Rugi kalau berjalan ke luar negara tapi tak membeli souvenirs. Mungkin sekali dalam seumur hidup dapat merasa pergi ke Jepun. Walaupun kebanyakan barang yang dijual di Jepun amat mahal harganya, tapi sebagai kenangan apa salahnya. Beli ikut kemampuan diri. Ikutkan hati dan nafsu memang semua benda kita nak beli. Huhu.. Nasib baik kami tak pergi ke Premium Outlets ala JPO yang belambak di Jepun. Kalau pergi tak tau la apa jadi dengan wallet kami. Hehe.. Disiplin itu penting..
![]() |
Premium Outlets di Jepun. Bersedia untuk meringankan wallet dan memanaskan kad kredit anda. Hehe.. |
Ada barang yang kami beli sebagai souvenirs untuk kawan-kawan dan juga family. Anak-anak kami is a top priority. Selain dari itu adalah untuk koleksi kenangan kami especially our collectible items. Hard Rock Cafe shirts and Starbucks mug is a must. Awal-awal lagi dah masukkan dalam itinerary. Lebih penting dari aktiviti yang lain di Jepun. Let's check it out!..
# Universal Studios Japan
Hari pertama di Jepun. Tak masuk pun dalam USJ, cuma jalan-jalan di luar. Ronda di kawasan Universal Citywalk pun dah memadai. Dapat juga kami mencari souvenirs untuk anak-anak kami. Hampir 20 minit membelek barang, akhirnya kami berjumpa juga barang yang dirasakan murah kat dalam kedai tu. Huhu.. Jadilah sebagai kenangan..
3 barang je yang mampu.. Hehe |
# Daiso
Haa.. Kat Daiso memang mampu beli. Walaupun kat Malaysia pun ada, tapi di sini harganya murah sikit. JPY100/items means RM3.25 untuk satu barang. Tapi kalau main amik je tanpa beringat, banyak jugak yang perlu dibayar. Huhu.. Antara barang yang sesuai untuk dibuat souvenirs. Ada yang kata, baik beli kat Malaysia je. Tapi pada saya yang penting di mana barang tu dibeli.
Paling banyak kami beli adalah chopsticks dan kipas lipat |
Ada kawan pesan beli kepala shinkansen. Hehe.. |
Untuk anak-anak tersayang.. |
Kalendar pun beli jugak. Faham kat nombor je.. Huhu |
# Japanese Traditional Items
Cadangnya nak beli kimono untuk kenangan. Ada terjumpa yang 2nd hand punya. Agak murah juga. Tapi nak beli pun nanti nak pakai kat mana. Tunggu family day yang bertemakan pakaian tradisional je lah. Tak jadi beli, kami mencari barang lain yang agak tradisional juga..
Coin purse yang klasik. Made In Japan tuu.. |
Terompah Jepun. Kiri dan kanan sama bentuk.. Pakai je.. |
# Japanese Cotton
Semasa di Kamata, bila melihatkan kain cotton yang dijual di Yuzawaya, pada saya macam sama je jenis kain ni. Kat jalan TAR pun boleh dapat. Tapi itu pandangan orang lelaki yang memang zero knowledge tentang jenis kain. But for my wife, dia amat teruja dengan kain. Lain katanya. Suka hatilah, janji bahagia. Tapi memang betul, bila dah di jahit dan dipakai, ramai jugak yang bertanya. Memang lain eh pandangan mata orang perempuan? Wallahualam..
Kain Japanese Cotton yang paling murah. Hehe.. |
# Shoes
Kasut.. Banyak sangat dah kat rumah tu.. Huhu. Tapi itulah dia, tetap jugak nak beli walaupun sepasang. Takpe, kasut yang lama tu nanti boleh jual kat car boot sale, insyaAllah.. Boleh dapat duit sikit dan ruang simpan kasut pun boleh clear. Hehe.. Kami berjumpa dengan sandal Birkenstock yang agak murah juga harganya. Kalau kat Malaysia boleh dapat murah kat bundle je, tapi yang ni brand new. Saya baru je mengenali brand Birkenstock ni. Tak berminat sebab dah banyak sandal kat rumah. Saya cuma beli kasut Timberland yang saya rasakan agak murah juga sebab kat Malaysia tak berani nak masuk kalau takde sale. Huhu..
Cantik la jugak walaupun tapaknya nampak simple je.. |
Walaupun brand tak terkenal, tapi murah sesangat. Good bargain!.. |
# For the bosses
Tak dilupakan juga pada bos kami di tempat kerja. Nak bagi key-chain je macam tak sesuai. Kami pun mencari sesuatu yang agak unik untuk bos kami. Sekurangnya barang yang dibeli boleh diorang display kat atas meja opis. Tapi kalau dah amalkan 5S, tak dapatlah nak letak. Simpan di rumah je lah ye.. Hehe..
Plate yang dirasakan sesuai untuk diberikan pada bos kami.. |
# Key-chain
Haa, yang ni paling banyak kami beli. Kalau boleh kat setiap bandar yang dilawati akan kami cari untuk dibuat kenangan. Makin penuhlah fridge magnet kat pintu peti ais kami. Dan makin galak lah anak kami yang paling bongsu tu cabut dan letak ikut kreativiti dia. Huhu..
Ada yang untuk kawan-kawan, ada juga untuk fridge kami.. |
# Japanese magazines
Yang ni paling berbaloi untuk dibeli. Walaupun sepatah haram tak faham apa yang ditulis dalam majalah tu, tapi free-gift yang diberi membuatkan kami sukar untuk menolaknya. Kalau setakat free-gift yang biasa-biasa memang tak layan punya. Tapi ada free-gift seperti beg Le-Sportsac. Harga majalah pulak takdelah mahal sangat. Majalah tu boleh la tengok gambar je. Lepas tu boleh bagi kat kawan-kawan buat souvenir. Hehe.. Jahat sungguh.. Simpan untuk kenangan, itu yang terbaik..
Beli majalah dapat beg. Terbaiklah.. |
Beg yang ni pun cantik jugak.. |
Yang ni pun free-gift dari majalah. Tak pasti mana pergi majalah tu. Huhu.. |
Saya pun beli satu. Dapat free-gift DVD tentang superbike 2014 |
# T-shirts
Paling rugi kalau pergi ke luar negara tapi tak beli t-shirt. Kebanyakan t-shirt yang dibeli adalah untuk anak-anak. Kami berdua beli juga untuk kami pakai semasa di sana. Trip kali ni kami susun strategi untuk tidak membawa banyak t-shirt. Sebab dah tentu kami akan beli di sana. Lebih baik pakai je t-shirt yang baru dibeli. Lagi mudah.. Boleh tahan mahal jugak t-shirt yang dijual di sana. Beli tanpa fikir banyak. Nanti pening kepala dibuatnya. Huhu..
Samurai.. Banzai!.. |
T-shirt tulisan Japan mesti kena ada.. |
For my little daughter.. |
# Duty-free Airports
Dah nak balik pun sempat lagi membeli barang. Nak menghabiskan duit yen yang ada. Tapi bila dah sampai KLIA pun menyinggah lagi. Banyak betul dugaan ye.. Huhu.. Takpelah, untuk anak-anak. Ada rezeki lebih adalah yang dibeli..
Beg kecil yang dibeli di Kansai International Airport |
Lagi untuk anak-anak.. |
# Miscellanous
Ada juga beberapa barang yang kami rasakan sesuai untuk dijadikan kenangan trip ke Jepun kami. Sambil jalan-jalan di shopping street, terjumpa je yang berkenan di hati terus kami beli. Tapi dengan syarat biar yang murah-murah je. Tengok harga dulu baru tengok barang. Macam tu pun ada? Hehe.. Biar puas hati, baru rasa berbaloi..
Yang bawah tu kain lilit kepala.. Jepun gitu.. Hehe.. |
Khas untuk anak-anak tersayang.. |
# Hard Rock Cafe
This is our personal collections. Jumlah HRC di Jepun ada 6 kesemuanya. Di Osaka je ada 2 iaitu di bandar Osaka dan di Osaka Citywalk. Di Tokyo pun ada 2 iaitu di Roppongi dan Ueno-Eki. Satu lagi HRC terletak di Yokohama. Kami cuma tak dapat nak ke Fukuoka sebab jauh sangat dari radius perantauan kami. Di Osaka kami tak singgah di HRC Osaka sebab di HRC Osaka Citywalk t-shirt yang dijual tertulis 'Osaka'. Kalau t-shirt di situ tertulis 'Osaka Citywalk', dah lama kami akan singgah di HRC Osaka. Jadi tak perlulah kami nak ke HRC Osaka sebab tulisan di baju mesti sama punya. Dulu ada HRC di Narita, tapi dah tutup. Ada rezeki ke Jepun lagi bolehlah kami singgah di HRC Fukuoka pulak. Itupun kalau masih beroperasi lagi. The best thing about HRC in Japan is the t-shirt price is much cheaper than our previous HRC t-shirts. Harga standard sehelai t-shirt HRC adalah dalam RM110 - 130. Tapi di Jepun harganya dalam RM90 - 100 untuk sehelai. Ada juga yang murah di Jepun rupanya ye..
HRC Osaka yang dibeli di Osaka Citywalk |
Paling suka t-shirt ni sebab tulisan Uyeno-Eki nampak rare.. |
HRC Tokyo di Roppongi |
HRC Yokohama.. |
# Starbucks City Mugs
Our next collectible items. Mencari Starbucks di Jepun tak sesukar mencari HRC sebab Starbucks ada di mana-mana. Kami masuk Starbucks di setiap bandar yang kami pergi dengan tujuan mencari city mugs. Mudah je. Yang kurang mudah adalah masa nak keluar duit untuk bayar. Hehe.. Dah dapat city mugs yang dicari tak perlulah nak masuk ke dalam Starbucks lagi..
Design city mugs Starbucks yang paling cool setakat ni.. |
Itu je lah barangan yang kami dapat beli semasa di Jepun. Ikutkan nafsu memang banyak lagi yang nak dibeli tapi wallet tetiba melekat kat dalam poket seluar. Itu tandanya jangan beli lah tu. Hehe.. Ada lagi barang yang dibeli seperti t-shirt tapi tengok je la gambar kami sepanjang berada di sana. Itulah t-shirt yang kami beli untuk dipakai sepanjang berada di Jepun. Cukuplah barangan kenangan kami dan juga untuk rakan-rakan dan keluarga.. InsyaAllah ada rezeki kami akan datang lagi ke Jepun membawa anak-anak untuk layan permainan di USJ dan Disneyland. Masa untuk menyimpan semula dalam tabung 3K (Kementerian Kewangan Keluarga) kami. Wallahualam..