Showing posts with label Persiapan Western Europe. Show all posts
Showing posts with label Persiapan Western Europe. Show all posts

Thursday, 18 February 2016

JJCP Western Europe: Last touch-up before departure..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Start je cuti akhir tahun sekolah, saya dah hantar anak-anak balik ke kampung di Kuantan. Hantar anak lelaki dulu. Tujuan hantar awal sebab nak suruh diorang join sepupunya gi kelas mengaji kat sana. Yang si kecik tu saya hantar seminggu sebelum kami bertolak. Ingatkan dia tak suka duduk kampung. Rupanya seronok sebab ramai anak buah yang melayannya. Maklumlah, amat jarang saya bawak anak-anak balik ke kampung sejak takde kelebihan cuti sekolah ni. Huhu.. Mak saya pun suka dapat jaga cucunya. Memang setiap kali cuti sekolah, mak saya akan mintak cucunya duduk dengan dia. Terima kasih mak!..

Cucu Puan Asiah..
Malam terakhir sebelum bertolak, kami susah nak tidur. Wife saya dengan pakaian dan barang yang nak dibawanya. Saya pulak masih mencari info last minute dari Mr. Google dan siapkan semua gadjet yang perlu dibawa. Kali ni saya bawak benda baru dalam trip: Camera ala GoPro, brand SJCAM. Nak beli GoPro terasa mahal sangat. SJCAM pun jadi laa. Hehe.. Janji ada kelainan dalam trip kali ni iaitu boleh buat video-cam perjalanan kami. Baru nampak advance sikit. Boleh connect thru wifi lagi. Hihi.. Dah selesai urusan gadjet, saya setting pulak duit yang nak dibawa. Takleh simpan kat satu tempat. Hilang kang naya je. Huhu.. Dan macam biasa, semua dokumen seperti passport, lesen dan resit-resit saya buat 2 copy untuk simpanan saya dan wife. Dokumen penting tuu..

Boleh tahan jugak video HD dia. Yang penting harganya. Heheh..
Duit 3 negara dah standby untuk dibawa
Sehelai ni berharga RM940!!.. Jaga elok-elok. Huhu..
Amik gambar duit Swiss Franc sebelum hilang dari pandangan. Hihi..
Jam 2.00 pagi di hari kejadian, setelah berpuas hati dengan semua barang yang nak dibawa, barulah saya dapat berehat. Sebelum tidur saya mengenangkan apakah situasi sebenar di Paris sekarang ni. Info dari kawan wife saya yang dah seminggu di sana menyatakan bahawa keadaan dah kembali normal seperti sediakala. Cuma kelihatan ramai anggota polis dan tentera menjaga kawasan especially tourist spots. Harap perjalanan kami di sana selama hampir 2 minggu selamatlah hendaknya. Kami datang bukan nak cari pasal, tapi nak cari pengalaman. Wallahualam..

JJCP Western Europe: Berita yang tak sedap didengar..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebulan sebelum kami bertolak, satu kejadian telah berlaku membuatkan persiapan saya beralih daripada pencarian info tentang tempat menarik di sana kepada pencarian berita utama. Pada 13 November 2015 berlakunya kejadian tembak-menembak di bandar Paris yang mana 130 orang mati dan lebih 350 cedera. It's Paris Massacre!.. Dikatakan kejadian ni dilakukan oleh geng ISIS. Muslim juga yang kena tempiasnya. Biasalah, asal muslim je mesti nak sebut 'terrorist'. Cuba check sejarah, sape terrorist terbesar sebenarnya? Huhu.. Dah la lagi sebulan nak travel ke sana. Tengok dalam berita, public transport especially underground ditutup. Bukan setakat France je yang tutup laluan, tetapi negara jiran seperti Belgium juga buat benda yang sama. Banyak flight ke Paris yang cancel disebabkan kejadian ni. Memang buduh la sape yang buat kerja ni.

Ni kerja penembak berani mati ni.. (Ihsan Google Images)
Kejadian ni membuatkan tourist takut nak ke Paris. Kalau banyak duit boleh la setting tarikh lain. Huhu.. Fa dah mula tanya camna dengan trip ni. Setiap hari saya tengok berita semasa. Time ni lah baru rajin nak tengok berita. Selalu tunggu time slot sukan je. Heheh.. Seminggu lepas kejadian, masih ada lagi tempat yang tutup route public transport. Memang saya mengharapkan masa kami ke sana nanti semuanya dah pulih seperti sediakala. Mungkin dah pulih, tapi apa pulak reaksi rakyatnya terhadap orang Islam? Takut kena belasah je bila kami jalan kat lorong sunyi. At least trip kali ni berempat. Kalau dulu berdua lagi la takut. Huhu..

Polis dan tentera mula berkampung kat Paris (Ihsan Google Images)
Dulu sebelum ke Korea, dapat berita kapal ke Jeju karam. Ditambah pulak dengan kejadian MH370 dan MH17. Kali ni cerita Paris Massacre pulak. Macam-macam dugaan sebelum nak pergi ye. Huhu.. Perkara pertama yang paling utama dalam trip dah tentu lah keselamatan diri. Kalau rasa tak selamat baik jangan pergi. Instinct tu kena ada dan perlu diambil perhatian. Andai kata trip kensel, memang banyak jugak duit yang hangus, especially tiket flight dan hotel. Selalunya tiket flight dan hotel yang super murah takde option untuk refund jika buat pembatalan. Redha je la kalau jadi camtu. Huhu..

Kejadian sebelum trip ke Korea tahun lepas.. (Ihsan Google Images)
Awal bulan Disember berita utama bagitau public transport dan tempat-tempat menarik di Paris dah mula dibuka sepenuhnya dan takde flight yang cancel. Cuma pemeriksaan masuk dan keluar dari Paris akan diperketatkan. Maknanya lama la kena beratur kat airport nanti. Takpe, yang penting satu hal dah lega. Yang masih jadi tanda tanya adalah penerimaan orang sana terhadap orang Islam. Saya search video dalam internet. Majoriti orang kat sana percaya ISIS tu bukan orang Islam. Diorang lebih pentingkan unsur humanity and peace. Kenapa perlu berbunuh sesama manusia sedangkan hidup dalam keadaan aman kan lebih baik untuk semua. Itu lah, selalunya golongan minoriti je yang racist ni. Saje provoke untuk mencetuskan pergaduhan. Ingat seronok ke duduk dalam hospital berbalut sana-sini. Huhu..

Camni kot keadaan kat airport Charles de Gaulle Paris nanti (Ihsan Google Images)
Setelah mendapat info dan berita yang secukupnya tentang Paris Massacre, saya berbincang dengan wife tentang trip, adakah nak teruskan atau kensel semuanya. Disebabkan bajet yang takde la banyak mana tu mungkin burn begitu sahaja jika kensel, kami decide untuk teruskan trip ni. Kebetulan sorang kawan wife saya akan ke Paris juga seminggu sebelum trip kami. Jadi kami tengok review dari dia dulu. Kalau takde apa-apa masalah di sana, maka trip kami akan diteruskan juga.. Harap takde la jadi apa-apa yang buruk. Wallahualam..

Humanity matters.. Peace Yo!.. (Ihsan Google Images)

Monday, 15 February 2016

JJCP Western Europe: Persiapan Awal #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pencarian maklumat tentang trip ke Western Europe diteruskan lagi. Selagi ada masa selagi itulah saya mencari. Selalunya yang paling lama adalah mencari route melalui google maps. Daripada 9 negara, cuma Germany dan Austria je yang takde option street view. Dah la Germany antara route yang paling panjang nak lalu. Sebenarnya bila ada street view lebih memudahkan perjalanan. Alhamdulillah, makin lama makin mahir saya study google map dan apply pada hari kejadian. Hehe..

Germany dan Austria je yang takleh street view. Huhu..
# Surat Kebenaran

Ini bukan surat kebenaran dari wife ye. Hehe.. Biasalah, sebagai penjawat awam perkara ini adalah amat serius. Kalau keluar negara tak bagitau, tetiba jadi apa-apa kang sia-sia je kena surcharge. Kadang-kadang penjawat awam yang selalu ke luar negara dalam masa setahun malas nak buat permohonan. Pergi pulak last minute, mana sempat nak dapat kelulusan. Harap tak jadi apa-apa masa kat luar negara tu. Ini kali pertama saya apply ke luar negara semenjak duduk di KPM. Masa kat sekolah dulu kena apply selewat-lewatnya 3 minggu sebelum travel. Kat sini cuma seminggu je sebab kelulusan datang dari pengarah sendiri. Tapi takde la saya nak apply last minute. Sebelum nak hantar borang kena apply cuti dulu. Tengok pada tarikh agak lama juga saya kena amik cuti. Risau kalau cuti freeze sebab selalunya akhir tahun banyak kerja nak diselesaikan. Setelah berbincang dengan ketua sektor, akhirnya permohonan cuti saya diluluskan. Alhamdulillah. Terima kasih tuan!. Dah dapat sokongan dari ketua sektor, maka bolehlah hantar borang permohonan ke meja pengarah.

Permohonan ke luar negara diluluskan.. Yeay!..
# Insurans

Sambil isi borang kebenaran keluar negara, saya akan sertakan sekali permohonan untuk mendapatkan perlindungan insurans. Apply percuma je. Cuma apa yang saya tau kalau dah apply sekali, then tak boleh apply dah dalam masa setahun, walaupun takde buat claim. Hmm.. Nak buat macamana. Terpaksalah amik insurans luar kalau travel kali kedua dalam masa setahun. Dapat free setahun sekali pun dah cukup bersyukur, daripada takde langsung. Tak dapat nak dipastikan kepantasan insurans ni bayar sebab saya belum pernah claim lagi sepanjang trip sebelum ni. Hehe..


Insurans dari Takaful Malaysia untuk penjawat awam. TQ!..
# Offline GPS: Here Maps

Car rental company ada sediakan sewaan GPS. Bila tengok harga, rasanya boleh beli satu unit GPS baru. Huhu.. Saya mencari apps GPS yang boleh digunakan secara offline. Save sikit, takyah guna data internet yang 500mb/day tu. Ada banyak free apps GPS untuk android dan ios. Saya baca review satu-persatu. Mana-mana yang agak menarik, saya download. Tak boleh nak download satu je, mesti kena ada 2nd option. Kalau boleh yang user-friendly, senang nak operate. Saya download dan install apps yang mendapat rating yang tinggi seperti Sygic, Navfree, Mapfactor dan Here Maps. Semuanya saya try. Daripada semua apps, pada saya Here Maps yang paling reliable. Nak operate pun mudah. Just point pada map, keluar option dan save location. Untuk dapatkan map, kena la download ikut negara yang kita nak. Saya cuba guna kat Malaysia. Nampak mudah. Harap kat europe nanti pun takde masalah la hendaknya. Apa-apa pun Waze tetap ada sebagai backup. Saya guna smartphone android lama saya sebagai GPS unit. Taknak saya abiskan bateri IPhone saya semata-mata nak digunakan sebagai GPS. Heheh.. Apa-apa pun Here Maps memang terbaik!..

Here Maps.. Simple and easy to operates
# Halal Foods

Di Western Europe boleh dikatakan banyak juga restoran dan kedai yang menjual makanan halal. Cuma nak kena pastikan lokasinya berdekatan dengan route yang akan kami lalui. Saya gunakan apps Muslim Mate dan juga website Zabihah.com sebagai rujukan. Ada yang kata Zabihah.com tak 100% accurate tentang info halal. Saya refer juga restoran yang ada review dari orang ramai. Tentang harga tu memang tak boleh nak elak. Halal foods di Europe dah jadi macam international foods sebab tak banyak. So harga pun international la. Huhu.. Dalam post saya kali ni saya akan sertakan harga makanan yang saya makan tapi tak masukkan dalam kos wajib kerana ada macam-macam pilihan dan harga makanan berbeza. Mungkin ada yang lebih murah dari apa yang saya makan. Yelah, kalau dah tengok menu macam sedap je, tak kisah la berapa harga sekalipun. Takkan asyik nak makan the cheapest food je kan? Hehe.. Mungkin nak merasa menu yang berlainan di tempat orang. Yang paling ditunggu adalah makan italian pizza dan spaghetti.. di Italy!.. Tak sabar rasanya. Hihi..

Zabihah.com juga ada senaraikan lokasi masjid
# Medicines

Setiap kali trip ke luar negara saya akan bawa siap-siap ubat sebagai langkah berjaga-jaga. Manalah tau, musim sejuk tetiba badan jadi cepat penat dan lemah. Saya cukup takut bila badan tak sihat semasa travel. Setakat ni alhamdulillah tak pernah lagi sakit di negara orang. Sebulan sebelum trip saya akan pastikan makan pil multivitamin sebagai sumber tenaga tambahan. Sepatutnya kena makan setiap masa, tak kira travel ke tak. Huhu.. Kurang disiplin diri. Time nak travel baru beria-ia makan. Hehe.. Demam atau sakit kepala satu cerita. Takut jugak kalau dapat sakit yang lain. Teringat saya tentang satu blog yang saya baca. Sorang perempuan travel solo ke europe. Nak jadi cerita kakinya sakit sampai tak boleh nak berjalan. Dia pergi ke hospital kerajaan tapi kena reject kerana hospital kerajaan hanya untuk locals je. Nasib baik ada orang sudi tolong bawakkan dia ke kedutaan Malaysia untuk dapatkan bantuan. Itulah yang saya betul-betul takut kalau ianya terjadi pada trip saya. Habis rosak semua plan dalam itinerary. Mohon dijauhkan dari kecederaan dan kesusahan. Kalau dah tertulis nak buat camna. Terpaksa harungi dengan tabah. InsyaAllah..

Pinjam gambar ubat gi Korea tahun lepas. Sebab memang ubat yang sama pun.. Hehe
Waktu travel makin hampir. Ada lagi info sampingan yang saya cari untuk melengkapkan persiapan trip ni. Boleh dikatakan trip ke Western Europe ni yang paling grand up-to-date sebab merentasi 9 negara. Walaupun preparation agak kelam kabut, tapi disebabkan ilmu travel yang makin banyak dalam diri membuatkan saya rasa yakin untuk mengembara mencari pengalaman di negara orang. Tak cuba maka tak tahu. Selagi badan masih sihat dan bertenaga, inilah masanya untuk mencuba sesuatu yang baru. Pack your bags and explore the beauty of the worlds.. Wallahualam..

Sunday, 14 February 2016

JJCP Western Europe: Persiapan Awal #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setiap trip yang saya pergi ada misi dan tema tersendiri. Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk mencari info dan menyiapkan itinerary yang menarik. Kita recap trip yang dah saya pergi sebelum ni:

AUSTRALIA
Melawat Ahli Keluarga

SINGAPORE
Universal Studios Untuk Anak-Anak

INDONESIA
Tiket Murah Rugi Tak Pergi

UK & PARIS
London, Paris, Counteryside dan EPL

JAPAN
Mimpi Naik Shinkansen Jadi Kenyataan

KOREA
Ski dan Merasai Salji Turun Dari Langit

Hahah. Dah macam tajuk episod buku cerita je. Memang teringin nak publish buku pun. Hehe.. Untuk trip kali ni tema misi kami adalah WESTERN EUROPE: 9 Hari, 9 Negara. Hahah.. Walaupun jumlah hari keseluruhan trip selama 14 hari, tapi saya target nak jejakkan kaki ke semua negara dalam masa 9 hari. Itu tak campur Vietnam la kan. Kalau kira sekali dah jadi 10 Negara dalam 10 hari pulak. Hihi.. Negara transit tak masuk dalam tema ye. Maknanya start dari 20 Disember 2015 saya sampai di Paris, 28 Disember 2015 saya dah berjaya sampai ke semua 9 Negara. Harap misi berjaya, insyaAllah. Dimulakan dengan sesi mencari info sebanyak yang mungkin..

Konon nak buat camni la. Hahah.. (Ihsan Google Images)
# Route Map

Paling penting dalam penyusunan itinerary. Salah route boleh buang masa yang banyak. Siapa yang rasa-rasa nak pergi trip ni diharap dapat baca semua post saya bermula dari sekarang. Bukan taknak share itinerary, tapi kalau dapat buat sendiri dengan berpandukan blog-blog yang ada lagi feel. Kepenatan mencari info dan menyusun itinerary akan jadi berbaloi bila trip berjaya dilakukan. Lain kenikmatannya. Hehe.. Untuk pilihan route map, saya kena study kedudukan 9 negara nak dilalui kat Google Map. Bermula dari Paris, lepas tu nak ke mana? Lama jugak saya fikirkan mana route yang sesuai. Faktor masa siang yang singkat kena ambil kira jugak. Saya mintak wife suggest destinasi dan bandar mana yang nak dilalui. Mulakan dengan negara dulu, baru fikir bandar. Punyalah banyak cadangan yang keluar. Akhirnya dapat kata sepakat. Route yang kami persetujui bersama:

Our route: Clockwise rotation starting from France
# Hotel Bookings

Saya mencari hotel yang sama seperti Travelodge dan Premier Inn di UK. Harga murah dan selesa untuk berehat. Tak perlulah nak cari yang grand. Tujuannya untuk tidur je kan. Huhu.. Di Europe, hotel yang murah adalah seperti Hotel F1, Campanile, Motel 24h dan Premiere Classe. Ibis Hotel pun menarik jugak, cuma agak tinggi jugak rate dia. Kena pandai cari yang level budget punya. Hehe.. Selain tu saya mencari jugak option yang lain seperti homestays dan apartments. Nak cari hotel kena tengok jugak kriteria yang sesuai. Pertama, kena refer jarak perjalanan seharian. Taknak la jauh antara 2 hotel sampai 1000km perjalanan. Penat nak memandu. Huhu.. Saya target dalam 300-400km/day perjalanan kami nanti. InsyaAllah boleh cover penat time tidur. Hahah.. Selain dari jarak, kriteria hotel yang saya cari mestilah dekat dengan Park & Ride. Senang bila check-out terus boleh parking kat Park & Ride dan naik train ke bandar. Antara website yang saya cari dah tentu Agoda, Booking dan yang seangkatan dengannya.

Antara hotel search engines yang popular di kalangan travellers

# New Search: GoSeek.com

Masa mencari hotel yang bersesuaian dengan harga dan lokasi, saya terjumpa satu website yang agak baru dalam internet. GoSeek.com adalah website yang sama macam Agoda dan Booking. Tapi apa yang menariknya, website ni ada tunjukkan harga best deals untuk hotel-hotel tertentu. Ada hotel yang memang betul-betul murah. Mula-mula tak berani jugak nak cuba booking ikut website ni, takut jadi macam kes kat Korea tahun lepas. Lepas dah bayar terus keluar mesej hotel penuh. Aduss.. Saya check kat forum, majoriti kata website ni reliable dan boleh dipercayai. Saya pun cuba lah dengan harapan tak kena tipu kali kedua. Huhu.. Hampir semua hotel saya untuk trip kali ni saya book guna GoSeek.com. Harap hotel dan bilik tu wujud, insyaAllah..

Website baru dalam pencarian hotel murah..
# Rental Car

Bila dah book semua hotel dan route map pun selesai, saya mula mencari kereta sewa yang sesuai untuk digunakan. Dulu tak kisah sangat saiz kereta sebab travel berdua. Kali ni berempat, kenalah cari yang selesa sikit. Banyak juga rental car company yang saya survey. Antara perkara yang obvious bila sewa kereta di Europe adalah pilihan transmission kereta. Kereta auto teramatlah mahalnya berbanding manual. Setakat seratus dua boleh terima lagi. Tapi sampai beribu bezanya. Aduii.. Berfikir panjang juga saya. Kat europe left-hand drive. Mungkin takde masalah lagi sebab dah ada experience bawak kereta left-hand drive kat Jeju dulu. Tapi bab manual tu. Huhu.. Dah lama saya tak bawak kereta manual. Dah la perjalanan agak jauh kali ni. Budget punya pasal, saya pun tawakkal je la drive kereta manual. Yang penting harga sewa boleh diterima akal. Huhu.. Antara faktor utama selain harga sewa yang murah, saya juga mencari kereta yang mempunyai ruang luggage yang besar. Kami pergi berempat, maka beg pun dah tentu banyak. Kalau boleh biar orang luar tak nampak beg kami bila kami parking kereta dan berjalan di bandar. Risau juga kalau terjadi kes pecah kereta sebab diorang memang target kereta tourist. Huhu..

Banyak pilihan kereta ikut keselesaan dan bajet masing-masing..
# Weather Forecast

Accuweather.com menjadi website utama dalam mencari info cuaca ketika saya berada di sana nanti. Dah tentu tak tepat 100% tapi dapat menjadi panduan dalam persiapan awal. Musim winter ni unpredictable. Salji yang turun dah tak ikut masa yang betul. Semuanya kerana global climate yang dah tak stabil sekarang ni. Kadang-kadang bulan 11 dah turun salji dengan lebat. Tapi ada jugak tahun-tahun sebelum ni salji turun hujung bulan 1. Lebat atau tidak pun tak boleh nak predict. Silap haribulan time pergi nanti tengah lebat kang banyak pulak jalan yang tutup. Huhu.. Saya mengharapkan takde salji yang turun. Pengalaman bermain ski dan melayan salji turun dari langit dah rasa masa kat Korea tahun lepas. Cukup la sekali. Memang best main salji, tapi kalau sampai jalan kena tutup susah juga nak bergerak. Huhu.. Dari 20 hingga 31 Disember, accuweather predict takde salji yang turun melainkan di altitud yang tinggi. Maknanya hujan pun kurang time kami pergi nanti. Tapi cuaca tetap sejuk. Paling rendah adalah 3oC. Light jacket will do for me. Takyah tebal sangat. Tapi my wife memang tak tahan sejuk. Maka kenalah prepare jaket yang sesuai untuk dia. Takdelah menggigil sepanjang masa. Heheh..

Sentiasa update cuaca sebelum nak bertolak. At least boleh prepare apa yang patut..
# Currency Rate

Part ni agak kritikal. Ekonomi negara yang kurang stabil membuatkan nilai matawang negara lain jadi tinggi. Perubahan begitu mendadak. Hari ni rendah sikit, tapi esok mungkin naik balik. Saya menunggu sampai bulan yang terakhir untuk lihat perubahan nilai matawang, especially Euro. Matawang Swiss Franc pun saya perati sekali. Setakat duit Dong tu takde masalah sangat. Tahun 2012 saya dapat EUR1 = RM4.20. Kalau dapat lebih kurang macam tu pun dah kira ok. Bertuah le dapat rate macam dulu. Huhu.. Sampai bulan terakhir baru saya pergi tukar duit. Nasiblah berapa rate yang saya dapat. Saya tukar 3 jenis matawang. EUR1 = RM4.635, CHF1 = RM4.32 dan untuk Vietnamese Dong pulak saya dapat dalam RM10.00 = VND50,000. Beberapa hari lepas tukar duit, tetiba rasa macam tak cukup pulak sebab nak cover duit Fa sekali. Dia bagi duit untuk kos yang perlu dikongsi kat sana. Masa dah suntuk dan malas nak ke MidValley, saya pergi ke money changer yang dekat dengan rumah. Amik kau, rate memang berbeza!. EUR1 = RM4.76, CHF1 = RM4.42 dan RM10 = VND51,000. Lebih kurang seposen beza tu. Tukar sikit memang tak terasa. Tapi kalau tukar banyak.. Huhu.. Terimalah seadanya. Agak-agak dah cukup bajet untuk tampung sepanjang perjalanan kat sana, saya set EUR1 = RM4.70, CHF1 = RM4.40 dan RM10 = VND50,000 untuk memudahkan pengiraan.

Exchange rate di 4 money changer yang berbeza. Memang berbeza pun. Huhu..
# Wifi Rentals

Macam biasa seperti trip sebelum ni, saya sewa pocket wifi di tempat yang sama iaitu Visondata. Setelah banyak kali saya sewa pocket wifi ni, saya rasakan ianya bukan terlalu penting pun. Setakat nak online, kat hotel dah ada free wifi. Melainkan ada yang tak sabar nak update status on the dot, memang wajiblah sewa pocket wifi ni. Heheh.. Wife saya tolong bookingkan pocket wifi ke europe. Kami akan diberikan 2 device kerana trip kami ke 9 negara. Satu device tak dapat nak cover semuanya. Cuma ada satu perkara yang kene alert. Satu lagi device berfungsi untuk semua negara europe dan charge amat tinggi. Jadi kami kene make sure off device tu bila masuk ke negara yang ditetapkan. Kiranya kene sentiasa switch on and off between 2 devices. Terlupa off memang mengalir air mata darah la bila balik Malaysia nanti. Huhu.. Kami cuma diberi kuota sebanyak 500mb/day. Rasanya tak cukup untuk 4 orang pakai ni. Ingatkan dapat unlimited access. Takpelah, nak update status je kan. Pandai-pandai la bajet data ye. Berpada-pada bila upload gambar tu. Heheh..

Booking settle.. Baca part "warning" tu. Please be alert guys!..
Sudah hampir 50% rasanya persediaan untuk trip ke Western Europe ni. Memang susah betul nak mencuri masa mencari info. Berbeza dengan trip sebelum ni, awal-awal lagi dah selesai. Dengan kerja yang banyak kali kena outstation, camna nak duduk depan pc lama-lama. Huhu.. Tapi kerja adalah my 2nd priority selepas family. Tak kerja camna nak dapat duit. Heheh.. Masih ada masa lagi untuk mencari info penting dan berguna. Tidur pun tak nyenyak bila merasakan ada benda lagi yang tak lengkap. Jangan sampai jatuh sakit sudah. Mohon diberikan kesihatan yang baik setiap masa. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Pocket Wifi  : RM163.80
  - Jumlah         : RM163.80