Antara perkara utama yang membuatkan saya terkilan adalah apabila tak dapat nak memenuhi hajat seperti yang telah saya plan dalam itinerary. Banyak juga tempat yang dirasakan menarik untuk dilawati tetapi terpaksa dibatalkan kerana tak cukup masa. Bila trip musim sejuk memang begitulah keadaannya sebab waktu siang yang pendek. Masa yang saya estimate hanya berdasarkan waktu sebenar dalam google map. Bila sampai waktu kejadian memang lari habis. Mana nak jangka keadaan jalan yang agak jem masa menuju ke Amsterdam. Masa yang saya set untuk setiap tempat yang dilawati pun agak lari sebab tak sangka pulak kena explore lama sikit. Huhu.. Itulah yang membuatkan saya terpaksa guna plan B untuk itinerary di saat akhir. Maka terpaksalah batalkan beberapa tempat yang saya rancang nak pergi awalnya. Rasanya itu je yang membuatkan saya rasa terkilan sikit. Tapi overall tetap puas hati. Alhamdulillah..
Pada saya rakyat di setiap negara yang kami lawati berbeza dari segi bentuk muka dan sikap masing-masing. Walaupun kami tak tegur semua locals yang selisih dengan kami, tapi memang boleh nampak characteristics mereka. Boleh dikatakan di semua negara kami bertegur samada pekerja kedai ataupun yang berada di train station. Dari pengalaman yang saya dapat, orang Belgium dan Netherlands yang agak friendly bila berborak. Kulit diorang pun lain. Paling cantik kulit orang Netherlands. Tapi takde la pulak saya pegang dan usap kulit diorang. Hehe.. Tengok dari mata kasar je. Itu hanya dari pengalaman berborak dengan beberapa locals. Tak boleh nak buat kesimpulan yang tepat bahawa orang negara ni lebih baik dari negara lain. Takkan la sorang locals mewakili seluruh negara kan. Hihi.. Even kat Malaysia pun ada macam-macam jenis orang. Yang kaya nak kawan dengan yang sama status je. Menyampah.. Haha.. Sepanjang pengembaraan kami tak rasa pun diri kami diperhatikan. Cuma rasa takut sikit masa naik train menuju ke Amsterdam. Group kulit hitam yang berperangai agak meragukan. Tips dari saya, jangan pandang diorang. Buat seperti diorang tak wujud. InsyaAllah selamat. Selalunya bukan locals yang selalu buat hal, tetapi immigrants yang belambak kat bumi Europe ni. Wallahualam..
Haa, bab ni bagi kat wife saya sebab dia pakar. Hehe.. Walaupun saya bukan jenis yang suka shopping, tapi bila berada di negara orang teringin juga nak cuci mata tengok barang yang dijual. Rugi kalau shopping walaupun hanya ikut tingkap je (window shopping). Hehe.. Untuk kategori bajet tinggi, Europe is the best place for shopping. Tapi pada saya London is still the winner. Keseronokan saya cuci mata di butik London lebih extreme berbanding di Western Europe ni. Mungkin saya tak jumpa tempat shopping yang sesuai untuk golongan bajet sederhana dan rendah macam kami ni. Dapat pergi Primark tu pun dah cukup baik. Hehe.. Walaupun bajet kami ke sini sama seperti ke UK dulu, saya dapat rasakan kehangatan bershopping lebih syok di UK. Ada barang yang murah sehingga merasakan satu kerugian yang besar kalau tak beli. Kasut Clarks GBP20.00 sape tak nak beli weh.. Hehe.. Dah la murah, boleh claim tax-free lagi. Kesimpulannya, UK is the best place for shopping. Terasa rindu pulak dengan suasana car-boot sale kat sana. Hihi..
Zaman sekarang ni dah rasa macam tak selamat walaupun di mana kita berada. Asyik dengar berita tentang orang mati je. Huhu.. Boleh dikatakan setiap hari ada je kes jenayah berlaku kat Malaysia. Kebanyakannya atas alasan kesempitan hidup dan mencari jalan yang mudah untuk dapat duit hinggakan sanggup mencederakan dan membunuh nyawa orang. Kat luar negara lagi la ganas. Bom tu dah macam boleh beli kat kedai runcit je. Huhu.. Marah kat A, tapi habis B sampai Z kena bom. Budak-budak yang tak pernah buat salah pun kena jugak. Nak buat macam mana, dunia akhir zaman punya cerita. Kami pun sentiasa alert tentang keselamatan masing-masing semasa trip. Dah la kes Paris Massacre baru je berlaku dan masih belum reda sepenuhnya. Alhamdulillah sepanjang trip kami takde berlaku situasi yang mengancam jiwa kami. In fact, kami rasa selamat walaupun jalan waktu malam sambil lalu celah lorong yang gelap. Mata kami tetap memerhati suasana sekeliling sebagai langkah berjaga-jaga. Takut ada orang ikut kami dari belakang. Itu je yang kami risaukan. Mungkin kami jalan berempat. Kalau berdua agak takut juga. Setakat ni cuma kat Jepun je yang kami rasa selamat betul bila berjalan waktu malam. Hihi..
Secara keseluruhannya, trip ke Western Europe memberikan pengalaman baru dalam hidup kami. Lain negara lain keadaannya. Yang sama cuma satu iaitu penggunaan matawang Euro. Hihi. Tapi Switzerland lebih prefer guna matawang Swiss Franc mereka walaupun boleh je nak bayar guna Euro. Untuk diri saya, pengalaman memandu sejauh 4501km sepanjang trip adalah satu kenangan yang amat manis dan berharga. Dah lama saya tak bawak kereta manual. Pengalaman memandu left-hand drive pulak sebelum ni hanya di Jeju Island je. Itupun cuma satu setengah hari. Huhu.. Nasib baik la kejap je dapat sesuaikan diri. Hehe.. Yang paling seronok apabila dapat melihat suasana dan budaya hidup rakyat di Western Europe. Kagum apabila melihat bangunan lama dan bersejarah dijaga dengan baik. Orang Western Europe boleh dikatakan agak friendly juga. Cuma golongan minoriti je yang bersikap racist. Trip menjejakkan kaki ke 9 negara Europe telah berjaya dilakukan. Walaupun tak semua bandar kami lawati, insyaAllah ada rezeki lebih boleh la ke sana lagi untuk cover bandar-bandar yang lain pulak. Wallahualam..
 |
Tq Western Europe for the memories.. |
MY POINT OF VIEWS
Only based from my own experience, where I went and what I do. It does not represent the whole country.
@ VIETNAM
*Berdasarkan pengalaman sebelum ni (business trip) dan transit kali ni.
#LOCALS: 5/10
- Hati-hati bila jumpa yang over-friendly. Terlalu banyak scam activities kat sini. Huhu..
#LANGUAGE: 7/10
- Mostly penjual boleh cakap melayu. Nak tarik customer la katakan. Hehe..
#SCENERY: 4/10
- Hanya ronda di area bandar je. Pemandangan berdebu..
#CLEANLINESS: 4/10
- Sampah di merata-rata. Time night market lagilah..
#PUBLIC TOILET: 4/10
- Better tahan dan guna toilet dalam hotel. Huhu..
#PUBLIC TRANSPORT: 5/10
- Pastikan naik teksi yang berdaftar. Kalau tak habis la kena tipu..
#ACCOMODATION: 6/10
- Setakat untuk shopping memang banyak hotel budget kat area Ben Thanh Market.
#ISLAMIC: 7/10
- Ada restoran yang provide ruang solat. Memang ramai muslim tourists kat sini.
#HALAL FOODS: 6/10
- Banyak restoran halal. Cuma makanan dia tak menepati citarasa tekak saya. Huhu..
#CURRENCY: 5/10
- Sama macam rupiah. Banyak betul kosong. Hihi.. Jangan salah bagi duit sudah..
#SHOPPING: 8/10
- Shopping heaven kat sini. Tapi kena pandai cari tempat yang nampak berkualiti sikit.
#WEATHER: 5/10
- Sama je macam kat Malaysia. Panas dan extra debu. Huhu..
#REPEAT: 3/10
- Mungkin akan datang lagi kalau ada flight transit via Vietnam Air. Itu je. Huhu..
#OVERALL: 4/10
- Yang best cuma ada HRC kat sini. Yang lain banyak sangat scam. Kena extra cautious.
@ FRANCE
#LOCALS: 6/10
- Quite friendly. Hati-hati dengan immigrants. Pick-pockets at most train stations.
#LANGUAGE: 7/10
- Mostly can speak and understand english. Mudah untuk bertanya.
#SCENERY: 8/10
- View menarik sepanjang highway. Beautiful buildings and monuments.
#CLEANLINESS: 7/10
- Hanya di tourist hotspot je yang nampak bersih. Tempat lain macam biasa je.
#PUBLIC TOILET: 5/10
- Average. Will get higher ratings if water pipe is provided. Hehe.
#PUBLIC TRANSPORT: 8/10
- Mudah untuk fahami train route dan cover keseluruhan bandar.
#ACCOMODATION: 7/10
- Chain hotel seperti Premier Classe Hotel untuk save budget.
#ISLAMIC: 7/10
- Ramai juga umat Islam di sini especially di area Grand Mosque.
#HALAL FOODS: 7/10
- Banyak restoran halal cuma harga ikut pada jenis makanan dan menu.
#CURRENCY: 6/10
- Masa ni agak tinggi matawang Euro. Redha je la. Huhu..
#SHOPPING: 8/10
- Primark is the best option. Next is La Vallee Designer Outlet. LaFayette for the richest. Huhu..
#WEATHER: 7/10
- Seronok jalan-jalan time cuaca sejuk. Light jacket will do..
#REPEAT: 8/10
- Selalunya tiket murah ke Europe akan turun di Paris. Next Europe trip maybe? Hihi..
#OVERALL: 6/10
- Mungkin dah pernah ke sini membuatkan kami tak kisah sangat tentang Eiffel Tower. Hehe..
@ LUXEMBOURG
#LOCALS: 6/10
- Agak kurang friendly. Even yang jaga kaunter tourism pun macam tak nak layan je. Huhu..
#LANGUAGE: 7/10
- Sama seperti France, pekerja kedai souvenir pun boleh speaking sikit-sikit.
#SCENERY: 7/10
- Hanya di Chemin de la Corniche je view yang paling menarik. Superb!..
#CLEANLINESS: 9/10
- Amat bersih keadaan di bandar Luxembourg. Nice..
#PUBLIC TOILET: 5/10
- Amat bersih dan kering. Water pipe please. Huhu..
#PUBLIC TRANSPORT: 6/10
- Hanya gunakan bas. Kena ingat nombor bas dan lokasi bus stop.
#ACCOMODATION: NIL
- Tak dapat merasa tidur di Luxembourg.
#ISLAMIC: 6/10
- Ada masjid tapi buka sekejap atas faktor keselamatan. Tak ramai umat Islam di Luxembourg.
#HALAL FOODS: 4/10
- Susah nak cari sebab tak banyak permintaan rasanya.
#CURRENCY: 6/10
- Euro. Harga barang souvenir agak berpatutan.
#SHOPPING: 6/10
- Paling menarik kat Christmas Market. Rokok dan liqour antara yang termurah di Europe.
#WEATHER: 6/10
- Masa kami sampai cuaca mendung dan hujan renyai. Sejuk betul. Huhu..
#REPEAT: 3/10
- Maybe not. Negara kecik je. Macam takde tempat lain nak explore lagi. Huhu..
#OVERALL: 6/10
- Beautiful small country. Perokok tegar boleh la borong rokok kat sini. Hehe..
@ BELGIUM
#LOCALS: 8/10
- Suka dengan cara orang sini berborak dengan kami. Murah dengan senyuman.
#LANGUAGE: 7/10
- Ramai juga yang boleh speaking english. Bagus..
#SCENERY: 7/10
- Atomium, Manneken Pis dan Grand Markt is a must. The famous landmarks in Brussels.
#CLEANLINESS: 7/10
- Agak bersih juga keadaan di bandar. Sejuk mata memandang..
#PUBLIC TOILET: 5/10
- Avoid toilet at train station. Kurang bersih. Cleaner belum start duty kot? Hihi..
#PUBLIC TRANSPORT: 8/10
- Tiada masalah sepanjang penggunaan metro dan tram di Brussels.
#ACCOMODATION: 8/10
- Chain hotel seperti Campanile is the cheaper option dan selesa. Terbaik..
#ISLAMIC: 7/10
- Kelihatan ramai juga umat Islam. Masjid besar ada di bandar Brussels.
#HALAL FOODS: 8/10
- Banyak restoran halal di area Anneessens. Ayam panggang dia murah dan sedap. Hehe..
#CURRENCY: 6/10
- Euro.. Spend it wisely ya. Huhu..
#SHOPPING: 7/10
- Area Manneken Pis banyak kedai souvenir. Boleh mintak diskaun jika beli banyak.
#WEATHER: 7/10
- I love cold and breezy weather. Hati pun jadi sejuk je. Hehe..
#REPEAT: 4/10
- Maybe not sebab dah cover Brussels dan famous landmark di situ.
#OVERALL: 7/10
- Really nice and friendly locals. Tak rasa takut bila berjalan. Delicious waffles!..
@ NETHERLANDS
#LOCALS: 8/10
- Orang Dutch amat friendly. Hensem dan cantik belaka pulak tu. Hehe..
#LANGUAGE: 7/10
- Ramai yang fasih berbahasa inggeris. Takde masalah untuk bertanya.
#SCENERY: 8/10
- Love the scenery!.. Rumah yang dikelilingi air memang cantik yang amat!..
#CLEANLINESS: 8/10
- Sangat kagum dengan kebersihan di setiap lokasi perjalanan kami. Superb!..
#PUBLIC TOILET: 6/10
- Sangat bersih dan puas hati kecuali... benda tu takde. Hehe..
#PUBLIC TRANSPORT: 7/10
- A very smooth journey on trains and trams. Tak perlu tunggu lama kat station.
#ACCOMODATION: 8/10
- Campanile Hotel is the best budget hotel for me. Selesa dan murah..
#ISLAMIC: 7/10
- Ada beberapa masjid di luar Amsterdam. Ramai juga muslim di sini.
#HALAL FOODS: 8/10
- Paling banyak restoran Indonesia. Bekas jajahan la katakan.. Hehe
#CURRENCY: 6/10
- Tak boleh buat apa selagi matawang Euro masih kukuh. Huhu..
#SHOPPING: 7/10
- Souvenir agak murah di area Volendam dan Giethoorn.
#WEATHER: 7/10
- It's cold and windy! Suka sebab tak dapat nak merasa cuaca camni kat Malaysia.
#REPEAT: 6/10
- Mungkin. Starting point to Scandinavian trip maybe? Wallahualam..
#OVERALL: 8/10
- Saya suka dengan sikap locals, suka dengan scenery dan suka dengan kaler oren. Hehe..
@ GERMANY
#LOCALS: 6/10
- Raut muka agak ganas dan sombong. Pembawakan Hitler la ni. Huhu.. Kurang friendly.
#LANGUAGE: 6/10
- Sukar untuk explain dalam english. Tapi still boleh faham sikit-sikit.
#SCENERY: 8/10
- Beautiful views along Autobahn. Banyak kampung yang menarik. Rothenburg ob der Tauber!
#CLEANLINESS: 7/10
- Kawasan tourist spots bersih dan terjaga dengan baik.
#PUBLIC TOILET: 6/10
- Bersih. Toilet kat Rothenburg ob der Tauber agak creepy di waktu malam. Huhu..
#PUBLIC TRANSPORT: 8/10
- Best service ever sebab kami naik time Krismas. Takde orang. Hihi..
#ACCOMODATION: 6/10
- Motel 24H toilet kat luar bilik. Hotel Ibis pulak agak mahal. Huhu..
#ISLAMIC: 7/10
- One of the biggest mosque was at Cologne. Sedih tak sempat nak pergi tengok sebab malam..
#HALAL FOODS: 8/10
- Takde masalah. Banyak restoran yang menjual kebab kat sini.
#CURRENCY: 6/10
- Terpaksalah terima hakikat ye. Hihi..
#SHOPPING: 7/10
- Banyak kedai souvenir tapi tutup sebab Krismas. Tengok dari luar cermin je lah.
#WEATHER: 7/10
- Masa kami di sini cahaya matahari bersinar tapi suasana tetap chill.
#REPEAT: 7/10
- Banyak lagi tempat untuk explore. Trip Eastern Europe boleh masuk kejap kot.. Hihi
#OVERALL: 7/10
- Love the historical villages in here. Pemandangan macam dalam poskad. Hehe..
@ AUSTRIA
#LOCALS: 6/10
- Staff kedai souvenirs kurang friendly. Senyum pun tak berbalas. Huhu..
#LANGUAGE: 6/10
- Boleh la faham sikit-sikit apa yang kami cakap dan dia explain.
#SCENERY: 7/10
- Innsbruck dikelilingi oleh gunung. What a nice views..
#CLEANLINESS: 7/10
- Area bandar Innsbruck boleh dikatakan agak bersih juga..
#PUBLIC TOILET: 6/10
- Always bring your collapsible water bottles in Europe. At least 2 for the major ones. Hehe..
#PUBLIC TRANSPORT: NIL
- No comment. Never tried a public trams/trains at Innsbruck.
#ACCOMODATION: NIL
- No comment. Only for a day trip..
#ISLAMIC: 6/10
- Ada tempat solat di kawasan bandar.
#HALAL FOODS: 7/10
- Ada beberapa restoran halal. Rating tinggi sebab makanan sedap dan agak murah. Hehe..
#CURRENCY: 6/10
- Euro.. Euro.. Euro..
#SHOPPING: 7/10
- Lots of souvenirs shop along the road. Kena pandai cari kedai yang murah..
#WEATHER: 7/10
- Stay dari petang sampai malam. Sejuk dan semakin sejuk. Hihi..
#REPEAT: 7/10
- Singgah kejap kat Vienna (HRC) jika buat trip Eastern Europe. Hallstatt juga cantik..
#OVERALL: 6/10
- Love the mountain views. Tak banyak tempat yang dapat explore. Hanya di Inssbruck.
@ ITALY
#LOCALS: 7/10
- Agak friendly juga. Tapi macam ramai pendatang je kat Italy ni. Huhu..
#LANGUAGE: 6/10
- Kurang fasih. Kena ulang 2-3 kali baru faham. Huhu..
#SCENERY: 8/10
- Venice amat cantik walaupun berkabus. Rasa macam dalam cerita fairytales je. Hihi..
#CLEANLINESS: 7/10
- Agak bersih juga la walaupun air kat Venice nampak macam kurang jernih je. Huhu..
#PUBLIC TOILET: 5/10
- Kat Venice kurang bersih. Mungkin kerana ramai tourist yang kurang berdisiplin.
#PUBLIC TRANSPORT: 7/10
- Kat Milan train on schedule. Kat Venice agak confuse nak naik bas mana satu.
#ACCOMODATION: 6/10
- Da Tito selesa sebab bilik besar. Bristol hotel cap ayam. Murah punya pasal. Huhu..
#ISLAMIC: 7/10
- Ramai juga muslim kat Italy. Silap haribulan tourist macam kami jugak. Hihi..
#HALAL FOODS: 7/10
- Banyak restoran halal. Must try halal pizza at Italy. Sedap sangat..
#CURRENCY: 6/10
- What to do.. Tapi berpatutan dengan harga barang yang dijual di sini..
#SHOPPING: 8/10
- Rating tinggi sebab banyak souvenir yang murah di Venice.
#WEATHER: 8/10
- Banyak tempat berkabus, tapi bila lagi nak merasa suasana macam ni. Best jugak.
#REPEAT: 9/10
- Akan plan untuk trip ke Italy je. Rome and Florence is on my mind.
#OVERALL: 8/10
- Nice country to visit. Hail Valentino Rossi. Hehe..
@ LIECHTENSTEIN
#LOCALS: 6/10
- Staff kedai souvenir tu macam taknak layan kami je. Bandar takde orang. Huhu..
#LANGUAGE: 5/10
- Bila tanya macam takde respon je. Time bayar pun staff tu tak bersuara. Huhu..
#SCENERY: 5/10
- Best view is castle uphill. Bangunan lain agak moden dan simple. Biasa-biasa je..
#CLEANLINESS: 7/10
- Bandar kecik, susah nak jumpa sampah atas jalan. Hihi..
#PUBLIC TOILET: 6/10
- Kat bus station agak bersih. Only toilet tissues provided. Huhu..
#PUBLIC TRANSPORT: NIL
- No comment. Tak naik bas. Kalau naik pun tak tau nak pergi mana.
#ACCOMODATION: NIL
- No comment. Only less than 2 hours in here.
#ISLAMIC: 5/10
- Tak nampak muslim dan rasanya takde prayer room kat sini.
#HALAL FOODS: 6/10
- Ada tapi kedai tutup. Tak merasa nak makan kat Liechetenstein.
#CURRENCY: 6/10
- Still using Euro. Not much to do with money here..
#SHOPPING: 6/10
- Souvenir agak mahal. Kalau bajet lebih boleh beli jam dinding handmade. Cantik..
#WEATHER: 7/10
- Asalkan ia sejuk sudah membuatkan kami senang hati. Hehe..
#REPEAT: 3/10
- Never. Takde apa pun yang nak explore kat sini melainkan trekking dan ski.
#OVERALL: 5/10
- Hanya nak lengkapkan misi 9 negara. Jejak kaki sekejap pun dah cukup buat syarat. Hehe..
@ SWITZERLAND
#LOCALS: 7/10
- Quite friendly dan sudi membantu. Putih benor kulit diorang ni. Hihi..
#LANGUAGE: 6/10
- Kebanyakannya boleh speaking. Mudah sikit nak bertanya.
#SCENERY: 9/10
- Really really beautiful!.. Superb views. Rasa macam nak duduk lama kat sini. Hehe..
#CLEANLINESS: 8/10
- Mungkin sebab ramai tourists kat sini membuatkan tempat dijaga dengan bersih.
#PUBLIC TOILET: 6/10
- Bersih. Cuma ada toilet yang kena bayar. Mahal pulak tu. Huhu..
#PUBLIC TRANSPORT: 7/10
- Hanya naik cable car dan train atas gunung. On-time schedule. Sweet memories..
#ACCOMODATION: 6/10
- Hotel Ibis yang paling berpatutan. Itu pun kira mahal jugak tu. Huhu..
#ISLAMIC: 6/10
- Ada masjid di area Interlaken tapi tak sempat nak pergi. Tak ramai muslim di sini.
#HALAL FOODS: 6/10
- Mudah nak cari. Tapi jangan ditanya tentang harganya. Fuhh..
#CURRENCY: 6/10
- Guna Swiss Franc. Tapi nak guna Euro pun boleh. Sama je lebih kurang.
#SHOPPING: 7/10
- Banyak tempat shopping. Tapi harga agak mahal hatta untuk seketul fridge magnet.
#WEATHER: 8/10
- Love the weather. Bersalji tapi takde lah sejuk sangat. Light jacket will do.
#REPEAT: 7/10
- Will consider tapi rasanya tak datang dah kot melainkan ada yang sponsor. Hehe..
#OVERALL: 8/10
- Scenery was the main attractions, except the expenses. Semuanya serba mahal. Huhu..