka masih boleh lari laju lagi. Keadaan terdesak memang begitulah. Hehe.. Kali ni kita belajar dari pengalaman. Barulah tenang je berjalan tanpa rasa bimbang jika terlepas flight.

Budak ni dah standby pakai jaket. Belum sejuk lagi la sayang. Hahah..

Jam 2.50 petang mula kedengaran announcement untuk boarding flight. Alhamdulillah flight kami on-time. Daripada tingkap kelihatan flight Qatar Airways. Walaupun tiket kami Malaysia Airlines, tapi codesharing dengan Qatar. Kami pernah naik Qatar Airways sebelum ni. Memang terbaik servis yang diberikan dan harga tiket pun berpatutan. Harap Etihad dan Emirates buatlah offer murah macam Qatar. Teringin juga kami nak merasa naik. Asal cari tiket mesti tak dapat harga yang murah daripada Etihad dan Emirates. Tapi dapat Qatar lagi bagus sebab ranking lebih tinggi. Cuma teringin nak dapat pengalaman berbeza dengan naik pelbagai airlines. In shaa Allah satu hari nanti.

Jom naik Qatar Airways


# QATAR AIRWAYS QR37

Kami duduk sebaris di seat bernombor 21. Saya dah tak berminat nak duduk di sebelah tingkap. Duduk baris tengah lagi mudah nak bergerak ke tandas. Bagi la anak-anak bergilir duduk belah tingkap. Si Eirfan dah mula mengantuk. Flight belum gerak lagi dia dah mula lelap. Harap-harap dapat makanan best kejap lagi. Boleh ayah dia tolong makan bagi pihak beliau. Hihi.. Keadaan interior nampak seperti flight baru. Skrin pun berfungsi dengan baik. As usual, saya akan dengar lagu je. Moga ada koleksi lagu rock yang terkini. Barulah best layan sampai tertidur.

Gambar standard: ruang kelegaan kaki. Selesa untuk penerbangan jauh.

Tepat jam 3.30 petang, flight Qatar Airways QR37 mula berlepas ke ruang udara meninggalkan Hamad International Airport. Sepanjang perjalanan saya layan beberapa album lagu rock. Kalau boleh taknak tidur sebab sampai di Paris nanti dah malam. Takut tak boleh tidur kat hotel. Selalunya waktu pergi jarang kena jetlag. Bila balik Malaysia je yang selalu kena. Rasa mengantuk tu ada, tapi mungkin disebabkan keterujaan berada di negara luar menyebabkan tak rasa sangat jetlag. Bila sampai Malaysia memang harus jetlag sebab melalui persekitaran harian yang biasa. Sebab tu saya akan ambil extra cuti sehari dua untuk stabilkan semula kepada kehidupan normal sebelum masuk kerja. Hampir 2 jam di udara, barulah sesi makan bermula. Kami pilih kedua-dua pilihan yang ada. Menu patty daging dengan mashed potato memang sedap. Yang tidur kita biarkan beliau terus terlena. Hihi..

Mantap menunya. Lazat..

Alhamdulillah, amat sedap makanan yang dihidangkan. Harap bila Eirfan terjaga nanti dia tak tanya pasal makanan. Hahah.. Saya sambung semula melayan lagu diselangi dengan main beberapa game untuk mengelakkan diri dari terlelap. Selain Eirfan yang tidur nyenyak sampai tak bergerak, anak-anak yang lain sedang melayan movie. Wife saya pun tidur juga. Beliau memang mudah tidur, tak kira apa pun situasi yang berlaku. Hehe.. Hampir 7 jam berada di udara, akhirnya jam 8.10 malam waktu France kedengaran pilot memaklumkan bahawa lagi 10 minit flight akan mula mendarat. Saya kejut anak-anak dari tidur untuk bersiap. Diorang amat teruja sebab ini pertama kali diorang akan jejakkan kaki di bumi Paris. Tepat jam 8.20 malam flight Qatar Airways QR37 mendarat dengan selamatnya di Charles de Gaulle Airport, Paris. Alhamdulillah..


Flight route: From Hamad International Airport to Charles de Gaulle Airport, Paris


# CHARLES DE GAULLE AIRPORT

Kami bersiap-siap untuk keluar dari flight. Terima kasih kepada cabin crew kerana memberikan servis yang terbaik. No wonder la Qatar Airways selalu ranking Top 3 best airlines. Moga selalu tawar harga flight murah dan berpatutan ye. Urusan di kaunter imigresen agak lancar. Tak ramai pulak orang yang beratur. Dari keluar flight tadi tak sampai setengah jam kami dah berada di tempat baggage claim. Setelah menunggu semua selesai pick-up beg masing-masing, kami berjalan menuju ke terminal CDGVAL, iaitu shuttle train yang menghubungkan semua terminal di airport. CDGVAL ni free je, sama seperti aerotrain di KLIA.

Let's jom ahli rombongan. Welcome to Paris!

Kami sampai di Terminal 1. Kami naik CDGVAL menuju ke Terminal 3. Sampai di Terminal 3 kami beli tiket untuk ke bandar Paris dan seterusnya ke hotel yang terletak di Pantin. Harga tiket train RER dari CDG Airport ke bandar Paris untuk dewasa adalah EUR10.30/person dan kanak-kanak 4-11 tahun adalah EUR7.20/person. Keras sungguh harganya. Huhu.. Jam 10.00 malam kami naik train RER B menuju ke Gare Du Nord station dan seterusnya naik Metro 5 menuju ke Hoche station. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 15 minit. Dari Hoche station jarak ke hotel amat dekat. Keluar je dari metro station terus nampak hotel. Cuma terdapat satu masalah, iaitu lif untuk keluar dari station rosak la pulak. Eskalator pun takde. Jadi terpaksalah guna khidmat anak-anak untuk tolong angkat beg naik tangga yang agak tinggi juga la. Takpe, mereka amat bertenaga walaupun hampir lewat malam.

Masih tidur lagi budak ni. Boleh pulak time ni lif rosak ye.

Train & Metro route: From CDG Airport to Hoche via Gare du Nord


# HOTEL CAMPANILE PANTIN

Akhirnya jam 11.30 malam kami sampai di Hotel Campanile Pantin. Saya berurusan di kaunter untuk ambil semua kunci bilik. Nasib baik lif hotel berfungsi. Kalau tak jenuh la Eimran dan Eiman kena tolong angkat beg lagi. Selesai urusan di kaunter, saya berikan kunci bilik masing-masing. Kami ambil bilik bernombor 509 yang ada 1 katil queen dan 2 katil single. Pandai la anak-anak tidur rapat-rapat ye atau ikut giliran. Elysha tak suka tidur berhimpit. Dia lagi suka tidur kat lantai sorang-sorang. Ada juga anak saya yang macam tu ye. Takpelah, asal beliau bahagia. Tidur kat lantai tu tak kisah sangat. Yang penting tidur kat mana. Paris kot, bukan Parit. Janji dapat berjalan ye. Hahah..

Walking route: From Hoche metro station to Hotel Campanile Pantin

2 malam kami di sini. Selesa juga la.

Masuk je dalam bilik hotel, kami terus bergilir ke bilik air untuk mandi. Sejak dari Kota Damansara tak mandi kot. Huhu.. Lepas mandi barulah rasa segar. Nak tidur pun syok. Setelah selesai semuanya bersihkan diri dan solat, kami bersiap untuk tidur. Wife dah mula buka beg untuk siapkan pakaian semua esok hari. Hanya dia je yang tahu susunan pakaian dalam beg. Pakaian untuk 2 hari di Paris diletakkan dalam satu beg supaya tak perlu buka beg yang lain. Mantap sungguh isteriku. Hihi.. Jam 12.00 tengah malam saya dah mula baring dan tidur. Tak pasti anak-anak dah tidur atau tak. Jangan esok mengantuk bila berjalan sudah la. Banyak tempat nak explore esok. Selesai sudah perjalanan yang amat panjang untuk hari ni. Moga dipermudahkan urusan kami untuk hari esok.


Wallahu 'alam..