Showing posts with label Persiapan Korea. Show all posts
Showing posts with label Persiapan Korea. Show all posts

Sunday, 14 June 2015

JJCP Korea: Persiapan Awal #6

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entah kenapa trip kali ni banyak sangat persiapannya. Mungkin kerana banyak trip yang dah pergi membuatkan saya lebih 'pandai' bercerita. Hehe.. Itulah, bila dah mula bercerita, memang susah nak berhenti. Share segala pengalaman yang ada. InsyaAllah dapat membantu sesiapa yang inginkan trip yang susah payah macam ni, especially bab persediaan sebelum pergi.

# Train tickets

Tiket train untuk balik ke Busan dari Seoul di hari terakhir saya belum booking lagi. Dah cuba book awal tapi hanya boleh buat sebulan sebelum tarikh travel. Silap saya jugak, kenapa tak beli sekali tiket flight ke Busan masa book hari tu. Bila bukak balik website Air Busan, harga tiket jadi 2 kali ganda dari yang saya beli. Uish, mahal sungguh. Tapi mungkin ada hikmahnya. Kebetulan tiket flight balik ke Malaysia waktu pagi, jadi malam sebelumnya bukan boleh buat apa-apa pun. Daripada book hotel di Busan semata-mata untuk tidur, baik tidur dalam train je. Sampai pepagi buta di Busan boleh terus ke airport. Ada beberapa jenis train yang boleh dibeli. Train yang paling laju ialah KTX. Laju means mahal le harga tiketnya. Huhu.. Option yang paling sesuai dengan kami adalah naik Mugunghwa Train. Mugunghwa adalah train terawal di Korea, dan paling lama sekali masa perjalanannya. Yang bestnya, paling murah dari semua train yang ada. Hehe..

Saya pilih train no. 1227 sebab waktu sampai paling lewat di Busan. Nice..
Last train untuk ke Busan waktu tu adalah jam 11.00 malam, tapi naik KTX. Waktu sampai Busan jam 1.36 pagi. Nak buat apa awal sangat sampai. Nanti kena tidur kat train station pulak. Huhu.. So saya pilih Mugunghwa train jam 10,50 malam. Sampai kat Busan jam 4.04 pagi. Ok lah tu, takyah tunggu lama kat Busan Station. Boleh terus ke airport.

Harga tiket lebih kurang macam tiket flight yang saya beli hari tu. Huhu..
Mugunghwa train ni slow sebab train dia agak 'season' dan banyak stop kat station. Tak kisahlah train tu lama, asalkan jangan rosak sudah. Kang tak balik Malaysia pulak kami ni. Huhu.. Ala-ala train senandung malam. Dah lama saya tak naik train kat Malaysia. LRT tu selalu la jugak. Maksud saya train jarak jauh. Last sekali masa time sekolah dulu, naik train guna waran dari Ipoh ke KL. Seronok rasanya naik beramai-ramai dengan kengkawan. Kenangan masa sekolah yang takkan dilupakan. Best!..

Selesai sudah urusan booking tiket train Mugunghwa dari Seoul ke Busan.
# Wifi Rental

Haa.. Ini yang paling penting ni. Walaupun ramai yang berkata banyak port free internet kat sana, tapi saya tetap akan sewa pocket wifi. Memang betul kat area bandar especially kat coffee shop dan hotel ada free internet, tapi tak semua tempat ada. Tambah pula kami ni jenis bergerak sentiasa. So, untuk mengelakkan berlakunya 'putus line internet', saya sewa siap-siap di Malaysia. Kat mana lagi kalau bukan Visondata di KLIA. Masa saya ke Jepun dulu memang amat membantu pocket wifi ni. Amat berpuas hati membuatkan saya akan sewa lagi kalau ke luar negara.

RM30/day @ Korea. Berbaloi la jugak..
Malas nak mencari free wifi kat setiap coffee shop, saya terus booking satu unit pocket wifi di Visondata. Disebabkan dah pernah sewa sebelum ni, maka tak menjadi masalah buat saya mengenai prosedur penyewaan pocket wifi ni. Mudah dan cepat servis dari Visondata ni. Saya book dari 7/12 hingga 15/12 (8 hari). Harap pocket wifi ni bagi kerjasama masa kami kat sana nanti, sama seperti di Jepun dulu.

Selesai sudah. I'm online everytime and everywhere @ Korea!..
# Korean Foods

Saya pernah sekali merasa makanan Korea. Tak ingat nama makanan tu sebab dah lama sangat. 5-6 tahun yang lalu kot? Huhu.. Pernah juga plan dengan wife nak merasa makanan Korea tapi tak menjadi. Sebelum pergi ni kena jugak merasa makan sekali, nak tengok camna penerimaan perut kami terhadap makanan Korea. Meragam atau tidak. Hehe.. Biasalah, perut selalu terima masakan lemak berkrim dan juga asam pedas. Takut perut terkejut bila terima Korean food ni.

Seoul Garden.. Time to taste Korean food!..
Seoul Garden. Dekat dengan rumah tapi tak pernah makan. Kali ni kena try juga. Buffet style, bayar ikut kepala dan makan la apa yang ada kat situ. Banyak jenis sos yang boleh dipilih. Saya try semuanya sikit-sikit. Daripada semua sos, rasanya satu je yang boleh diterima tekak. Huhu.. Apasal lain macam rasa sos Korea ni? Makanan mentah semua saya try, masak sendiri dan cuba rasa. Aduh, memang tak boleh 'masuk' la. Tapi nak buat camna, dah bayar mahal jugak tu. Layan jelah mana yang boleh masuk. Huhu.. Frankly speaking, saya boleh terima Japanese food berbanding Korean food. Takpe, makanan tetap makanan. Makan kerana nak bagi tenaga, biarpun tak sedap. Yang paling saya concern adalah penerimaan perut saya dengan makanan 'baru' ni. Accepted or rejected? Dalam masa beberapa jam nanti boleh tau. Hehe..

Dah bayar, pilih la apa saja yang terhidang..
Selang beberapa jam lepas melayan Seoul Garden, nampaknya takde effect kat perut kami. Kira accepted la tu. Hehe.. Tapi betul la, saya kurang meminati makanan Korea ni. Setakat makan mungkin boleh, tapi nak jadikan favourite food memang tidak le. Ok, lulus ujian makanan Korea walaupun markah atas pagar je. Hehe..

# Currency Exchange

Yea.. Main part. Sejak dari beli tiket flight saya sentiasa check currency. Tengok masa bila harga Won yang sesuai untuk ditukar. Takde lah beza banyak setiap minggu saya google. Akhirnya, seminggu sebelum kami bertolak barulah gi tukar duit. Kat mana lagi kalau bukan kat money changer sebelah eskalator @ MidValley. Pemandangan yang biasa, ramai betul orang beratur. Rate yang agak competitive di situ. Kalau tukar banyak memang berbaloi, sebab banyak bezanya. Setakat tukar sikit-sikit tu rasanya kat area rumah pun boleh. Tapi saya pun tak tukar banyak, cuma family suka berjalan. Alang-alang ke MidValley, boleh la tukar duit terus.

Memang biasa beratur panjang camni.
Agak crowded juga suasana kat situ. Ramai betul orang Malaysia ni nak gi bercuti ye? Mesti tukar juta-juta punya ni (rupiah). Hehe.. Terdengar juga orang yang beratur sekali berborak tentang trip mereka. Nak gi europe, pusing banyak negara.. Seronok mendengarnya walaupun curi-curi dengar. Hehe.. Biasalah, excited nak ke luar negara, especially first timer. Sama le, saya sendiri kalau nak ke luar negara rasa excited, walaupun ke Singapore je. Huhu.. Hampir 20 minit saya beratur, akhirnya sampai jugak di barisan depan.

Dah nak sampai giliran saya. Berapa nak tukar ni?
Sambil beratur tu saya tengok orang yang sedang mengira duit. Tak tau currency negara mana, tapi berkepuk jugak la. Huhu.. Tebalnya.. Banyak betul diorang tukar duit. Nak shopping apa agaknya ye? Kita ni siap berkira-kira lagi berapa nak bawak dengan duit yang tak sebanyak mana. Masing-masing punya duit, ikutlah nak bawak berapa banyak pun kan. Yang penting diorang tak mintak duit kat saya. Hehe.. Sampai juga turn saya tukar duit. Rate yang saya dapat untuk tukaran wang Korean Won adalah KRW1000 = RM3.165. Selama beberapa bulan ni tak banyak beza nilai Won. Mungkin standard rate yang saya dapat. Saya bundarkan kepada RM3.20 untuk mudahkan pengiraan dalam blog saya.

Bajet RM4,000 dapat KRW1,250,000. Cukup kot..
# Last touch-up

Selesai part yang penting untuk ke Korea. Tinggal nak prepare untuk diri sendiri je. Sambil jalan-jalan kat MidValley tu, sempat juga kami meronda mencari barang-barang terakhir sebelum ke sana. Manalah tau ada benda penting yang terlupa nak beli. Tapi rasanya dah complete. Barang untuk hadapi musim winter dah sedia ada masa trip sebelum ni. Masih boleh pakai lagi. Takyah nak membazir. Ada kawan saya kata tak best ke luar negara time winter. Tak banyak benda yang menarik dan pakaian pun sama je kalau amik gambar. Ye memang betul. Saya akui winter trip tak menarik seperti summer trip. Pemandangan nampak serba putih je sebab salji. Masa siang pun singkat. Pakaian pulak sama je setiap hari sebab takkan nak bawak jaket tebal 3-4 helai kan. Tapi pada saya ada kelebihannya kalau dibandingkan dengan negara kita. Bila lagi nak merasa cuaca sejuk? Nak merasa main salji? Nak merasa pemandangan yang serba putih? Apalah salahnya amik 10 hari dari 365 hari yang panas tu untuk melayan cuaca sejuk. Lagipun tiket flight time winter ni murah sikit sebab bukan tourist season. Pakaian sama? Apa masalahnya? Hehe..

Hujung tahun Daiso selalu jual barang winter. Murah..
Ada satu lagi kedai yang saya pernah pergi sebelum ni untuk beli winter pants. Kedai terletak di Jalan Loke Yew, KL. Cuma harganya agak mahal pada saya. Tapi ramai juga orang ke situ. Nama kedai tu Kok Kong Winter Shop. Kebanyakan barang kat kedai tu diambil dari China. Jenama pun banyak yang tak dikenali. Tapi sesuai untuk first timers yang nak ke luar negara pada musim salji dengan kewangan yang limited. Kalau duit banyak boleh pergi terus ke butik The North Face kat e-Curve Damansara. Hehe.. Ada lagi option barang winter yang murah, tapi kat luar negara la. Kat Malaysia jaket tebal bukan keperluan. Sebab tu harganya agak tinggi. Tapi kat luar negara, ianya menjadi keperluan ketika musim sejuk. So, harganya agak murah berbanding di sini. Boleh je pergi dari sini takyah bawak jaket tebal. Sampai sana terus cari sehelai. Tapi kalau turun airport dah sejuk menggila, dah tu tak jumpa pulak kedai jual barang winter, memang masalah jadinya. Kat airport dah tentu serba mahal walaupun dikatakan duty free. Paling murah beli kat luar airport. Satu lagi option yang termurah iaitu kedai bundle. Pandai cari memang boleh jumpa yang cantik-cantik, macam baru pun ada. Tapi biasalah, ada orang tak suka beli benda 2nd hand ni. Tepuk wallet tanya duit dalam tu. Hehe..

Kedai Kok Kong di Jalan Loke Yew. Banyak pilihan untuk winter wear..
# Korea Plaza @ Menara Hap Seng

Pencarian terakhir saya sebelum ke Korea adalah pergi ke Korea Plaza yang terletak di Menara Hap Seng. Kat situ macam-macam info tentang Korea boleh kita cari. Staff yang bertugas pun melayan dengan baik. Tujuan saya ke sana sebab nak cari satu lagi info tentang cara nak ke Ski Resort. Dalam website, saya terjumpa ada free shuttle dari Seoul untuk ke Ski Resort. Saya tak pasti adakah kena book dulu atau pergi terus ke station yang dinyatakan. Takut dah sampai kat station, driver bus tak bagi naik pulak sebab tak buat booking. Lagipun website tu dalam bahasa Korea. Camna nak faham? Huhu.. Staff tu bagitau saya kena ke sana dulu dan cuba buat booking dengan bantuan staff hotel tempat saya menginap tu. Boleh caya ke ni? Belasah je la.. Susah-susah naik public transport je. Jangan silap naik sampai masuk North Korea sudah. Hehe..

Korea Plaza @ Menara Hap Seng. Boleh dapat info yang banyak kat sini
Seminggu sebelum trip, saya hantar anak-anak pulang ke kampung. Suka betul diorang kalau dapat balik kampung. Sepupunya ramai yang melayan. Bagus juga untuk kami. Dapat la gi jalan-jalan setahun sekali tanpa bawa anak-anak. Hehe.. Ada kawan-kawan yang mengkritik kami ke luar negara tak bawak anak-anak. "Tak sayang anak ke?" Huish, sampai macam tu sekali orang berkata. 'Kawan' ke yang kata macam tu? Pada saya ia bukan soal sayang atau tidak. Adakah kes dera yang berlaku datangnya dari parents yang selalu tinggalkan anak-anak? Itulah, kadang-kadang yang mengkritik tu tak pernah pun bawak anak-anak berjalan. Melaka pun tak lepas, inikan pulak Singapore (bak kata wife saya. Hehe).. Sekurang-kurangnya kami pernah juga bawa anak-anak ke Singapore dan Indonesia. InsyaAllah, setakat SEA takde masalah. Dalam Malaysia rasanya banyak sangat dah tempat menarik yang kami bawa anak-anak. Maklumlah, family suka berjalan. Duit habis kat petrol dan tol je lah. Huhu.. Cuma kalau trip yang agak adventure rasanya tak sesuai nak bawa anak-anak. Biarlah, bukan manusia kalau tak mengkritik ni. Tengok dalam facebook pun cukup. Yang penting saya tak mintak satu sen pun duit diorang untuk ke luar negara. Sekian. Hehe..

Baik peluk anak dari peluk K-Pop. Hehe.. (Ihsan Google Images)
Selesai sudah pencarian info tentang Korea dan juga persediaan awal yang agak complicated. Huhu.. Yang tinggal hanya persediaan untuk diri sendiri. Apa yang nak dibawa dan dimana kaki nak berpijak. Main attraction dah sedia disusun, harap menjadi la trip ke Korea ni. Biar penat, asalkan puas hati dengan setiap Won yang digunakan. Kalau boleh jangan ada penyesalan bila balik ke Malaysia. Itu prinsip saya. Moga menjadi satu pengalaman baru yang terindah dan akan diingati sampai bila-bila. Persediaan trip sebelum ni takdelah rumit sangat seperti ke Korea ni. Google map adalah penyebab utama yang membuatkan saya berusaha mencari sebanyak info yang mungkin. Kalau la google map berfungsi dengan baik, senang je saya nak susun itinerary. Melalui 3-D views dah cukup untuk saya susun langkah perjalanan saya di sana. Penyebab kedua adalah mengenai kerjaya saya. Tahun 2014 banyak perkara yang penting perlu saya selesaikan. Pindah sekolah dan jawatan baru yang dipegang. Itu lebih penting. Tanpa kerjaya, mana mungkin saya dapat peluang nak ke luar negara. Wallahualam..

Ubat jangan lupa dibawa. Multivitamin kena makan sebulan sebelum trip..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Train Tickets   : RM183.00
  - Pocket Wifi      : RM240.00
  - Jumlah             : RM423.00

*Website yang membantu:

Korean Train

Pocket Wifi

Seoul Garden

Currency Converter

Kok Kong Winter Wear

Korea Tourism Organisation

Sunday, 7 June 2015

JJCP Korea: Persiapan Awal #5

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

# International Driving Permit (IDP)

Pertengahan bulan Oktober saya dah mula gelisah. Banyak yang tak selesai lagi ni. Kerja sekolah makin banyak bila nak hujung tahun. Huhu.. Baru teringat tentang permit memandu yang tak buat lagi. Cadang di Jeju Island nanti nak sewa kereta je sebab kami hanya ada masa sehari setengah nak habiskan masa kat situ. Car rental is the best option. Saya cari la website yang popular berkenaan sewa kereta di Jeju Island. Saya berminat dengan satu company ni, KT Kumho Rent-A-Car. Macam familiar je namanya. Kumho tu yang saya tau jenama tayar. Hehe.. Tengok website pun macam established je. Sebelum saya book kereta, saya check dulu requirement untuk memandu di sana. Agak confuse, adakah kena buat IDP atau hanya buat translation letter seperti sebelum ni? Saya rasa baik buat translation letter dulu, sebab kosnya cuma RM10.00 je. Hihi..

Translation letter siap.. Sama macam pegi Australia dan UK dulu..
Saya rasa tak berapa yakin boleh atau tak dengan hanya menggunakan translation letter ni. Daripada info yang saya dapat, semuanya bagitau kena ada IDP. So, saya pun cari e-mail customer service company tu dan buat enquiry. Saya attachkan sekali lesen memandu dan juga translation letter tu. Tanya betul-betul sampai dapat kepastian. Harap officer tu balas la secepat mungkin. Agak pantas jugak dia reply.. Ini balasan email dari dia:

Walaupun tak berapa jelas, tapi yang nyata saya kena apply IDP jugak.. RM150 tuu.. Huhu
Dah puas hati dengan jawapan customer service agent, saya ke JPJ semula untuk buat IDP. Bawak gambar sekeping dengan duit RM150 untuk dapatkan IDP yang valid setahun. Kalau la ada option ikut hari kan best. Mesti murah sikit. Huhu.. Dah la sewa kereta kali ni paling singkat, sehari setengah je. Nak buat camna, setahun pun setahun laa.. Tunggu dalam 30 minit nama pun dipanggil. Siap sudah IDP yang pertama kali dalam hidupku..

Ingat IDP ni macam kad lesen yang lama. Rupanya boleh lipat 3. Huhu..
# Car Rental

Dah ada IDP, saya pun book kereta. Sebelum book, lebih baik register dulu sebab akan dapat banyak diskaun. Up to 70% discount given. Macam tak percaya kan? Register je la, bukan kena bayar pun. Hehe.. Dalam email saya ada nyatakan nak GPS in English. Malangnya dah takde stock. Itulah, siapa suruh book lambat. Kan dah susah nak navigate. Takpe, saya ada cara yang agak pelik tapi mungkin boleh membantu masalah GPS in Korea ni. InsyaAllah..

Kita register dulu.. Demi diskaun 70%.. Hihihi
Cer kira nilai diskaun kat situ.. 70% tuu..
Double check. Ada tak booking dalam reservation list..
Ok, dah selamat booking kereta with 70% discount. Yeay!.. Saya amik cover CDW bernilai KRW19,200.00. Sebenarnya dari dulu lagi saya tak berapa faham tentang insurance coverage ni. Dah baca pun tak faham. Mungkin orang insurance saja buat customer tak faham kot, supaya senang nak elak bayar claim. Hihi.. Nak selamat, saya pilih la option CDW tu untuk standby kalau terjadi apa-apa kat sana. Rasa takut pun ada juga sebab Korea left-hand drive. First time nak bawak ni. Mesti masa bawak nanti tangan kiri asyik nak tarik handbrake je kan. Hihi..

# Pamphlet study

Bulan SPM sudah bermula.. Kena bangun super awal dan balik super lewat. Kawan-kawan lain yang tak bertugas seronok je tengah bermalas-malasan di rumah. Hehe.. Maka ia juga bulan terakhir untuk saya prepare tentang trip ke Korea. Exam bukannya tetiap hari. So, hari yang takde exam tu memang saya all out planning the itinerary. Tiba-tiba rasa macam bersemangat nak mencari. Last minit punya pasal. Hihi.. Segala pamphlet dan buku yang saya amik kat Matta Fair saya study satu persatu. Baca jangan tak baca!.. Hehe..

Satu paper bag berjaya dirembat @ Matta Fair. Hehe..
# Local Korean

Saya mencari maklumat tentang rakyat Korea, bagaimana penerimaan diorang terhadap tourists di sana. Berjiran dengan Jepun, harap-harap attitude pun sama la macam orang Jepun. Daripada forum yang saya baca, boleh dibuat kesimpulan bahawa orang Korea berbeza dengan orang Jepun. Korea agak berdisiplin, but nothing can beat Japan. Majoriti rakyatnya tak tahu berbahasa inggeris. Di Jepun pun sama, cuma mereka berusaha jugak nak membantu walau tak faham. Skill bahasa insyarat je lah. Hehe.. Crime rate agak rendah, tapi tetap takleh lawan dengan Jepun. Bila lihat sejarah Korea, rupanya diorang pernah dijajah oleh Jepun juga, sama seperti Tanah Melayu. Sejak 1910 mereka dijajah Jepun sehinggalah mencapai kemerdekaan pada 1945. Ganas Jepun ni zaman dulu-dulu ye.. Tapi ia jugak antara negara yang paling maju di dunia. Cukupla info tentang rakyat Korea. Apa lagi yang popular di Korea kalau bukan K-Pop dan Korean Series.. Sampaikan awek Malaysia pun sanggup kena peluk dengan artis K-Pop.. Huhu.. Obsess sangat tu..

Peluk mak ayah sudah le.. Aduyai.. (Ihsan Google Images)
# Halal Foods

Masa kat Matta Fair, ada satu buku berkenaan halal foods in Korea. Very informative. Restoran disusun mengikut daerah di Korea, senang nak refer. Lokasi masjid pun ada sekali. Kebanyakan restoran adalah dari middle-east. Apa lagi, beriyani, kebab dan seangkatan dengannya la. Tak kisah la, janji bole makan. Harga pun agak mahal juga. Biasalah, rare food. Hehe.. Saya pun susun la mana-mana lokasi restoran halal yang ada dalam route perjalanan kami. Tapi agak malang bila kebanyakan restoran tak termasuk dalam perjalanan kami. Semuanya jauh-jauh belaka. Saya cari info tambahan. Banyak blog tentang Korea menceritakan tentang satu makanan yang boleh kita makan di sana, iaitu squid@shrimp burger di Lotteria. Bila saya check, memang belambak restoran Lotteria di sana. Ok, boleh la makan bila betul-betul lapar dan takde option yang lain.

Buku panduan yang berguna.. Kipidap!. Hehe..
Waktu solat di sana pun dah save. Alhamdulillah
# Hotels

Lagi sebulan barulah nak mencari hotel. Huhu.. Bukan apa, selagi tak siap itinerary, camna nak setting tempat bermalam. Google map punya pasal la ni, takleh nak 3d view. Hihi.. Daripada itinerary awal, Saya cuba dapatkan hotel yang berdekatan dengan kawasan untuk dilawati. Easy access. Yang paling penting biar dekat dengan subway station. Mudah nak berjalan. Baru saya perasan, kali ni first time saya book hotel menggunakan booking.com untuk hotel di luar negara. Kalau di Malaysia memang selalu guna booking.com atau agoda.com. Yang terbaru ni pun ok juga, trivago.com. Ada kisah di sebalik booking hotel ni. Harap dapat dijadikan iktibar. Huhu..

Selalulah booking melalui well-known website
Pernah dengar website easytobook.com? Ok, ceritanya macam ni. Masa browsing tu biasalah mesti akan ada pop-up windows bila harga bilik dinyatakan. Katanya ada lagi website yang offer bilik yang lagi murah. Selalunya saya tak berapa berminat nak layan pop-up windows ni. Tapi kali ni agak menarik sebab harga yang ditawarkan memang murah dari yang saya pilih melalui booking.com. Saya pun teruja untuk klik pop-up windows tu. Yea, memang betul easytobook.com offer lagi murah dari booking.com untuk hotel yang sama. Tanpa fikir panjang, saya proceed dengan pembayaran via credit card. Part ni yang best ni.. Last sekali bila dah selesai buat payment, tetiba keluar windows mengatakan bilik yang saya book tu unavailable. WTF? Payment dah buat tapi bilik takde..Terus saya check dengan bank, memang betul saya dah buat payment, tak boleh nak tarik balik. Option yang ada, saya kena contact customer care easytobook.com untuk dapatkan refund.

Email yang saya hantar kat easytobook.com. Nampak tak ayat marah kat situ? Hihihi..
Balasan email saya. Katanya akan refund semula.
Kalau tengok pada room rate tu takde lah mahal sangat. Nasib baik la saya book bilik murah. Tapi tetap duit jugak kan. Kes naya dah ni. Saya terus cari forum berkenaan easytobook.com ni. Boleh dikatakan daripada 10 komen, 8 orang mengatakan yang diorang dah kena tipu. Huhu.. Itulah, saya pun tak fikir panjang. Main book je tanpa check dulu. Moral of the story, kalau nak book online tu pastikan company yang well-known seperti booking.com, agoda.com dan trivago.com. Walaupun mungkin kena tipu jugak, tapi company yang besar ni selalu ada branch kat Malaysia. Senang nak pegi serang. Hehe.. So, saya mengharapkan easytobook.com refund balik duit saya. Tawakal je lah..

Easy to book or easy to cheat? Huhu.. (Ihsan Google Images)
Takut ianya berlaku lagi, saya booking melalui booking.com. InsyaAllah selamat la hendaknya. Selesai semua hal booking hotel dari hari pertama sehingga malam kedua terakhir. Malam last tidur kat dalam train. Hehe.. Tiket train belum booking lagi sebab belum cukup sebulan sebelum tarikh. Awal bulan November nanti saya akan pastikan menjadi orang pertama yang book. Hihihi.. Setakat ni semuanya berjalan dengan lancar kecuali kes easytobook.com tu.

Travel Insurance

Sebagai seorang penjawat awam, saya boleh buat insurans melalui kementerian. Sama seperti trip sebelum ni, saya apply je la sebab free. Tentang claim tu tak tau cepat atau tak sebab tak pernah buat lagi. Alhamdulillah perjalanan sebelum ni selamat semuanya. Walaupun free, ada jugak limitation dia. Hanya boleh apply sekali dalam masa setahun, walaupun takde buat claim. Huhu.. Entah betul ke tak, saya cuba dapatkan confirmation dari PK saya sebab dia selalu gi oversea. Dia kata memang betul pun. Apply insurance untuk negara yang paling jauh kita nak travel dalam setahun. Uish.. Abis tu camna pulak kalau selalu kena kerja kat overseas? Bukan boleh tau pun negara mana nak pergi. Camna pulak kalau selalu masuk Singapore? Selalunya plan ad-hoc je gi Singapore ni. Hehe.. Pandai-pandai le. Tapi permohonan ke luar negara mesti kena buat. Insurance je cover sekali dalam setahun. Huhu.. Ikut je lah. Yang penting merasa buat insurance free..

Surat kelulusan ke luar negara bagi penjawat awam.
Disebabkan wife saya takde coverage dari company, maka dia pun apply insurance dari Air Asia. Saya pun apply le sekali. Tak mahal pun, dalam RM68 untuk dua orang. Dah termasuk dalam harga tiket flight hari tu. Penting sebenarnya amik insurance untuk ke luar negara. Kita bukan tau pun apa yang bakal terjadi masa kat sana, betul tak? At least bila ada coverage ni senang hati le sikit bila berjalan. Hehe.. Mintak yang baik-baik je. InsyaAllah selamat sepanjang perjalanan. Kalau nak jadi jugak tak boleh nak buat apa-apa. Itu semua kehendakNya. Wallahualam..

Insurans takaful untuk penjawat awam. Ingat, sekali setahun je dapat free. Huhu..
Alang-alang wife amik, saya pun ikut je lah..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Translation letter     : RM 10.00
  - IDP                            : RM150.00
  - Car Rental                : RM213.10
  - Jumlah                      : RM373.10

*Website yang membantu:

KT Kumho Rent A Car

booking.com

agoda.com

trivago

easytobook.com

JJCP Korea: Persiapan Awal #4

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya cuba mencari kelainan untuk trip kali ni. Misi utama adalah tentang salji. Masa kat UK cuma merasa ais yang mengeras kat cermin kereta. Kat Jepun pulak merasa masa kat Mt. Fuji. Itupun cuma pegang kat tanah je. Huhu.. Teringin rasanya nak melihat depan mata salji yang turun dari langit. Camna rupanya ye? Lagi satu, saya teringin nak merasa main ski. Hehe.. Mungkin ada peluang, sebab tarikh pergi bulan Disember. Salji tengah turun kot masa tu. So, pencarian secara menyeluruh pun bermula..

Betul ke bentuk salji camni? (Ihsan Google Images)
# Matta Fair @ PWTC

Pada 5 September 2014 saya pergi ke Matta Fair di PWTC. Lepas solat jumaat saya terus ke sana. Wife saya akan join sekali lepas habis waktu kerja. Office dia depan PWTC tu je. Tujuan saya ke sana bukannya nak cari travel deals, tapi nak cari seberapa banyak info tentang Korea. Semua pamphlet dan buku yang ada saya amik untuk buat rujukan. Saya mencari jugak kalau ada package deal hotel dan tour seperti Jepun dulu. Tapi nampak macam tak menarik pulak. Tengah berjalan melihat booth yang belambak kat situ, tetiba ada satu couple ni tegur saya. Terkejut saya. Ingatkan ex-students saya. Rupanya pembaca blog saya. Dia siap tanya betul ke sebab tengok gambar dalam blog macam orang yang sama je. Hehe.. Betul la tu.. Tak sangka ada orang tegur kerana membaca blog saya. Thanks for reading my blog!. Hehe.. Tak sempat nak bergambar dengan couple tu. Diorang pun tengah mencari info untuk trip hujung tahun. Good luck and nice to meet you!..

Tq Dania n wife sebab tegur saya..
# Weather Forecast

Website tentang weather forecast yang paling reliable pada saya ialah Accuweather.com. Taip je tarikh dan lokasi, terus keluar semua info tentang cuaca waktu tu. Kalau tarikh agak lama lagi, info yang diberi cuma secara general je. Cukuplah setakat nak dapatkan gambaran awal cuaca masa pergi nanti. Nama pun forecast kan.. Belum tentu betul. Bila check saya dapati takde pun info tentang salji dah turun waktu kami sampai nanti. Huhu.. Takpe, tunggu hari-hari terakhir sebelum pergi nanti check lagi. Baru lah dapat info yang lebih detail. Siap update per hour lagi. Kali ni tak nak terkena macam kat Jepun dulu. Forecast bagitau temperature 8oC. Kami pun tak bawak la longjohn sebab setakat 8oC rasanya boleh tahan lagi sejuknya. Masa kejadian, betul-betul punya sejuk. Siap berangin lagi. Terasa sampai ke tulang!.. Huhu.. Menyesal tak sudah.. Kali ni takkan la nak bagi pisang berbuah dua kali pulak kan?

Info awal tentang cuaca di Korea dah ada. Susun ikut itinerary..

# Domestic Flight Tickets

Masa di Matta Fair, sempat juga bertanya tentang cara nak ke Jeju Island. Staf di situ bagitau jangan naik feri sebab makan masa yang lama. Separuh hari duduk atas feri je. Huhu.. Harga tiket pun bukannya murah sangat. Kalau bernasib baik, boleh dapat tiket flight lagi murah dari tiket feri. Flight duration pun cuma sejam je. Dah la trip kami ni agak singkat, takkan nak buang masa dalam feri je. Lagipun saya ada terbaca tentang feri karam kat sana pada 16 April haritu. Hampir 300 orang mati, majoriti budak sekolah yang pergi rombongan. Feri dari Incheon menuju ke Jeju Island. Risau jugak nak naik feri. Tapi kalau dah takde option paling murah nak buat camna. Ikut pada cerita KKKK, Wak Doyok and the gang naik feri untuk ke Jeju Island. Diorang takpe la. Nama pun reality show, banyak aktiviti boleh dibuat atas feri tu. Kami ni cuma reality life je. Lagi cepat lagi banyak tempat boleh pergi. Hehe..

MV Sewol Ferry drowned.. (Ihsan Google Images)
Awal pagi, lepas wife dah pergi kerja dan anak-anak masih tidur lagi, saya mula google mencari tiket yang paling murah dari Busan ke Jeju Island. Agak susah nak cari info tentang tiket feri sebab website dalam bahasa Korea. Huhu.. Cari dalam forum, akhirnya ada yang bagitau harga tiket feri KRW48,000 sehala untuk seorang. Saya cuba compare dengan tiket flight. Ada beberapa flight company yang terbang ke Jeju Island. Daripada semua flight, Air Busan offer harga tiket yang betul-betul murah!. Terkejut jugak saya. Mula-mula rasa macam tak percaya. Bila cuba buat banyak kali tetap harga yang sama. Apa lagi, terus booking le. Lambat kang naik pulak harga tiket tu. Saya book 2 tiket flight dari Busan ke Jeju dan dari Jeju ke Seoul. Nice.. Dapat diskaun yang agak melampau banyaknya. Hehe.. First time naik flight selain MAS dan Air Asia..

Untuk 2 orang cuma KRW59,000.00. Terbaiklah!..
Dari Jeju ke Seoul murah sikit. Hehe..
Ada satu kisah benar tentang tiket flight yang saya nak kongsi. Ada sorang kawan saya ni first time nak merasa naik flight. Flight domestik je. Dia beli tiket kat Matta Fair sebab tak berani nak beli sendiri thru online. Staf di booth tolong belikan. Dia kena bayar RM140 untuk tiket flight sehala. The best part is, dia nak bayar guna kad kredit. Tapi staf tu kata kalau guna kad cuma boleh bayar RM90, lagi RM50 kena bayar cash. Haaa, nampak tak permainan staf tu? Apakah maksudnya? RM50 tu masuk poket dia laa.. Huhu.. Upah tolong online je tu.. Itu lah, disebabkan first time beli tiket flight, nak buat camna. So, lepas ni tak payah la beli kat kaunter @ guna orang lain. Mintak tolong kawan lagi bagus. Harap kawan pun tak amik upah la ye. Huhu.. Lepas la duit makan staf tu untuk sehari dua. Hanya dengan beberapa klik je dapat RM50. Line internet pun company yang bayar. Hihihi.. Moral of the story, kalau setakat nak beli tiket je, baik online sendiri. Beli kat kaunter hanya untuk package je.

Banyak deals yang menarik di Matta Fair.. (Ihsan Google Images)
# South Korean Map

Yang ni agak susah sikit. Trip sebelum ni saya refer google map untuk lihat kedudukan dan jarak perjalanan. Juga refer pada gambar yang ada di 3d street view untuk hafal landmarks. Malangnya untuk map Korea agak limited. Hanya jalan utama je boleh view. Huhu.. Susah le macam ni. Banyak jalan yang ingin dilalui tak boleh nak view. Kena main agak-agak je lah. Saya mencari option lain tapi tak berjumpa. Yang ada cuma interactive map, tak membantu sangat. Ia menambahkan lagi adventure kami di sana nanti. Hehe.. Dari info yang saya dapat, orang Korea majoriti tak tau berbahasa inggeris. Susah pulak bila nak bertanya arah nanti. Option terakhir adalah saya locate semua information centre yang ada. At least diorang mesti tau speaking sebab dah tentu tourists yang datang bertanya kat information centre. Ok, problem solved..

Option lain selain dari Google Map.. Tak membantu sangat, tapi boleh la sebagai rujukan tambahan..
# Public Transport

Di luar negara, pilihan yang paling baik adalah naik subway train. Bas pun ok juga, cuma kena pastikan betul-betul kat mana nak turun. Kalau subway kita boleh tau station mana yang kita nak turun. Siap bagi announcement lagi. Terlepas station pun takpe, boleh turun next station dan naik balik subway arah bertentangan. Dah pakar dah bab terlepas train ni. Hehe.. Naik bas kena la alert sikit. Di Busan dan Seoul ada metro@subway. Tapi di Jeju takde. Di Jeju kena naik bas (limited), teksi (mahal) atau sewa kereta (pilihan terbaik). Ada satu app yang boleh digunakan untuk metro@ subway di Busan dan Seoul. Saya terus download app "Jihachul" yang mana fungsinya sama seperti "Hyperdia" untuk di Jepun. Ada beberapa option untuk tiket train di Korea. Yang paling famous adalah TMoney card. Antara option yang lain adalah MPass dan Cash Bee card, yang berfungsi sama macam kad Touch n Go kita. Ada juga tiket untuk 1-day unlimited ride. Nak beli single tiket pun boleh, cuma kalau guna card dapat la diskaun sikit. Pening lagi sekali. Huhu.. Akhirnya saya decide untuk beli masa di sana nanti. Mana tau boleh tanya orang di sana ke. Mudah sikit.

Jangan lupa download app ni kalau ke Korea..
Tak tau kenapa, saya masih blur lagi tentang nak menyiapkan itinerary Korea ni. Tak tau dari mana nak ke mana. Kalau trip sebelum ni rasa macam smooth je. Mungkin kerana google map tak membantu kot? Huhu.. But seriously, google map is the main source of information. Banyak info dan lokasi yang saya refer guna google map. Dan website yang paling banyak membantu saya adalah web official for visiting Korea. Banyak info yang saya dapat dari website tu. Alhamdulillah.. Masa sudah semakin suntuk. Banyak benda tak selesai lagi ni. Ditambah dengan peperiksaan SPM yang bakal menjelang tiba. Akhirnya kena tunggu last minute jugak untuk selesaikan rancangan ke Korea ni. Huhu.. Harap berjaya. Wallahualam..

Time is limited.. Stop wasting it..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Flight tickets : RM374.40
  - Jumlah          : RM374.40


*Website yang membantu:

Weather Forecast

JJCP Korea: Persiapan Awal #3

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hampir sebulan jugak saya cuba menyesuaikan diri di sekolah baru. Banyak kerja yang perlu dibuat. Yang lecehnya bila masuk tengah tahun ni kita kena sambung keja orang lain. Dapat pulak jenis yang tak buat keja, memang banyak la benda yang nak diselesaikan. Huhu.. Dah tu kena ajar Form 5 pulak. Syllabus kena cepat habiskan. InsyaAllah, berkat pengalaman mengajar yang dah hampir masuk tahun ke-10 ni, boleh la selesaikan apa yang utama dulu. Dalam masa sebulan ni memang tak mencari langsung info tentang Korea. Masuk bulan kedua di sekolah, Ramadhan pun tiba..

Bulan yang paling ditunggu dalam setahun.. (Ihsan Google Images)
Sepanjang bulan Ramadhan, saya ada jugak curi masa google info tentang Korea. Tapi hanya sepintas lalu je. Takut terjebak bila fokus berlebihan. Kang tak sedar dah masuk waktu sahur. Langsung tak tidur. Memang kurang produktif le kat sekolah nanti. Jadi macam cerita P. Ramlee: "Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu... tido!". Haha.. Buat naya je.. Dapat jugaklah beberapa info tentang tempat-tempat menarik di Busan, Jeju dan Seoul. Kena tau jugak kat mana lokasi tempat tu, senang nak plan route yang sesuai. Musim winter waktu siang singkat. Takut ada tempat yang tutup awal. Kena setting baik-baik. Time is gold..

Cenggini la jadinya kalau tak tidur malam.. (Ihsan Google Images)
Pada 17 Julai 2014, sekali lagi negara dikejutkan dengan kejadian flight MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah terhempas di Ukraine. Kisah MH370 masih tak tahu lagi apa punca sebenarnya. Tapi kisah MH17 ni sah-sah dari perbuatan manusia yang ada otak. Tak logik langsung bila diorang tembak commercial flights. Tak dapat bayangkan bagaimana keadaan di dalam flight masa kejadian tu berlaku. Huhu.. Itu adalah laluan biasa untuk commercial flights ke Europe. Maknanya saya pernah melalui route yang sama masa ke London dulu. Bila dah berlaku pihak Russia dan Ukraine masing-masing tak nak mengaku. Huhu.. Sebab yang terhempas tu flight Malaysia. Kalau flight US yang terhempas agak-agak camna ye respond diorang? Terus perang kot?.. Macam-macam andaian dari orang ramai tentang punca kejadian ni. Sama je macam kes MH370, cuma tak berapa banyak la andaian sebab dah jumpa MH17 ni. Yang tak tahan tu bila ada orang kaitkan MH17 ni ada sangkut paut dengan kes MH370 dulu. Aduh laa.. Terlalu ramai warrior kat alam maya nih. Hehe.. Takziah diucapkan kepada waris keluarga yang terlibat dalam kejadian MH17. Amat sedih bila mengenangkannya, especially mangsa sekeluarga yang pulang ke tanahair kerana nak beraya.. Al-Fatihah..

Mengenang MH17.. (Ihsan Google Images)
Ramai yang beri komen agak negatif dalam media. Malaysia Airlines kena kutuk dengan rakyat sendiri. Saya ada terbaca komen dari sorang warga Australia yang merasa sedih dengan sikap rakyat Malaysia yang menyalahkan MAS. Siapa lagi yang nak support Malaysia Airlines kalau bukan rakyat Malaysia sendiri? MAS telah membawa warna Malaysia ke seluruh dunia. Walaupun 2 kejadian yang besar telah menimpa MAS dalam masa setahun, tapi saya tetap support dan akan naik MAS jika ada peluang. Itu pun kalau dapat tiket murah le. Huhu.. MAS pernah dapat anugerah 'The World's Best Cabin Staff''. Boleh mintak aiskrim magnum banyak kali tau masa saya pergi London dulu. Hehe..

MH is Malaysian Hospitality.. Err, cheap ticket please.. Hehe
Hari Raya menjelma.. Memang langsung tak mencari info le.. Huhu.. Bukak sekolah banyak benda lagi nak diselesaikan. Nak habiskan syllabus, pastu trial exam, ditambah dengan hal ketua pengawas lagi.. Akhirnya masa cuti penggal kedua pada pertengahan bulan September baru saya mencari info banyak-banyak pasal Korea. Cuti seminggu saya habiskan banyak masa kat depan komputer. Time to prepare the itinerary!.. Harap menariklah hendaknya itinerary yang bakal saya hasilkan. Wallahualam..

Saturday, 6 June 2015

JJCP Korea: Persiapan Awal #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tiket flight dah book. Jadi dah boleh la nak cari seberapa banyak info tentang Korea. Tidak seperti yang diharapkan, flight akan mendarat di Busan. Ingat nak ke Seoul tapi tiket agak mahal masa booking hari tu. But, as long as Busan is still in Korea, why not jadikan trip ni adventure sikit? Hehe.. Memang suka sangat buat kerja camtu. Saya check kat google map, try to plan our journey. Hmm.. saya dah nampak satu idea yang agak bernas. My wife ajak tengok satu cerita tentang journey di Korea. Cerita bertajuk 'Ke Korea Ke Kita' (KKKK) bersama Wak Doyok dan Myo di TV9. Bukan cerita cinta jiwang karat, tapi reality show yang bersiri. Cerita dah lama tayang kat TV9, so tengok kat Mr. Youtube jelah. Baru tengok intro dah gelak. Hehe.. Sambil gelak tu banyak jugak idea yang saya dapat untuk susun itinerary saya.

Dah lama tak gelak depan komputer. Hehe.. (Ihsan Google Images)
Lama jugak masa yang diambil untuk melayan cerita tu. Takkan nak layan semua episod dalam sehari? Kalau saya surirumah boleh la. Itupun kalau anak-anak tak meragam. Huhu.. Kena pastikan kerja saya di sekolah siap dulu baru curi masa sikit untuk cari maklumat tentang Korea. Utamakan yang utama.. Baru beberapa episod melayan cerita tu, negara dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 pada 8 Mac 2014. Flight dari Kuala Lumpur ke Beijing. Huhu.. Terus saya stop kejap dari mencari maklumat sebab nak tengok perkembangan MH370. Sesungguhnya peritiwa itu amat menyedihkan lebih-lebih lagi kepada ahli keluarga mangsa. Kepada yang selalu naik flight, tak kira atas urusan kerja ataupun bercuti, sudah tentu terasa juga. Bagaimana jika anda adalah salah seorang penumpang di dalam pesawat MH370? Atau ia mungkin juga terjadi pada flight lain yang bakal anda naiki? Seperti biasa, dalam facebook macam-macam teori yang keluar. Konspirasi, terhempas, hijack, politik, Bermuda Triangle, semua kononnya ada kaitan. Tapi realitinya pesawat MH370 masih belum dapat dikesan. Kehilangannya amat misteri. Sedih sangat. Huhu..

Kehilangannya satu misteri.. (Ihsan Google Images)
Lepas kejadian tu mulalah keluar ayat-ayat yang tak berapa logik untuk diterima dek akal. "Lepas ni aku dah taknak naik flight dah".. "Nasib baik la aku tak pernah naik flight".. "Mesti dalam flight tu ada yang buat perkara tak senonoh, sebab tu hilang".. Huhu.. Apa daa.. Kadang-kadang orang macam ni bercakap tanpa berfikir panjang. Mungkin ada di antara kawan baik kita yang selalu travel naik flight atas urusan kerja. Terasa la kawan tu.. Pada saya itu adalah ketentuan yang maha Esa. Kita tak boleh nak elak kalau ianya terjadi kat kita. Saya rasa kemalangan maut di darat lagi banyak dari udara. Even tengah tengok tv cerita KKKK pun boleh jadi kalau dah ditentukan olehNya. Mati sebab gelak melampau. Huhu.. Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Harap perjalanan kita semua dibawah lindunganNya, insyaAllah.. Agak lama kejadian ini menjadi bualan hangat di media. Selagi pesawat tak jumpa, selagi itulah pencarian diteruskan. Moga satu hari nanti MH370 akan dapat dikesan. Pihak yang bertanggungjawab sedang bertungkus lumus dalam proses pencarian. Rakyat menunggu dengan penuh harapan. Sampaikan sorang wartawan Astro Awani (tak ingat nama dia) tersilap sebut MH307. Berulang kali pulak tu. Jelas menunjukkan dia begitu sibuk menjalankan tugas sampai tak sedar dia tersilap sebut nama flight. Huhu..

We miss you MH370. Please come back!.. (Ihsan Google Images)
Sambil menanti perkembangan terbaru MH370, saya teruskan mencari info tentang Korea. Cerita reality show KKKK dah khatam. Ntah apa-apa ntah games yang diorang buat. Merepek je, tapi memang kelakar lah. Hehe.. Yang penting, banyak info yang saya dapat dari cerita tu. Terbaiklah!.. Daripada maklumat yang dah dikumpul, saya susun itinerary secara kasar:

Day 1: Busan
Day 2: Busan + Jeju Island
Day 3: Jeju Island
Day 4: Jeju Island + Seoul
Day 5: Seoul
Day 6: Seoul
Day 7: Seoul + Busan
Day 8: Busan

Yea.. Harap-harap dapat la cover 3 tempat utama kat Korea ni. Cuma kat Jeju Island tu rasa macam tak cukup masa nak ronda seluruh pulau. Dapat pergi ke main attraction pun dah cukup baik. Macam sebelum ni, amik gambar kat pintu masuk pun dah kira mission accomplished. Hehehe.. Tapi kalau entrance fee murah bolehla masuk sekejap, amik feel. The search continues..

Dari selatan pergi ke utara. Harap berjaya hendaknya..
Cuti pertengahan tahun adalah masa yang paling sesuai untuk saya mencari info sebanyak mungkin tentang Korea. Waktu pagi, lepas hantar wife pergi kerja, anak-anak akan sambung tidur sampai la ke tengahari. Kadang-kadang sampai asar baru diorang bangun. Itulah, ikut sangat perangai ayahnya yang susah tidur malam sejak dari study kat u lagi. Huhu.. Time diorang tido la paling senang nak dating dengan Mrs Google.. Hehe.. Tapi, akhirnya tak dapat jugak nak cari info sebanyak mungkin sebab dapat berita yang permohonan pindah sekolah saya telah diluluskan. Uish, selalunya susah betul nak dapat pindah, especially tengah tahun. Rezeki kot? Alhamdulillah. Lagipun dah lama sangat saya bertugas di SMK Danau Kota. Walaupun jangkamasa 6 tahun setengah tu agak singkat bagi sesetengah orang, tapi pada saya ianya sudah cukup lama. Takut bila terlalu selesa nanti lagi keras kepala sampai kerja pun buat sambil lewa. Cuba pengalaman baru di tempat kerja yang baru dengan environment dan rakan sekerja yang baru. Cikgu kalau campak kat mana-mana pun tetap cikgu juga. Cuma jangan campak jauh-jauh sudah le. Cukupla jadi weekend husband selama 3 tahun masa first posting dulu. Terseksa jiwa raga. Huhu.. Maka terpaksalah stop sekejap misi pencarian info sebab nak uruskan hal pindah sekolah..

Alhamdulillah.. Permohonan berjaya.. New experience!..
16 Jun 2014 saya mula bertugas di SMK Seri Hartamas. Agak jauh dari rumah, tapi perjalanan hanya melalui highway Duke je. Tempat baru, banyaklah tugas-tugas baru yang diterima. Dah standby awal-awal sebelum lapor diri, terma junior akan digunapakai semula. Tak kiralah dah berapa lama jadi cikgu, kalau pindah tempat baru akan ada jawatan favourite yang mesti kena punya. Huhu.. Guru kelas, Guru PIBG dan Pengawas SPM. Jawatan 3 serangkai namanya. Pakej khas untuk guru yang baru berpindah. Terima dengan redha.. Hehe.. Tapi disebabkan saya masuk tengah tahun, so jawatan guru PIBG boleh lepas lagi.. Next year confirm kena laa.. Hihihi.. Daripada pakej jawatan tu, yang paling saya risau sekali adalah jawatan pengawas SPM. Kalau jadi ketua, dah tentu exam sampai tengah bulan Disember. Apa yang dirisaukan akhirnya menjadi kenyataan, memang dapat pun jawatan tu. Nama sudah naik jadi ketua pengawas SPM. Huhu.. Kalau jadi pengawas biasa boleh la nak mintak pelepasan awal daripada ketua pengawas. Tapi jadi ketua kena stay sepanjang bulan exam. Sebelum saya pergi merayu kat Pengetua untuk cari pengganti, saya check dulu tarikh SPM. Sangat bernasib baik, SPM tahun 2014 bermula cepat, seawal 4 November dah start. Maknanya 4 Disember SPM tamat. Cantik sangatlah macam tu. Lega.. Tak perlu nak cari pengganti atau tukar tarikh flight (kena kuar duit lagi..). Saya tak berapa suka nak cari pengganti sebab jawatan pengawas ni agak hot di sekolah. Ramai yang tak nak jadi pengawas sebab kene bertugas masa cuti. Huhu.. Lagipun kalau saya reject, nanti yang kena kawan saya jugak. Tak sampai hati pulak. Biarlah masa kat sekolah lama dulu saya dah kena camtu. Huhu..

Menjadi Ketua Pengawas untuk kali ke-3 dalam karier (Ihsan Google Images)
Dari tarikh beli tiket flight bulan Februari hari tu sampailah bulan Jun, hanya reality show KKKK je yang menjadi sumber maklumat saya. Yang lain tak prepare lagi. Hotel, halal food dan transportation tak survey lagi. Banyak betul halangannya. Dah abis 4 bulan, ada tinggal 6 bulan lagi untuk sediakan itinerary yang terbaik. Harap dapat selesai semuanya tanpa mengganggu kerjaku di sekolah. Wallahualam..