Sunday 21 February 2021

JJCP UK V.2: Day 08 (Part #1)

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ RABU, 4 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ WANLOCKHEAD
@ LEEDS GRAND MOSQUE


Jam 6.00 pagi saya dah terjaga apabila mendengar bunyi alarm di smartphone. Bila waktu tidur cukup memang mudah nak bangun. Kalau kat Malaysia pukul 1.00 pagi pun belum tentu tidur lagi. Hari bekerja pulak tu. Nasib baik la wife jenis senang terjaga. Kalau tak memanjanglah merah punch card saya. Huhu.. Selesai mandi dan solat Subuh, saya kejut anak-anak untuk bersiap. Perjalanan hari ni agak jauh. Jadi kenalah breakfast dulu siap-siap sebab lewat petang baru sesi makan kami pada hari ni. Kasi alas dulu perut masing-masing. Jam 7.45 pagi kami dah bersiap untuk check-out.


Awal pagi si kecik ni dah membantu. Hihi..

Tiada staf bertugas di kaunter. Saya letakkan kunci di tempat yang disediakan. Thanks Travelodge Ayr atas servis bilik yang amat selesa untuk kami sekeluarga. Abang Fikri bantu susun beg di bahagian belakang. Cukup-cukup je ruang beg dan stroller. Tak tau macam mana nak sumbat dah kalau ada beg yang beranak di hari mendatang ni. Huhu.. Takpe, riba anak-anak masih ada lagi untuk tampung beg tambahan, jika ada. Hahah.. Tepat jam 8.00 pagi setelah Abang Fikri mengetuai bacaan doa perjalanan, saya mula memandu mengikut arah Here Maps meninggalkan Travelodge Ayr.

Rearview mirror tak nampak apa kalau belakang macam ni. Huhu..

Hampir setengah jam memandu, tetiba saya perasan ada indicator baru keluar dari panel meter. Apa maksud 'Engine Oil Level: Reduce Oil Level'? Alahh, ni yang buat tak sedap hati ni. Banyak sungguh alert kat kereta Continental ni. Risau kalau tetiba kereta ni berhenti dengan sendirinya sebab masalah oil level tu. Kena topup engine oil ke? Berapa banyak? Huhu.. Kenapa lah company sewa kereta kat UK ni takde supply kereta dari Jepun. Dah tentu saya booking. Senang sikit nak faham berbanding kereta Continental ni. Huhu..

Keluar pulak indicator macam ni. Huhu..

Dulu masa sewa kereta Volkswagen Carravelle di Scandinavia cuma keluar masalah AdBlue yang berkurangan. Sempat lah kami cari kedai untuk topup dan kemudian claim semula masa return kereta. Kali ni engine oil level takkan kena beli engine oil pulak. Itulah masalah tentang company Green Motion ni. Masa dapat kereta ni saya dah perasan condition kereta ni tak memuaskan dengan calar-balar di beberapa bahagian kereta. Tapi nak buat macam mana, dah memang ini je stok kereta yang diorang ada. Mentang-mentang la saya ambil full insurance, diorang pun main bagi je kereta yang kurang elok ya. Huhu.. Ikutkan memang taknak sewa lagi kat Green Motion ni. Tapi disebabkan kadar sewa yang murah dan dapat free car seat dan booster seat, tu yang buat saya tiada pilihan lain. Bertabah dan bertawakal lah..

Kenangan isi AdBlue masa trip Scandinavia 2018

Berhenti tepi jalan tak membantu menyelesaikan masalah. Saya teruskan memandu sambil melihat jika ada perubahan pada indicator tu. Wife saya mencari maklumat berkenaan indicator. Mungkin itu cuma peringatan awal dan masih boleh ignore lagi. Harap-harap boleh sempat hingga kami return kereta nanti. Takyah pening kepala nak cari engine oil. Hehe.. Pemanduan saya sedikit terganggu apabila mata masih melihat indicator tu. Kacau daun betul la orang nak melayan pemandangan. Hihi..

Layan pemandangan walaupun hati agak resah

Wife saya jumpa info tentang indicator tersebut. Katanya ianya hanya amaran awal tentang level engine oil. Masih boleh jalan lagi, tapi tak pasti berapa jauh. Kami baru separuh perjalanan. Maka berdoalah kami agar takde perkara buruk yang berlaku terhadap kereta kami. Kalau sangkut tengah jalan memang kacau habis itinerary kami. Nak menunggu rescue sampai pun tak tau berapa lama. Buang masa begitu aje. Huhu.. In shaa Allah program kami akan berjalan dengan lancar. Sejam memandu akhirnya kami sampai di persimpangan masuk ke destinasi pertama kami hari ni. Daripada simpang lebih kurang 10 km untuk sampai ke tempat yang dituju.

Sikit lagi nak sampai

Masuk je simpang, kami melalui jalan yang dikelilingi oleh padang rumput berbukit yang lapang. Kelihatan banyak kambing biri-biri mencari makan di lereng bukit dan anak sungai di sepanjang jalan. Indah sungguh pemandangan. Jelas tenang suasana kehidupan di sini. Hanya yang suka pemandangan seperti kami akan appreciate tempat macam ni. Anak-anak bertanya ke mana kami nak pergi tempat macam ni. Saje je ayah nak bawak jalan-jalan. Sambil menuju ke destinasi utama, saya memang berniat nak singgah di sini kerana ada satu rekod Scotland di kawasan ni. Tunggu dan lihat je lah ye anak-anakku.

Subhanallah.. Indah bumi Tuhan..

Saujana mata memandang


@ WANLOCKHEAD

15 minit memandu dari simpang masuk di jalan utama, akhirnya kami sampai di satu perkampungan kecil atas bukit iaitu Wanlockhead. Kalau dengar nama memang tak terkenal pun di kalangan tourist. Dahulunya tempat ni adalah kawasan perlombongan yang terbesar di Scotland. Zink, copper, silver dan juga emas pernah dilombong di sini. Penduduk tempatan pernah memanggil tempat ini 'God Treasure House' kerana sumber mineralnya yang amat banyak. Cuma sekarang yang tinggal hanyalah muzium untuk mengingati sejarah kegemilangan tempat ini suatu waktu dahulu.


Driving route: From Travelodge Ayr to Wanlockhead

Kami berhenti di bahu jalan sebaik sampai di sini. Angin sejuk amat kuat menerpa ke muka kami kerana tempat ni berada di puncak Lowther Hills. Saya ke sini bukanlah kerana nak melawat tapak perlombongan tetapi tempat ini terletak 1531 kaki dari aras laut menjadikan Wanlockhead adalah kampung yang tertinggi di Scotland! Itu je tujuan saya singgah sekejap di sini. Hihi.. Dah alang-alang dalam perjalanan ke destinasi tujuan, apalah salahnya singgah sekejap dan jejakkan kaki di sini. Bukan kena bayar pun. Lagipun bila lagi saya dapat peluang datang ke tempat yang bukannya tourist spot bagi pelancong luar dari UK ni. Kenangan juga tu walaupun tempat tak popular. Hehe..

Jejak kaki dan bergambar kenangan. Indah..

Selesai ambil gambar kenangan di pintu masuk Wanlockhead, anak-anak mula tak tahan nak membuang sebab cuaca yang amat sejuk. Tengok pada keadaaan sekeliling macam takde stesen minyak kat kampung ni. Kami ronda seketika di sekitar kampung dan akhirnya jumpa visitor centre, di mana Museum of Lead Mining juga terletak di sini. Hanya kami je yang ada di sini kerana muzium dan visitor centre tidak dibuka masa winter. Tapi kami bernasib baik kerana tandas boleh digunakan. Dapatlah anak-anak menunaikan hajat masing-masing. Hihi..

Layan pemandangan dulu sebelum teruskan perjalanan

Sedapnya minum kopi panas dalam cuaca sejuk macam ni. Hihi.. Jam 9.40 pagi kami teruskan perjalanan. Kami ikut laluan jalan menuju ke Leadhills, iaitu kampung kedua tertinggi di Scotland. Kedua-dua kampung ni saling berhubungan dalam industri perlombongan satu ketika dahulu. Train yang digunakan untuk pengangkutan hasil perlombongan masih beroperasi sehingga sekarang. Cuma sekarang ni ianya dijadikan sebagai scenery train untuk para pelancong dan tidak beroperasi masa musim winter. Teringin juga kami nak naik sebab train ni adalah yang paling tinggi di Scotland! Hehe..

From Wanlockhead to Leadhills

15 minit memandu melalui jalan kampung yang dikelilingi bukit, akhirnya kami sampai di simpang masuk ke jalan besar. Perjalanan melalui highway A74 di Scotland diteruskan hingga sampai sempadan Scotland-England dan bersambung dengan highway M6. Indicator mengenai engine oil level masih ada, kemudian bertukar dengan indicator suruh saya berhenti seketika untuk minum kopi. Jauh rupanya saya dah memandu hari ni. Jam 11.00 pagi saya singgah sekejap di Rest Area untuk berehat seketika dan isi minyak. Anak-anak nak menunaikan hajat lagi. Saje je tu. Alasan sebenar nak ajak ami dia gi beli jajan. Macam la ayah dia tak tau. Hehe.. Diorang kalau dengan ami memang macam-macam dimintaknya. Biasalah, dengan ayah diorang takut sikit walaupun ayah dia lagi senang dipujuk rayu. Hahah..

Ntah apa la yang dibelinya. Penuh dua plastik tu. Huhu..

Lagi lama duduk kat Rest Area ni lagi macam-macam yang dibelinya. Jam 11.20 pagi kami teruskan perjalanan. Sebelum masuk highway semula saya singgah sebentar di stesen minyak. Tak sangka cepat pulak meter diesel menurun masa kat atas highway. Kalau boleh taknak isi kat highway kerana harga petrol dan diesel agak tinggi berbanding di kawasan kampung. Tapi takkan la nak keluar highway semata-mata untuk cari stesen minyak. Tak jumpa stesen minyak pun rugi juga. Huhu.. Takpe, isi jelah sambil buat-buat tak nampak harga diesel kat meter tu. Hahah..

Tak tengok meter sampai terlebih 1 pence. Hehe..

Kami teruskan perjalanan melalui highway M6. Sampai di Penrith kami ikut susur keluar highway A66 menuju ke Leeds. Eirfan yang sejak dari Rest Area tadi nak duduk di belakang bersama Fa dan Abang Fikri. Risau juga sebab dia tak duduk atas car seat. Harap takde kamera atau polis yang perasan. Huhu.. Dia nak duduk belakang sebab tak selesa duduk lama atas car seat. Memang jauh perjalanan hari ni. Dah duduk belakang, apa lagi, seronok la dia bermain. Bila dah terlebih seronok, muntah la jawabnya. Tak sempat nak tadah. Huhu.. Eirfan memang senang muntah kalau naik kereta lalu jalan yang banyak selekoh. Lalu highway Karak pun abangnya siap-siap standby baldi. Nampaknya highway yang lurus pun dia boleh muntah juga. Huhu.. Ok, stop kejap kat bahu jalan di depan untuk uruskan dia.

Akibat terlebih seronok dalam kereta. Hahah..

Nasib baik seat kereta ni leather. Senang sikit nak lap dengan wet tissue dan takde tinggalkan bau. Kesian Fa dan Abang Fikri kena handle dia muntah. Huhu.. Selesai bersihkan baju dan seat kereta, kami teruskan perjalanan. Jam 2.10 petang barulah kami sampai di bandar Leeds. Tengah melayan jem untuk sampai ke destinasi berikutnya, Eirfan muntah lagi. Aduuhh, bukan setakat jalan banyak selekoh dan highway lurus, jalan jem pun dia boleh muntah rupanya. Terkinja lebih sangat ni. Huhu.. Nasib baik dah nak sampai. Fa dan Abang Fikri terpaksa la bertahan ya. Bila tanya sakit perut ke dia jawab tak. Mungkin jajan tak kena dengan susu. Berlawan dalam perut. Yang penting jangan sakit sudah la. Muka pun ceria je bila dah muntah. Bertuah punya budak. Hehe..

Alhamdulillah sudah sampai bandar Leeds


@ LEEDS GRAND MOSQUE

10 minit meredah bandar Leeds, jam 2.20 petang kami sampai di Leeds Grand Mosque. Fuhh, hampir 300 km jarak saya memandu dari Wanlockhead untuk sampai ke sini. Daripada info yang saya cari dalam internet, parking space di masjid ni agak limited. Kalau penuh kena cari parking di tepi jalan yang agak jauh dengan masjid. Masa kami sampai takde parking yang kosong. Saya pusing lagi seround kawasan masjid. Alhamdulillah, ada 2 kereta baru keluar dari kawasan parking. Apa lagi, terus masuk la. Hihi.. Saya, Abang Fikri, Eimran dan Eiman masuk masjid dulu sementara wife dan Fa uruskan Eirfan.


Driving route: From Wanlockhead to Leeds Grand Mosque

Dua kali budak ni muntah ya. Nasib la sejuk kaki tu. Hihi..

Kami masuk ke dalam masjid dan terus berada di tempat letak kasut. Tandas dan tempat wudhuk berada di tepi. Tandas di sini bersih dan ruang wudhuk amat besar dan selesa. Selesai berwudhuk, kami terus ke ruang solat utama untuk mengerjakan solat jamak. Ada beberapa jemaah sedang mengaji di sudut ruang solat. Alhamdulillah, impian saya untuk menziarah dan mengerjakan solat di Leeds Grand Mosque tercapai jua akhirnya. Selesai solat kami keluar dari masjid. Giliran wife bersama Fa dan Elysha pula untuk solat.

Tempat kasut, tandas dan ruang wudhuk

Ruang solat utama yang amat besar dan selesa

Sementara menunggu wife selesai solat, saya berjalan-jalan di luar masjid. Leeds Grand Mosque adalah masjid yang terbesar di Leeds. Ruang solatnya boleh memuatkan lebih 2000 jemaah pada satu masa. Dahulunya bangunan ini adalah sebuah gereja yang dibuka pada tahun 1965. Kemudian gereja ditutup pada 1993. Orang kaya dari UAE telah membelinya untuk dijadikan masjid. Pada 1994 secara rasminya Leeds Grand Mosque dibuka kepada jemaah muslim. Ada banyak restoran halal di kawasan sekitar masjid.

Leeds Grand Mosque dan kawasan sekitar

Wife dah keluar dari masjid. Kami bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan. Ada kawan Fa yang duduk di sini nak jumpa dia kejap lagi. Saya mintak kawan dia jumpa di bandar dalam jam 5.00 petang. Lepas ni saya nak ke satu tempat dulu. Tempat yang memang menjadi agenda utama saya susun itinerary ke Leeds. Kepada yang dah pernah baca tulisan saya masa travel 2012 dulu pasti tau ke mana tujuan saya selepas ni. Hihi.. Cuma kedatangan saya kali ni ke tempat tu lebih bermakna. Yang pasti ianya memberikan kenangan yang terindah buat saya.


Wallahu 'alam..

No comments:

Post a Comment