Sunday 29 August 2021

JJCP UK V.2: Day 11 (Part #3)

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ SABTU, 7 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ MASJID ZEENATUL ISLAM
@ TRAVELODGE CHIPPENHAM LEIGH DELAMERE M4 EASTBOUND
@ CHOW ASIAN KITCHEN


Dari Bishop Street Car Park saya memandu mengikut Here Maps menuju ke masjid yang kami dah singgah sebelum ke Coventry tadi. Kawasan parking ni agak sempit, jadi sukar untuk saya keluarkan kereta dari petak parking. Kereta kat sebelah rapat pula tu. Terpaksalah abang Fikri jadi attendant parking untuk kesekian kalinya. Nasib baiklah saya dah agak mahir untuk bawa kereta ni. Kalau first day ambil kereta dalam keadaan macam ni, mau makan masa juga. Silap haribulan tunggu kawasan parking clear baru saya keluar. Huhu..

Driving route: From Coventry City to Masjid Zeenatul Islam


@ MASJID ZEENATUL ISLAM

Tak sampai sepuluh minit memandu, akhirnya jam 2.50 petang kami sampai di Masjid Zeenatul Islam. Kelihatan beberapa kereta berada di kawasan parking. Bukan seperti tadi, hanya kereta kami je yang ada kat sini. Belum masuk waktu solat, memang la takde orang. Hihi.. Kami bersiap untuk masuk ke dalam masjid. Untuk jemaah wanita, pintu masuk berada di sebelah tepi masjid. Sedang saya dan anak anak duduk dan buka kasut, seorang lelaki lalu di depan kami dan sepak kasut anak saya. Dia suruh kami letakkan kasut di rak yang disediakan, bukan di atas lantai. Cara dia cakap macam marah. Terkejut kami dibuatnya. Memang la kami nak letak kasut kat rak. Tengah bukak kasut kot, stokin pun tak bukak lagi. Lain macam sambutan yang kami terima kat masjid ni. Sabar ya tuan. Lepas bukak stokin nanti kami bangun dan susun kasut kat rak.

Pintu masuk masjid dan tempat rak kasut

Kami masuk ke tempat ambil wudhuk. Eiman tak berhenti mengomel pasal kejadian tadi. Kasut dia yang kena tendang tu. Eimran pulak gelakkan dia, lagilah buat dia bengang. Hahah.. Memang begitulah perangai anak-anak, bila sorang kena, sorang lagi akan menambah perisa. Mungkin sebelum ni ramai jemaah yang letak kasut bersepah atas lantai. Itu yang lelaki tadi fobia kot. Fikir positif ajelah. Tempat ambil wudhuk amat bersih dan sejuk airnya. Mungkin heater tak dipasangkan seperti masjid-masjid sebelum ni. Dah macam ambil wudhuk dengan ais. Terasa sampai ke tulang.

Tempat wudhuk yang bersih dan menyejukkan

Selesai berwudhuk, kami berjalan menuju ke ruang solat utama. Kelihatan beberapa jemaah sedang menunggu masuknya waktu Asar pada jam 3.00 petang. Sedang menunggu, saya ditegur oleh seorang jemaah. Namanya Ahmad dari Sri Lanka dan sudah lama menetap di sini. Dia tegur saya sebab tak pernah nampak saya sebelum ni solat di sini. Memanglah tak nampak sebab saya pun first time solat kat sini. Saya perkenalkan diri dan kami berborak seketika sebelum Azan berkumandang. Saya ceritakan pasal kejadian kena tegur tadi dan tunjuk lelaki tersebut yang sedang berdiri di saf depan. Ahmad kata lelaki ni memang begitu sikapnya. Suara garau macam marah bila bercakap. Tapi dia baik orangnya. Hari ni dia bertugas sebagai bilal dan akan laungkan azan kejap lagi.

Ruang solat utama masjid

Setelah azan berkumandang, kami masuk ke dalam saf untuk mendirikan solat Asar. Alhamdulillah, dapat kami merasa solat berjemaah dengan penduduk Islam di sini. Selesai solat, kami bersalaman dan saya mengucapkan terima kasih kepada Ahmad kerana menegur dan berborak dengan saya. Kalau boleh nak borak lama dengannya, boleh la dapat info lebih tentang kehidupan muslim di sini. Tapi disebabkan masa yang agak limited dan kami pun kena bergerak ke destinasi berikutnya, kami terpaksa beredar dari sini. Anak-anak laju je pakai kasut, takut kena sepak lagi. Hahah.. Sementara menunggu wife keluar dari pintu jemaah wanita, saya berjalan di kawasan sekitar masjid untuk mengambil gambar.

Restoran dan kedai halal di luar masjid

Setelah wife dan Fa keluar dari pintu masjid, kami bersiap-siap untuk teruskan perjalanan. Tinggal sejam je lagi sebelum cuaca mula gelap. Saya bercadang nak singgah di beberapa pekan untuk bergambar memandangkan kami akan melalui kawasan Cotswolds, iaitu countryside yang paling cantik di England sebelum terus menuju ke travelodge. Kenangan meronda di Bourton-on-the-Water pada 2012 masih segar dalam ingatan saya. Cantik sungguh la. Ada banyak tempat macam tu kat Cotswolds. Kalau sempat boleh la meronda dan singgah sebentar di beberapa pekan untuk bergambar. Tapi kalau dah gelap tak guna juga. Huhuu.. Tepat jam 3.25 petang kami mulakan perjalanan meninggalkan Masjid Zeenatul Islam.

Pemandangan Masjid Zeenatul Islam dari parking kereta

Kami melalui highway menuju ke selatan. Nampak gayanya macam tak sempat nak singgah di Cotswolds sebab cuaca dah mula senja. Jarak perjalanan kami untuk ke travelodge agak jauh juga. Huhu.. Lepas melalui satu rest area baru saya tersedar minyak kereta dan makin kurang. Saya terpaksa mencari dan set pada Here Maps untuk mencari stesen minyak yang berdekatan. Here Maps menunjukkan kami kena keluar dari highway. Saya tak berani nak teruskan perjalanan ikut highway, takut rest area berikutnya jauh lagi dan tak sempat minyak kereta kami nak menampung sampai ke sana. Saya pun ikutlah arahan pada Here Maps. Cuaca dah mula gelap, semua lorong sempit kami lalu ikut map. Akhirnya kami sampai di satu stesen minyak di kawasan Broadway. Stesen minyak kampung, bangunan pun uzur je dengan lampu yang agak malap. Tak kisah la, janji boleh isi minyak. Hihi..

Lega bila dah isi minyak GBP50.00. Boleh masuk highway semula. Hihi..

Alhamdulillah, tangki minyak dah penuh semula. Saya set semula pada maps untuk teruskan perjalanan menuju ke travelodge. Kami masuk highway semula dan terus menyusur di kegelapan petang. Itulah kekurangan bila travel masa winter. Singkat sungguh masa siangnya. Kalau musim summer banyak tempat boleh jalan. Tapi cuaca pulak panas macam di Malaysia. Tourist pun ramai. So pilihan winter atau summer? Saya tetap pilih winter. Biar lah waktu siang singkat. Dalam setahun hidup berpanas, bagilah peluang 2 minggu merasa sejuk pulak. Hihi..



@ TRAVELODGE CHIPPENHAM LEIGH DELAMERE M4 EASTBOUND

Jam 6.50 petang setelah lebih 3 jam memandu, akhirnya kami sampai di Travelodge Chippenham Leigh Delamere M4 Eastbound. Panjang sungguh nama travelodge ni. Hihi. Ianya terletak di rest area highway M4. Kawasan parking amat luas. Anak-anak seperti biasa bantu keluarkan beg yang diperlukan untuk malam ni. Sementara anak-anak memilih beg yang berkenaan untuk dibawa keluar dari kereta, saya masuk ke dalam lobi untuk urusan check-in.

Driving route: From Masjid Zeenatul Islam to Travelodge Chippenham Leigh Delamere

Travelodge Chippenham Leigh Delamere M4 Eastbound @ GBP33.00/night

Kadar bilik agak mahal walaupun travelodge ni agak lama keadaaannya. Malam weekend kan, memang sedia maklum dengan harganya. Dalam banyak-banyak travelodge yang berada dalam route perjalanan kami, memang inilah yang paling murah dan mudah untuk kami teruskan perjalanan pada esok hari. Kira berpatutan jugalah harga ni untuk hotel di England. Kami dapat bilik bernombor 129 dan Fa di sebelah bilik kami. Yang penting kat ground floor. Hihi.. Selesai urusan check-in kami masuk ke bilik masing-masing. Seronoknya bila nampak satu katil queen dan dua katil single. Pasti tenang dan selesa tidur malam ni.

Bilik kemas dan wangi. Tak sabar nak baring..

Malam masih muda. Nak tidur masih awal lagi. Kat rest area ni sebenarnya ada satu restoran halal. Walaupun masih kenyang sebab makan ayam goreng yang banyak kat Coventry tadi, saya teringin nak tengok restoran halal kat sini. Sambil tu boleh la cuci mata tengok kedai-kedai yang ada. Anak-anak takde masalah. Kenyang pun diorang sanggup makan lagi katanya. Hahah.. Saya ajak Fa dan abang Fikri, tapi diorang taknak join sebab kepenatan. Maka hanya kami sekeluarga je lah yang akan explore rest area kat sini. Sebelum kami dah mula baring dan bermalas-malasan, baik keluar terus. Jam 7.10 malam kami pun keluar dan berjalan menuju ke rest area.

Jom jalan-jalan cari makan di rest area

Daripada info yang saya cari, restoran halal di sini ada di kedua-dua belah rest area, eastbound dan westbound. Untuk pejalan kaki ada disediakan jejantas untuk ke seberang. Disebabkan masih awal lagi, anak-anak ajak naik jejantas dan pergi ke seberang. Kita layan je lah. Malam masih muda kan. Agak menggerunkan juga jejantas kat sini yang penuh dengan daun kering. Lampu jejantas hanya ada masa nak naik je. Macam dah lama orang tak lalu jejantas ni je. Nasib baik satu family. Kalau sorang memang tak berani nak lalu. Huhu.. Nak cari info restoran halal punya pasal, kita redah juga la walaupun kat sebelah sini pun ada restoran tu. Saja cari pasal sambil membuang masa. Mengada-ngada. Hahah..

Creepy sungguh jalan nak naik jejantas ni. Huhu..

Sambil berjalan atas jejantas saya mengharapkan jangan la ada orang jahat yang lalu atau menunggu kat sini. Risau juga kalau jadi apa-apa sebab jauh dari orang ramai. Ambil gambar pun cepat-cepat. Dengan pantas kami melitasi jejantas dan turun ke seberang menuju ke Westbound Rest Area. Banyak juga kedai kat dalam ni tapi ada yang dah tutup. Kami mencari restoran halal tu dengan harapan masih buka lagi. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga restoran halal yang dicari dan masih beroperasi walaupun tiada pelanggan.

Jom masuk dalam ni


@ CHOW ASIAN KITCHEN

Restoran ni terletak bersebelahan dengan Burger King. Eimran ingat kami nak makan Burger King. Kat sini Burger King takde status halal, bukan seperti KFC, Nandos dan Subway yang kita makan sebelum ni. Kalau halal dah lama ayah tagging dalam itinerary, sekali dengan McDonalds sebab restoran-restoran yang ada di Malaysia. Makanan berstatus halal makin berkembang baik di UK. Moga Burger King dan McDonalds akan dapat pengiktirafan status halal satu hari nanti. Barulah banyak pilihan makanan halal untuk muslim di UK, in shaa Allah. Dengarnya banyak makanan halal di sini tapi tak dinyatakan kerana takut timbul isu di kalangan rakyat. Biasalah, negara majoriti bukan muslim mestilah tak nak dikaitkan dengan makanan halal dan sebaliknya.

Chow Asian Kitchen ada di Eastbound dan Westbound Area di highway M4

Anak-anak duduk di meja sementara saya dan wife memilih menu untuk makan malam kami. Niat cuma nak tengok je sebab kami masih kenyang. Tapi dah alang-alang sampai kami order jugalah untuk merasa makanan di restoran ni yang menyediakan menu masakan Jepun. Pilihan makanan tak banyak tapi boleh la kalau nak isi perut yang kelaparan. Harga pun berpatutan juga. Saya pilih Chicken Katsu Curry yang berharga GBP7.49 dan Katsu Chicken yang berharga GBP1.99. Air tak perlu order. Memang dah siap bawa air mineral sebotol. Hihi..

Antara menu masakan Jepun yang dijual di sini

Tengok pada rupa makanan yang dihidang macam kurang menyelerakan. Tapi nak test punya pasal saya order jugaklah. Setelah pembayaran dibuat, kami menunggu makanan dipanaskan. Maka saya pun mula merasmikan makanan. Nampaknya pepatah don't judge the book by it's cover sesuai untuk makanan kat sini. Rupa memang tak menarik, tapi bila masuk mulut je terus jadi woww. Teramatlah sedapnya chicken katsu curry beserta dengan nasi yang kami order ni. Satu menu dikongsi satu family. Cukup lah sebagai syarat untuk merasa. Kalau betul-betul lapar memang confirm order lagi. Tak sangka ianya sangat sedap.

Rupa nampak biasa.. Tapi rasanya luar biasa. Superb menu!..

Alhamdulillah, dapat juga masing-masing merasa makanan kat sini. Kegembiraan merasai makanan tak lengkap sebab Fa dan abang Fikri takde sekali. Takpelah, sekurangnya info yang saya jumpa tentang restoran ni memang betul kewujudannya. Lain kali kalau datang ke UK lagi boleh bermalam kat travelodge di sini dan makan di Chow Asian Kitchen. Tidur di Westbound dan makan di Eastbound pulak sambil naik jejantas. Hehe.. Jam 7.40 malam setelah semuanya licin dan puas hati, kami berjalan keluar dari rest area. Situasi menggerunkan di jejantas bakal berlaku lagi. Alhamdulillah kami tak bertembung dengan orang jahat di atas jejantas.

Kenangan malam di jejantas UK..

Sampai ke seberang sini, anak-anak tanya boleh tak kalau nak masuk rest area. Tak perlulah rasanya, sebab kebanyakannya kedai yang sama macam kat seberang tadi. Padahal nak tepis permintaan extra si kecik tu. Tadi dia nampak sesuatu dalam kedai. Berjaya slow talk. Kalau masuk kali kedua memang tak boleh tepis dah. Hehe.. Tunggu la esok pula ya. Mana tau esok jumpa lagi car boot, boleh la nak shopping apa yang patut. Lagi berbaloi cari barang kat car boot atau charity shop daripada kedai-kedai yang lain. Itu jelah yang ayah mampu. Nanti kami mungkin pergi ke Harrods di London. Bertabahlah bila tiba masanya nanti ya. Hihi..

Kita ambil gambar dari luar je lah..

Baru jam 8.00 malam. Nak tengok Buletin Utama pun tak boleh. Hehe.. Elysha dan Eirfan request nak berendam dalam bathtub. Sukahati korang la. Jangan bising sangat sampai ada orang ketuk pintu sudah la ya. Ada pulak yang kena halau malam ni kang. Hahah.. Malam yang masih panjang kami habiskan dengan mengemas beg. Nak bagi beg cukup padat dan berat yang sesuai supaya tak perlu keluarkan lagi hinggalah balik Malaysia. Bab ni boleh serahkan pada wife saya. Beliau memang pakar dalam penyusunan beg. Hihi..

Sukanya bila dapat miniature macam ni..

Malam ni takde orang request untuk makan sebab semuanya kekenyangan. Jam 11.00 malam lampu bilik ditutup dan kami ditemani cahaya dan suara cerita kartun dari tv hingga kami tertidur. Alhamdulillah, banyak sungguh pengalaman hidup yang kami dapat pada hari ni. Esok banyak lagi tempat baru yang kami nak explore. Moga dipermudahkan urusan kami pada perjalanan esok hari..


Wallahu 'alam..








2 comments:

  1. terbaikk cikgu. saya masih ikuti blog cikgu dari JJCP Scandinivia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah.. Trip kali ni saje lambat update.. Konon nak tunggu sampai pintu border bukak semula. Habis citer awal nanti takde idea nak menulis lagi. Hehe..

      Delete