Tamatlah sudah perjalanan saya merantau mencari pengalaman di negara Jepun. Walaupun cuma 8 hari je, tapi banyak perkara baru yang saya belajar. Sekurang-kurangnya 2 minggu diperlukan untuk explore bandar Tokyo. Tapi saya cuma ada masa 8 hari je untuk explore Tokyo, Osaka, Kyoto dan Nara. Gila punya kerja. Huhu. Misi utama adalah untuk jejakkan kaki di seberapa banyak bandar yang boleh dalam satu trip. Tajuk blog pun Jalan-Jalan Cari Pengalaman. Timba sebanyak mana pengalaman yang termampu. Walaupun letih tapi berbaloi pada saya. Kepuasan diri itu penting. Tanda kepuasan adalah apabila tak sabar nak balik ke Malaysia di hari terakhir. Kalau rasa berat je nak balik dah tentu belum puas lagi. Hehe.. Dapat sampai di pintu Disneyland pun dah cukup baik daripada masuk ke dalam dan habiskan seharian di situ. Saya bukan nak cover cerita Disneyland, tapi nak cover life experience in Japan. Banyak blog dan info tentang Disneyland boleh didapati dalam internet. Tapi info pengalaman yang saya berikan dalam blog saya mungkin susah nak jumpa. Wallahualam..
Journey through Japan.. (Ihsan Google Images).. |
#1. Kos
Kos wajib keseluruhan perjalanan ke Jepun adalah RM8,801.70. Kos ini termasuklah teksi ulang-alik dari rumah ke KLIA. Kira start and finish at home sweet home. Kalau dibahagi dua, seorang RM4,400.85. Fuhh, agak tinggi kos yang kami gunakan di Jepun berbanding trip ke UK & Paris dulu jika dikirakan hari perjalanan. Baik pergi UK je kan? Hehe.. Memang best dapat pergi ke UK lagi, tapi banyak lagi negara yang perlu ditimba pengalaman. Jelas menunjukkan Jepun adalah negara yang tinggi kos sara hidup. Tak boleh hidup dengan selesa di Jepun kalau setakat gaji RM5000 sebulan. Tapi jika dilihat dari sudut kemudahan awam dan facilities yang lain, memang padanlah dengan kos sara hidup yang tinggi di Jepun, especially Tokyo. Tengok kat train station pun dah cukup. Huhu..
Japanese Yen.. Syliling JPY1 pun ada. (Ihsan Google Images) |
#2. Kepuasan
Memanglah 8 hari meronda di Jepun takkan puas tahap maksima. Tapi pada saya, kepuasan diri terletak pada susunan itinerary yang dibuat. Dapat capai semua agenda dalam itinerary dah cukup puas bagi saya. Saya dapat realisasikan 90% dari itinerary yang saya sediakan untuk 8 hari perjalanan. Satu pencapaian yang baik. Tambahan pula kami cuma gunakan public transport tanpa menyewa kereta. Nasib kami baik kerana sekali je kejadian train terhenti. Itupun selepas kami dah puas meronda seharian. Boleh dikatakan misi kami ke Jepun telah terlaksana dengan jayanya. Alhamdulillah..
I like Japan!.. (Ihsan Google Images) |
#3. Terkilan
Terkilan tak masuk USJ dan Disneyland? Kalau niat awal memang nak main permainan dalam tu tapi tak masuk memang terkilan la. Tapi saya tak rasa apa-apa pun sebab memang takde cadangan nak menghabiskan masa seharian di situ. Lebih baik explore tempat yang lain di sana. Banyak sikit pengalaman yang dapat diperolehi. Saya cuma terkilan masa malam pertama, di mana cadangan asal nak berjalan di area Dotonburi tapi tak kesampaian kerana keletihan yang amat sangat. Yang kedua adalah tak mencuba sushi di sana. Terasa rugi betul. Dah la saya memang peminat sushi. Huhu.. Senang je, takde rezekilah namanya tu. Mana tau satu hari nanti menang peraduan melancong ke Jepun ke atau ada orang sponsor ke, boleh la saya makan sushi di Tsukiji Fish Market. Yang pertama tu mungkin boleh berlaku.. Tapi yang kedua? Hmm, jangan harapla ada yang nak sponsor. Hehe..
Ada rezeki nak bawak anak-anak datang sini.. InsyaAllah.. |
#4. Locals
Apa yang boleh saya katakan tentang rakyat Jepun adalah diorang amat berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Tak pernah saya jumpa orang yang berdisiplin seperti rakyat Jepun. Nak jumpa sampah kat atas lantai pun susah. Kes saya lambat seminit masa naik tour bus tu akan saya ingat sampai bila-bila. Betul-betul punya kena sound dengan tourist guide tu. Tu baru lewat seminit. Kalau sepuluh minit? Ada yang kena pancung dengan pedang samurai. Hehe.. Saya ada terbaca blog mengenai orang Jepun yang sombong dan susah nak ditegur. Memang betul, bukan semua orang Jepun berdisiplin dan menghormati orang, tapi itu golongan yang minoriti. Mungkin nasib saya tegur orang yang betul-betul baik dan suka membantu. Mungkin diorang taknak tegur sebab diorang tak fasih berbahasa inggeris kot. Wallahualam.. Banyak company di Malaysia sudah mengikut amalan disiplin kerja seperti di Jepun iaitu 5S. Susah sebenarnya nak ikut cara tu kalau diri sendiri tak berdisiplin. Tapi usaha kan tangga kejayaan. Yang penting mencuba. Hehe..
Amalan 5S (Ihsan Google Images) |
#5. Shopping
Hmm.. It's a shopping heaven in Japan!.. But the prices is like hell!.. Huhu.. Terlalu banyak shopping street di Jepun yang menjual pelbagai jenis pakaian dan aksesori yang branded dan latest. Setakat window shopping memang best, tapi bila pegang price-tag je terus jadi tak berapa best. Tapi jika sebelum pergi dah buat survey harga barang di Malaysia, ada juga barang yang murah di Jepun. Keinginan membeli mesti tetap ada bila ke luar negara. Cuma kenalah seimbangkan keinginan tu dengan kemampuan. Saya bawa kad kredit tapi saya cuba kawal penggunaannya walaupun kadang-kadang tak terkawal. Biasalah, manusia.. Huhu.. Tambahan pula dah berada di luar negara, tak pasti bila lagi dapat peluang nak sana lagi. Apa-apa pun, personal collectible items mesti kena beli. Itu sudah semestinya. Apa salahnya beli souvenir untuk keluarga dan kawan-kawan di Malaysia. Fridge magnet sudah tentu beli sebab murah. Hehe.. Shopping in Daiso is a must!..
Hmm.. It's a shopping heaven in Japan!.. But the prices is like hell!.. Huhu.. Terlalu banyak shopping street di Jepun yang menjual pelbagai jenis pakaian dan aksesori yang branded dan latest. Setakat window shopping memang best, tapi bila pegang price-tag je terus jadi tak berapa best. Tapi jika sebelum pergi dah buat survey harga barang di Malaysia, ada juga barang yang murah di Jepun. Keinginan membeli mesti tetap ada bila ke luar negara. Cuma kenalah seimbangkan keinginan tu dengan kemampuan. Saya bawa kad kredit tapi saya cuba kawal penggunaannya walaupun kadang-kadang tak terkawal. Biasalah, manusia.. Huhu.. Tambahan pula dah berada di luar negara, tak pasti bila lagi dapat peluang nak sana lagi. Apa-apa pun, personal collectible items mesti kena beli. Itu sudah semestinya. Apa salahnya beli souvenir untuk keluarga dan kawan-kawan di Malaysia. Fridge magnet sudah tentu beli sebab murah. Hehe.. Shopping in Daiso is a must!..
Terlalu banyak shopping street sebegini di Jepun.. |
#6. Safety
Jika dibandingkan dengan negara-negara yang saya dah lawati, pada saya Jepun adalah negara yang paling safe setakat ni. Masa di UK dulu nak jalan tengah malam pun agak risau juga, especially di Paris. Ada je mata-mata yang memandang tourists seperti nak lakukan sesuatu yang tak baik. Teringat saya ketika di Cardiff, sekumpulan remaja cuba menegur kami dengan bertanyakan tentang waktu. Nasib baik saya buat tak tau je. Dalam info yang saya dapat, itu antara cara diorang nak ambil barang kita. Kalau kita layan, diorang akan mengelilingi kita dan cuba amik jam atau barang-barang yang lain. Tapi di Jepun, saya berani berjalan waktu tengah malam di jalan dan lorong sunyi. Mungkin kebetulan tempat saya lalu tu takde orang jahat kot. Kat mana-mana pun di dunia ni mesti ada orang jahat. Saya ada ternampak papan tanda di balai polis Jepun, gambar suspek jenayah yang dikehendaki. Ganas juga rupanya. Huhu.. Nasib baik diorang tak lalu masa saya di situ. Alhamdulillah.. Tapi Jepun adalah negara yang kurang kadar jenayah. Kita bukan datang nak cari masalah. Kalau ada niat macam tu, mungkin akan berjumpa. Wallahualam..
Polis Jepun ada di mana-mana (Ihsan Google Images) |
#7. Overall
Secara keseluruhannya, Jepun adalah negara yang seronok untuk dilawati. Ketepikan soal kos hidup yang tinggi, melihat pemandangan dan kehidupan rakyat Jepun membuatkan kita bersungguh-sungguh untuk mencontohinya. Yang baik bolehlah kita jadikan panduan untuk kehidupan yang lebih berdisiplin. Namun begitu, ada juga yang tak perlu kita ikut. Antaranya adalah tentang seks. Seks di Jepun adalah satu bentuk perniagaan. Mana taknya, channel tv khas tentang filem seks boleh ditonton dengan bayaran. Yang itu bolehlah kita jauhi, especially untuk yang melancong bawa anak-anak. Selain dari itu, rasanya banyak ilmu dan pengalaman yang boleh diperolehi dari negara matahari terbit ni. Kalau ke sana, boleh saja-saja cuba tegur orang Jepun bertanyakan tentang lokasi, tengok apa reaksi diorang. Bersungguh-sungguh diorang cuba terangkan walaupun tak tau berbahasa inggeris. Tundukkan kepala adalah satu bentuk penghormatan yang amat tinggi nilainya di Jepun. Jangan lupa untuk tundukkan kepala bila diorang dah membantu ya? For me, Japan is one of the most advanced country in the world. Wallahualam..
Sayonara!.. (Ihsan Google Images) |
#Rating saya:
* Locals: 9/10
- Orang jepun memang amat berdisiplin. Untung kalau ramai rakyat Malaysia pun begitu.
* Language: 3/10
- Maybe 3 out of 10 Japanese people can speak English. Terrible!..
* View: 7/10
- Quite superb. Mt. Fuji is sooo beautiful!.. Selain dari tu pemandangan di Jepun jelas kelihatan ke'asia'annya..
* Cleanliness: 9/10
- Sangat bersih.. Lagi bersih dari UK. Paris dah tentu jauh ketinggalan.
* Public toilet: 6/10
- Be prepared sebab takde paip. Huhu.. Avoid public toilet at train station. Horrible!..
* Public transport: 9/10
- Superb!.. Train schedules on-time. Overcrowded in peak hours..
* Accomodation: 6/10
- Paling murah adalah capsules atau dorm. Hotel rate 3-star sama macam 5-star di Malaysia.
* Islamic: 5/10
- Masjid kurang. Restoran halal pun kurang. Yakin pada seafood. Harga? Hmm..
* Currency: 4/10
- JPY1000 = RM32.50, Anda akan melihat banyak '0' pada harga barang. Huhu..
* Shopping: 9/10
- Heaven!. But prices is hell.. Cuci mata memang best untuk budget traveller..
* Weather: 7/10
- Baru nak masuk winter. Jangan percaya sangat weather forecast. Standby apa yang patut.
* Repeat: 8/10
- Teringin nak bawa anak-anak masuk USJ dan Disneyland.
* Overall: 7/10
- It's all about money. Other than that is ok. Nice country to visit..
salam..bestnya
ReplyDeleteSalam Haslina..
DeleteYe, memang best sesangat!.. Hehe.. Tq for reading my blog!.. :)
Hai Anuar! Nice blog. Byk info berguna untuk rujukan..terutama sekali budget setiap hari di setiap entri. Cuma kalau bolehlah, mohon u masukkan jugak sekali lagi 'budget damage (hahaha)' every single day dalam post mortem entry. Lebih mudah & lagi best!
ReplyDeleteHai j.e.j.a.r.i.,
DeleteBudget damage?.. Fuh, banyak nak diceritakan nanti. Especially on my wife's side.. Hehe.. InsyaAllah, saya cuba masukkan dlm next entry, itupun kalau ingat lagi.. Tq for reading my blog!.. :)
Salam.... Best la baca blog you :)
ReplyDeleteNak tanya,
1. kos wajib tu incl. souvenirs ke?
2. Sewa portable wifi dari Malaysia or kat Jepun?
3. Daiso sana brg2 sama ke dgn branch Malaysia?
Insha Allah akan ke sana April ni. Cherry Blossom season, can't wait :D
-NB
Salam NB,
Delete1. Kos wajib termasuk semuanya kecuali souvenirs. Ikut selera masing-masing ye. Boleh la standby extra pocket money dalam RM1000-1500 untuk souvenirs, insyaAllah mencukupi untuk dibuat kenangan.
2. Saya sewa portable wifi dari Malaysia. Boleh refer website company tersebut dan proses pengambilannya pun mudah.. Will definitely recommends to others..
3. Barang yang dijual di Daiso di sana lebih kurang macam di Malaysia. Teramat banyak Daiso yang saya jumpa di sana. Yang membezakannya ialah harga barang yang dijual, iaitu tak sampai RM5/item. Best option untuk dapatkan souvenirs yang murah dari Jepun.
Bestnya kalau dapat tengok cherry blossom secara live. Sounds exciting!.. Hehe.. Anyway, tq for reading my blog!.. :)
Salam...
DeleteThanks for the tips... Nk tanya lg ble?
1. Yokohama - worth visiting ke? Saya nk singgah ke HRC je. Tp klu best bole kot lepak 1/2 day.
2. Saya nampak u dh pegi Korea. Org ckp kos melancong kesana sama je dgn Jepun, betul ke? Saya pernah ke Korea, and klu ada budget sebyk kos wajib u, dah boleh termasuk Souvenirs sekali tu (ok la tipu sikit, kat Myeongdong bole dpt byk free face mask sample, cover la souvenir hehe)
-NB
1. Saya sendiri sampai di Yokohama dah gelap. Tak pasti apa yang menarik kat sana. Memang tujuan nak ke HRC je, kumpul koleksi. Mission accomplished!.. Hehe
Delete2. Aik? Camna boleh tau dah gi Korea ni? Hehe.. Hmmm.. Dari pengalaman saya, rasanya tak sama kos di Jepun dan Korea. Japan is way more expensive than Korea. Even UK pun tak semahal Japan.. Tunggu cerita saya di Korea ya.. Nanti boleh la buat perbandingan kos. Tengah mencari masa yang sesuai untuk duduk lama depan komputer. Nak jawab soalan pun makan masa.. Huhu..
Assalamualaikum, suka baca blog ni, cara penyampaian rasa macam kita pun travel sekali. Terima kasih, keep it up.
ReplyDeleteWaalaikumsalam norisa faizal..
DeleteThanks for the compliment!.. Memang tujuan saya tulis blog ni supaya orang yang membacanya rasa macam nak pi travel terus. Hehe.. Anyway, tq for reading my blog!.. :)
Fuh selesai baca trip japan tuan. Masa utk study. Tq tuan sngt2 membantu
ReplyDeleteSalam..
DeleteMaaf le, cerita panjang lebar. Hehe.. Study betul2 tau. Anyway tq for reading my blog!.. :)