Saturday, 9 August 2014

JJCP Japan : Day 06 (Part #2)

Tarikh:
27 November 2013
Lokasi kejadian:
Nishiki Market - Teramachi Street - Shinkyogoku Shopping Arcade - Rose Cafe

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ Nishiki Market

Dari Co-op Inn Hotel, kami berjalan terus ke Nishiki Market yang terletak di hujung simpang. Tak sampai 5 minit berjalan kaki, jam 2.05 petang kami sampai di pintu masuk ke Nishiki Market. Kami masuk ikut pintu tengah. Cadangnya nak jalan dari hujung ke hujung pasar. Tapi tak larat rasanya nak berjalan sampai ke hujung kemudian patah balik. Kami cuma lalu separuh pasar je. Tujuan utama nak ke Teramachi Street yang bersambung dengan Nishiki Market di hujung jalan. Dalam Nishiki Market ni boleh la nak tengok barang basah, sayuran, buah-buahan dan makanan orang Jepun. Agak pelik jugak bila tengok barang yang dijual dalam pasar ni. Jalan-jalan cuci mata dan cari pengalaman baru..

Pintu masuk di bahagian tengah Nishiki Market
Bunga segar ada dijual di sini
Antara makanan orang Jepun
Kedai aksesori pakaian pun ada kat sini
Tak tau apa benda yang dijual tu.. Huhu..
Sedang kami berjalan tengok barangan yang dijual, kami terjumpa satu kedai menjual fishball halal. Perut pun memang dah sedia lapar. Nak cari kedai beli roti, tapi terjumpa kedai fishball dulu. Lagi sedap. Hehe.. Ada macam-macam jenis fishball yang dijual. Kami memilih beberapa jenis untuk dimakan. Kebetulan kedai tu ada sediakan tempat duduk. Lepas bayar JPY1200 untuk 3 jenis fishball, kami terus duduk dan makan disitu. Sedap sungguh rasa fishball tu. Tambah pulak perut tengah lapar. Rasanya roti plain pun boleh jadi sedap time ni. Huhu..

Yeaa.. kedai fishball halal di simpang..
Owner guna minyak sayur untuk goreng fishball..
Tak sabar nak makan nih.. Hehe..
Tak menyempat diorang nih.. Sambil berdiri je makan.. Huhu..
Haaa.. Baru proper sikit makan sambil duduk..
Kenyang dan puas terasa. Baru ada tenaga nak berjalan. Hehe.. Jam 2.30 petang kami sambung meronda di dalam Nishiki Market. Kami singgah di satu kedai menjual kerepek yang dibuat daripada sayuran yang dikeringkan. Test dulu, sedap jugak rasanya. Kami pun beli la sebungkus kerepek bendi yang berharga JPY350. Sambil berjalan boleh la mulut mengunyah sesuatu. Hehe..

Natural vegetable chips
Kerepek bendi menjadi pilihan..
Satay sotong hidup. Yang ni kami tak beli ye. Huhu..
@ Teramachi Street

Sampai sudah di hujung Nishiki Market. Kami tiba di persimpangan Teramachi Street. Masih teringat kata-kata dari Erika, staff JTB yang suggest untuk datang ke sini. Dia kata antara souvenir yang murah di Jepun boleh didapati di Teramachi Street dan juga Shinkyogoku Street yang terletak di lorong bersebelahan. Kami berjalan melihat kedai-kedai yang ada di sepanjang Teramachi Street.

Teramachi Street di hujung Nishiki Market
Luas, panjang dan banyak kedai yang ada di sini
Kalau bawak anak-anak memang kaya kedai ni. Huhu..
Antara kedai yang kami jenguk adalah Clarks, Birkenstock, Timberland dan Onitsuka Tiger. Tak nampak pun brand favourite saya di sini, Columbia. Setakat dapat cuci mata jelah. Mahal betul harga barang kat sini. Kat Malaysia lagi murah rasanya. Ingatkan Onitsuka Tigers murah kat sini. Jangkaan yang meleset. Huhu.. Takde rezeki lebih untuk sambar sepasang dua. Hanya gambar je yang boleh menjadi kenangan dan igauan di malam hari. Hehe..

Di luar butik Clarks. UK is much cheaper!
Onitsuka Tiger. Tengok dari jauh pun dah berkenan
Bila tengok harga, terus berkenan nak amik gambar je. Huhu..
@ Shinkyogoku Street

Hampir sejam meronda di Teramachi Street, kami tiba di simpang ke Shinkyogoku Street. Masih panjang lagi Teramachi Street, tapi kami amik keputusan untuk patah balik ikut laluan Shinkyogoku Street pulak. Lebih kurang sama je keadaan di sepanjang Shinkyogoku Street ni. Cuma kedai souvenir lebih banyak di sini. Kami melihat barangan souvenir yang dijual dan membeli mana-mana yang berkenan dihati untuk dibawa pulang ke Malaysia sebagai kenangan. Key-chain yang paling murah saya jumpa di sini bernilai JPY110/piece. Itu pun plain je. Tapi yang penting ada tulisan Jepun. Nasib baik dah borong barang souvenir di Daiso Harajuku haritu. Huhu..

King Crab sebagai penanda simpang ke Shinkyogoku Street
Laluan sambungan Teramachi Street. Letih..
Kami patah balik ikut laluan Shinkyogoku Street
Suasana yang sama seperti di Teramachi Street
Kami melihat kuih tradisional Jepun yang dijual di sini. Teringin nak beli tapi takut tak menepati citarasa tekak orang Malaysia. Hehe.. Hampir 3-4 kedai souvenir kami masuk. Yang berkenan kami beli. Takut esok lusa dah tak jumpa kedai souvenir lagi. Taknak menyesal macam dulu seperti kes kasut boot Clarks di UK yang berharga GBP19.90. Tak beli sebab yakin kedai Clarks lain ada jual jugak boot tu. Akhirnya tak jumpa langsung. Lain butik lain design kasut yang dijual. Menyesal tak sudah sampai sekarang. Huhu.. Moral of the story, kalau berminat dan harganya lebih murah berbanding Malaysia, beli je lah terus ye. Tak payah nak survey harga kat tempat lain dah.

Manisan Jepun.
Antara kedai souvenir yang kami masuk..
Kami lalu depan satu kedai kasut. Kami masuk sebab dari luar nampak macam meriah je. Kasut yang berwarna warni dan bermacam design membuatkan costumer tertarik untuk masuk ke dalam kedai. Pandai strategi owner kedai ni. Hehe.. Kami melihat kasut Red Wing, Dr. Martens dan Timberland. Mana tau, dapat mengubat kekecewaan kasut boot Clarks dulu. Huhu.. Menarik juga boot Timberland di sini. Ada design yang tak pernah nampak di Malaysia dan harganya takdelah mahal sangat. Nak masuk butik Timberland kat Malaysia pun segan. Walaupun ada sale tapi still mahal. Bundle je la yang mampu. Hehe.. Kepada peminat tegar kasut boot, tak menyesal la kalau beli kat Jepun.

Red Wing.. It's not my favourite boots..
Dr. Martens. Also not in my list..
Timberland.. Yeaa.. One of my favourite brands..
Lama jugak kami kat dalam kedai kasut ni. Test pakai mana yang berkenan. Memang cantik dan fancy design boot Timberland ni. Seterusnya kami keluar dari kedai dan menuju ke penghujung jalan di Shinkyogoku Street. Kami keluar dari situ tepat jam 7.00 malam. Hujan renyai-renyai di luar menambah kesejukan malam. Selesai sudah aktiviti meronda di sini. Kalau betul-betul nak shopping, seharian pun tak cukup rasanya. Kami yang meronda 5 jam pun rasa tak puas. Nak buat macam mana, modus operandi kami cuma nak berjalan-jalan je, bukan nak shopping sangat. Cukup lah 5 jam mencari pengalaman di sini.

Sebelum keluar amik gambar kenangan dengan bear ni dulu..
Our walking route in Nishiki Market, Teramachi Street and Shinkyogoku Street
Kami keluar dari Shinkyogoku Street ikut pintu arah Shijo Street. Hujan renyai-renyai di luar menambah kesejukan. Jaket nipis yang saya pakai tak membantu langsung. Huhu.. Tapi tahan kan aje.. Kami berjalan di sepanjang Shijo Street menuju ke Gion Shijo Station. Boleh tahan jugak happening kawasan Shijo Street ni. Penuh dengan butik yang branded. Sure mahal punya. Tengok dari luar je yang mampu. Huhu..

Pemandangan waktu malam di Shijo Street
Dalam 15 minit meredah hujan renyai-renyai, kami tiba di Gion Shijo Station. Disebabkan ini subway station, maka terpaksalah kami beli tiket JPY210/person untuk ke Jingumarutamachi Station. Nak buat apa ke sana? Mencari sesuatu untuk dimakan. Hehe..

Walking along Shijo Street to Gion Shijo Station
Kami naik subway Keihin Main Line di Gion Shijo Station. Tak sampai 10 minit perjalanan, kami tiba di Jingumarutamachi Station. Kami keluar dari station dan berjalan menuju ke Rose Cafe. Antara restoran halal yang saya jumpa masa mula-mula mencari info tentang Kyoto. Saya cuba ingat balik google map lokasi Rose Cafe dari Jingumarutamachi Station. Dalam map nampak dekat, tapi dah lebih 15 minit berjalan masih tak sampai-sampai. Risau 3 orang pengikut saya ni letih berjalan je. Huhu.. Yang lebih merisaukan saya adalah takut restoran tu dah tutup. Lupa pulak nak check waktu perniagaan Rose Cafe. Harap-harap masih buka lagi. Kalau dah tutup, kira jalan-jalan cari pasal lah jawabnya. Masuk angin keluar asap je lah. Huhu..

Subway Keihin Main Line from Gion Shijo to Jingumarutamachi
Kena bayar JPY210/person sebab JR Pass tak boleh guna
Menunggu train sampai di platform
@ Rose Cafe

Akhirnya setelah 20 minit berjalan kaki dalam keadaan gelisah, jam 7.45 malam kami tiba di Rose Cafe. Alhamdulillah.. Masih beroperasi sampai jam 9 malam. Dapat juga kami mengisi perut kami yang dah lama kosong ni. Dengan tidak membuang masa, kami melihat menu yang diberi. Tak banyak pilihan makanan. Tapi tengok gambar macam menarik je. Kami pilih ikut citarasa masing-masing. Saya dah tentu pilih menu yang ada nasi. Orang Malaysia, mana boleh tak pekena nasi. Hehe.. Waiter yang melayan kami fasih juga berbahasa melayu. Senang sikit nak berkomunikasi. Saya bertanyakan tentang Kyoto Mosque yang saya tau berada berdekatan dengan Rose Cafe ni. Ada kedai menjual makanan halal juga di masjid tu. Waiter tu bagitau masjid ditutup jam 6.00 petang, tapi pihak masjid letak satu kunci di Rose Cafe untuk kegunaan tourist yang nak masuk ke dalam masjid selepas waktu itu. Bagus juga pihak masjid buat macam tu. Berdekatan dengan kawasan disitu juga terletaknya Kyoto University dimana cafe di dalamnya juga ada menjual makanan halal. Banyak pilihan makanan halal di sini, namum kami hanya memilih Rose Cafe sebab kami jumpa restoran ni dulu. Hehe..

Walking route from Jingumarutamachi Station to Rose Cafe
Bersedia untuk duduk dan order makanan. Yezzaa..
Air je sampai JPY600 harganya? Wow..
Menu set plate yang ada di Rose Cafe. Harganya... Hmmm
Harga air pun boleh tahan. Kalau kat Malaysia dah cari kedai lain ni.. Huhu
Agak menarik design dalam Rose Cafe ni.. Cozy..
Bila tengok menu, agak mahal juga harga makanan dan minuman di sini. Takde option lain, terpaksa makan juga. Huhu.. Saya dan wife pilih set nasi. Air pulak kami order fruit juice. Time ni tak fikir harga dah, janji ada makanan yang masuk dalam perut. Hehe.. Selesai makan kami berehat kejap. Penat sangat aktiviti hari ni. Dari pagi berbasikal, lepas tu berjalan dalam market street pulak. Letih sungguh. Daripada kami sampai tadi takde customer lain dalam restoran ni. Mesti waiter tu tak sabar-sabar nak kami keluar ye. Boleh la diorang basuh dan siap-siap untuk tutup kedai. Hehe.. This is Japan. Takkan ada mentality macam tu. Jika ada pun golongan yang paling minority. Entah lah..

Bergambar sebelum aktiviti melicinkan pinggan.. Hehe
Pilihan saya.. Macam daging burger Ramly je..
My wife's choice.. Tak pasti ikan apa..
Kedudukan Rose Cafe, Kyoto Mosque dan Kyoto University yang berdekatan..
Perut dah kenyang, tenaga pun dah recharge. Jam 8.40 malam setelah membayar JPY2550, kami keluar dan berjalan semula ke Jingumarutamachi Station. Hujan yang renyai dah mula berhenti tapi cuaca masih tetap sejuk. Kami tiba di station jam 9.00 malam. Kami beli tiket untuk ke Tofukuji Station yang bernilai JPY260/person. Kami turun di Tofukuji Station kerana nak tukar JR Nara Line ke Kyoto Station. Tak perlulah kami nak keluar dari station dan yang penting boleh guna JR Pass. Hehe.. Jam 9.10 malam subway Keihin Main Line membawa kami ke Tofukuji Station. Perjalanan cuma mengambil masa 10 minit. Sampai je di Tofukuji Station kami terus naik JR Nara Line ke Kyoto Station yang tak sampai 3 minit perjalanan. Di Kyoto Station kami naik pula JR Kyoto Line menuju pulang ke Osaka Station.

Tiket subway menuju ke Tofukuji Station
Perjalanan yang agak jauh dan pemandangan yang gelap membuatkan kami tertidur di dalam train. Kami tiba di Osaka Station jam 10.20 malam. Kami berjalan balik ke hotel. Dah tak larat nak singgah mana-mana kedai dah. Huhu.. Jam 10.35 malam kami sampai di bilik hotel. Bersihkan diri, berehat dan tidur. Esok tinggal satu hari penuh lagi untuk meronda mencari pengalaman di bumi Jepun. Harap esok dapat timba dan kumpul pengalaman hidup yang baru. Itu sudah semestinya. Wallahualam..

Bila terjaga orang dah takde. Nasib baik tak terlepas station lagi. Huhu..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Lunch    : RM39.00
  - Snacks   : RM11.40
  - Subway  : RM30.55
  - Dinner    : RM82.90
  - Jumlah   : RM163.85

**Day 06 Expenses: RM203.50

*Website yang membantu:

Nishiki Market

Teramachi Street

Shinkyogoku Street

Rose Cafe Kyoto

6 comments:

  1. Suka sgt blog ni sbb bg info details. Mmg akan jd rujukan sy kslo nk travel nnt.

    Kerepek bendi cam menarik je.

    Salam perkenalan dr sy sue. Jemput jln2 ke blog sy sihatitunikmat.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan Sue..
    Kerepek bendi tu memang sedap. Rugi pulak tak rasa kerepek yang lain di situ. Harga pun boleh tahan juga.. Hehe.. Tq for reading my blog!.. :)

    ReplyDelete
  3. salam kak. bole bgtau range harga kasut redwing tu? kalau murah ingat nk ke sana. pastu nk tnya kalau kt jepun tu kt mna tmpt yg diorg amek kasut2 bundle redwing? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Harga Red Wing boots baru di Jepun agak mahal. Range harga dalam RM1000 - RM1500 sepasang. Rasanya boleh dapat lagi murah dari tu di tempat lain. Tapi kalau nak beli yang terpakai boleh dapat separuh harga daripada tu. Terpakai tapi nampak macam baru. Ada banyak kedai 2nd hand di sana. Kena survey banyak kedai untuk dapatkan kasut Red Wing terpakai ni. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  4. klau bole aka pm sy hehe tq 0145066982. sy bru nk start bisness

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Boleh cuba macam2 jenis barang untuk dibuat bisnes yang boleh dicari di Jepun. Antaranya aksesori motosikal dan jam tangan. Ramai juga orang yang buat bisnes amik barang dari Jepun sebab di Jepun tak perlu risau tentang imitation. Semuanya dijamin original. Wallahu 'alam..

      Delete