Showing posts with label Kembara Umrah Ziarah. Show all posts
Showing posts with label Kembara Umrah Ziarah. Show all posts

Saturday, 14 October 2017

JJCP Umrah Ziarah Oman: Day 15

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

TARIKH:
6 JANUARI 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ KLIA


Wife kejut saya bila masuknya waktu Subuh. Jemaah bangun untuk bersihkan diri dan solat di kerusi. Lepas tu saya terus terjaga sebab flight dah nak sampai Malaysia. Saya set semula jam kepada waktu Malaysia. Cuaca di luar makin lama makin cerah. Lihat pada flight info di skrin flight kami dijangka mendarat di KLIA jam 8.25 pagi. Lagi excited bila kelihatan bumi Malaysia di bawah. Trip umrah bakal berakhir sepenuhnya apabila mendarat nanti. Maka kembali semula kepada kehidupan rutin harian kami. Nasib baik hari ni Jumaat. Kami ada masa hingga Ahad untuk berehat dan uruskan hal amik anak-anak di kampung. 

Cuaca mula cerah di luar
Sikit lagi nak sampai Malaysia
Tanah tumpah darahku sudah kelihatan
Wife saya panggil stewardess yang lalu di lorong. Duit 14.00OMR yang kami standby tu adalah untuk beli perfume Oman. Tak pasti sama ada bau perfume tu sedap seperti kehendak kami, tapi yang pastinya mungkin ada bau Arab sikit kot. Hehe.. Takpelah, yang penting harga perfume yang dijual murah dan ada jugalah sesuatu yang kami beli sebagai kenangan di Oman selain dari kumma yang saya pakai tu. Memang dah rancang masa first day naik flight haritu. Cuma ingat nak tengok dulu masa di Muscat nanti. Disebabkan masa untuk berjalan half-day tour Muscat agak limited membuatkan kami tak sempat nak ronda lama, jadi kami pun amik keputusan untuk beli perfume ni masa balik.

14.00OMR untuk 2 perfume tau

@ KLIA

Jam 8.20 pagi flight WY 0821 Oman Air mendarat dengan selamat di KLIA. Alhamdulillah, berakhirlah sudah perjalanan umrah kami. Kami bersiap untuk keluar dan menuju ke terminal. Sementara menunggu beg kami keluar dari belting F, kami bersalaman memohon maaf jika ada kesilapan atau terkasar bahasa di sepanjang perjalanan umrah dan mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Zool sebagai mutawwif kami dan rakan-rakan jemaah yang lain. Group whatsapp yang kami wujudkan akan diteruskan supaya kami masih dapat berhubung jika ada perkembangan baru. Moga berjumpa lagi di lain hari dan masa. Bersyukur kerana dapat bersama kumpulan jemaah yang paling cool dan best. Beg dari flight WY 0821 Oman Air dah mula keluar di belting F dan semua jemaah mula angkat beg dan pulang ke destinasi masing-masing.

Jangan la ada beg kami yang tak keluar. Huhu..
Setelah semua beg kami dah jumpa dan diletakkan di troli, kami keluar dari terminal dan menunggu Abang Halim dan anak buah saya Farisha sampai. Standby bawak dua kereta, takut tak muat nak letak beg. Hehe.. Rupanya diorang dah tunggu kat stesen minyak sebelum sampai KLIA. Lepas saya call bagitau dah sampai, baru diorang datang. Jam 9.30 pagi kami meninggalkan KLIA menuju ke rumahku syurgaku. Jam 10.45 pagi kami sampai di Wangsa Maju. Alhamdulillah.. Maka tamatlah sudah perjalanan hidup kami dalam menjalani ibadah umrah dan juga ziarah ke Oman. Moga pengalaman hidup ini dapat dikongsi bersama dan jika ada kesempatan dan peluang serta keadaan kesihatan yang mengizinkan, akan ku ke sana lagi menziarahi Rumah Allah. Moga diberikan rezeki yang melimpah ruah buat keluargaku. Assalamualaikum..

Dua troli. Memang patut pun kena datang dua kereta. Hihi..

JJCP Umrah Ziarah Oman: Day 14 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

TARIKH:
5 JANUARI 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ SULTAN QABOOS GRAND MOSQUE
@ SEKITAR HOTEL
@ MUSCAT INTERNATIONAL AIRPORT
@ FLIGHT WY 0821 OMAN AIR


Sambil melihat pemandangan di bandar Muscat sebelum ke Sultan Qaboos Grand Mosque, guide bercerita tentang beberapa keunikan yang ada di Oman. Walaupun Oman bukanlah negara wishlist bagi pelawat berbanding negara lain seperti UK dan Europe, tapi sejak 2013 hingga sekarang bilangan pelancong yang melawat Oman makin meningkat. Saya ada terbaca blog tentang trip group backpackers ke Oman. Diorang ke kawasan pantai, air terjun, sungai dan kolam yang cantik dan airnya jernih. Bacpacking trip boleh la nak ke tempat yang agak isolated di sini. Trip ziarah umrah memang tak sempat la kan. Setakat dapat tengok air laut yang jernih dari dalam bas je. Huhu..

Amat jernih air laut kat sini. Rasa nak berenang walapun tak pandai. Hihi..

@ SULTAN QABOOS GRAND MOSQUE

Tepat jam 1.00 petang, kami sampai di Sultan Qaboos Grand Mosque. Ini adalah tempat yang wajib dilawati oleh umat Islam yang datang ke Muscat. Bukan hanya mercu tanda utama di Muscat, tetapi struktur pembinaan masjid ni amat unik dan menarik perhatian pengunjung. Teringin juga nak tengok bagaimana rupa masjid negara matawang tinggi ni. Hehe.. Apapun bukan kerana matawang dan rekabentuk masjid yang menjadi keutamaan, tetapi bilangan jemaah yang hadir untuk solat di sini lebih penting. Guide beri kami masa hanya 45 minit untuk solat dan ziarah di dalam masjid. Sekejap je masa yang dia bagi. Terpaksalah kami jalan laju masuk ke dalam kawasan masjid. Huhu..

Bus Route: From Al Alam Palace to Sultan Qaboos Grand Mosque
Berkumpul semula di sini jam 1.45 petang
Jemaah lain semua dah masuk ke dalam masjid, tapi saya dan wife masih jalan-jalan kat kawasan sekitar di luar. Ada taman bunga kat sebelah masjid. Kalau bawak anak-anak dah tentu diorang petik bunga ni. Daun pun diorang suka petik, inikan pulak bunga yang berwarna-warni. Huhu.. Haishh, rindu betul kat anak-anak di kampung. Takpe, esok dah sampai Malaysia. Boleh bawak diorang jalan-jalan sepuasnya. Walaupun tak puas meronda kat luar, kami terpaksa kejar masa dan masuk ke dalam masjid. Nanti guide marah, sia-sia je kena sound dalam bahasa Arab. Hihi.. Ada 2 perkara menarik tentang ruang solat utama kat masjid ni. Tu yang tak sabar nak tengok tu.

Taman bunga di tepi masjid. Cantik..
SubhanAllah.. Cantiknya rekabentuk masjid ni.
Selesai amik wudhuk, saya mencari pintu masuk ke ruang solat utama. Ada seorang guard menjaga pintu masuk dan arahkan saya untuk meletakkan beg di saf belakang. Risau juga beg dicuri sebab tak ada yang menjaganya. Harap tak hilang la. Kalau hilang mungkin kerajaan Oman boleh bayar gantirugi kot. Mana tau boleh claim 1,000OMR ke. Dah jadi RM11,000 tu. Berangan tak sudah. Hehe.. Kalau masjid kat Malaysia kena hati-hati sikit. Selipar fipper yang tak original pun pernah kena rembat. Huhu.. Mungkin perembat tu tak sengaja sebab dia pun pakai selipar fipper kaler dan saiz yang sama. Berprasangka baik tau. Hehe.. Saya solat jamak berjemaah dulu sebelum menghayati pemandangan dalam ruang solat utama. Dapat juga pengalaman mendirikan solat di dalam masjid ni. Syukur Alhamdulillah..

Tempat ambil wudhuk
Selesai solat, saya menikmati rekabentuk di dalam ruang solat utama. 2 perkara menarik tentang masjid ni ialah carpet dan chandelier. Carpet yang ada dalam ruang solat utama ni mengambil masa 4 tahun untuk disiapkan dan ianya adalah single piece carpet yang kedua terbesar di dunia. Chandelier yang tergantung di tengah ruang solat pula adalah yang terbesar di dunia. Patutlah ada guard yang jaga kat dalam ruang solat ni. Takut ada orang cuba mencuri chandelier yang bersadur emas dan kristal Swarovski ni. Setakat curi amik gambar dibenarkan. Hihi..

Pemandangan dalam ruang solat utama
Inilah chandelier yang dikatakan terbesar tu. Mungkin yang termahal juga kot. Huhu..
Jam 1.40 petang kami berjalan balik ke bas yang sedia menunggu. Tak sempat nak pusing seluruh kawasan masjid. Tak pasti sampai pukul berapa itinerary untuk half-day tour ni. Rasanya lepas ni terus balik ke hotel. Flight lambat lagi, jam 9.30 malam. Takpelah, ada masa nak berehat kejap kat bilik hotel. Takut juga kalau kena jetlag bila sampai Malaysia nanti. Masa ke Europe dulu agak teruk juga kena jetlag. Time kerja tersengguk kepala menahan ngantuk. Bila malam kemain aktif. Huhu.. Kalau duduk kat pejabat masih boleh cover lagi. Takut kena pergi mesyuarat yang membosankan. Memang haruslah tertidur. Jangan ada yang amik video dan viral sudah la. Hahah.. Setakat ni dari 10 mesyuarat, cuma 2 je yang tak bosan. Itupun bergantung kepada agenda mesyuarat dan pengerusinya. Nampaknya kebarangkalian untuk tidur itu amat tinggi. Hihi..

Gambar kenangan terakhir sebelum naik bas
Jam 1.50 petang bas mula bergerak meninggalkan Sultan Qaboos Grand Mosque. Satu pengalaman dan kenangan yang takkan dapat dilupakan apabila dapat menziarahi masjid yang terkenal di Oman. Tepat jam 2.00 petang bas pun sampai di lobi hotel. Tamatlah sudah half-day tour Muscat. Walaupun sekejap, namun banyak juga pengalaman dan info tentang Muscat dan Oman. Kami sendiri tak menjangka akan melawat negara ini kalau bukan kerana umrah. Sememangnya tepat pilihan ziarah kami ke Oman berbanding negara lain yang ditawarkan dalam pakej umrah. Seperti pakej Istanbul dan Abu Dhabi, kami memang ada merancang untuk ke negara tersebut. Jadi tak sesuai kalau hanya half-day tour ke sana. Mana cukup jalan separuh hari kat Istanbul. Dan tentu sampai sana nak merasa naik belon udara panas kat Cappadocia tu. Hihi.. Sebelum masuk ke hotel, kami mengucapkan terima kasih kepada guide yang sudi bawa group jemaah kami jalan-jalan cari pengalaman di bumi Muscat.

Bus Route: From Sultan Qaboos Grand Mosque to Hotel Ibis Muscat
Thank you very much Mr. Guide!
Sebelum naik ke bilik, kami makan dulu di cafe hotel. Menu yang dihidangkan agak simple tapi mengenyangkan kami. Itu yang paling penting pun. Hehe.. Ustaz Zool maklum kepada semua jemaah untuk berkumpul semula di lobi jam 6.30 petang. Selesai makan kami naik ke bilik untuk berehat. Saya turun semula ke lobi hotel dan duduk berborak dengan Ustaz Zool dan dua orang jemaah yang lain. Cadangnya nak jalan-jalan kat area hotel ni. Wife saya taknak ikut. Dia nak berehat dan tidur sekejap. Walaupun mata saya agak pedih sebab tak cukup tidur tapi rasa macam rugi pulak kalau tak amik kesempatan ni untuk jalan-jalan di kawasan sekitar. Bila lagi akan dapat peluang macam ni kan. Peluang nak tidur dalam hotel bila-bila boleh dapat. Kami berempat layan berborak dulu kat cafe sementara air free masih ada lagi. Hihi..

Simple dan sedap menu kat hotel ni

@ SEKITAR HOTEL

Punyalah seronok berborak sampai tak sedar hampir 2 jam kami duduk kat cafe. Huhu.. Jam 4.00 petang kami mula keluar dari hotel dan berjalan ke kawasan sekitar. Dalam bas tadi kami ada ternampak satu supermarket besar dekat dengan hotel. Jadi kami pun cuba mencari supermarket tu ikut jalan besar. Cuaca agak terik petang ni tapi tak panas sangat. Cuma debu banyak sebab kawasan padang pasir. Huhu.. Dalam 15 minit kami berjalan barulah nampak bangunan supermarket tu dari jauh. Kena lintas satu padang yang agak besar untuk ke sana. Tak jadi nampaknya nak cross padang tu sebab kena turun bukit sikit. Balik nanti dah tentu kena menapak naik bukit. Huhu.. Kami patah balik ke hotel dan jalan ke arah yang lain. Ada banyak bangunan yang baru dibina. Kami bertanya pada seorang pekerja bina bangunan di mana kedai yang berdekatan. Nasib baik pekerja tu faham soalan kami. Dia pun tunjuk arah bangunan satu lagi. Kat situ ada satu kedai katanya. Kami pun bukannya ada nak beli apa-apa pun. Saje je nak tengok harga barang harian yang dijual di sini.

Susur ikut jalan besar, takut tersesat tak jumpa jalan balik hotel. Huhu..
Ada restoran Malaysia la kat sini. Terbaik!..
Cuaca nampak macam panas tapi tak berpeluh pun
Bangunan belum siap tapi signboard kedai dah pasang
Jumpa juga hypermarket kat sini
Dah masuk dalam kedai boleh lupa pulak nak amik gambar. Huhu.. Tapi harga barang yang dijual kat sini takdelah mahal sangat. Ada juga barang bila dah convert duit kita pun masih murah lagi berbanding di Malaysia. Huhu.. Kawan jemaah saya beli rokok kat kedai ni berharga 800 Baisa. Baru RM8.80 sekotak. Air kotak 100 Baisa. Kat Malaysia masih ada lagi ke air kotak berharga RM1.10? Kat pasar NSK ada lagi rasanya. Itupun kena beli satu cart 24 kotak. Masih menunggu bila agaknya GST dikembalikan semula kepada rakyat seperti yang diwar-warkan. Buat masa ni harga barang makin naik ada la. Huhu.. Moga gaji juga naik setiap kali harga barang naik. Macam mimpi indah bunyinya. Hihi.. Nampaknya untung juga la jadi cikgu kat sini. Gaji sebulan RM13,200.00 dan harga air kotak RM1.10. Cukai dah tentu takde kat sini. Tapi saya tetap dengan prinsip hujan emas. Biarlah hujan batu sepanjang masa, asalkan hidup bahagia. Harap batu kecik yang jatuh. Jangan batu blok sudah. Moga bertahan hendaknya..

Harga RM8.80 sekotak. No GST. Hehe..
Jam 5.30 petang kami balik ke hotel. Wife saya dah bersiap untuk turun ke bawah. Dia ingat saya tak naik langsung. Saya hanya dapat tengok tilam yang empuk. Tak tidur juga akhirnya. Takpe, pengalaman ke hypermart tadi lebih berharga dari keempukan tilam ni. Hihi.. Saya mandi dan bersiap. Jam 6.00 petang kami turun ke lobi dan makan di cafe. Menu malam ni lagi sedap. Berselera sungguh saya makan. Hehe. Sementara semua jemaah masih ada di cafe, Ustaz Zool mintak saya bantu agihkan tiket flight ikut nama masing-masing. Selesai makan, jam 6.40 petang coaster dan teksi sampai di luar hotel. Selamat tinggal Hotel Ibis Muscat. Tilam empukmu menjadi kenanganku. Hehe..

Polish selipar dulu. Hahah..
Sedap betul makanan malam ni
Masing-masing dah dapat tiket flight
Mari menuju ke airport

@ MUSCAT INTERNATIONAL AIRPORT

Jam 6.45 petang coaster dan teksi meninggalkan Ibis Hotel Muscat menuju ke airport. Kami sampai di Muscat International Airport jam 7.10 malam. Kami terus ke kaunter check-in dan immigration clearance. Agak ramai juga orang yang beratur. Jam 7.45 malam barulah semua urusan selesai. Cuma departure gate kami berubah dari Gate 17 ke Gate 16. Ustaz Zool dah maklumkan pada semua jemaah. Takut ada yang dah sedia tunggu kat Gate 17. Huhu.. Ada dalam 45 minit masa untuk kami jalan-jalan meronda dalam kawasan duty-free. Kami cadang untuk habiskan duit Omani Riyal. Duit 14.00OMR dan untuk simpanan koleksi kami asing siap-siap. Ada sebab kenapa asing duit banyak tu. Masa datang haritu terbaca majalah jualan dalam flight. Memang teringin nak beli. Hehe.. Dah asing jadi tinggal sikit je lagi baki yang tinggal. Kami mencari kedai yang boleh kami gunakan semuanya. Akhirnya kami beli 2 air Costa Coffee yang harganya betul ngam-ngam dengan duit baki kami. Boleh la feel ala London bila minum Costa Coffee ni. Haha..

Bus Route: From Hotel Ibis Muscat to Muscat International Airport
Panjang juga barisan kat kaunter masuk
Setakat cuci mata je kat duty-free area
Layan air dari London dulu..

@ FLIGHT WY 0821 OMAN AIR

Selepas solat jamak, jam 8.40 malam kami bergerak ke Gate 16. Departure gate mula dibuka. Kemudian kami tunggu pula shuttle bus untuk bawa kami ke kapal terbang. Jam 9.10 malam baru kami dapat naik shuttle bus dan seterusnya beratur untuk naik flight WY 0821 Oman Air. Bantuan dari pakcik yang menyusun seat kami diperlukan ketika ini. Hehe.. Bila semua jemaah dah ada dalam flight, dengan pantas pakcik tu susun kedudukan seat kami. Akhirnya semua dapat duduk dengan family masing-masing kecuali yang bujang. Terbaiklah pakcik. Ustaz Zool dah tentu duduk sebelah saya. Hehe.. Dia dikira 'bujang' la sebab datang sorang. Jadi boleh la duduk mana-mana pun.

Boarding time @ Gate 16
Ceria nak balik Malaysia
Shuttle bus menuju ke kapal terbang
Gambar terakhir menjejaki bumi Oman
Selesanya 1st class. Cuma harga je yang kurang selesa. Huhu..
Oman Air amat selesa. Boleh naik lagi jika dapat tiket murah. Hehe..
Tepat jam 9.30 malam flight WY 0821 Oman Air mula bergerak ke landasan pelepasan utama. Alhamdulillah flight on-time. Letih nak menunggu kalau delay. Tapi jika naik Air Asia kena standby siap-siap sebab selalu delay. Tak pasti sama ada flight lambat sampai atau diorang tunggu sampai flight penuh. Pernah juga dengar orang bercerita, kalau flight tak penuh diorang set untuk gabungkan dengan bilangan penumpang flight berikutnya. Sebab tu selalu delay. Memang la untung pada diorang sebab dua flight jadi satu. Kalau trip santai mungkin takde masalah. Bayangkanlah kalau ada penumpang yang nak kena kejar masa untuk transit naik flight lain. Ada juga yang kejar untuk hadir mesyuarat penting dan ada juga yang dah bayar booking hotel dan sewa kereta. Tak ke naya dibuatnya. Huhu.. Satu lagi yang buat saya terfikir tentang isu delay ni. Harga tiket kan berbeza. Andaikata flight awal harganya mahal tapi penumpang bayar juga sebab nak kejar masa, tapi delay kena naik flight berikutnya yang harganya lebih murah. Tak boleh dapat refund ke atas beza harga tiket tu? Nanti bila saya kena situasi macam ni saya akan tanyakan. Suka-suka je bagi delay padahal penumpang ada urusan penting. Kalau penumpang terlambat sikit kemain diorang tak bagi masuk flight ye. Huh..

Flight mula bergerak untuk perlepasan
Alhamdulillah flight WY 0821 Oman Air berlepas dengan lancar. Seperti biasa, saya akan layan lagu sampai tertidur. Bila browse lagu punyalah banyak senarai artis. Malangnya dari beratus artis hanya 2 je yang saya kenal. Isyana Sarasvati artis Indonesia tu saya cuma pernah dengar 2 lagu dia je. Nampaknya dah takde option lain, terpaksalah dengar lagu dari sorang artis ni iaitu Maher Zain. Maka 'berMaher Zain' la saya sampai landing nanti. Huhu.. Sambil dengar dan tidur, aktiviti diselangi dengan beberapa kejutan dari wife saya sebab terlebih feel tidur. Hahah.. Itu sebab la saya kena duduk sebelah wife saya kalau naik flight yang jauh. Kadang-kadang flight 2 jam pun berbunyi juga kalau dah penat. Huhu.. Jam 11.15 malam waktu Oman saya dikejutkan lagi untuk makan. Disebabkan mengantuk saya makan juga la untuk alas perut. Lepas tu sambung balik layan lagu Maher Zain. Moga cepat sampai KLIA hendaknya. Wallahu 'alam..

Belum sempat tidur dah dapat snack
Macam makan dalam mimpi je sebab mengantuk. Huhu..
Maher Zain peneman flight kali ni. Hihi..

Sunday, 17 September 2017

JJCP Umrah Ziarah Oman: Day 14 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

TARIKH:
5 JANUARI 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ IBIS HOTEL MUSCAT
@ HALF-DAY TOUR MUSCAT
@ MUTRAH SOUQ


@ IBIS HOTEL MUSCAT

Jam 9.10 pagi kami tiba di Ibis Hotel Muscat. Ibis adalah antara hotel yang paling banyak jaringan di seluruh dunia dan harga bilik yang agak berpatutan. Masa saya travel ke Western Europe dulu banyak juga hotel Ibis yang kami stay. Ada 3 jenis hotel di Ibis iaitu Ibis Hotel, Ibis Styles dan Ibis Budget. Dah tentu kami cari yang budget dulu. Lagipun nak buat apa amik hotel yang mahal kalau sekadar nak tidur je. Biar bilik kecil janji ada katil dan tilam. Hehe.. Tapi kat sini Ibis Hotel Muscat dijadikan sebagai transit untuk penumpang Oman Air. Alhamdulillah..

Shuttle Bus Route: From Muscat International Airport to Ibis Hotel Muscat
Mak bergambar di depan hotel
Pemandangan di sekitar hotel
Selesai urusan check-in, kami makan dulu sebelum naik ke bilik. Menu makan di hotel Ibis memang simple. Tak perlu banyak jenis makanan asalkan sedap dimakan. Hihi.. Ustaz Zool minta kami semua berkumpul semula di lobi hotel jam 10.15 pagi. Jam 9.40 pagi kami naik ke bilik 312. Bilik amat bersih dan selesa. Tak boleh baring dulu, nanti tertidur. Hihi.. Kami mandi dan bersiap-siap. Barulah badan segar sikit nak berjalan cuci mata di bandar Muscat. Jam 10.00 pagi kami dah turun ke bawah menunggu jemaah yang lain. Jam 10.10 pagi bas sampai di luar hotel. Ada beberapa jemaah yang masih belum turun. Lamanya diorang ni bersiap. Huhu.. Akhirnya jam 10.30 pagi barulah semua ada dalam bas. Bas mula bergerak sambil tour guide kami menerangkan tentang aktiviti pada hari ini. Perjalanan mencari pengalaman di Muscat pun bermula..

Makanan yang simple tapi sedap
Cukup selesa bilik di hotel Ibis
Jom jalan-jalan di Muscat

@ HALF-DAY TOUR MUSCAT

Guide kami boleh berbahasa Inggeris tapi kadang-kadang susah juga nak faham. Omani English namanya. Haha.. Janji boleh faham sikit-sikit cukup la. Guide terangkan tentang ke mana lokasi yang akan kami lawati. Mula-mula cadangnya nak ke Sultan Qaboos Grand Mosque dulu. Tapi kami mintak pergi last sekali bila dah masuk waktu Zohor. Boleh solat jamak terus kat situ. Guide setuju untuk ubah itinerary. Guide juga maklumkan mungkin ada tempat yang kami tak boleh nak masuk, bergantung kepada keadaan. Tak kisah la, asalkan dapat melihat dari dalam bas dah cukup bagus. Saya yang sentiasa duduk depan dah tentu paling dekat dengan guide. Jadi saya amik peluang untuk bertanya macam-macam tentang Oman. Pertama sekali adalah tentang currency yang amat tinggi di sini. Macamana matawang Oman boleh tinggi sedangkan bandarnya takde pun bangunan pencakar langit. Bangunan tinggi tak semestinya negara tu kaya ye. Hihi.. Minyak adalah hasil utama negara Oman. Sultan Qaboos yang terkenal bijak mentadbir negaranya. Banyak perkara menarik tentang Oman yang baru saya tau. Walaupun Oman antara negara yang kurang pelancong datang melawat, tapi matawang mereka tetap kukuh dan antara yang tertinggi di dunia. 1.00OMR bersamaan dengan RM11.00.. Fuh, tingginya!. Pening kejap. Huhu..

Our tour guide
Rakyat Oman tak ramai, sekitar 4.5 juta je. Majoriti penduduk di sini beragama Islam. Orang luar pun ramai yang tinggal dan bekerja di sini. Saya tanya berapa gaji cikgu kat sini. Dia kata lebih kurang 1,200.00OMR sebulan. Biar betul gaji cikgu RM13,200.00 sebulan. Terus rasa macam nak posting mengajar kat sini. Hehe.. Oman adalah negara yang langsung takde cukai. Sebab tu harga kereta murah dan boleh dikatakan semua penduduk di sini mampu beli kereta. Kereta Proton kita juga dieksport ke sini. Harga Proton Gen 2 sekitar RM57,000.00. Amat murah jika dibandingkan dengan gaji cikgu tadi. Hihi.. Selain dari negara yang takde cukai, perubatan dan pendidikan juga percuma untuk rakyatnya. Yang menganggur dapat elaun yang ditanggung kerajaan selama 6 bulan hingga dapat kerja. Selain Jepun, Oman juga mempunyai kadar jenayah yang sedikit dan rakyatnya amat peramah. Hujan emas di negara orang. Huhu.. Tetap bersyukur menjadi rakyat Malaysia..

Layan pemandangan di bandar Muscat

@ MUTRAH SOUQ

Jam 11.10 pagi kami sampai di Mutrah Souq, antara pasar tertua di bumi Oman. Pelancong yang datang ke Muscat wajib singgah di Mutrah Souq. Macam-macam benda yang ada dijual kat sini. Guide bagi masa sampai jam 12.00 tengahari untuk kami jalan-jalan di Mutrah Souq. Sebelum meronda dalam Mutrah Souq, kami bergambar di tepi laut berlatarbelakangkan Pelabuhan Sultan Qaboos. Kat sini banyak kapal-kapal besar yang cantik. Agak-agak berapa la harga boat tour kat sini ye. Dalam Omani Riyal macam murah. Lepas convert terus tak jadi naik bot. Huhu..

Bus Route: From Ibis Hotel Muscat to Mutrah Souq
Kita amik gambar tepi laut dulu
Kami lintas jalan dan masuk ke dalam kedai pertama di Mutrah Souq yang menjual barang antik dan juga souvenir. Harga fridge magnet paling murah kat sini 1.00OMR (RM11.00). Kami cuma tukar 30.00OMR. Beli 2 dah tinggal 28.00OMR. Huhu.. Nampaknya kena jaga baik-baik fridge magnet Oman ni. Selalu anak-anak suka cabut kat peti ais. Pastikan jangan cabut yang Oman punya. Hihi.. Selain tu, kain sulam kat sini pun nampak menarik. Cuma harga je yang kurang menarik. Kenapalah tinggi sangat matawang Oman ni. Huhu..

Macam-macam benda ada kat dalam kedai ni
Ikut hati nak beli macam-macam tapi apakan daya. Setakat dapat tengok je lah. Nak beli pun kena fikir dua kali. Huhu.. Fridge magnet dah tentu benda wajib kena beli. Barulah bertambah warna warni pintu peti ais kat rumah. Nak survey kedai lain yang lebih murah takut tak sempat sebab tinggal 30 minit je kat sini. Kami teruskan berjalan di dalam pasar untuk melihat kedai yang lain. Banyak kedai yang menjual pakaian tradisional Oman. Untuk lelaki pakaian seperti jubah dipanggil dishdasha dan kain yang melilit kepala seperti serban dipanggil Muzzar. Untuk perempuan pulak lagilah banyak. Dishdasha, Waqaya, Sarwal, Lahaf dan juga aksesori yang dipakai bersama. Sekali pandang macam pakaian tradisional India. Saya berminat tengok songkok tinggi yang dipanggil kumma. Atas songkok tu boleh buat lekuk tajam di depan. Barulah nampak lain sikit bila dipakai masa raya nanti. Hehe.. Harga kumma bergantung kepada pembuatannya. Kalau hand-made dah tentu lebih mahal. Kedai pertama yang saya tanya, harga kumma 7.00OMR. Mak aii, mahalnya. Huhu.. Saya survey lagi kedai yang lain. Akhirnya dapat kumma yang berharga 2.00OMR je. Kira itu yang paling murah saya jumpa. Jadilah untuk kenangan di Oman..

Menyusuri kedai di dalam Mutrah Souq
Tinggal lagi 10 minit untuk berkumpul semula, kami singgah di satu kedai menjual air. Nak tau juga berapa harga air secawan kat sini. Takkan la 1.00OMR kot. Memang mahal sungguh kalau harga air sampai RM11.00. Huhu.. Tengok kat menu kedai, secawan cold drinks berharga 0.100OMR. Macam mana nak sebut tu? Nak dapatkan kepastian saya order dua air bandung dan bayar 1.00OMR. Pekerja kedai tu bagi balik baki kat saya 8 keping duit 100 Baisa. Barulah saya faham tentang nilai duit Oman. Rupanya duit Oman ada 3 nilai lepas titik perpuluhan. Macam duit sen kita kat sini namanya Baisa. Jadi kena tulis 1.000OMR instead of 1.00OMR. Maknanya harga air bandung yang kami beli tu hanya RM1.10 secawan. Ada juga benda yang murah kat Oman ni. Hihi.. Kami keluar dari Mutrah Souq dan berkumpul di tepi jalan. Guide dan beberapa jemaah dah sedia menunggu. Setelah semua dah ada, kami pun naik bas untuk ke destinasi seterusnya. 

Harga air kat sini. RM1.10 je secawan. Hihi..
Tu dia kumma berwarna pink menjadi pilihan. Hihi..
Dalam perjalanan saya bertanya pada guide tentang nilai matawang Oman. Duit kertas yang ada kat sini bermula dari 100 Baisa, 500 Baisa (1/2OMR), 1/5/10/20 dan paling tinggi 50.000OMR. Duit syiling pun ada digunakan dan paling rendah 5 Baisa (6 sen). Dah la ada 3 nilai lepas titik perpuluhan, ditambah dengan pecahan lagi. Kena pandai matematik kalau nak duduk kat Oman ni. Hihi.. Setiap kali travel saya akan simpan duit syiling dan kertas untuk disimpan dalam album. Setakat duit Indonesia, Thailand dan Vietnam boleh la nak simpan semua banknotes. Untuk Oman saya simpan duit kecik je. Tak dapat nak simpan semua banknotes yang ada. Tukar duit pun 30.000OMR je. Macam mana nak dapat banknote 50.000OMR? Hihi..

Banyak kawasan berbukit batu kat Muscat ni
Untuk destinasi berikutnya, kami akan dibawa ke kawasan pentadbiran kerajaan Oman. Kira macam Putrajaya la. Kami melalui jalan dalam yang berbukit dan sempit. Guide kata jalanraya ni adalah yang terawal dibina di Oman dan pernah menjadi jalan utama pada zaman dulu. Dari atas puncak jalan ni boleh nampak 2 kubu utama yang menghadap laut iaitu Al Mirani Fort dan Al Jalali Fort. Kedua-dua kubu ni mempunyai sejarahnya tersendiri. Walaupun sekarang dah tak beroperasi, namun tempat ni tidak dibuka untuk umum. Nak masuk kena apply permit kat pejabat kerajaan Oman. Mesti banyak misteri yang tersimpan dalam kubu ni. Takpelah, saya tengok dari jauh je. Hihi..

Dari jauh kelihatan Al Mirani Fort dan Al Jalali Fort
Jam 12.20 tengahari kami sampai di kawasan pentadbiran kerajaan Oman untuk melawat Al Alam Palace yang terletak berdekatan dengan kedua-dua fort tadi. Keadaan jalan yang amat lengang di sini membuatkan guide rasa macam ada sesuatu yang berlaku. Bas berhenti di tepi jalan dan guide keluar untuk bertanya pada guard yang menjaga jalan masuk. Bila guide masuk semula dalam bas, dia kata ada majlis besar sedang berlangsung di dalam kawasan ni dan orang awam tidak dibenarkan masuk. Patutlah jalan lengang. Ada orang besar nak lalu rupanya. Nampaknya takde rezeki kami untuk melawat Al Alam Palace dan kawasan sekitarnya.

Bus Route: From Mutrah Souq to Al Alam Place
Tanya dulu guard yang berkawal di jalan masuk
Masa masih banyak lagi tapi tinggal satu je destinasi yang kami nak pergi iaitu melawat Sultan Qaboos Grand Mosque. Kami mintak guide bawa kami jalan-jalan pusing bandar Muscat. Duduk dalam bas je, tak payah keluar. Kalau dah keluar kang susah nak kumpul masuk balik. Hihi.. Kalau la tau awal yang Al Alam Place tak boleh masuk, boleh kami stay lama kat Mutrah Souq tadi. Tak puas lagi berjalan tengok kedai kat situ. Huhu.. Tapi saya tak cakap pun kat guide. Takut ada jemaah yang tak berminat nak ke sana lagi. Pergi berkumpulan mestilah kena ada persetujuan bersama. Tak boleh buat keputusan sendiri. Semua bersetuju kami duduk dalam bas dan ronda sekitar bandar Muscat sebelum ke Sultan Qaboos Grand Mosque. Moga semua jemaah berpuas hati. Wallahu 'alam..

Incense Burner Monument di Al Riyam Park