Showing posts with label Persiapan UK & Paris. Show all posts
Showing posts with label Persiapan UK & Paris. Show all posts

Friday, 10 May 2013

JJCP UK & Paris : Persiapan #3

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

# Halal food

Antara website yang agak bagus untuk merujuk lokasi restoran yang halal adalah zabihah.com. Tapi ada jugak restoran yang tersenarai tu belum sahih 100% halalnya. Boleh juga merujuk pada web Halal Food Authority (HFA) Europe. Kadang-kadang kedai tu halal tapi bila ada rasa was-was takut jadi haram pulak. Tapi saya dah download dan print siap-siap restoran atau kedai yang menjual makanan halal seluruh UK. InsyaAllah saya yakin dengan restoran yang menjual makanan halal dalam list tu.

Jumpa restoran macam ni terus order je (Ihsan dari Google Images)
# Info Solat

Time saya pergi nanti waktu tu baru masuk winter season. Bila time winter, waktu siang jadi pendek. Jam 4.30 petang dah gelap. Pagi macam biasa. Maknanya pergerakan saya seharian akan jadi terbatas sebab nak mengejar waktu siang yang pendek. Kedai pun kebanyakannya tutup paling lewat jam 6 petang. Sebab tu dikatakan waktu winter ni low season, sebab tak banyak tourist datang melancong. Bagi saya bagus jugak sebab takdelah crowded sangat. Bila siang jadi pendek maka waktu solat pun jadi pendek. Best kalau berpuasa time winter. Kejap je dah waktu berbuka. Hehe.. Maka saya pun mencari website tentang waktu solat di UK sepanjang waktu saya berada di sana nanti. Itu yang bagusnya pakai smarphone. Boleh simpan macam-macam apps yang berguna. Kiblat compass jangan dilupa.. Lokasi solat takde masalah. Jumpa tempat rehat tepi highway pun ok je. Kalau check-in hotel awal sempat lagi nak jamak.

Setiap inci tanah bumi ini kepunyaan Allah (Ihsan dari Google Images)
# Places of interest

Fuhh. Kalau browse tentang UK memang banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Banyak castle yang cantik-cantik kat serata UK. Sebab tu kena set dulu perjalanan harian. Sepanjang perjalanan kalau ada tempat yang menarik bolehlah singgah sekejap untuk amik gambar buat kenangan. Sebulan pun belum tentu cukup kalau nak explore UK ni. Tak payah UK, England je pun tak cukup nak cover sebulan. InsyaAllah tempat-tempat yang favourite tu dapatlah singgah kot.

Banyak castle yang cantik di UK (Ihsan dari Google Images)
# Shopping

Sebenarnya shopping ni menjadi agenda kedua dalam trip saya ni. Priority adalah nak lihat culture negara yang dilawati. Setakat beli sikit untuk souvenir tu memang wajiblah. Katanya time low season harga barang murah berbanding dengan peak season. Entahlah. Tengok la camna bila sampai nanti. Kalau murah belikan ajer. Ramai yang kata UK ni memang heaven untuk geng-geng shopaholic. Apa-apa pun saya dan isteri survey dulu harga kat KL. Sampai sana baru compare harga. Ada duit lebih boleh lah difikirkan apa yang patut dibeli.

Harrods. Shopping heaven.. (Ihsan dari Google Images)
# Cuaca

Tarikh yang saya akan pergi nanti agak sejuk cuacanya. Tapi belum turun salji lagi. Teringin nak tengok salji turun dari langit sebab tak pernah merasa. Tapi bila fikir balik, kalau salji turun lagi susah nak berjalan. Orang sana pun lebih suka duduk dalam rumah dari keluar berjalan-jalan time salji turun. Lagipun takut body jenis Khatulistiwa ni tak dapat nak menahan kesejukan. Demam terkejut nanti, lagi menyusahkan. Anggaran suhu bulan November adalah sekitar 9 - 12oC. Maksimum leh capai 14oC dan minimum leh cecah sehingga 2oC. Waktu malam la kot kalau sampai 2oC tu. Takpe, dah ada dalam hotel pun waktu tu.. Ada satu perkara yang buat saya agak risau. Ada info mengatakan bila baru nak masuk winter season, perubahan cuaca akan berlaku secara mendadak. Mungkin hujan akan turun sepanjang hari. Silap-silap ada kawasan yang akan banjir. Antara sebabnya, UK ni dikelilingi oleh lautan. Gunung pun takde. Maka angin yang datang direct dari laut akan mengakibatkan hujan atau ribut. Harap-harap tak berlaku lah waktu saya ke sana. Bila dah naik flight balik, kalau nak hujan sepanjang masa pun takpe. Hehe.

Salji. Memang teringin, tapi takut menyusahkan (Ihsan dari Google Images)
# What to pack

Yang ni pun agak pening jugak ni. Tak tau apa barang yang nak dibawak ke sana. Bawak jaket tebal kang buat penuh beg aje. Bawak jaket nipis takut sejuk melampau. Nampaknya kena la standby bawak dua-dua. Barang-barang lain sama je macam saya ke Australia sebelum ni. Cuma kali ni well prepared sikit. Tambahan jaket dan long john, scarf, gloves dan snowcap. Kebanyakan aksesori ni saya beli kat Daiso je. Satu barang RM5. Hehe.. Kalau barang ni tak dapat menampung kesejukan melampau, takleh nak marah sebab beli pun murah.. Save budjet.. Makanan segera pun kena bawak. Maggi, mushroom soup, bubur nasi segera, semuanya dah beli dan pack siap-siap.. Penyambung nyawa tu.. Hehe.. Satu lagi barang baru yang saya beli, money belt. Bila baca dalam forum tripadvisor, Paris memang terkenal dengan aktiviti pick pocket. Ramai tourists yang dah terkena. Macam-macam taktik yang digunakan. Teruk betul. Nama je City of Love, romantic konon, tapi realitinya.. Hmm.... Kenalah berjaga-jaga.. Itu yang bagus bila study cari info awal-awal. Cegah sebelum parah.. Huhu..

Isi sepenuh yang boleh.. Hehe (Ihsan dari Google Images)
Dah selesai semuanya, tinggal nak tunggu hari kejadian je. Info tetap mencari lagi. Bila dah merasakan ilmu perantauan di UK dan Paris dah agak cukup untuk survive kat sana selama 2 minggu, dan barang-barang yang wajib ada dah siap sedia, maka insyaAllah perjalanan kami akan menjadi lancar dan sempurnalah hendaknya. Tak sabar nak timba pengalaman baru yang mungkin berlaku sekali sepanjang hidup. Wallahualam..


Bermula dan berakhir di London (Ihsan dari Google Maps)

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Makanan segera :  RM100.00
  - Jumlah                :  RM100.00

*Preparation Expenses: RM5198.00

*Website yang membantu:

Halal Foods

Info Solat

Visit UK

Visit Paris

Shopping

Weather Forecast

Packing Tips

Thursday, 9 May 2013

JJCP UK & Paris : Persiapan #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

# Insurance

Hal sewa kereta dan hotel dah selamat ditempah. Seterusnya saya nak mencari insurance company yang boleh cover keseluruhan perjalanan saya. Untuk saya memang pihak government ada provide insurance untuk para pekerjanya. Saya hanya perlu amik borang permohonan perjalanan kat pejabat sekolah, isi apa yang patut, then pihak sekolah akan hantar ke jabatan. Dalam 2-3 minggu akan dapat satu surat kelulusan perjalanan dan satu salinan original insurance. Dalam setahun hanya boleh apply sekali je. Kalau keluar negara lebih dari sekali dalam setahun, isi borang hanya untuk inform pihak jabatan. Penjawat awam memang kena bagitau jabatan, sebab kalau tak bagitau, terjadi apa-apa semasa kat luar negara nanti susah pulak nak menjawab. Senang cerita, apply aje la. Lagipun free je.

Surat Kelulusan Perjalanan Ke Luar Negara
Polisi insurans dari kerajaan
Selain dari tu, saya ada juga apply insurans yang lain untuk cover isteri saya sekali. Disebabkan saya akan menaiki MAS, so saya amik terus travel insurance dari MAS. Jumlah bayaran untuk saya dan isteri sebanyak RM270.

MHInsure dari Malaysia Airlines
Tak cukup secure, saya amik lagi satu insurans. Insurans ni untuk cover kenderaan sewa. Dulu masa di Australia saya tak apply pun sebab tak tau tentang terms and condition untuk sewa kereta. Bila dah mula cari maklumat, barulah tau bahawa jika terjadi apa-apa pada kenderaan sewa beserta dengan kehilangan barang-barang dalam kereta, basic insurance yang ditawarkan company sewa kereta tak cover sepenuhnya. Nasib baik la tak terjadi apa-apa masa kat Australia dulu. Maka saya pun amik la insurans kereta sewa ni. Agak mahal tapi untuk keselamatan apa salahnya. Jumlah yang perlu dibayar untuk cover sepanjang saya menggunakan kereta sewa di sana adalah sebanyak GBP42 = RM210.

Cover untuk 8 hari penyewaan kereta
Rasanya dah cukup kot insurans untuk cover kami sepanjang berada di sana. Harap-harap tak berlaku lah apa-apa perkara yang tak diingini. Tujuan ke sana nak cari pengalaman, bukan cari penyakit. Hehe.. Apa-apa pun saya berdua berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar, insyaAllah..

# Driving permit

Bila dah nak memandu kat luar negara mestilah nak kena ada permit. Tak perlu nak menghabiskan RM150 semata-mata nak buat international licence. Nak buat boleh je. Pergi JPJ, bawak gambar pasport, isi borang, bayar dan dapatlah sekeping lesen memandu antarabangsa yang valid selama setahun. Nak buat apa sampai setahun sedangkan nak ke sana 2 minggu je. Lesen memandu negara kita sah digunakan kat UK. Cuma kena la ada translation letter mengatakan yang kita ni layak untuk memandu kenderaan. Ye lah kan, kalau kena tahan dengan polis UK, bila tunjuk lesen memandu kita dah tentu diorang tak tau nak baca, sebab bahasa Melayu. So, kena la buat translation letter yang dikeluarkan oleh JPJ dalam bahasa Inggeris. Pergi kaunter amik nombor, mintak borang memandu di luar negara. Isi apa yang patut dan bayar RM10 je. Hari tu jugak dapat. Bila kena tahan kat sana, just tunjuk lesen kita dengan translation letter tu sekali. Kadang-kadang company sewa kereta pun nak tengok jugak.

Translation letter from JPJ
# Eurostar

Seterusnya saya google tentang train dari London nak ke Paris. Eurostar antara train terpantas dan murah untuk perjalanan ke Paris dari London. Tapi harganya berubah-ubah. Kene selalu bukak website dia. Time ada offer je terus beli. Tiket Eurostar ni sebaik-baiknya beli awal sebab kalau last minute takut sold out. Lagipun kalau beli lambat harganya akan naik. First time saya bukak harga tiket GBP69 = RM345/person. Saya tak terus beli. Tunggu kalau-kalau akan jatuh harga sikit. Lepas beberapa hari saya bukak, at last dapat harga yang paling murah, GBP59 = RM295/person. Dah agak dah, mesti akan ada offer lagi murah. Terus beli online untuk 2 orang berjumlah RM590 + RM20 (credit card fee) = RM610.

Tiket Eurostar yang telah dibeli
Eurostar Boarding Pass yang telah di print online
Selesai sudah hal-hal menempah hotel, sewa kereta dan permit, insurance dan tiket Eurostar. Rasanya dah lengkap 40% persediaan saya. Baki lagi 60% tu termasuklah nak mencari lagi maklumat-maklumat penting tentang UK. Antaranya mencari info solat, makanan halal, places of interests, what to shop, what to do, weather forecast dan lain-lain lagi yang akan diterangkan pada post yang seterusnya. Inilah cabaran kalau nak mengembara secara independent ni. Kalau guna travel agent memang hulur je la duit beribu-ribu dan ikut jadual yang telah ditetapkan. Kepada yang mengamalkan prinsip budjet melampau bolehlah ikut cara saya ye. Hehe.. Biar budjet asalkan puas hati.. Wallahualam..

Life's full of adventure!
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - MHInsure                  : RM270.00
  - Car Hire Insurance  : RM210.00
  - Driving Permit         : RM10.00
  - Eurostar                   : RM610.00
  - Jumlah                     : RM1100.00

*Website yang membantu:

MHInsure

Car Hire Insurance

Permit Memandu Antarabangsa

Eurostar