Showing posts with label Persiapan Japan. Show all posts
Showing posts with label Persiapan Japan. Show all posts

Saturday, 1 March 2014

JJCP Japan : Masa untuk berlepas..

Tarikh:
21 November 2013
Lokasi kejadian:
My Home - KL Sentral - KLIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ Wangsa Maju

Selesai uruskan hal anak-anak dan barang pun dah siap packing, jam 6.00 petang kami mulakan perjalanan. Cadangan awal nak berjalan kaki je dari rumah ke LRT Wangsa Maju. Cuma 1 km lebih je jaraknya. Tapi baru je 100 meter berjalan badan dah berpeluh-peluh. Panas sungguh cuaca hari ni. Kensel, tak jadi nak jalan kaki. Kami patah balik ke jalan besar dan tunggu teksi. Huhu..

Dah bersedia nak tinggalkan rumah cari pengalaman baru..
@ KL Sentral

Jam 6.25 petang teksi yang ditunggu pun sampai. Dah alang-alang naik teksi takkan la nak suruh hantar kat LRT Wangsa Maju. Terus ke KL Sentral, senang cerita. Sampai di KL Sentral jam 6.50 petang. Bayar RM15.00 kat driver teksi, lepas tu terus ke kaunter ERL untuk beli tiket train ke KLIA. Bayar lagi RM35.00/person. Belum sampai KLIA dah RM85.00 duit habis. Huhu..

Tak ramai yang naik ERL hari ni..
Sempat bergambar kat depan kaunter tiket MAS di KL Sentral..
Tak paham kenapa tarikh tu awal sedangkan kami beli on-the-spot. Hmm..
Jam 7.10 malam train KLIA Express mula bergerak. Seat banyak yang kosong. First time saya merasa naik ERL terus ke KLIA. Sebelum ni pernah merasa naik sampai Salak Tinggi dan tukar naik bas ke LCCT. Smooth journey. Tak pasti berbaloi ke tak dengan bayaran RM35.00 untuk single journey ke KLIA. Untuk foreign visitor memang ok la. Tapi untuk rakyat sendiri bagi la diskaun sikit. Hehe..

Dalam train. Inilah train yang paling cantik kat Malaysia kot?
Ada advertising tv lagi.. Thumbs up!..
@ KLIA

Seperti yang dipromosikan dalam website dan iklan, journey 28 minit dari KL Sentral ke KLIA tu takdelah tepat sangat pun. Saya set kat jam dari mula bergerak di KL Sentral sampai la berhenti kat KLIA amik masa 32 minit. Mungkin masa berhenti dia tak kira kot. Tak kisahlah, yang penting sekarang kami ada banyak masa nak melepak kat dalam KLIA. Kami terus ke kaunter hotlink di Arrival Hall untuk claim pocket Wi-fi yang dah sedia kami tempah sebelum ni. Staff yang jaga kaunter tu orang Jepun sendiri. Dapatlah saya tanya lagi info penting tentang Jepun. Last minute information.. Hehe.. Selesai amik pocket Wi-fi, kami terus ke surau di Anjung Tinjau. Selesai solat, jam 8.15 malam kami terus check-in luggage. Tak ramai pun yang beratur time check-in. Lepas tu terus mencari lokasi makan malam. Makan dan menunggu masa untuk masuk ke area duty-free zone..

Info interaktif tentang cuaca di seluruh negara..
Senyum memanjang bila berada di KLIA.. Hehe..
Sedia untuk check-in luggage dulu..
Takde info pasal flight kami. Lambat lagi nak berlepas..
Layan dinner dulu..
Jam 10.00 malam, setelah agak bosan duduk lama-lama kat Secret Recipe, kami mula melangkah masuk ke duty-free zone. Jalan-jalan cari pasal lagi.. Flight kami akan berlepas di bangunan lain iaitu di Satellite Building, sama seperti ke UK dulu. Kena naik aerotrain untuk ke sana. 2 minit je berdiri dalam aerotrain tu. Di Satellite Building sama seperti di main building, ada banyak kedai duty-free. Cuma apa yang takde di main building adalah Starbucks. Patutlah sebelum ni saya tak pernah nampak Starbucks di KLIA walaupun pernah tengok orang pegang cawan Starbucks. Rupanya ada kat Satellite Building. Kami pun berjalan mencari Starbucks yang terletak kat Level 2. Bukannya nak minum pun, cuma nak guna free Wi-fi kat situ. Hehe.. Sambil tunggu flight departure, baik layan internet dulu.. Still got time to find important info about Japan..

Tunggu aerotrain sampai..
Beg yang berisi pocket Wi-fi dan charger..
Jam 11.20 malam kami berjalan menuju ke pintu C25. Tiket kami nombor pintu tak sama, satu C15, satu lagi C25. Tapi bila tengok kat screen departure tertulis pintu C25. Takkan la kami masuk ikut pintu berlainan kot. Lain macam je.. Takut salah destinasi pulak jadinya. Huhu.. Sampai di pintu C25, kelihatan ramai betul orang yang beratur. Confirm flight full seat. Time beratur panjang tu kami rasa lain macam. Sepanjang orang yang beratur (dalam 50-60 orang kot) hanya kami berdua je melayu. Yang lain semua warga cina. Check tiket balik, takut flight menuju ke China @ Hong Kong ke, mana tau kan.. Sampai turn kami untuk tunjuk tiket, saya bertanya pada staff MAS di situ. Dia kata memang betul flight ni pergi ke Osaka. Kebetulan flight ni tak ramai orang melayu. Tak kisah la sape pun yang naik flight, yang penting destinasi tujuan tu betul dan kami ada seat sendiri. Hehe..

Cuba tengok no. pintu kat tiket kami..
Kami masuk dalam flight tepat jam 11.50 malam. Nampaknya lewat sikit flight ni akan berlepas. Takde hal, sebab sampai sana awal pun kami tetap kena tunggu Fa dan suami di Kansai Airport. Tepat jam 12.10 malam flight MH 52 dari Kuala Lumpur menuju ke Osaka berlepas ke ruang angkasa.. Masa untuk tidur sebab sampai di sana banyak aktiviti yang akan kami lalui.. Harap cukuplah tenaga kami. Wallahualam..

Bye-bye Malaysia... untuk 8 hari je..
Senyuman terakhir sebelum tidur.. zzzz..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Teksi                : RM15.00
  - KLIA Express  : RM70.00
  - Dinner             : RM32.50
  - Jumlah            : RM117.50

*Website yang membantu:

KLIA Express

Kuala Lumpur International Airport

Thursday, 27 February 2014

JJCP Japan: Berita di bulan terakhir..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dalam sebulan lebih lagi sebelum hari kejadian, saya terima satu berita gembira. Rakan se'guru' saya, Fa yang saya pernah ajak join masa awal tahun haritu akhirnya nak ikut sekali trip ke Jepun. Dia dan suaminya, abang Fikri tetiba berminat nak join lepas tengok satu cerita kat TV pasal Jepun. Bestnya kata dia. Hmm, tu la. Dulu saya ajak tapi dia taknak. Bukan taknak, tapi takde respon pun. Huhu.. Takde masalah pun nak ikut last minute. Cuma bab tiket flight yang mungkin menjadi masalah. Harap-harap ada lagi. Wife saya pernah sekali call Air Asia bertanyakan tentang tiket flight. Walaupun dalam online kata dah sold out, tapi rupanya still ada lagi beberapa seat yang diorang reserve. But harga memang takkan sama dengan dalam online. So, Fa pun mencari tiket flight yang sama tarikh dengan saya. Malangnya tiket MAS dah totally sold out. Yang tinggal cuma Air Asia. Cuba adjust, akhirnya dapat beza waktu lewat 2 jam untuk flight ke Osaka. Tapi time balik nanti waktu flight sama. Ok lah tu. Saya boleh je tunggu kejap kat Kansai Airport tu. Takde masalah pun.. Harga tiket pulak dah tentu mahal dari apa yang saya dapat. Tapi jika nak dibandingkan dengan pengalaman yang bakal dihadapi, apa lah salahnya bayar lebih sikit pun.. Hehe..

Ada rezeki boleh dapat last minute deals.. (Ihsan Google Images)
Dah selesai beli tiket flight, saya tolong Fa dan suami uruskan hal di JTB. Jumpa Erina lagi sekali untuk beli pakej tour dan JR Pass. Bukan main suka Erina bila kami datang jumpa dia buat kali kedua. Dapat komisen lebih la tu. Hehe.. Nice person always get nice rewards. Saya juga tolong bookingkan hotel untuk diorang melalui booking.com sebab tak perlu nak bayar dulu dan boleh cancel last minute. Kat Osaka saya berjaya dapatkan hotel yang sama. Tapi di Tokyo saya terpaksa carikan hotel berpatutan yang berdekatan dengan hotel saya sebab rate Prince Hotel teramat tinggi kalau beli tanpa diskaun atau promotion. Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah hal booking and buying di sana.

Booking.com antara website yang boleh dipercayai. (Ihsan Google Images)
Beberapa hari sebelum hari kejadian, saya sempat berbincang dengan Fa tentang itinerary yang saya dah siapkan dan apa bekalan yang perlu dibawa ke sana. Dia setuju dengan plan saya sebab kalau tak setuju susah dibuatnya. Takut berpecah pulak kat sana nanti. Harap dia dan suami sukalah hendaknya. Dia juga sanggup berkongsi bayar duit pocket Wi-fi sebab senang nak update facebook katanya. Hehe.. Untuk satu pocket Wi-fi ni, up to 10 users boleh guna. Save sikit. Apa yang penting dia tau yang trip ni independent, memang letih sikit. Itu yang saya bagitau siap-siap kat dia. Suruh dia prepare dari segi mental dan fizikal.. Hehe.. Kalau tak suka dah tentu dia tobat taknak ikut kami dah untuk trip yang berikutnya.. Nanti dah takde geng nak ajak jalan-jalan cari pengalaman.. Bukannya senang nak dapat geng yang sama hobi macam nih. Huhu..

Keep cool and calm!.. (Ihsan Google Images)
Hari yang ditunggu makin tiba.. Kami dah mula menyiapkan beg-beg kami. Make sure takde apa yang tertinggal. Kamera jangan dilupakan. Setakat cerita tanpa bukti, ramai yang tak percaya nanti. Hehe.. Perjalanan mencari pengalaman hidup di negara Jepun bakal dilalui oleh 4 sekawan.. Menarik atau tidak? Yang penting puas dan berbaloi, insyaAllah.. Harap selamat semuanya.. Wallahualam..

Rugi kalau tak bergambar view macam ni.. (Ihsan Google Images)
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Pocket Wi-fi : - RM100.00
  - Jumlah          : - RM100.00

JJCP Japan: Persiapan #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Persiapan ke Jepun sudah hampir 70% siap. Tinggal nak selesaikan beberapa perkara yang juga dirasakan penting. Trip yang terdahulu dijadikan panduan untuk penambahbaikan trip yang seterusnya.

# Pasport & Visa

Yang ni dah tentu paling penting. Kena check expiry date, takut tinggal kurang dari 6 bulan dah tak boleh pakai. Pasport kami masih valid lagi. Dah sedia renew masa trip ke Indonesia. Siap buat pasport version baru lagi, yang ada logo ICAO kat depan. Memang kena ada logo ni untuk ke Jepun. Baru boleh dapat visa exemptions. Bermula dari 1 Julai 2013, kerajaan Jepun telah memansuhkan penggunaan visa untuk rakyat Malaysia yang melawat Jepun kurang dari 90 hari. Maka tak perlulah kami nak apply visa untuk ke sana. Bila baca blog tourists yang dah pernah ke sana di zaman visa, nampak macam leceh jugak masa nak apply. Yang tak tahan tu bila kena tunjuk baki akaun yang mesti ada at least RM10,000.00. Baru boleh nak dapat visa. Nampak sangat Jepun adalah negara yang tinggi kos hidupnya. Takut tourist mati kelaparan sebab barang kat sana semuanya mahal belaka. Huhu.. Sebab tu nak kena tunjuk bukti ada standby duit yang banyak kot. Entah la.. Yang penting sekarang dah tak perlu guna visa. Lagi ramai tourists boleh ke sana. Sebab tu la promo hotel and tours yang kami booking tu namanya Visa Waiver Promo. Sempena meraikan pemansuhan visa di Jepun. Hehe..

Logo ICAO untuk Visa exemptions ke Jepun (Ihsan Google Images)

# Surat Kelulusan

Macam biasa, sebagai penjawat awam kenalah apply kelulusan ke luar negara. Kalau tak apply, jadi apa-apa kat sana nanti silap haribulan boleh kena surcharge. Nanti masuk dalam fail peribadi kang susah pulak. Takut tak sempat masuk dah keluar dari kerajaan. Huhu.. Nampak macam leceh, tapi apa nak buat. Bukannya susah pun nak apply. Cuma isi borang yang berkenaan dan hantar kat pejabat sekolah. Dalam 2-3 minggu dapatlah jawapan.. Saya yang menurut perintah..

Surat permohonan perjalanan yang dah diluluskan. Alhamdulillah..
# Travel Insurance

Yang ni saya ada buat kesilapan sikit. Bukanlah kesilapan yang utama, cuma saya confuse cara apply dan validity insurans dari kerajaan ni. Apa yang saya tau, insurans dari kerajaan cuma boleh apply setahun sekali je. Jika takde buat claim maka bolehlah saya apply lagi. Rupanya bukan camtu. Setelah merujuk pada pejabat sekolah, setahun memang cuma sekali je boleh apply, tak kira ada buat claim atau tidak. Maknanya saya dah tak boleh apply insurans dari kerajaan untuk ke Jepun sebab dah buat masa ke Indonesia. Kalau tau macam tu, baik saya apply untuk ke Jepun sebab trip lagi lama dan jauh berbanding Indonesia. Tapi bila fikir balik, macam mana kita nak tau yang kita akan ke luar negara lagi buat kali kedua dalam masa setahun? Kadang-kadang trip last minute baru jalan. Contohnya masa plan ke Indonesia saya takde terfikir nak ke Jepun. Saya pun apply insurans. Bila dah lulus baru terfikir nak ke Jepun. Tak dapat nak apply dah. Kalau ada buat claim tu lain la cerita. Kira logik la kalau tak boleh apply lagi untuk tahun yang sama. Macam mana agaknya orang kerajaan yang selalu keluar negara dalam setahun ye? Hmm.. Maka terpaksalah saya apply insurans yang lain. Kena bayar RM159.00 kat MHInsure.. Huhu..

Pamphlet MH Insure tentang pakej yang ditawarkan
Dah naik MAS baik amik insurans dari dia je.. Senang cerita..
# Google Maps

Kalau di UK, saya cuma guna GPS je untuk ke mana-mana destinasi yang saya nak pergi. Tapi di Jepun saya guna public transport. Kenderaan kaki akan banyak digunakan. Huhu.. Dah tentu letih punyalah. Saya menggunakan khidmat bantuan dari Google Maps. Nak tengok mana lokasi yang akan saya tuju. Bila bukak je Google Maps, banyak tulisan Jepun dari English. Camna nak baca? Tak pasti pulak kalau Google Maps ada option translate jadi semua English. Tapi nasib baik la nama tempat dalam English. Senang nak refer. Saya kena pastikan di station mana saya akan turun untuk ke lokasi kejadian. Macam trip sebelum ni, saya akan tukarkan mode view kepada 360 live view. Dapat hafal bangunan pun dah ok. Nanti sampai kat sana boleh refer balik memori bangunan yang saya dah tengok kat Google Maps. At least dapat jugak membantu walaupun tak sampai 10% pun. Huhu..

Osaka Map. Dapat study lokasi JR Train station pun dah cukup baik.. (Ihsan Google Maps)
# City Maps 2 Go

Kalau di Malaysia saya selalu gunakan application Waze untuk jadi guide saya. Kat Indonesia pun Waze boleh guna. Cuma di Jepun saya tak berapa pasti. Untuk mengelakkan daripada terjadi kes tak boleh guna, saya download application baru yang sama fungsinya, iaitu CityMaps2Go for Android. Nak lagi selamat saya siap download kat Ipad sekali sebagai back-up. Hehe.. Android hanya boleh download maksimum 5 maps. Tapi kalau Ipad unlimited. Maka saya pun download region yang penting dulu seperti Osaka, Tokyo, Kyoto, Nagoya dan Yokohama kat dalam smartphone. Untuk Ipad saya download region yang sama plus Nara dan Hakone (Mt. Fuji). Daripada review orang yang dah pernah pakai, majoritinya kata not bad guna apps ni. Saya pun terus tag semua lokasi yang saya nak tuju dalam CityMaps2Go. Bila dah rasa macam sesat nanti bolehlah rujuk. Hehe.. Yang bestnya apps ni boleh guna offline. Harap menjadi, InsyaAllah..

CityMaps2Go.. Harap accurate la apps ni.. (Ihsan Google Images)
# Hyperdia

Yang ni memang amat saya perlukan sebab saya akan naik public transport sepanjang masa berada kat sana. Hyperdia akan bagi kita suggestion route yang kita boleh pilih. Cuma taip dari mana nak kemana, tarikh dan masa perjalanan. Nanti akan keluar cadangan perjalanan, up to 10 routes!. Bukan setakat route je, harga tiket train pun ada. Memandangkan saya akan guna JR Pass, cuma harga tiket untuk subway dan train lain yang tak termasuk dalam JR Pass je yang saya amik perhatian. Overall, Hyperdia adalah application yang amat membantu saya. Saya terus setting route perjalanan saya di sana nanti. It is not 100% accurate, but still reliable. Saya download apps Hyperdia dalam smartphones sebagai back-up. Boleh refer di hari kejadian nanti. Saya juga buat hard copy dalam MSExcel khas untuk train schedule je. Standby sekiranya tetiba takde line internet masa nak guna. Selalunya macam tu lah yang berlaku kat line internet. Time betul-betul nak guna, time tu la takde line. Huhu..

Contoh route suggestion dari website Hyperdia. Info yang lengkap untuk perjalanan di Jepun..
# Halal Foods

Bab ni lah yang paling utama sebenarnya. Makan untuk hidup. Hehe.. Saya google mencari halal foods kat setiap lokasi kejadian di sana. Restoran halal di sana agak kurang. Ada satu restoran di Kansai Airport yang ada halal certificate dari Malaysia. Nanti boleh cuba. Disebabkan tak banyak restoran halal, jadi saya tiada option untuk buat pilihan. Mana yang saya jumpa saya tag kat dalam CityMaps2Go. Kebanyakannya adalah restoran dari middle-east, sama seperti di UK. Menu nasi beriani, kebabs and the gang.. Terpaksa makan walaupun tak minat. Malu makan akan kelaparan. Huhu.. Trip kali ni saya buat kelainan sikit. Saya bawak travel rice cooker dan sedikit ration seperti beras dan makanan dalam tin. Maggi dah tentu ada. Tak besar pun travel rice cooker tu. Cuma 0.3L je. Jadilah untuk 2 orang makan. Comel, tak makan space banyak dalam beg pun. Banyak jugak blog yang saya baca orang bawak rice cooker ke Jepun. Bukannya takde langsung restoran halal, tapi kerana source limited dan harga makanan yang agak mahal membuatkan diorang bawak makanan sendiri kot. Wallahualam.. Takpe, saya pun nak cuba bawak rice cooker. Kita tengok nanti apa jadi dengan rice cooker tu kat sana. First time saya bawak bekal nasi ke luar negara.. Hehe..

Yeah.. Bekalan makanan sudah siap sedia untuk terbang ke Jepun. Hehe..
Rasanya dah cukup maklumat dan persediaan yang saya buat untuk ke Jepun. Harap takde kejadian buruk yang berlaku kat saya dan wife semasa di sana. Bukan sahaja keselamatan diri, tapi termasuk juga kesihatan diri. Mt. Fuji yang bakal meletus perlu diambil perhatian. Shinkansen yang teramat laju tu pun perlu diambil langkah berjaga-jaga. Boleh kata semua yang bakal berlaku di sana perlulah sentiasa berhati-hati. Niat baik iaitu untuk cari pengalaman baru di negara orang yang utama. InsyaAllah perjalanan kami berdua selamat semuanya. Wallahualam..

Japan.. let's jom! Hehe.. (Ihsan Google Images)
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Insurans  : RM159.00
  - Ration     : RM77.50
  - Jumlah    : RM236.50

*Website yang membantu:

MHInsure

Google Maps

CityMaps2Go

Hyperdia

Halal Foods Japan

Monday, 24 February 2014

JJCP Japan: Persiapan #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sejak dari beli tiket flight ke Osaka bulan April 2013 haritu, saya mula mencari info sebanyak yang mungkin tentang Jepun. Hari kejadian masih jauh lagi. Dapatlah saya google dengan tenang. Tak perlu nak rush mencari info. At least dalam seminggu, 2-3 hari google dah cukup. Accomodation, transportation, halal restaurants dan places to visit, semuanya saya kumpul dan susun dalam itinerary. Bermula kembali aktiviti menyusun itinerary seperti yang saya buat masa ke UK tahun 2012. Masa ke Indonesia saya cuma ahli jemaah je, tak perlu susah-susah nak cari info.

Tq Malaysia Airlines!.... Again.. (Ihsan Google Images)
# Flight ticket

Tiket yang dah dibeli adalah dari Malaysia Airlines. Kebetulan masa bukak kat bahagian 'deals of the day' ada tiket murah ke Osaka, Jepun. Pucuk dicita ulam mendatang. Memang ada dalam wishlist nak melawat negara Jepun. Maka saya pun mintak wife saya booking return flight tickets ke Osaka untuk 2 orang. Takut tunggu lagi nanti naik pulak harga tiket. Memang betul pun. Lepas 2 minggu wife saya book tiket, harga ke Osaka dah menjadi RM899/return. Naik lagi RM100. Patutnya masa RM699 dulu saya grab terus. Huhu.. But RM799 is still cheaper than normal price.. Naik MAS tak perlu risau tentang hidden charges. Confirm fix RM799/return per person.

RM1,598.00 untuk 2 orang. Kira murah la jugak..
# Itinerary planning

Saya ada banyak masa nak setup itinerary di Jepun. Rancangan awal adalah nak ke Osaka, Kyoto, Nara, Nagoya dan Tokyo. Teringin juga nak ke Mt. Fuji kalau ada kesempatan dan peluang. Siapa yang tak pernah dengar tentang Mt. Fuji kalau bercerita tentang Jepun? Mercu tanda yang paling famous di Jepun. Struktur gunungnya yang bertompok putih salji di puncak dan dikelilingi oleh kawasan yang lapang. Mt. Fuji banyak menyimpan kisah silam yang menarik dalam sejarah negara Jepun. Mt. Fuji adalah gunung berapi yang masih lagi aktif. Saya ada mencari info tentang Mt. Fuji ni. Dinyatakan bahawa Mt. Fuji dah lama tak meletus, dan para saintis menganggarkan yang Mt. Fuji akan meletus semula selepas 300 tahun dari tarikh akhir ia meletus, iaitu jatuh pada tahun 2013/2014! Huhu.. Janganlah time saya pergi ia meletus pulak. InsyaAllah, ada rezeki dapatlah saya melihat puncak Mt. Fuji dari jarak yang paling dekat.

Mt. Fuji. Cantik pemandangannya.. (Ihsan Google Images)
Jadi saya pun susunlah itinerary trip to Japan. Ada jugak saya google tentang sewa kereta di sana. Tapi rasanya macam payah nak bawa kereta kat sana sebab masalah bahasa. Signboard pun kebanyakannya dalam tulisan Jepun. Takde masalah sebab GPS kan ada. Tapi saya buat keputusan untuk tidak menyewa kereta di sana. Antara sebabnya ialah saya nak naik Shinkansen. Hehe.. Teringin betul nak naik bullet train tu. Maka draf pertama itinerary direka. 

- Day 01: KLIA - Osaka
- Day 02: Osaka
- Day 03: Nagoya - Tokyo
- Day 04: Tokyo
- Day 05: Tokyo
- Day 06: Mt. Fuji - Kyoto
- Day 07: Kyoto
- Day 08: Nara
- Day 09: Osaka - KLIA

Susunan lokasi kejadian secara draft dah dibuat. Tapi mungkin akan berubah di saat akhir. Ikut pada tempat yang akan dilawati dan masa yang diambil. Waktu siang di Jepun lebih kurang sama seperti di UK, time winter waktu siang pendek. Jam 5.00 petang dah gelap. Kenalah susun betul-betul itinerary secara details nanti.

Adakah saya berpeluang naik salah satu darinya? (Ihsan Google Images)
# Currency

Aduh.. Bab ni pening kepala sikit. Jepun adalah antara negara maju yang agak tinggi nilai matawangnya. Tapi nilainya dikira dalam Yen (JPY) sahaja. Kira macam sen kat Malaysia, takde nilai ringgit. Dan cost living di Jepun memang teramatlah tingginya. Bila kira secara logik nampak macam duit kita besar sebab RM1 bersamaan dengan JPY31.50. Tapi hakikatnya takde pun barang di Jepun yang bernilai sebanyak tu. Semuanya main ribu-ribu yen je. Huhu.. Seperti biasa, saya ke money changer di Midvalley untuk tukar duit Yen. Asal saya pergi je mesti ramai orang tengah beratur. Sebab rate dia rendah dari money changer yang lain kot. Sebenarnya takde effect yang ketara kalau setakat nak tukar sikit je. Kat mana-mana pun boleh. Tapi kalau nak tukar banyak, memang kenalah cari yang betul-betul murah. Kadar tukaran waktu tu 1000JPY = RM32.47. Saya bundarkan kepada RM32.50 untuk memudahkan pengiraan. Berpeluh kejap bila pegang duit Yen. Tinggi nilainya. Saiz duitnya besar dan material kertasnya memang berkualiti. Itulah negara Jepun..

Money changer di tingkat bawah Midvalley. Sebelah eskalator je.
Ada dua money changer di sini yang ramai orang beratur
Nak tanya rate semasa boleh la call nombor ni atau masuk website dia
Hasil duit Yen yang dah ditukar dengan ringgit Malaysia.
# MATTA Fair @ PWTC

Bila dah tau currency Jepun tinggi, maka saya pun mula mencari lokasi accomodation yang sesuai dengan itinerary yang berpatutan harganya. Banyak jugak yang saya jumpa. Mulanya nak pilih ryokan, hotel yang berkonsepkan Japanese style. Ada yang murah tapi lokasinya amat jauh dari bandar. Yang paling murah di tengah bandar adalah capsule hotel. Tapi macam kurang privacy. Tidur beramai dalam capsule masing-masing. Huhu.. Hotel 1 hingga 3 bintang pun banyak, cuma lokasi tak sesuai. Maka saya pun hold dulu sebab MATTA Fair bakal berlangsung di PWTC pada awal bulan September. Mana tau dapat harga promotion untuk bilik hotel yang selesa dan harga yang berpatutan. Kalaulah Jepun ada Travelodge dan Premier Inn kan best. Hehe..

Japan capsules. Yang ni paling murah. (Ihsan Google Images)
Pada 6-8 September 2013, MATTA Fair berlangsung di PWTC. Hari pertama saya dah pergi. Saya ambil peluang untuk melihat pakej dan promosi yang diberikan. Inilah kali pertama saya pergi ke MATTA Fair. Sebelum ni wife saya je yang pergi sebab office dia sebelah PWTC je. Time lunch boleh running kejap. Hehe.. Lepas bayar entrance fee, saya mula explore dalam dewan. Memang pening kepala bila tengok macam-macam iklan promosi untuk percutian luar negara. Saya mencari booth untuk travel ke Jepun. Tak jumpa pun. Akhirnya saya tunggu wife saya habis kerja dan join sekali mencari booth Jepun. Rupanya ia terletak kat bangunan yang lagi satu. Hebat wife saya. Tau aje mana nak pergi. Kami ke bangunan sebelah. Masuk je terus nampak booth Jepun yang amat besar. Masa untuk mencari info sebanyak mungkin.

MATTA Fair @ PWTC
Antara pamphlet dan guide book yang saya ambil di booth Jepun
Di booth Jepun pulak ada banyak bahagian, mengikut negeri dan region di Jepun (betul ke Jepun ada negeri? Hehe..) Kami mencari bahagian travel to Osaka dan Tokyo. Akhirnya kami ke booth Japan Travel Bureau (JTB) yang terletak di hujung sekali. Mula-mula sorang staff Jepun yang berkimono datang melayan kami. Disebabkan tak berapa faham sangat penerangan dia, kami dilayan oleh sorang lagi staff, Erina Iwasaki. Nama Jepun tapi muka macam melayu je. Fasih pulak tu berbahasa melayu. Tak kisahlah, janji senang nak faham penerangan dari dia.

Boleh la call dia kalau nak dapat pakej dari JTB. Nice person..
# Accomodation

Di booth JTB tu kami telah diberi pilihan untuk memilih pakej yang ada di Osaka dan Tokyo. Masa tu ada pakej Visa Waiver Promo. Kebetulan promo tu sesuai dengan jangkamasa kami di sana. Lepas berbincang dengan wife, maka kami pun ambil dua pakej promo. Yang pertama adalah pakej 3 malam Sunshine City Prince Hotel (4-star) di Tokyo berharga RM595.00/person beserta diskaun Sunrise Tour dan yang kedua adalah pakej 3 malam Hotel Hearton Nishi-Umeda (4-star) di Osaka berharga RM595.00/person yang juga beserta diskaun Sunrise Tour. Bila dikira balik, tolak dengan diskaun tour, harga hotel yang kami perlu bayar adalah kurang dari RM300.00/night. Berbaloi la tu sebab hotel pun 4-star. Kami perlu tambah satu lagi hari bermalam di Osaka pada hari pertama. Kami terus booking Hotel New Osaka melalui JTB untuk malam pertama di Osaka yang berharga RM224.00. Saya pilih hotel tu sebab dekat dengan Shin-Osaka Station. Senang nak naik Shinkansen lepas check-out nanti. Selesai sudah hal accomodation di Jepun..

Visa Waiver Campaign - Tokyo deals
Yang ni pulak Osaka deals
# Tours

Mula-mula saya taknak amik tour di sana. Tapi disebabkan dapat diskaun, saya pun teruskan aje. Sunrise Tour menyediakan macam-macam pilihan dari pamphlet yang disediakan. Untuk di Tokyo kami pilih pakej 'Mt. Fuji-Hakone 1-Day Tour' yang berharga RM204.00/person dan di Osaka kami pilih pakej 'Real Kyoto Back Street Guided Cycling Tour' yang berharga RM102.00/person. Harga yang diberi adalah selepas tolak diskaun JPY5,000.00 untuk setiap pakej. Kira kami dapat diskaun JPY10,000.00/person untuk 2 tour, satu di Tokyo dan satu lagi di Osaka. Tak pasti murah atau tak, tapi masih berbaloi agaknya memandangkan hotel yang kami dapat pun adalah hotel 4-star. Yang penting kami tak perlu pening kepala nak cari tour yang sesuai dengan itinerary. Dapat jugak kami ke Mt. Fuji. Alhamdulillah..

Pamphlet Sunrise Tours. Macam-macam pakej ada disediakan.
Kami pilih pakej ni untuk Tokyo deals
Yang ni pulak kami pilih untuk Osaka deals
# Train tickets

Kat Jepun ada macam-macam jenis tiket train. Part ni memang saya pening sangat. Tak tau mana satu tiket yang bersesuaian yang saya perlu beli. Ada yang sehari, seminggu, sebulan, ada jugak yang ikut region, east, west. Fuhh, memang menyesal kalau silap beli. Tapi kalau betul-betul beli ikut itinerary memang boleh dapat save banyak, especially bila naik Shinkansen. Kebetulan tengah deal dengan Erina, saya terus bertanyakan tentang tiket train. Lepas saya ceritakan sikit tentang perjalanan kami di sana, Erina mencadangkan kami beli JR Pass yang mana cover sekali untuk naik Shinkansen. Tapi disebabkan masa dah suntuk untuk keluarkan JR Pass untuk hari tu, Erina mintak kami datang semula keesokan harinya. Dia juga bagi pilhan samada nak datang terus ke office JTB di Jalan Imbi sebab esok dia takde kat PWTC. Kami pun setuju nak jumpa dia esok di office JTB Jalan Imbi. Daripada nak meredah orang yang sesak kat PWTC baik pergi kat Jalan Imbi je.

Office JTB di Bangunan AMODA, Jalan Imbi.
Esoknya kami pergi ke JTB Jalan Imbi untuk selesaikan hal JR Pass. Tak semua orang boleh beli dan guna JR Pass ni. Untuk visitor, JR Pass memang kena beli di luar Jepun. Saya pun beli ordinary 7-day JR Pass untuk 2 orang yang berharga RM962.00/person. Mahal sungguh! Tapi bila dah tengok harga tiket single journey untuk naik Shinkansen, memang berbaloi pun beli JR Pass ni. Walaupun ada option lain yang murah iaitu naik night bus dari Osaka ke Tokyo. Dapat save satu malam bilik hotel sebab tidur dalam bas. Tapi saya memang teringin sangat nak naik Shinkansen. Bila lagi nak merasa.. Huhu.. Semua local train dan bas dibawah company JR boleh guna JR Pass ni. Cuma ada beberapa exception, iaitu jenis Shinkansen, monorail, subway dan beberapa hal lain. Tapi majoritinya JR Pass cover banyak public transport di Osaka dan Tokyo. Selesai membayar, Erina keluarkan Exchange Order yang mana kami kena tukar kepada JR Pass masa di sana nanti. Disebabkan kami ada 8 hari di sana, saya pun beli satu lagi tiket iaitu 1-Day JR-West Kansai Area Rail Pass yang berharga RM68.00/person. Banyak sungguh duit yang keluar sebelum ke sana. Huhu.. Silap haribulan lagi tinggi kos ke Jepun dari ke UK. Apa yang penting semua perkara utama dah selesai di Malaysia. Nanti di hari kejadian tinggal nak bawak duit belanja je.

Pamphlet mengenai jenis tiket JR Pass yang dijual
Info tentang siapa yang boleh pakai JR Pass dan route di Jepun
JR Pass exchange order yang kena ditukar bila sampai di sana
# Phone and Wifi

Banyak website yang saya cari tentang phone line kat sana. Kebanyakannya sewa dengan phone sekali sebab phone kita sendiri tak boleh nak guna simcard sana. Entah le. Memang susah betul nak faham tentang hal phone ni. Takkan simcard bentuk lain kot? Malas nak fikir, saya buat keputusan untuk guna je pakej yang Hotlink bagi untuk call from oversea. Itu pun saya tak pasti boleh apply ke tak untuk call dari Jepun ke Malaysia. International roaming confirm saya takkan switch on. Kenangan 'manis' kena charge RM500.00 tanpa guna phone langsung kat Australia masih lagi diingati. Huhu.. Guna prepaid ok sikit tapi call charge sure melambung tinggi. Takpelah.. Lagipun prepaid saya still ada banyak lagi sebab tak pernah guna. Cuma topup untuk hidupkan line je. Boleh la setakat nak call anak-anak sekejap selama seminggu kat sana nanti.

Tak pasti boleh ke tak guna pakej ni (Ihsan Google Images)
Dah selesai hal phone line, kena pikir pulak untuk Wifi. Apa yang saya dapat dari info tentang Jepun, Wifi cuma ada di kawasan yang tertentu je. Kat area coffee shop seperti Starbucks dah tentu ada. Tapi takkan kat Starbucks atau area tertentu je nak surf internet. Hotel mungkin ada, tapi kurang yakin dengan kekuatan signal Wifi. Akhirnya saya amik keputusan untuk cari mobile Pocket Wifi yang boleh disewa di Malaysia untuk dibawa ke sana. Kebetulan ada satu company Jepun di Malaysia yang buat servis mobile Wifi. Nama company tu Triangles Top Consulting Sdn. Bhd. (Global Mobile). Ada branch kat booth Hotlink di Arrival Area, KLIA. Saya terus call company tu untuk dapatkan harga. Alhamdulillah, masih ada lagi pocket Wifi yang available untuk tarikh yang saya pilih. Dah tolak diskaun 10% dapatlah dalam RM229.00 untuk sewa selama 8 hari. Tapi kena bayar deposit sebanyak RM600. Saya just swipe credit card untuk verification. Kalau return pocket Wifi tu dalam keadaan seperti sediakala, dapatlah balik duit deposit tu. Dapatlah kami surf internet 24/7 di sana. Harap coverage dia superb.. InsyaAllah..

Email confirmation of Pocket Wifi Rental
Flight ticket.... checked. Money exchange.... checked. Hotel.... checked. Tours.... checked. JR Pass.... checked. Phone.... checked. Wifi.... checked. Semua yang major dah selesai. Tinggal nak settlekan perkara tambahan seperti insurans, permohonan keluar negara, city map download, barang-barang yang nak dibawa, dan yang paling penting nak kemaskini itinerary bagi nampak sempurna dengan semua lokasi yang ingin dilawati.. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Masih mencari info yang berguna. Wallahualam..

Info tentang Japan Anime pun saya cari. Huhu.. (Ihsan Google Images)
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Flight ticket : RM1598.00
  - Hotel             : RM2604.00
  - Tours             : RM 612.00
  - JR Pass          : RM2060.00
  - Pocket Wifi   : RM 229.00
  - Jumlah          : RM7103.00

*Website yang membantu:

Malaysia Airlines

Money Exchange

Visit Japan

Japan Travel Bureau (Malaysia)

Sunrise Tours

Japan Rail Pass

Hotlink

Pocket Wifi Rental