Thursday, 8 May 2014

JJCP Japan : Day 03 (Part #2)

Tarikh:
24 November 2013
Lokasi kejadian:
Harajuku - Takeshita Street - Yoyogi Park

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ Harajuku

JR Yamanote Line from Shinjuku Station to Harajuku Station
Tak sampai 5 minit perjalanan di dalam train JR Yamanote Line, jam 11.40 pagi kami tiba di Harajuku Station. Memang betul seperti yang dijangka, keluar je dari station, kelihatan sungguh ramai remaja yang melepak dengan pakaian yang menyerupai anime characters. Sebelum kami cuba mendekati remaja ni untuk bergambar, kami berjalan-jalan dulu di kawasan sekitar. Di seberang jalan dari Harajuku Station, ada satu shopping street yang famous iaitu Takeshita Street. Di situ juga butik Kamo Soccer Shop yang menjual jersi dan merchandise bolasepak. Saya masuk ke dalam Kamo Soccer Shop untuk mencari jersi yang dipesan oleh kawan saya. Agak besar juga Kamo ni, bertingkat-tingkat mengikut section barangan yang dijual. Setelah habis meronda di setiap tingkat, akhir sekali baru saya turun ke tingkat bawah dimana bahagian untuk jersi negara dan kelab bolasepak Jepun dijual. Kawan saya bagi list kelab yang dia berminat. Tengok pada harga jersi, memang mahal! Harga jersi berubah mengikut keadaan semasa dalam liga. Kalau kelab tu tengah leading dalam liga J-League lagi tinggi harga jersinya. Huhu.. Daripada senarai kelab yang diberi, ada satu jersi yang menepati nilai harga yang berpatutan. Saya pun belilah satu untuk kawan saya tu. Saya pulak mencari satu jersi yang paling murah untuk dibeli sebagai kenangan. Susah jugak nak cari mana satu yang murah. Huhu.. Tak kisahlah, asalkan ada kenangan saya membeli jersi Jepun di negara Jepun sendiri. Bukan beli melalui e-bay atau mudah.my ye. Hehe..

Kamo Soccer Shop di seberang jalan dari Harajuku Station
Harajuku Station.. Penuh dengan remaja di hari minggu
Selesai sudah membeli dan belahkan diri dari Kamo. Hehe..
@ Takeshita Street

Selesai urusan di Kamo Soccer Shop, kami berjalan ke Takeshita Street. Dari pintu gerbang kelihatan punyalah ramai orang di situ. Takeshita Street memang menjadi tumpuan orang ramai di hujung minggu. Remaja suka datang ke sini sebab barangan yang dijual adalah kebanyakkannya untuk orang muda. Tapi tak bererti orang tua tak boleh datang ke sini. Kami ni level hujung remaja (ye ke? Hehe). Boleh je semua peringkat umur jalan-jalan di Takeshita Street ni. Ada jugak kedai yang menjual barang-barang harian yang murah-murah. Mana lagi kalau bukan Daiso!.. Kat Malaysia RM5 satu barang. Kat sini lagi murah, dalam JPY100 (RM3.25) untuk satu barang. Tapi kalau dah terjebak, beribu-ribu yen pun boleh habis kat dalam Daiso ni. Huhu..

Kawasan di sekitar Harajuku
Kedai yang menjual barang souvenir pun banyak di sini. Tapi harganya ikut pada kemampuan masing-masing. Pada saya masih tetap mahal walaupun untuk sehelai t-shirt yang tertulis Japan. Diakui memang tak ada yang murah di Jepun. Barangan yang dijual pun dijamin takde yang imitation. Kalau setakat jenama brand China tu memanglah murah, tapi kalau brand yang terkenal sudah tentu original.... dan mahal.. Huhu.. Window shopping, tak menjadi masalah.. Hehe..

Pintu masuk Takeshita Street dari Harajuku Station
Fa dan husband di sebalik orang ramai di Takeshita Street. Fuhh!...
Sesuai untuk dibuat souvenir dari Jepun!.. JPY1000 je selai..
Try pakai spek fancy untuk bergambar.. Tak beli pun.. Hehe..
Banyak kedai yang menjual souvenir di sini
Daiso.. Kedai mampu beli.. Hehe.. JPY100/item
Selesai meredah Takeshita Street, kami berjalan balik ke arah Harajuku Station. Masa untuk mencari remaja yang berpakaian pelik-pelik untuk bergambar. Harap-harap diorang tak keberatan untuk diambil gambar bersama. Nak cakap Jepun tak pandai, just tunjuk isyarat tangan gaya macam nak amik gambar pun dah cukup untuk fahamkan diorang tujuan kami. Hehe.. Mula-mula nampak macam tak layan je, tapi rupanya diorang tak kisah untuk bergambar bersama. Dah pakai cantik-cantik takkan tak bagi orang amik gambar kan? Sekurang-kurangnya masuk jugak muka diorang dalam blog saya ni. Hehe.. Maaflah, saya tak berapa arif tentang character anime ataupun manga Jepun ni. Setakat kartun doraemon, ultraman, hello kitty dan naruto tu tau la camna rupanya. Anime and manga? Hmmm.. Japan is full of anime and cartoon characters!.. Rasa macam budak-budak je duduk kat Jepun ni. Hehe..

Misi untuk bergambar..
Orang Jepun ke orang putih ni?
Diorang cuma lepak and peragakan pakaian masing-masing di sini
Yang ni tak pasti costume apa..
Macam sailormoon je.. Entah le..
Tak dapat dipastikan kesahihan jantina mereka..
Sanggup diorang pakai pakaian macam ni. Nasib baik cuaca tak panas..
@ Yoyogi Park

Selesai bergambar dengan beberapa characters (ramai lagi sebenarnya kat situ. Huhu..) kami berjalan ke arah Yoyogi Park. Yoyogi Park adalah taman yang amat luas dan menjadi tumpuan orang ramai di hujung minggu. Dalam perjalanan kami berselisih dengan kumpulan yang memegang poster sambil berjalan ikut barisan. Tak pasti pulak saya poster tu tentang apa. Apa yang saya tau dari poster tu cuma perkataan STOP!. Mungkin kumpulan yang berkempen untuk anti-keganasan kot. Tapi nampak macam aman je cara diorang berkempen. Hehe.. Yang penting takde keganasan berlaku di situ. Kami mengambil peluang bergambar di pintu masuk Yoyogi Park. Ada banyak laluan masuk ke kawasan Yoyogi Park. Mula-mula kami berjalan mengikut orang ramai. Bila saya check dalam google map, rupanya jalan tu menuju ke satu kawasan temple/shrine. Memang banyak temple kat Jepun ni. Silap masuk jalan. Kami rehat kejap dan patah balik ke kawasan pintu masuk tadi.

Yoyogi Park yang terletak bersebelahan dengan Harajuku Station
Dah nak masuk ke kawasan Yoyogi Park
Kumpulan yang dipercayai berkempen anti-keganasan.. Ye kot?
Bergambar dengan family yang prepare untuk sesi photoshoot
Entrance ke arah temple/shrine.. Silap jalan.. Huhu..
Saya ada terbaca tentang satu group dancers ala Elvis Presley yang juga dikenali sebagai Rockabilly Gangs berkumpul setiap hujung minggu dan menari di Yoyogi Park. Mungkin peluang kami untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana geng Rockabilly ni begitu obses dengan muzik Elvis Presley. Tengok dalam internet, dressing diorang sebijik dari hujung rambut sampai hujung kaki. 100% copycat from Elvis Presley. Hehe.. Ada jugak orang Jepun yang obses ke arah tu ye. Ingatkan manga dan anime je yang menjadi ikutan.

Bulatan ni lah tempat geng Rockabilly buat persembahan
Masuk je ke kawasan Yoyogi Park, kami terus ternampak geng Rockabilly sedang berehat. Mungkin baru lepas buat show. Dalam 10 minit jugak kami menunggu untuk tengok kalau diorang sambung menari balik. Tapi rasanya dah tak menari dah. Huhu.. Teringin jugak nak bergambar dengan diorang. Tapi dari info yang saya dapat diorang ni tak berapa friendly dengan tourists yang nak bergambar. Senang cerita, diorang malas nak layan. Baik tak payah susah-susah nak mencuba. Hanya amik gambar dari jauh pun dah memadai. Cuma terkilan tak dapat amik gambar atau video diorang menari. Tengok dalam youtube nampak macam layan je. Kelakar pun ada jugak. Hehe.. 

Tak sempat tengok diorang perform. Huhu..
Kami meneruskan perjalanan ke dalam kawasan Yoyogi Park. Ada satu lagi street show dari geng menari. Orang ramai yang tengok siap gelak lagi. Mungkin sambil buat show diorang melawak. Tak faham kami. Dah rupa macam ahli gimnastik pun ada. Masing-masing tunjuk skill yang tersendiri. Saya hanya tengok kejap je. Masih tension sebab tak dapat tengok geng Rockabilly perform. Huhu..

Kawasan sekitar Yoyogi Park yang amat cantik dan bersih
Cuaca pun memainkan peranan untuk melepak di sini..
Group street dancers yang lain.. Pak lawak nih.. Hehe..
Skill masing-masing ditunjukkan.. Penonton pun ceria.. Selesai.. Hehe..
Sebelum meneruskan perjalanan jauh ke dalam kawasan Yoyogi Park, kami singgah ke tandas awam. Ramai sungguh orang yang beratur untuk masuk ke dalam tandas. Di Jepun, beratur adalah disiplin yang utama dalam macam-macam perkara dan situasi. Amat kagum dengan cara diorang di sini. Potong Q memang tak diamalkan la. Cerita tentang potong Q, saya ada melihat satu video di youtube tentang bagaimana cara driver di Jepun ucap terima kasih bila driver lain bagi laluan untuk keluar dari simpang. Driver akan nyalakan lampu hazard dua kali tanda terima kasih. Memang terbaiklah cara diorang. Hon kereta boleh rosak sebab jarang atau tak pernah guna langsung. Huhu.. Tak jadi nak beratur tunggu turn masuk tandas. Harap boleh bertahan sampai jumpa public toilet yang seterusnya..

Beratur tunggu turn masuk toilet..
Kami meneruskan perjalanan melihat keindahan Yoyogi Park. Tak dapat bayangkan bila musim bunga sakura. Macam manalah pemandangannya ye? Mesti superb punya.. Hanya 7 hari setahun. Memang yang bertuah je dapat merasa tengok bunga sakura. Pemandangan tanpa sakura ni pun dah cukup cantik pada saya. Indah sungguh bumi ciptaan Tuhan. Sedih bila manusia sendiri tak pandai menjaga keindahan yang telah dikurniakan olehNya. Huhu.. Daun pokok yang berwarna warni di musim luruh membuatkan Yoyogi Park menjadi begitu cantik sekali.

Yoyogi Park Information.. Sungguh luas taman ni!..
Ketenangan jelas terasa di sini..
Daun pokok berwarna-warni ikut jenis. Cantik..
Bergambar kenangan bersama..
Tq abang Fikri for the tripod.. Malas nak bawak saya punya.. Huhu..
Rasanya baru 20% kami explore kawasan Yoyogi Park. Tak dapat nak cover semua area. Hanya ikut jalan menuju ke train station yang berikutnya. Kami sampai di kawasan fountain pool. Ramai freelancers sedang menunjukkan hasil kreativiti masing-masing. Ada satu group ni guna gendang dan alatan muzik. Ada jugak solo performers yang sedang ukir patung muka guna tanah (ye kot tanah? entah le).. Boleh dikatakan kawasan ini untuk orang ramai menunjukkan bakat dan skill yang mereka ada. Berkongsi hobi mereka yang unik untuk tontonan pengunjung di Yoyogi Park. Takde pulak saya nampak bekas atau lapik untuk orang letak duit.

Geng gendang tengah perform.. Sedap jugak muziknya..
Kawasan fountain pool.. Tempat untuk tunjuk bakat tersendiri..
Solo performer.. Ukir patung muka..
Close-up sikit. Tak tau apa material yang dia guna..
Jam hampir menunjukkan pukul 3.00 petang. Kami dah berada di hujung Yoyogi Park. Tak boleh nak ronda lama di sini. Cukuplah setakat lalu je. Kami keluar dari Yoyogi Park ikut South Gate jam 3.05 petang. Di luar pagar taman kelihatan sekumpulan rakyat Jepun yang homeless. Kebetulan masa kami sampai ada satu group (mungkin jabatan kebajikan kot) sedang bagi sesuatu pada homeless yang sedang beratur. Rasanya makanan yang diberi. Walaupun Jepun antara negara yang paling maju di dunia, tapi rakyat yang miskin tetap ada. Cuma mereka ni tak mengemis dengan cara tarik baju orang ramai mintak sedekah di tepi jalan. Ada kawasan yang disediakan khas untuk para homeless di sini.

Time to explore another location
Jangan salah jalan naik flyover.. 
Homeless sedang beratur untuk dapatkan makanan
Our walking route in Yoyogi Park. Probably only cover less than 20% of the whole area.. Huhu..
Dari south exit, kami berjalan menuruni bukit menuju ke Yoyogikoen Station. Destinasi seterusnya adalah nak ke Tokyo Camii Mosque, the largest mosque in Japan. Mula-mula cadangnya nak berjalan terus ke sana. Tapi memandangkan otot kaki masing-masing dah mula terasa keras, maka lebih baik naik train dari terus merana. Hehe.. 10 minit berjalan kaki, jam 3.15 petang kami dah berada di dalam Yoyogikoen Station. Perkara pertama yang kami buat adalah mencari public toilet dulu. Selesai urusan peribadi, kami beli tiket kerana ia adalah subway train. JR Pass tak boleh guna. Bayaran JPY160/person dikenakan. Tak sampai 5 minit menunggu train pun sampai. Perjalanan melalui Chiyoda Line menuju ke station berikutnya, Yoyogiuehara Station cuma mengambil masa 2 minit je. Kalau jalan kaki tadi rasanya mau lebih 20 minit baru sampai. Huhu.. 

Berjalan kaki dari South Exit ke Yoyogikoen Station
Berjalan menuruni bukit
Button flush.. Just wave your palm.. Hehe..
Subway ticket ke Yoyogiuehara Station
Hanya satu station je ke destinasi seterusnya
Sampai di Yoyogiuehara Station saya mula memikirkan jalan yang patut dilalui untuk ke Tokyo Camii Mosque. Ingat google map dalam kepala je ni. Kalau silap baru refer CityMaps2Go atau Google Maps. Time ni la nak test kekuatan memori ingatan. Hehe.. Sebenarnya mudah je perjalanan dari Yoyogiuehara Station ke Tokyo Camii Mosque. Cuma kena pastikan pintu exit station yang betul. Boleh dikatakan kalau sesat di Jepun majoritinya adalah berpunca dari salah keluar exit station. Huhu.. Seriuosly!.. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Subway ticket: RM10.40
  - Jumlah            : RM10.40

*Website yang membantu:

Visit Harajuku

Yoyogi Park

Rockabilly Gangs

No comments:

Post a Comment