Friday, 31 January 2025

JJCP Eurora: Day 04 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




@ HARD ROCK CAFE OXFORD STREET

Dari Piccadilly Circus, kami naik train Bakerloo Line menuju ke Oxford Circus Station, kemudian tukar kepada Central Line terus ke Marble Arch Station. Keluar dari station dan lintas jalan, terus sampai di Hard Rock Hotel London dan di sebelah hujungnya adalah Hard Rock Cafe Oxford Street. HRC Oxford Street hanya ada restoran. Merchandise dia tetap ada tapi dijual di Rock Shop Hard Rock Hotel London. Dalam satu Rock Shop boleh dapatkan kedua-dua merchandise. Cuma tak banyak pilihan baju untuk kedia-duanya namun classic dan city-tee design tetap ada.

Cafe dan Hotel yang berkongsi satu Rock Shop

Selesai urusan pembelian untuk kawan-kawan di HRC Oxford Street dan HRH London, kami berjalan menuju ke Hard Rock Cafe London. Hujan masih renyai lagi. Kejap lagi kami akan ke Hyde Park Winter Wonderland sebab saya dah set untuk entry time jam 6.00 petang. Ada kurang sejam lagi. Kalau masih hujan juga, memang basah la kami sebab kawasan dalam tu open-air. Sama je keadaannya macam funfair kat Malaysia. Huhu.. Hampir 20 minit jugalah kami berjalan dalam kebasahan hingga sampai ke HRC London.

Hard Rock Cafe pertama di dunia


@ HARD ROCK CAFE LONDON

Jika selalu tengok baju Hard Rock, mesti ada tulisan est. 1971. Itu adalah tahun Hard Rock Cafe pertama dibuka, kat mana lagi kalau bukan London. Pada mulanya saya ingat Hard Rock pertama di US sebab banyak cawangan Hard Rock di sana. Founder Hard Rock adalah 2 lelaki Amerika. Bila dah buka di London, barulah mereka kembangkan bisnes di US dan seterusnya ke serata dunia. Saya pula pada mulanya hanya belikan untuk kawan. Dah alang membeli, saya beli untuk diri sendiri juga. Tak sangka akhirnya ia menjadi koleksi peribadi saya. Hingga hari ni sebanyak 34 Hard Rock Cafe dan 3 Hard Rock Hotel saya dah lawati. Mungkin akan bertambah bila saya travel lagi.

Hard Rock Cafe London banyak bagi diskaun. Terbaik..

Pesanan sahabat sudah ditunaikan. Untuk aktiviti terakhir hari ni, kami nak masuk ke Hyde Park Winter Wonderland. Entrance fee dan dan tiket untuk permainan dah beli siap-siap secara online. Anak-anak teringin nak main ice skating. Kat Malaysia dah pernah main di Sunway Pyramid. Nak merasa jugalah main kat negara winter. Hujan masih belum berhenti. Apa boleh buat, kena juga masuk ikut waktu yang telah ditetapkan. Nanti rugi je sebab tiket tak valid. Tepat jam 6.00 petang kami mula beratur untuk masuk ke dalam Hyde Park Winter Wonderland.

Walking route: From Hard Rock to Hyde Park Winter Wonderland

Ada banyak pintu masuk ke Hyde Park Winter Wonderland. Kami ikut pintu masuk yang dekat dengan Hard Rock Cafe London, iaitu di bahagian selatan. Agak ketat juga pemeriksaan keselamatan. Semua beg kami diperiksanya. Botol air pun tak boleh bawa masuk. Tapi bila saya maklum botol air ni untuk anak, barulah dia bagi bawa masuk. Takkan la nak tinggalkan botol termos saya kot. Beg pun ada saiznya, tak boleh bawa beg besar. Setakat backpack yang kami bawa takde masalah. Strict sungguh security checking dia. Huhu..



@ HYDE PARK WINTER WONDERLAND

Besar sungguh tempat ni. Jenuh nak berjalan. Belum kira nak beratur panjang untuk permainan lagi. Amat ramai pengunjung kat sini sampai sesak dibuatnya. Ingatkan cuti New Year tak ramai orang. Huhu.. Untuk aktiviti pertama, kami ke bahagian skating ring. Staff yang bertugas maklum ramai orang sedang beratur menunggu giliran. Memang tak sanggup la menunggu dalam kebasahan dan kesejukan. Tak dapat main ice skating, maka kami cari sesuatu untuk mengisi perut dulu. Kat dalam ni banyak gerai makanan yang berstatus halal. Jadi takde masalah nak cari makan. Apapun kena cari tempat makan dulu. Meja berbumbung banyak, tapi ramai yang duduk berteduh sebab hujan.

Sesak + hujan + sejuk = Kombinasi yang kurang baik.

Nampak je ada meja yang kosong, terus kami duduk. Barulah boleh order makanan. Kami hanya order hotdog dan churros kat gerai yang berhanpiran. Tak sanggup nak survey gerai lain dah. Janji dapat makan dan isi perut masing-masing yang kelaparan. Memang tak selesa bila jaket basah dan keadaan crowded. Nasib tak baik kami datang waktu hujan. Selesai makan, hujan pun dah beransur reda. Tak seronok la bila dah masuk tapi tak main apa-apa. Kami ada beli tiket bundle untuk beberapa permainan di area Santaland. Dapatlah anak-anak layan 5 permainan yang tak berapa mencabar. Kalau yang extreme kena bayar lain. Mahal pulak tu. Huhu..

Kenyang makan hotdog & churros, hujan pun berhenti. Jom sambung jalan..

Dapatlah juga anak-anak layan beberapa permainan sebagai syarat masuk ke Hyde Park Winter Wonderland. Kalau masuk setakat nak jalan-jalan dan tengok orang lain bermain, lebih baik kami pergi Primark je. Hahah.. Makin lama kat dalam ni makin menggigil dibuatnya bila kesejukan menembusi jaket yang sedia basah. Nasib baik permainan kat Santaland ni tak ramai orang. Jadi tak perlu nak beratur panjang.

Puas jugak la diorang ni bermain..

Punyalah seronok tengok gelagat anak-anak bermain sambil menjerit sampai tak sedar dah hampir 3 jam kami kat sini. Setelah semua tiket bundle kami habis digunakan, jam 9.00 malam kami mula beredar meninggalkan Hyde Park Winter Wonderland dengan penuh kenangan. Kami keluar di bahagian selatan, sama seperti kami masuk tadi. Boleh disimpulkan aktiviti ni sebenarnya tak sesuai dibuat waktu malam. Jika ada rezeki ke sini lagi musim winter, saya akan pastikan kami masuk seawal pagi yang boleh. Mesti orang tak ramai lagi dan cuaca pun cerah. Cuma jangan hujan lagi la. Hehe..

Jom balik. Badan pun dah penat ni..

Kami lintas jalan di Hyde Park Corner dan menunggu bas tiba. Pada mulanya cadang nak naik train. Tapi ada bas menuju ke Hammersmith yang berhenti di sini. Jadi lebih baik naik bas, murah sikit. Dalam 10 minit menunggu, akhirnya bas bernombor 9 sampai di bus stop. Tak ramai orang dalam bas. Perjalanan agak jauh untuk sampai ke Hammersmith. Jadi saya dan Eirfan terus naik ke bahagian atas dan duduk di seat paling depan. Barulah clear pemandangan malam.

Seronoknya dapat seat paling depan. Layan..

Jam 10.00 malam kami sampai di Hammersmith. Turun dari bas dan terus berjalan menuju ke hotel. Pali maklum ada satu bilik kosong dan dia bagi pada saya. Dia guna bilik Diana sebab Diana duduk sebilik dengan Hajar dan Anis. Alhamdulillah, selesa sikit anak-anak tidur berempat dalam bilik. Semua ada katil masing-masing. Cuma kad bilik saya kena pegang satu dan diorang jangan selak pintu dari dalam. Bukan apa, esok pagi senang nak gegar bilik kejut diorang. Setakat call jangan harap la diorang nak sedar. Huhu.. Semua beg saya bawa masuk ke bilik baru. Wife tinggalkan pakaian untuk esok je untuk diorang pakai. Sebelum meninggalkan bilik diorang, saya pesan supaya tidur awal. Jangan tengok tv. Harap diorang dengar cakap saya.

Rupanya dari semalam bilik ni kosong. Thanks Pali

Aktiviti hari ni tersangatlah penatnya. Berpuluh ribu juga kaki ni melangkah. Selesai bersihkan diri dan solat, saya dan wife mula bersiap untuk tidur. Harap anak-anak pun tengah tidur. Esok banyak lagi tempat yang nak explore. Walaupun super penat, tapi pengalaman indah yang diperolehi memang tiada nilainya. Moga mimpi indah malam ni. Katil pun selesa, tak perlu berhimpit dah. Hihi.. Bersiap-sedia untuk pengalaman hidup yang baru pada esok hari.


Wallahu 'alam..





Thursday, 30 January 2025

JJCP Eurora: Day 04 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




@ LONDON CENTRAL MOSQUE

Tiga minit perjalanan dalam bas dari St. John's Wood, jam 11.55 pagi kami sampai di depan London Central Mosque. Dekat pun naik bas ye diorang ni. Hehe.. Apabila saya membaca sejarah mengenai masjid ni, usaha untuk mendirikan masjid ni telah lama iaitu sejak tahun 1900. Namun akhirnya selepas 74 tahun barulah masjid ini dibina dan beroperasi pada 1977. Ada juga masjid yang besar di London. Hingga hari ni ada lebih 1500 masjid dan surau beroperasi di London dan seluruh UK. Alhamdulillah.

Bus route: From St. John's Wood to London Central Mosque

London Central Mosque tersergam indah

Kami masuk ke dalam masjid dan terus berada di pintu masuk ruang solat utama. Untuk wanita disediakan ruang di bahagian lain. Kelihatan beberapa jemaah sedang solat dan mengaji. Waktu Zohor masuk jam 12.09 tengahari. Sempat untuk solat berjemaah. Saya terus buka kasut dan menuju ke bahagian tandas dan bilik wudhuk.

Amat bersih keadaan tandas dan bilik wudhuk di sini

Lepas ambil wudhuk, saya terus masuk ke dalam ruang solat utama dan menunggu masuknya waktu Zohor. Selesai azan berkumandang, 15 minit kemudian kedengaran iqamah. Ramai jemaah mula memenuhi ruang solat. Dapatlah dalam 4 saf. Di London memang ramai orang Islam. Lainlah kalau masjid kampung di Sweden yang saya pergi masa 2018 dulu. Semua pandang pelik je kenapa la ada 6 orang muka Asia boleh sampai ke masjid kampung diorang yang terpencil ni. Semua itu kenangan terindah dan pengalaman hidup terbaik dalam hidup saya.

Alhamdulillah dapat solat berjemaah di masjid ni

Selesai solat berjemaah dan jamak, saya keluar dari ruang solat utama dan tunggu yang lain di ruang legar masjid. Ada kedai buku yang beroperasi. Eirfan dah mula merapat. Ada la benda yang dia nak kat dalam kedai buku tu. Selain buku, ada juga makanan yang dijual. Dah agak, mesti ada benda yang dia nak. Takpelah, kita layan je apa keinginan sebenar beliau. Setakat candy Haribo halal boleh aje. Selesai hajat ditunaikan, saya tunggu di luar masjid. Tak sampai 10 minit Eirfan keluar pegang satu kotak kad alphabet dalam bahasa Arab. Uncle Pali belikan katanya. Haduii, pemurah sungguh Pali ni. Terima kasih uncle Pali.

Dermalah seikhlasnya untuk masjid ini..

Jam 12.50 tengahari semua dah sedia untuk teruskan perjalanan. Sejak mula berjalan pagi tadi hanya aiskrim vanilla yang dibelanja oleh Pali je yang ada dalam perut. Masa untuk mencari lunch di kawasan sekitar. Di masjid ni ada juga restoran tapi makanan Arab. Saya tak berapa suka sangat dengan makanan Arab. Jadi kami cari option yang lain. Untuk ke area restoran halal, jalan kaki ambil masa dalam 20 minit. Nak naik bas pun boleh. Dah tau apa keputusannya. Mestilah naik bas. Hihi.. Kami tunggu bas kat tempat kami turun tadi.

Antara bas 13, 113 dan 274, mana yang sampai dulu kita naik

Tepat jam 1.00 petang bas 113 pun sampai. Kami naik dan turun di Baker Street Station, hanya 3 minit je perjalanan dalam bas. Di sini banyak restoran halal. Kami decide untuk makan di Nando's. Dulu kami pernah makan Nando's masa di Glasgow pada 2019. Sedap juga ayam panggang dia, sama seperti di Malaysia. Selain Nando's, KFC dan Subway juga antara fastfood yang ada status halal di London. Tapi kena cek dulu sebab tak semua outlet berstatus halal. McDonalds & Burger King confirm takde yang halal ye. In shaa Allah satu hari nanti akan berstatus halal juga sebab diorang ni dah mula sedar bahawa kaedah sembelih cara Islam adalah lebih bersih dan tidak menyeksa haiwan.


Bus route: From London Central Mosque to Baker Street

Kami lintas jalan dan tak sampai 5 minit berjalan kami tiba di Nando's Baker Street. Masuk je dalam restoran kelihatan ramai orang sedang makan dan takde meja yang kosong. Rupanya restoran ni ada 2 tingkat, satu lagi di bahagian bawah. Seorang waiter bawa kami turun ke bawah dan kelihatan banyak meja yang kosong. Alhamdulillah tak perlu nak tunggu lama untuk makan. Saya pilih Family Platter yang mengandungi 2 ekor ayam dan 5 sides iaitu nasi serta air gas yang bottomless. Boleh la nak refill air banyak kali. Jumlah semuanya GBP62.55 iaitu RM336.50. Sungguh keras kehidupan kat Kota London kan? Huhu..

Bab makan jangan berkira sangat. Yang penting sedap, kenyang & happy..

Alhamdulillah kenyang semuanya. Seterusnya kami nak sambung semula jalan-jalan melihat landmark yang lain. Jam 2.15 petang kami keluar dari Nando's dengan penuh kegembiraan. Dah kenyang mestilah happy kan. Hihi.. Untuk ke destinasi berikutnya, saya tanya lagi sama ada nak naik train atau bas. Sudah tentu bas menjadi pilihan. Sebenarnya naik bas lebih murah kalau destinasi tu jauh sebab tiket dia flat rate, tidak seperti underground yang berbeza mengikut zon. Tapi kalau naik bas untuk jarak yang dekat yang mana boleh jalan kaki, kira rugi jugaklah. Huhu.. Untuk destinasi berikutnya, baik naik bas sebab jauh juga perjalanannya. Kami menunggu bas di seberang jalan. Tak sampai 5 minit, bas bernombor 139 tiba dan bawa kami ke Trafalgar Square.

Itulah kad Arabic Alphabet yang uncle Pali belikan tu..

Hampir 20 minit dalam bas, keadaan jalan agak sesak. Rupanya ada jalan yang tutup di area Trafalgar Square. Driver bas maklum dia terpaksa ikut laluan lain dan berhenti di area Waterloo. Aiseh, nampaknya kena cari option lain untuk ke Trafalgar Square. Sampai di Waterloo, kami terpaksa turun dan berjalan ke bus stop berikutnya untuk naik bas bernombor 176. Sebelum naik, saya tanya dulu driver sama ada bas sampai tak di Trafalgar Square. Dia kata bus berhenti kat bus stop yang paling hampir dengan Trafalgar Square sebab memang ada jalan yang tutup. Nanti dia maklum bila sampai bus stop tersebut. Paling hampir pun kira ok lah. Nampaknya rugi juga naik bas sebab kena bayar 2 kali. Hahah..

Sepatutnya bas terus sampai Trafalgar Square, tapi terpaksa ikut laluan lain sampai Waterloo


@ TRAFALGAR SQUARE

Jam 3.15 petang baru kami sampai di lokasi. Nasib baik bus stop yang kami turun tak jauh dari Trafalgar Square. Dari 2.15 petang keluar Nando's, selepas sejam baru sampai Trafalgar Square. Penangan jalan tutup punya pasal. Huhu.. Cuaca pun dah mula nak gelap. Trafalgar Square antara landmark utama di London. Dalam movie pun banyak scene berlaku di sini. Di sini juga terletaknya The National Gallery. Kebanyakan muzium kat London free entry. Tapi kena booking awal melalui online. Untuk trip kali ni saya takde buat booking untuk lawat muzium. Mesti best kan kalau dapat bawa anak-anak masuk muzium. Barulah nampak ilmiah sikit. In shaa Allah next trip, jika ada rezeki.

Ramai juga pelancong kat sini. Tapi tak sesak sangat la..

Di sini ada satu monument atau bangunan yang unik dan menjadi rekod di Britain. Ramai pengunjung yang mengabaikan bangunan ni sebab takde signboard atau apa-apa tanda. Di sinilah terletaknya Britain's Smallest Police Station. Kalau tengok secara zahir, macam tak logik je ianya adalah sebuah balai polis. Tapi sejarah mengatakan tempat ni boleh memuatkan sehingga 2 banduan dan juga seorang pegawai polis yang menjaganya. Tahun 2019 saya pernah tengok Britain's Smallest House di Conwy, Wales. Rupanya kat Trafalgar Square ada rekod Britain's Smallest Police Station. Sejak dari 2012 pertama kali saya ke sini tak pernah sedar pun kewujudan balai polis ni. Kali ketiga datang sini baru perasan. Hahah..

Inilah Britain's Smallest Police Station di Trafalgar Square. Rumah tu masa trip 2019 di Conwy.

Saya memang suka cari sesuatu yang unik bila travel. Mana-mana lokasi yang ada rekod saya akan cuba explore. Di UK, selain dari Britain's Smallest Police Station dan Smallest House ni, ada lagi lokasi unik yang saya dah sampai. Antaranya Wanlockhead (highest village in Scotland), Flash (highest village in Britatin), Meriden (Center of England) dan Llanfairpwll (longest name place in Europe). Banyak lagi sebenarnya. Hard Rock Cafe London pun rekod juga sebagai Hard Rock pertama di dunia. Setiap kali travel especially sewa kereta saya akan pastikan ada tak tempat unik yang boleh saya singgah dalam route perjalanan. Dapat stop sekejap untuk bergambar kenangan sekeping dua pun jadilah sebagai tanda dah sampai. Best juga bila ada iklan dalam perjalanan. Hihi..

Throwback: Kenangan indah sentiasa terpahat dalam jiwa..

Nantilah saya compile semua tempat unik dan menjadi rekod yang saya pernah sampai. Kita fokus cerita semasa dulu ye. Hehe.. 20 minit berada di Trafalgar Square sudah cukup untuk kami semua bergambar kenangan. Cuaca dah mula gelap. Seterusnya kami nak ke Piccadilly Circus. Kali ni kami tak naik bas dan train. Kami jalan kaki je lagi mudah. Sambil jalan boleh ambil gambar pemandangan yang menarik. Phone booth merah jangan dilupakan. Antara British cultural icon tu. Wajib ambil gambar bergaya sambil bercakap dalam telefon. Hahah..

Night lights @ London. Meriah!


@ HARD ROCK CAFE PICCADILLY CIRCUS

Jam 4.10 petang kami sampai di Piccadilly Circus. Seperti biasa kawasan ni penuh dengan lampu warna warni dan orang ramai yang melepak. Kami masuk ke dalam Hard Rock Cafe Piccadilly Circus kerana ada sahabat di Malaysia yang memesan. HRC Piccadilly Circus saya dah sampai pada 2019 dan ia adalah HRC ke-33 saya sudah lawati. Banyak HRC yang baru dibuka dan banyak juga yang sudah tak beroperasi. Kira rare jugalah baju yang saya ada untuk HRC yang dah tutup. Kalau jual mesti boleh letak harga tinggi. Hahah.. Sorry, buat masa ni saya tak berminat nak lepaskan koleksi baju HRC saya. Semua koleksi saya beli sendiri di lokasi HRC. Takde satu pun yang saya pesan dari orang lain. So ada sentimental value di situ.

Walking route: From Trafalgar Square to Piccadilly Circus

Hard Rock Cafe Piccadilly Circus - Revisited

Selesai urusan di HRC Piccadilly Circus, kami bergerak ke HRC yang lain. Ada juga sahabat yang pesan HRC lain di sini. Untuk ke destinasi seterusnya, kami naik train sebab keadaan agak sesak di sini. Mungkin bas pun penuh. Hujan renyai mula turun membasahi bumi. Malam ni kami ada aktiviti di kawasan open-air. Basah kuyup la dibuatnya kalau hujan tak berhenti. Huhu.. Apa-apa pun kami ke HRC dulu dengan harapan hujan akan berhenti malam nanti.


Wallahu ' alam..

JJCP Eurora: Day 04 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..





Jam 5.30 pagi saya dan wife dah terjaga dari tidur. Welcome 2023! Selesai mandi dan solat saya kejut anak-anak. Sukarnya nak kejut diorang ni. Entah pukul berapa la diorang tidur lepas tengok orang celebrate New Year kat tv. Saya langsung tak sedar malam tadi. Lepas semuanya dah mandi dan bersiap, tepat jam 7.45 pagi kami keluar dari bilik dan menunggu geng lain turun. Cuaca amat baik pagi ni. 10 minit menunggu, kawan-kawan dah sedia berada di lobi. Tak semua yang join aktiviti hari ni. Family En. Khai dan kak Warda ada agenda masing-masing hari ni. Lagipun diorang dah selalu ke London. Setakat nak tengok landmark tu dah selalu. Takde beza pun kalau tengok lagi. Hahah. Sama la juga dengan kami. Tapi kenalah bawa kawan-kawan yang first time sampai London. Saya takde masalah tengok berapa kali pun asalkan dapat berjalan. Hihi..

Ahli rombongan hari ni..

Pali, Anis, Diana & Hajar join bersama kami untuk aktiviti hari ni. Diorang berempat first time jejakkan kaki di bumi London. Jadi kenalah bawak diorang jalan-jalan tengok landmark utama di London. Hari ni cuti umum New Year. Public transport masih beroperasi tapi limited. Selalunya 2-3 minit train dah sampai. Tapi hari ni mungkin kena tunggu lama sikit. Takpelah, janji ada public transport. Naik teksi lagi mahal tambangnya. So, semua dah sedia. Mari kita mula explore London on New Year's day!


Kami berjalan ke Hammersmith Station di bahagian luar. Di Hammersmith ada 2 tube station yang berlainan lokasi. Satu di bahagian luar untuk Hammersmith & City dan Circle Line manakala satu lagi kat dalam Broadway Shopping Centre untuk Piccadilly dan District Line. Jadi kena cek dulu line mana yang kita nak naik untuk destinasi yang dituju. Sebab tu saya pilih untuk stay di Hammersmith kerana banyak option untuk public transport dan kedai-kedai di kawasan persekitaran pun banyak yang menarik. Lokasinya pun tak jauh dengan central London. Jam 8.20 pagi train Circle Line mulakan perjalanan. Let's go..

Hammersmith is the best place to stay in London

Satu lagi yang menarik tentang Hammersmith, train line untuk Hammersmith & City dan Circle bermula di sini. Jadi dah tentu dapat seat. Kalau bawa beg besar pun takde masalah. Tak perlu nak bersesak. Suasana dalam train amat lengang. Mesti orang yang pergi celebrate New Year semalam tak bangun lagi. Hahah.. Baguslah camtu. Kalau tak bangun langsung untuk hari ni pun takpe. Kurang sikit orang kat central London tu. Hihi.. Jam 9.00 pagi kami sampai di Tower Hill Station. Aktiviti pertama kita bermula di sini.

Underground route: From Hammersmith to Tower Hill Station

Sebelum mula berjalan lebih jauh, sebenarnya di Tower Hill Station ada satu landmark bersejarah iaitu London Wall. Sama seperti Berlin Wall yang memisahkan antara West dan East Berlin, London Wall juga ada sejarahnya tersendiri. Ia dibina sebagai dinding pertahanan semasa zaman Roman. Di akhir zaman, London Wall mula roboh dan terhakis. Hanya tinggal beberapa section je yang masih kukuh berdiri sebagai lambang peringatan masa kini.

The historic London Wall..

Seterusnya kami berjalan menyusuri terowong dan melepasi satu lagi landmark di London iaitu Tower of London. London Wall tadi pada zaman dulu bersambung dengan Tower of London. Dulu Tower of London adalah kubu pertahanan London. Sekarang ia telah dinobatkan sebagai World Heritage Site dan dijadikan sebagai aktiviti tourism di mana pelancong boleh melawatnya. Terdapat istana diraja dan penjara yang boleh dilawati. Nak masuk kena bayar ye. Harga tiket boleh tahan tinggi juga. Seperti trip kami sebelum ni, hanya bergambar di luar sahaja untuk kenangan.

World Heritage Site: Tower of London


@ TOWER BRIDGE

Setelah menyusuri laluan di sebelah Tower of London, kami tiba di jambatan yang paling famous di London iaitu Tower Bridge. Jangan confuse dengan London Bridge ye. Orang selalu ingat Tower Bridge ni adalah London Bridge sebab famous dengan lagu London Bridge is falling down. Memang betul London Bridge wujud namun ia tak pernah falling down pun. Zaman dulu London Bridge pernah la rosak tapi tak runtuh pun sebenarnya. Maka landmark tentang jambatan di London yang ramai pengunjung datang dan bergambar adalah Tower Bridge, bukan London Bridge.

This is the famous Tower Bridge in London

Seronok sungguh jalan-jalan pagi ni sebab tak ramai orang. Kalau ramai tourist nak bergambar pun tak tenang. Selesai bergambar kenangan di pelbagai sudut atas jambatan, kami turun ke kawasan di seberang sungai. Boleh pulak ada van aiskrim beroperasi hari ni. Pali yang memang pemurah orangnya belanja kami semua aiskrim vanilla. Sedap sungguh makan aiskrim dalam cuaca sejuk. Nikmat tak terkata.

Thank you Pali. Nanti belanja lagi ye. Hehe..

Sebelum sambung jalan, kami berehat dulu kat tepi sungai menghadap Tower Bridge. Kat sinilah port paling cantik untuk bergambar berlatarbelakangkan Tower Bridge. Ada satu lagi port di sebelah sana, tapi air pasang pagi ni. Jadi tak boleh nak akses dan bergambar kat situ. Takpelah, kat sini pun cantik juga sebab tak ramai tourist. Jadi takde gangguan view bila bergambar. Ini kali ketiga saya dan wife datang ke sini. Tapi masih lagi tak dapat tengok Tower Bridge ni terbuka. Rasanya ada tarikh dan masa tertentu ia terbuka untuk laluan kapal besar. Takde rezeki lagi. Mungkin next time..

Kemain Pali dengan gayanya. Lawa spek dia. Hihi..


@ OLD LONDON CITY HALL

Di kawasan ini terletaknya Old London City Hall. Tahun 2021 ia berpindah lokasi. London City Hall yang baru terletak di area Royal Docks. Mungkin jumlah pegawai dah makin ramai dan terpaksa cari tempat baru kot. Sekarang tempat ni masih kosong. Dijangka bangunan lama ni akan dijadikan kedai dan restoran. Bangunan lama ni adalah salah satu landmark utama di London kerana design bangunannya yang unik. Memang untung la kedai dan restoran yang akan buka kat sini sebab kawasan tumpuan pelancong. Tapi bayaran sewa pun dah tentu la mahal. Bisnes ok, maka takde masalah la nak bayar sewa kan.

Old London City Hall & Old Monkey..

Di sini juga terletaknya kapal HMS Belfast yang dijadikan sebagai muzium dan boleh dilawati oleh pengunjung. Kapal ini pada zamannya adalah kapal yang terbesar dimiliki oleh Tentera Laut DiRaja dan mempunyai sejarah perangnya tersendiri. Nak masuk kena bayar tiket ya. Maka bergambar dari tebing sungai sudah memadai buat kami, sama seperti trip kami sebelum ini. Hihi..

HMS Belfast. Pantang budak-budak ni nampak replika monyet ye..

Di sepanjang jalan kelihatan gerai christmas market yang sudah tutup. Dah masuk tahun baru kot, mana ada orang nak berniaga lagi. Katanya di sini adalah antara christmas market yang paling happening di London. Banyak gerai makanan yang dijual di sini. Makanan halal pun ada. Takpe, nanti ada rezeki datang sini lagi sebelum christmas. Boleh la tengok apa yang dijual kat sini. Jauh juga kami berjalan sampai tak sedar dah tiba di London Bridge.

Inilah rupa London Bridge sekarang. Sama seperti jambatan biasa yang lain..

Selesai sudah jalan-jalan menyusuri River Thames dan landmark yang famous di London. Next destination kami kena naik train. Station yang terdekat di sini adalah London Bridge Station. Sebelum tu nak mencari tandas dulu. Satu je yang saya tak puas hati bila di London iaitu punyalah susah nak cari tandas. Patutnya tempat yang menjadi tumpuan pelancong kenalah sediakan tandas yang banyak. Tambah pula musim sejuk. Si kecik tu pula bila dah tak tahan baru nak bagitau. Nasib baik sempat. Huhu..

Walking route: From Tower Hill to London Bridge Station

Di London Bridge Station, lama juga kami menunggu train sampai. 15 minit menunggu, jam 10.45 pagi barulah train Jubilee Line tiba di platform. Kami naik dan 15 minit kemudian kami turun di St. John's Wood Station. Destinasi berikutnya adalah lokasi yang saya pertama kali nak pergi. Trip sebelum ni saya tak pernah pergi sini. Untuk trip kali ni saya cari tempat-tempat baru yang saya belum pernah sampai lagi. Takkan la setiap kali trip nak pergi tempat yang sama je kan. Mestilah cari kelainan sikit. Baru best nak bercerita dan pengalaman hidup pun bertambah.

Underground route: From London Bridge to St. John's Wood Station

Jom cari pengalaman baru kat sini..

Dari St. John's Wood Station, kami berjalan menyusuri kawasan perumahan di Grove End Rd. Tak sampai 10 minit berjalan, kami sampai di satu lokasi yang amat famous kepada penggemar kumpulan The Beatles. Siapa tak kenal dengan The Beatles. Budak-budak baru nak up mungkin la tak kenal. Hehe.. Di persimpangan jalan antara Grove End Rd. dan Abbey Rd. adalah lokasi di mana The Beatles bergambar untuk salah satu albumnya yang famous di seluruh dunia. Kelihatan beberapa pengunjung sedang bergambar sambil melintas jalan, sama seperti cover album The Beatles.

Orang beratur ambil gambar kat Abbey Road Pedestrian Crossing

Nak ambil gambar kat sini kena tengok kiri dan kanan jalan. Bila takde kenderaan kena cepat-cepat bergambar. Kalau lambat nanti kena hon dengan kereta yang lalu. Nasib baik la jalan ni tak sibuk sangat. Cuma sibuk sebab nak tunggu giliran bergambar. Hihi.. Bila nampak lapang dan ada peluang, terus kami bergambar. Banyak kali shot jugalah sebab ambil gambar dan video. Siap refer gambar album The Beatles lagi nak bagi sama. Hahah..

Tempat yang sama, waktu berbeza. Hahah..


@ THE ABBEY ROAD SHOP

Berjaya juga bergambar walaupun The Beatles yang baru ni tambah satu ahli yang melintas. Hahah.. Selesai bergambar kenangan, kami berjalan menuju ke The Abbey Road Shop dengan harapan kedai buka masa cuti New Year ni. Alhamdulillah kedai buka hari ni. Kami masuk ke dalam dan melihat barangan yang dijual. Kepada peminat tegar The Beatles memang wajib datang ke sini. Banyak benda yang boleh dibeli buat kenangan. Pada saya cukup dengan fridge magnet sebagai tanda sudah sampai di sini. Saya minat The Beatles tapi barangan dan merchandise yang dijual agak keras juga harganya.

Walking route: From St. John's Wood to The Abbey Road Shop

The Beatles.. Lagu dia memang lejen lah..

Di sebelah The Abbey Road Shop terletaknya bangunan Abbey Road Studios iaitu recording company yang telah beroperasi sejak 1931. Dulu namanya adalah EMI Recording Studios. Antara artis popular yang pernah rekod lagu di sini selain The Beatles adalah Pink Floyd, Radiohead, Oasis dan Kanye West. Lady Gaga pun pernah rekod kat sini. Yang ni confirm BBNU kenal. Hehe..

Jumpa Lady Gaga boleh mintak autograph. Hahah..

Selesai urusan di The Abbey Road Shop, kami teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Sampai semula di simpang jalan tadi, si Eirfan mintak ambil gambar dan video dia lintas jalan. Dia tak puas hati tadi tak ambil gambar dia. Haduii.. Kami tunggu dulu jalan clear sementara saya standby untuk ambil gambar. Banyak pulak kereta yang lalu. Tiba-tiba ada satu lori berhenti dan bagi isyarat suruh kami bergambar. Dengan pantas budak-budak ni lintas jalan. Hasilnya kurang memberangsangkan namun masih ada dalam gambar. Jadilah buat kenangan. Hahah..

Jadilah walaupun tertinggal barisan. Hehe..

Waktu Zohor pun dah nak masuk. London Central Mosque terletak tidak jauh dari sini. Sama ada nak berjalan dalam 20 minit atau naik bas. Semua sepakat nak naik bas walaupun kena jalan dalam 10 minit ke bus stop. Save 10 minit jalan kaki katanya. Hihi.. Kami berjalan semula ke arah St. John's Wood Station dan tunggu bas 13 atau 113, yang mana sampai dulu. 10 minit juga menunggu. Kalau jalan kaki tadi dah sampai masjid. Tunggu lama takpe sebab tak perlu melangkah. Hahah..

Walking route: From The Abbey Road Shop to Bus Stop C

Bas 13 sampai dulu di bus stop. Pertama kali kawan-kawan naik bas double-decker di London. Ada yang teringin nak duduk kat atas. Tak sempat duduk lepas tu kena turun semula sebab bukannya jauh pun. Dua stop je dah sampai. Lain kali kita naik bas untuk perjalanan jauh sikit ye. Baru best duduk lama kat belah atas.


Wallahu 'alam..