Showing posts with label Koleksi Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Peribadi. Show all posts

Monday, 22 April 2024

JJCP UK V2: Shopping, Souvenirs & Collections

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Bila dah travel tak sah kalau tak membeli sesuatu sebagai tanda kenangan. Walaupun ini kali kedua saya menjejakkan kaki di bumi UK, namun masih tetap ada barangan yang dibeli. Jujurnya memang tak kuat iman bila melihat barangan yang dijual. Rasa macam rugi pulak kalau tak beli. Hihi.. Takut bila sampai Malaysia baru nak rasa menyesal sebab tak beli especially barang yang memang sukar atau tak jumpa di Malaysia. Tambahan pula kali ni banyak lokasi car boot sale yang kami terjah. Memang haruslah membeli seketul dua. Hehe..

Kalau dah harga camni, mana maunya tengok saje kan..

Masa kami sampai di rumah waktu malam haritu, lepas makan kami terus paksa diri untuk tidur. Walaupun tak rasa mengantuk tapi kena tidur juga untuk elakkan jetlag. Tapi jangan la tidur sampai petang baru bangun. Nanti malamnya tak boleh tidur lagi. Huhu.. Alhamdulillah, berjaya juga saya paksa tidur walaupun mata terkebil-kebil memandang siling bilik. Tak sedar jam berapa saya mula tidur, tapi akhirnya terjaga bila alarm berbunyi jam 6.00 pagi. Mata agak pedih sebab baru terasa mengantuk tapi saya teruskan bangun. Bagus juga kalau dapat bertahan sampai malam. Harap tak tertidur di siang hari. Saya kejut anak-anak supaya diorang pun tak tidur lama. Mudah diorang bangun sebab saya bagitau nak punggah barang-barang belian. Masing-masing ada barang tersendiri. Tu yang senang bangun tu. Si kecik tu kita biarkan dia terus lena diulit mimpi.

Satu persatu beg kami punggah dengan penuh sabar

Tak semua barang belian kami punya. Lagi banyak barang yang dipesan kawan-kawan. Alhamdulillah, dapatlah cover sikit kos perjalanan kami dengan hasil jualan ni. Itu yang seronoknya bila shopping di UK pada musim winter sebab harga agak murah berbanding musim summer. Cuma pilihan barang tak banyak la tapi masih berbaloi. Walaupun musim winter waktu siang pendek dan banyak kedai yang tutup awal, tapi sempat je kalau nak shopping. Tak dapat bayangkan kalau musim summer. Silap haribulan bertambah luggage. Hahah.. Ini pun dah memadai. Untuk kawan-kawan ada, untuk diri sendiri pun ada. Bajet pun takdelah tinggi mana pun untuk shopping.

Belum abis lagi beg yang dipunggah dah banyak ni


# FRIDGE MAGNETS & KEY CHAINS

Barang asas yang wajib dibeli. Tapi disebabkan ini trip kali kedua, jadi tak banyak yang kami beli untuk diri sendiri. Nak buat apa beli banyak sebab fridge magnet yang dulu pun masih ada lagi melekat kat dinding rumah. Nanti tak cukup space pulak untuk fridge magnet negara-negara lain yang bakal kami lawati. Setakat ni tak tau lagi nak ke mana, tapi in shaa Allah ada rezeki kami akan travel lagi sekeluarga. Janji kepada anak-anak untuk bermain salji tetap akan cuba ditunaikan.

Untuk diri sendiri dan sahabat. Teksi hitam tu 1 pound je harganya


# PERSONAL SHOPPER

Antara barang yang menjadi pilihan pesanan daripada kawan-kawan adalah barangan dari Kath Kidston sebab kali ni kami terjah terus kilang dia. Wife saya hantar gambar dalam group dan tunggu sejam untuk masuk order. Ramai juga peminat Kath Kidston di kalangan kawan-kawan. Mungkin kerana harga yang amat murah berbanding butik di Malaysia. Selain Kath Kidston, Port Meirion juga menjadi tumpuan pesanan kerana kami terus singgah di kilangnya yang terletak di Stoke. Laju mesej dalam whatsapp dari kawan-kawan yang memesan. Cuma diorang kena tunggu maksimum 3 bulan sebab kami pos dari sana. Sabar menunggu ya kawan-kawan demi pinggan mangkuk Port Meirion. In shaa Allah sempat sampai sebelum hari raya. Hihi..

Hasil dari Kath Kidston dan Port Meirion

Barang pesanan dari kedai-kedai yang lain pun ada juga yang kami beli seperti di Primark, Harrods, Vans dan banyak lagi. Boleh dikatakan mana-mana kedai yang kami masuk, nampak barang yang rare dan murah kami akan beli. Ada juga barang yang kami beli untuk diri sendiri tapi dibeli oleh kawan-kawan. Mula-mula saja je upload nak tengok jika ada yang berkenan. Rupanya memang ada, banyak pulak tu. Jadi kami jual je kepada yang berminat. In shaa Allah nanti kami boleh beli lagi. Apa pun kita cuba cover kos semaksimum yang boleh. Itu lebih penting untuk kesinambungan kisah travel kami di masa akan datang. Bukan murah sebenarnya kos untuk ke luar negara terutamanya ke bumi Eropah. Jika ada rezeki sikit, kami travel berdua. Jika ada rezeki lebih kami travel sekeluarga. Takde rezeki kami duduk rumah sambil tengok video travel kawan-kawan dan youtube. Apa pun kena percaya dan bersyukur pada rezeki yang Tuhan berikan.

Peminat Lilliput Lane pun ada untuk hiasan dalam rumah

Sambil memunggah, wife susun sekali barang-barang yang dipesan kawan-kawan. Barang lebih yang masih belum terjual wife ambil gambar dan iklankan dalam group whatsapp. Kalau takde yang berminat barulah wife iklan kat media sosial. Buat masa ni kami hanya ambil order kawan-kawan terdekat je. Tak terdaya nak expand pesanan sebab takut tak muat masuk dalam luggage. Kami tak beli extra luggage pun dalam trip kami. Cukuplah sekadar ambil pesanan sahabat terdekat walaupun memang ada keinginan kami untuk jadi personal shopper yang lebih global. In shaa Allah satu hari nanti.

Susun siap-siap untuk beri pada tuannya


# PERSONAL COLLECTIONS: HARD ROCK CAFE

Untuk trip kali ni ada tiga penambahan lokasi Hard Rock Cafe baru yang kami terjah iaitu di Glasgow, Piccadilly Circus dan Oxford Street. Di Oxford Street tiada t-shirt yang tertulis Oxford Street. Jadi hanya bergambar kenangan di dinding luar bersama logo Hard Rock Cafe Oxford Street. Nanti bila dah ada t-shirt yang bertulisan Oxford Street barulah saya beli buat koleksi. Hard Rock Cafe London dan Edinburgh yang kami dah pergi dulu pun kami singgah juga sebab ada pesanan dari kawan-kawan. Hard Rock Hotel London juga saya singgah tapi tak beli t-shirtnya. Ini adalah Hard Rock Hotel kedua yang saya dah lawati selepas Hard Rock Hotel Penang. Rasanya mungkin saya akan kumpul juga koleksi Hard Rock Hotel memandangkan dah makin banyak hotel dibuka di seluruh dunia. Kalau lagi sekali saya berpeluang ke London, saya akan beli juga t-shirt dan shotglass Hard Rock Hotel sebagai koleksi peribadi saya. A total of 33 Hard Rock Cafe & 2 Hard Rock Hotel visited.. and still counting..

T-shirt depan Piccadilly dan Glasgow tu koleksi peribadi saya

Tidak dinafikan trip kali ni banyak barang yang kami bawa balik sebagai kenangan dan jualan kepada kawan-kawan. Sesungguhnya UK menjanjikan pengalaman yang terbaik dalam kehidupan travel kami. Pemandangan yang indah dan barangan yang menarik hati sentiasa membuatkan kami teruja untuk datang lagi ke bumi UK. Banyak lagi yang belum kami explore. In shaa Allah jika diberikan ruang dan peluang kami akan datang lagi. Kawan-kawan yang memesan juga tidak dilupakan. Moga berjumpa lagi di masa akan datang. Thanks UK. Roger and out!


Wallahu 'alam..

Monday, 27 January 2020

Hobi lama tak habis lagi, dah tambah hobi yang baru..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Habis je trip Scandiscovery dan selesai urusan mengemas semua beg serta kembali dengan kehidupan normal, tetiba saya terdetik untuk mulakan hobi baru. Katanya nak mula bila dah tak collect Starbucks Citymug sebab mug You Are Here Collection dah stop production. Tapi belum official stop lagi dah tambah hobi baru. Tak sabar nampaknya. Huhu.. Sebenarnya ini bukanlah hobi terbaru, tetapi lebih kepada menyusun semula kenangan supaya nampak lebih cantik dan teratur. Sebelum ni duit baki travel saya daripada trip Australia pada 2011 hinggalah yang terbaru ni saya simpan dalam satu kotak. Duit kertas dan syiling semuanya bercampur. Jadi saya terfikir lebih baik wujudkan satu album khas untuk semua duit baki ni sebagai satu koleksi kenangan. Mula-mula saya guna photo album biasa. Nampak tak kemas dan duit syiling tak tau macamana nak letak dalam album tu.

Nampak tak menarik sebab ruang duit tu besar. Huhu..
Tak jadi pakai album biasa, saya tukar kepada album yang lekat macam sticker tu. Bila letak duit kertas nampak kemas tapi duit syiling pulak buat hal. Tak kuat sticker pada album tu. Akhir sekali saya search dalam internet dan jumpa bermacam jenis album khas untuk duit. Masalahnya banyak pulak pilihan dan harga berbeza-beza. Bila tengok dalam Lazada atau Shopee ada yang teramat murah sampai tak masuk akal. Saya tak berapa gemar beli online ni. Takut barang lain yang sampai nanti. Huhu.. Jadi saya tengok kat mudah.my dan jumpa satu iklan menjual money album dan aksesori yang berkaitan. Harga pun boleh tahan berpatutan. Yang paling penting ada kedai untuk saya datang dan tengok dulu.

Jumpa iklan dalam mudah.my
Saya call nombor yang tertera dan bertanya tentang lokasi kedai di Taman Connaught, Cheras. Tengok pada map yang dihantar, bukan kedai alat tulis atau kedai yang seangkatan dengannya, tetapi kedai hardware. Macam tak kena je kedai hardware jual money album. Takkan kena tipu kot. Huhu.. Takpe, saya pergi dan survey dulu jika betul kedai hardware tu ada menjual money album. Kalau salah kira rugi duit minyak dan tol la jawabnya. Hehe.. Tak cuba tak tahu. Harap-harap betul la wujud money album kat situ. Esok saya ke sana sebab kedai buka hari Sabtu hingga jam 6.00 petang.

Ini kedainya yang terletak di Taman Connaught. Money album sejenis hardware ke? Huhu..
Sampai di kedai, saya bertanya pada tuan kedai tentang money album. Malu nak cakap sebenarnya sebab takut iklan dalam mudah tu scam. Tuan kedai tanya mana saya tau tentang money album ada dijual di sini. Saya bagitau la tengok kat mudah.my dan saya yang call semalam. Tuan kedai tu kata memang ada jual money album kat sini. Saya tanya tentang money album serta beberapa aksesori lain. Saya tanya berapa harga dan dia suruh saya refer dalam mudah.my. Money album berserta dengan 10 pcs refill x 3 row berharga RM35.00. Kemudian saya tanya tentang apa kegunaan money sleeve jika dah ada refill tu. Rupanya money sleeve ni untuk bagi extra protection pada duit dan bagi nampak lagi kemas dalam album. Baru faham. Hehe.. Ada banyak saiz untuk money sleeve, ikut pada saiz duit kertas. Setakat ni duit Jepun paling besar yang saya ada. Daripada semua pilihan, saiz 6 boleh muat untuk semua duit saya. Jadi saya beli 2 pack (100 pcs) berharga RM6.00. Coin holder saya beli 2 saiz, 29mm (50 pcs) dan 31.5mm (50 pcs) yang berharga RM6.00. Untuk refill, saya tambah lagi 10 pcs untuk duit kertas (RM2.00/pc) dan 10 pcs untuk duit syiling (RM2.00/pcs). Jadi kesemuanya berharga RM87.00 untuk hobi terbaru saya. Hihi..

Siap beli aksesori sekali. Baru nampak menarik money album saya. Hehe..
Sebelum saya keluar, tuan kedai tanya kalau saya berminat nak beli duit istimewa. Patutlah dia ada jual money album dan aksesori, rupanya dia jual duit special. Semua duit Malaysia bernombor siri yang cantik dan rare dia jual. Takpelah, saya simpan duit yang saya travel je. Nanti bila refill dah habis saya datang lagi ya. Hehe.. Sampai di rumah terus saya mulakan aktiviti menyusun duit dalam album mengikut negara yang saya pergi sejak tahun 2011. Untuk menambah seri album, saya buat label bagi setiap duit dan page separator. Sanggup buat demi hobi terbaru ni. Hehe.. Seharian saya duduk kat meja study mengerjakan album. Akhirnya selepas 7 jam barulah siap semuanya. Puas hati saya. Hihi..

Duit oversea pertama yang saya simpan
Currency paling tinggi setakat ni
Setiap page hanya 3 keping duit je
Duit terbaru. Bahagian depan dan belakang duit
Guna coin holder pada setiap duit syiling
Bahagian depan dan belakang dilabelkan
Walaupun tak berapa kemas dan ada juga duit yang tak tersusun secara simetri, kira berbaloi jugalah habiskan masa untuk menyiapkannya. Dah boleh simpan elok-elok untuk kenangan. Next trip kena pastikan simpan siap-siap duit nominal paling kecik. Nak simpan semua nilai memang tak dapat la. Setakat duit Indonesia Rupiah dan Vietnam Dong boleh lagi sebab nilai tak tinggi sangat. Hehe.. Dengan terbitnya money album ni, secara rasminya saya ada hobi yang baru. Moga bertambah lagi duit dalam album ni dalam masa yang terdekat. Wallahu 'alam..

My money album

JJCP Scandiscovery: Souvenirs & Collectibles Items

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Seperti biasa, setiap kali travel saya pasti akan tambah koleksi peribadi saya iaitu t-shirt Hard Rock Cafe dan juga Starbucks Citymug. Tak lupa juga souvenirs untuk diri sendiri dan kawan rapat saya. Nak beli untuk semua kenalan macam tak logik pula. Hehe.. Daripada sumber maklumat kaki travel, memang betul souvenirs untuk kawan-kawan bukanlah perkara wajib beli setiap kali travel. Ia hanya sebagai tanda ikhlas dan kenangan. Itupun bergantung kepada duit lebih yang dibawa. Macam saya yang travel bajet ni faham-fahamlah ye. Nak beli untuk diri sendiri pun kadang-kadang kena fikir 2-3 kali. T-shirt yang bertulisan I Love Denmark dan seangkatan dengannya memang tak beli dah. Macam tak berbaloi jika lihat material baju tu dengan harga yang dijual. Di Scandinavia harga seketul fridge magnet pun boleh tahan mahalnya. Telan air liur dibuatnya bila lihat harga yang tertera. Huhu..

Cantik dipandang. Sebelum beli tanya harga dulu ye. Hihi..

# FRIDGE MAGNETS

Saya lebih gemar beli fridge magnets untuk kenangan saya berbanding key-chain. Dulu beli key-chain selalu sangat tertanggal dan hilang entah ke mana. Kalau fridge magnets selamat sikit sebab ia akan sentiasa melekat. Ada juga yang melekat kuat sampai ada kesan kat dinding bila dicabut. Takpe, biar ia melekat selamanya kat situ. Hehe.. Dulu masa travel 2-3 negara, saya letakkan di pintu peti ais. Bila dah pergi banyak negara jadi tak muat. Letak bawah sangat nanti anak-anak pulak suka cabut. Bila cari jumpa kat celah katil, almari dan mana-mana celah yang ada dalam rumah. Selalunya bila jumpa je mesti dah pecah. Diorang ingat fridge magnets tu salah satu mainan kanak-kanak agaknya. Huhu..

Ini je fridge magnets yang tinggal. Yang lain dah bagi kat kawan-kawan.
Untuk mengelakkan masalah dari hilang dan pecah kerana dicabut oleh ahli keluarga sendiri, jadi saya terpaksa pindahkan semua fridge magnets saya ke tempat yang lebih selamat, iaitu tinggi dari dicapai oleh anak-anak saya yang masih belum dapat terima kenyataan bahawa fridge magnets bukanlah sejenis permainan. Dah besar sikit nanti in shaa Allah diorang faham. Hehe.. Saya beli papan magnet di Ikea dan gantung di sepanjang dinding dapur saya. Jadi setiap kali pergi dapur mesti nampak fridge magnet dan terkenang. Sambil masak dan basuh pinggan pun boleh tersenyum sorang diri. Fridge magnet kena tukar nama kepada wall magnet sebab tak letak kat fridge. Hehe..

Banyak tempat kosong lagi tu. Tanda-tanda kena travel lagi. Hehe..

# STARBUCKS CITYMUG

Pencarian koleksi starbucks citymug diteruskan walaupun design You Are Here Collection dah mula diberhentikan produksinya seperti yang saya baca dalam website. Yang tinggal sekarang ni cuma nak habiskan stok lama. Lepas ni tak tau jika Starbucks akan keluarkan lagi mug yang ada tulisan bandar untuk saya teruskan hobi mengumpul. Andai dah takde lagi saya boleh la bagi souvenir kat kawan-kawan yang memang peminat tegar kopi Starbucks sebagai kenangan. Saya dah boleh mula fikir untuk cari hobi lain pulak. Hihi.. Daripada 5 bandar utama yang saya pergi sepanjang trip, hanya bandar ibu negara je yang masih ada lagi Starbucks citymug. Di Gothenburg bukan citymug yang takde, tapi dengan Starbucks sekali dah tutup. Huhu.. Takpe, cukuplah 4 citymug yang saya berjaya jumpa dan kumpul buat koleksi.

Complete 4 ibu negara Scandinavia yang berjaya dikumpul

# HARD ROCK CAFE

Ini koleksi yang paling banyak saya kumpul setakat ni. Pernah juga terfikir nak kumpul shot glass tapi macam payah je nak cari semula semua Hard Rock yang saya dah pergi. Jadi saya teruskan dengan mengumpul t-shirt je. Kali ni ramai juga kawan-kawan peminat tegar Hard Rock yang memesan sebab bukan senang nak dapat t-shirt dari Scandinavia especially Helsinki. Dah alang-alang saya beli untuk koleksi, apa salahnya belikan untuk kawan-kawan. Nak bagi sebagai souvenir macam sukar je sebab bukan murah harga barangan Hard Rock ni. Once dah mula mengumpul memang susah nak berhenti. Maka terpaksa teruskan jua hobi ini walaupun perit untuk keluarkan duit dalam wallet. Huhu.. Gambar di bawah adalah semua barangan Hard Rock yang saya beli. Tapi untuk saya sehelai je bagi setiap Hard Rock yang dilawati. Yang lain adalah pesanan kawan-kawan. Terima kasih kerana berurusan dengan saya. Hihi..

Hard Rock Cafe Copenhagen. Salah satu merah tu saya punya.
Hard Rock Cafe Helsinki. Saya punya yang bawah kiri tu
Hard Rock Cafe Gothenburg. Hitam itu saya punya.
Hard Rock Cafe Oslo. City Tee warna hitam tu pilihan saya.
Hard Rock Cafe Stockholm. Yang merah itu rare dan saya punya. Hihi..
Bertambah lagi 5 koleksi t-shirt dari Hard Rock, menjadikan kesemuanya 30 Hard Rock Cafe saya dah terjah setakat ni, and it still counting. Setiap kali masa bayar, saya dan wife akan minta jika ada souvenir lain yang boleh kami dapat. Kalau nasib baik dan staff bertugas dalam mood yang ceria, kadang-kadang boleh dapat macam-macam merchandise Hard Rock percuma. Dah beli banyak, takkan la tak dapat free gift. Masa di Singapore dulu saya dapat lebih 30 button batch. Habis semuanya saya bagi kat kawan-kawan sebagai souvenirs. Hehe..

Fridge magnet dan gelas tu pesanan kawan. Yang lain semua free gift. Hihi.. Tq HRC!..
Yang ni free gift paling special kerana staff salah faham. Hehe..
Selesai sudah perkongsian souvenir dan collectible items yang saya dapat di bumi Scandinavia. Bukan material yang menjadi keutamaan, tetapi kenangan dan pengalaman hidup yang diperolehi membuatkan kita lebih memahami akan kehidupan sebagai khalifah di muka bumi milik Allah. Bersyukur dengan apa yang telah dicapai. Ada rezeki saya akan terus berkelana. Moga diberikan kesihatan yang baik. Bukan semua orang suka travel jalan-jalan cari pengalaman ke luar negara walaupun duit simpanan mencecah 6 angka. Minat masing-masing. Alhamdulillah saya minat pada travel kerana dengan berkelana minda saya lebih terbuka luas untuk memahami dunia. Lepas ni nak ke mana pulak agaknya ya? Bergantung pada tiket flight. Mana yang murah dari kebiasaan dan kena pada tarikh kita grab terus. Hihi.. Wallahu 'alam..

Saturday, 14 April 2018

JJCP VietCam: Souvenirs & Collectible Items

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Untuk family trip kali ni, tak banyak barangan souvenir yang saya bawa balik. Niat utama hanyalah untuk berjalan menjejaki Cambodia dan melawat tempat yang popular dan bersejarah di Phnom Penh dan Siem Reap. Sebagai kenangan, hanya fridge magnet je yang saya beli. Itupun tak sampai 10 biji. Huhu.. Mungkin kerana awal-awal lagi masa sampai di Vietnam saya dah rasa tak puas hati tentang bas yang kami sewa. Kemudian ditambah dengan driver bas di Cambodia yang sepatah haram tak faham bahasa Inggeris. Haduii.. Terus hilang mood nak shopping. Nasib baik ada kawan-kawan travel yang join. Dapatlah kurangkan sikit stress pasal bas ni. Hahah..

# FRIDGE MAGNETS

Jadilah dapat beli beberapa fridge magnet untuk memenuhkan pintu peti ais kat rumah. Hihi.. Kalau dikira fridge magnet dari mula saya travel, dah tak muat nak letak kat fridge 2 pintu. Kena beli fridge lagi satu untuk letak semuanya. Takkan sampai kena beli peti ais baru kot. Hehe.. Nampaknya dah tak sesuai nak letak kat pintu peti ais. Tunggu sikit masa lagi, saya ingat nak beli magnetic board besar yang boleh digantung kat dinding dan letak semua fridge magnet saya. Bukan apa, bila dah terpaksa guna sampai ke bahagian bawah peti ais, anak bongsu saya suka sangat cabut dan buat main. Setakat cabut je takpe lagi, tapi dia siap baling lagi. Banyak jugalah fridge magnet sya yang dah pecah. Huhu.. Sebab tu banyak fridge magnet yang saya simpan dalam almari. Mana yang nampak menarik je saya lekatkan kat pintu peti ais. Hihi..

Cukup sebagai syarat ntuk destinasi yang dah dilawati

# STARBUCKS CITYMUG

Starbucks dah mula keluarkan citymug khas kepada pengumpul yang dinamakan Starbucks You Are Here Collection. Serius cantik dan comel design dia. Yang paling penting saiz citymug ni sama untuk semua Starbucks di seluruh dunia. Kotak pun nampak menarik. Amat sesuai untuk dijadikan koleksi peribadi. Dulu saiz mug berbeza mengikut lokasi. Design pun simple je. Daripada koleksi saya, cuma citymug Jepun yang saya rasa paling menarik design dia. Buat masa ni Starbucks Malaysia belum keluarkan lagi. Mungkin satu hari nanti akan keluar juga. Apa-apa pun saya amat berminat dengan design yang terbaru ni. Macam mana dengan citymug yang saya dah beli sebelum ni? Nak buat display rasanya tak menarik sebab saiz setiap citymug tak sama. Mungkin saya akan jadikan citymug lama untuk kegunaan harian atau pun jual kepada pengumpul tegar. Agak ramai juga kaki kumpul citymug Starbucks dalam group facebook yang saya join. Manalah tau mungkin ada yang berminat. Dapat la duit sikit. Hihi.. Masalahnya sekarang, adakah saya akan kumpul semula design terbaru dari lokasi yang saya dah pergi sebelum ni? Nak pergi balik macam tak logik. Cara lain yang lebih sesuai adalah dengan memesan kepada rakan-rakan yang travel ke sana. Itupun kalau mereka sudi nak belikan dan bawa balik. Setakat negara jiran takde masalah, bila-bila masa je boleh pergi beli citymug yang baru. Hehe..

Starbucks You Are Here Collection pertama saya. Cantik..

# HARD ROCK CAFE ANGKOR

Di Siem Reap ada Hard Rock Cafe yang mula beroperasi pada tahun 2014. Dapatlah saya kumpul koleksi t-shirt HRC yang ke-25 dalam koleksi peribadi saya. Kebanyakan design yang menarik saya dah ada. Jadi terpaksalah pilih mana-mana design lain yang saya masih belum ada lagi. Barulah berwarna-warni keadaan dalam almari HRC saya. Hihi.. Tension betul masa saya di Phnom Penh dan nampak logo HRC kat satu dinding bangunan bertulis 'Opening Soon'.. Kalau bukak kan ke bagus. Huhu.. Persoalannya sekarang, kat siapa saya nak pesan bila HRC Phnom Penh dah buka nanti. Harap ada lah rakan travel yang nak ke sana dan sudi terima pesanan dari saya. Nak bayar lebih sikit pun takpe, kira upah la tu. Hihi.. Dalam facebook pun ada juga group pengumpul tegar t-shirt HRC. Kalau ada ahli group yang nak jual t-shirt HRC Phnom Penh, dah tentu saya akan beli punya. Hehe..

HRC Angkor t-shirt for me. Simple je design dia..
HRC Angkor pilihan wife saya
Ini je lah barangan souvenir dan collectible items yang saya bawa balik. Paling sikit dalam sejarah travel saya. Hihi.. Cukuplah sebagai kenangan saya pernah menjejakkan kaki di bumi Cambodia. Anak-anak saya lagi banyak barang souvenir yang diorang beli. Nak bagi kat cikgu sekolah katanya. Untungnya jadi cikgu, banyak dapat hadiah dari anak murid. Itupun kalau murid suka guru tu. Kalau tak suka pun dapat hadiah juga, iaitu mural di pintu kereta. Huhu.. Maka habislah sudah penceritaan perjalanan saya sekeluarga bersama kawan-kawan menjelajah bumi Cambodia yang utamanya dan Vietnam sebagai starting dan ending point sebab tiket flight murah hanya ke Ho Chi Minh City. Kalau la tiket flight ke Phnom Penh atau Siem Reap dapat murah dah tentu kami takkan pergi ke Vietnam. Hihi.. So, next travel nak ke mana? Masih menjadi tanda tanya. Website tiket flight sentiasa disemak. Ada je mana-mana tiket yang murah dan kena pulak dengan tarikh, apa lagi yang nak ditangguhkan. Grab je terus. Moga dapat apa yang diimpikan. Wallahu 'alam..

Monday, 16 October 2017

JJCP Umrah Ziarah Oman: Souvenirs & Collectible Items

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Tak lengkap trip jika tak beli sesuatu sebagai kenangan dalam hidup. Biarpun harga barang tak seberapa, tapi nilai dan di mana kita beli tu yang lebih penting. Walaupun bukan kewajipan setiap kali keluar negara beli souvenir untuk saudara-mara dan kenalan, tapi ianya sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dari yang memberinya. Belum kira lagi yang memesan tapi cuma guna air liur. Dalam radio Sinar FM pun si Jep, Shuib dan Rahim dah sebut tentang pesan barang kat kawan. Macam la kawan tu banyak duit nak dahulukan dulu. Dulu saya pernah belikan t-shirt Hard Rock Cafe untuk kawan yang mintak belikan tapi tak bagi duit. Bila dah beli, ada pulak yang tak berkenan dengan design dan saiz. Terpaksa la saya jual kat orang lain. Nasib baik t-shirt HRC dikira barang panas dan ramai yang nak beli. Lepas ni kalau ada yang pesan saya akan mintak saiz sekali. Design cuma classic je, senang cerita. Kalau pesan air liur maka dapat pun paling kurang saya hantar gambar t-shirt tu kat whatsapp. Hehe..


# UNTUK DIRI SENDIRI

Sebenarnya setiap kali ke luar negara, barang kami berdua tak banyak pun yang dibeli. Kami lebih beli barang untuk anak-anak. Saya setakat dapat t-shirt sehelai, satu keychain dan fridge magnet pun dah cukup. Kalau ada perfume murah boleh juga beli sebotol dua. Kalau ke tempat yang shopping heaven lain pulak ceritanya. Mungkin banyak sikit yang dibeli. Itupun cari yang paling murah boleh dapat. Hihi.. Untuk trip Umrah Ziarah kali ni saya dan wife cuma beli jubah dan aksesori pakaian serta sejadah. Di Oman saya cuma beli kumma dan perfume yang dibeli dalam flight untuk diri saya. Wife saya ekstra sikit kat jubah. Alasan kuat untuk pakai pergi kerja katanya. Hihi..

Antara barang yang dibeli untuk saya dan wife

# UNTUK ANAK-ANAK

Barang untuk anak-anak dah tentu paling banyak kami beli. Ada satu kedai di Madinah yang menjual tudung budak yang amat murah. Jubah budak pun boleh tahan murah juga. Ada yang semurah 5.00SAR sehelai. Sesuai la untuk anak saya pakai seharian. Eiman yang paling suka pakai jubah. Kalau boleh setiap hari dia nak pakai. Produk PASTI la katakan. Hihi.. Banyak juga yang kami beli. Setakat 3 tahun hari raya boleh pakai lagi jubah ni. Itupun kalau masih muat. Budak-budak cepat membesar. Hehe..

Khas untuk 4 orang anak kami. Yang si kecik punya pun ada

# UNTUK SAUDARA-MARA DAN KENALAN

Hidup ini takkan indah kalau takde sedara dan kenalan. Sebagai ingatan apalah salahnya berikan souvenir. Tak perlu balasan, cuma mengharapkan hubungan persahabatan yang berkekalan. Nak bagi kat semua sedara dan kawan tu tak dapatlah. Hanya yang rapat dan sentiasa berhubung especially di pejabat. Mungkin dengan pemberian ni mereka yang belum pernah mengerjakan umrah akan bersemangat untuk ke sana juga. Sentiasa mendoakan agar semua kenalan saya dapat jemputan untuk menziarahi Rumah Allah satu hari nanti, insyaAllah..

Mungkin nilainya kecil, tapi besar maknanya

# KEYCHAIN & MAGNETS

Yang ni dah memang jadi kewajipan kena beli. Makin penuh la pintu fridge kat rumah. Huhu.. Saya ada terbaca tentang bahaya letak fridge magnet kat pintu peti ais. Betul ke? Katanya tarikan magnet tu beri kesan negatif kepada makanan kat dalam peti ais. Rasanya sejak saya kecik lagi mak saya lekat fridge magnet kat pintu peti ais. Zaman sekarang ni macam-macam benda yang orang viralkan. Yang positif tetiba jadi negatif dan sebaliknya. Tak tau nak percaya mana satu. Huhu.. Apa pun saya memang bercadang nak beli magnetic whiteboard untuk lekatkan semua fridge magnet saya dan gantung kat dinding. Mungkin lebih menarik kalau pandai susun ikut bentuk. Lepas ni dah tak sesuai bagi nama fridge magnet. Kena tukar kepada wall magnet. Hahah..

Cukuplah dapat fridge magnet dan keychain untuk setiap bandar yang saya pergi

# KURMA DAN MANISAN

Dah pergi Mekah dan Madinah kalau tak beli kurma macam tak lengkap je itinerary. Huhu.. Harga kurma kat sini sudah tentu murah terutamanya kurma favourite saya iaitu Ajwa. Boleh juga bagi kawan-kawan di pejabat. Letak kat atas meja, siapa yang lalu depan meja saya terus ajak makan kurma. Hidang sekali air zam-zam bagi diorang minum. InsyaAllah ada keberkatannya. Laluan depan meja saya agak popular juga sebab orang lalu nak ke bilik bos besar. Bos lalu pun saya jemput juga makan kurma dan minum air zam-zam. Tak baik menolak tau. Hehe.. Selain kurma saya beli juga kacang, coklat dan biji habbatussauda. Banyak khasiatnya makan habbatussauda ni. Tak percaya boleh google ya. Hihi..

Gambar buah limau yang tak sempat sampai Malaysia pun saya letak. Hihi..

# STARBUCKS CITYMUG

Di Mekah dan Madinah ada Starbucks. Cuma di Muscat saya tak pasti Starbucks ada ke tak. Jadi dapatlah saya tambah koleksi citymug saya. Buat masa ni semua citymug saya letak dalam bekas lagi. Nak display takde tempat sesuai sebab rumah kecik. InsyaAllah bila pindah nanti saya nak buat satu rak khas untuk letak semua citymug sebagai tanda saya dah sampai tempat tu. T-shirt HRC saya pun cadang nak buat almari khas kat bilik. Mana tau dah bersara dari arena travel nanti saya buat jualan semula. T-shirt HRC ada peminatnya tersendiri. Sama juga seperti citymug. Saya ada join group FB pengumpul citymug. Diorang punya koleksi lagi la banyak. Cuma saya tengok citymug diorang lagi cantik dan khas untuk collector. Setakat ni saya tak jumpa lagi design citymug tu. Mungkin product terbaru kot. Next destination saya mungkin dah keluar design terbaru tu kat semua Starbucks.

Flask tu kawan saya yang mintak belikan
Selesai sudah perkongsian lengkap saya tentang trip JJCP Umrah Ziarah Oman. Misi utama ke sana hanya satu iaitu mengerjakan umrah dan beribadah di Rumah Allah. Selainnya hanya sampingan. Sebagai manusia biasa kita takkan dapat lari dari kesilapan. Iman dalam diri tidaklah sekuat mana. Kadang-kadang tergelincir juga. Sentiasa berusaha untuk berubah menjadi manusia yang terbaik di sisi Allah dan berguna kepada agama, keluarga dan masyarakat. Moga diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup di jalan yang diredhai Allah. Kita diberikan peluang untuk merancang yang terbaik, namun hanya Tuhan yang akan menentukannya. Wallahu 'alam..

Sunday, 19 March 2017

JJCP Indonesia (Medan): Souvenirs & Collectible Items

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setiap trip ke luar negara memang tak sah kalau tak beli sesuatu untuk dibawa pulang. Untuk collectible items nampaknya takde yang dibawa balik. Walaupun t-shirt Hard Rock dan citymug Starbucks takde di Medan, ada lagi benda lain yang sesuai untuk dibuat souvenir. Selain makanan seperti kacang Paten, kek lapis dan kek gulung, saya ingat nak beri satu kelainan kat kawan-kawan. Asyik bagi key-chain dan fridge magnet je sebelum ni. Kali ni nak bagi benda lain pulak. Dah nama pun souvenir, bagi la apa-apa yang sesuai pun. Hihi.. Harap diorang terima la dengan hati yang terbuka. Ikhlas dari saya dan wife untuk kawan-kawan rapat kami. Bila dapat souvenir ni tandanya orang masih ingat kat kita walaupun merantau cari pengalaman ke luar negara. Namun tak dapat la nak bagi kat semua. Bajet pun boleh burst. Hehe.. Selain key-chain dan fridge magnet, ada juga yang dapat teh, kopi dan juga beg duit batik sebagai kenangan di Medan. Moga kekal persahabatan di antara kita hingga ke hujung nyawa. InsyaAllah..

Sedap air teh Sari Wangi ni. Minum masa breakfast kat Hotel Atsari
Yang ni kopi 3in-1 yang paling best di Indonesia
Kopi Tora Bika latte ni pun sedap juga
Ada juga beli key-chain dan fridge magnet..
Ada banyak lagi barang yang dibeli cuma tak sempat nak amik gambar dah bagi kat kawan-kawan. Yang tinggal untuk kegunaan sendiri je. Hihi.. Bukan souvenir yang menjadi ukuran, tetapi pengalaman dan kenangan yang menjadi keutamaan. Souvenir hanya sebagai syarat je setiap kali travel. So, seterusnya ke mana pulak? Kita tunggu dan lihat. Selagi masih bernyawa dan kesihatan serta kewangan yang mengizinkan, insyaAllah akan ada tempat baru yang dituju. Banyak lagi wishlist yang belum tertunai. Umur dah nak masuk 40 series pulak tu. Huhu.. Travel tak mengenal usia. Lakukan selagi terdaya. Wallahualam..

Tuesday, 10 January 2017

JJCP Thailand: Souvenirs & Collectible Items

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tak lengkap sebuah trip jika tak beli sesuatu untuk dijadikan kenangan. Macam biasa, barang souvenir seperti t-shirt, key-chain dan fridge magnet dah tentu dibeli. Kawan-kawan dan saudara-mara tidak dilupakan. Harap diorang appreciate la apa yang saya bagi. Benda free, takkan la taknak terima pulak kan. Hehe.. Nak bagi semua kenalan macam tak mampu. Jadi kepada teman dan saudara rapat je la yang dapat diberi. Bukan nilai barang tu yang menjadi keutamaan, tetapi niat untuk bagi souvenir dan ingatan ikhlas terhadap kawan-kawan itu yang penting. Sebenarnya banyak juga yang dibeli, tapi tak sempat nak amik gambar. Semua dah bagi kat orang. T-shirt pun anak-anak dah pakai. Jadi yang tinggal cuma untuk diri sendiri je. Huhu..

Ini je yang tinggal untuk diambil gambar. Hehe..
# STARBUCKS CITYMUG

Di Krabi saya jumpa lokasi Starbucks yang terletak di Ao Nang. Di Phuket juga saya jumpa satu Starbucks. Cuma di Hatyai je yang saya tak jumpa. Takde masalah kalau nak cari citymug sebab kat mana-mana Starbucks akan ada jual citymug untuk satu negara. Dapat jumpa satu Starbucks pun dah cukup. Saya mencari jika ada citymug untuk Phuket, Krabi dan Hatyai. Nampaknya hanya Phuket je yang ada. Bangkok pun ada juga tapi saya tak beli sebab tak sampai lagi. Syarat citymug ni pun sama dengan t-shirt HRC. Takkan beli atau pesan kat orang kalau tempat tu saya tak sampai lagi. Dapat satu citymug pun cukup la buat koleksi peribadi. Nanti ada rezeki pindah rumah baru ingat nak buat display. Baru lah sentiasa segar dalam ingatan travel ke luar negara bila tengok citymug yang dah dikumpul. Hehe..

Only Phuket citymug for Thailand trip
# HRC T-SHIRT

Untuk HRC pun sama juga, hanya ada di Phuket. Jadilah buat koleksi ke-24 HRC yang dah dilawati setakat ni. Ada banyak design baru yang keluar. Selalunya design ni akan ada di HRC yang lain kecuali city-tee. Harap betul la sebab rasanya semua design saya dah ada. Lepas ni kalau ada rezeki pergi ke HRC yang ke-25 boleh la pilih design yang lain. Agak-agaknya HRC mana pulak yang akan saya terjah lepas ni ye? Dalam wishlist memang banyak. Tapi peluang dan kesempatan untuk pergi tu belum ada lagi. Duit tabung baru nak refill. Hihi.. InsyaAllah ada rezeki boleh la berjalan lagi cari pengalaman hidup. Buat masa sekarang ni kita rehat dulu sambil kumpul duit ye. Hehe..

HRC Phuket
Nampaknya bukan display cabinet je yang nak kena beli untuk letak citymug, tapi almari khas pun kena ada jugak untuk letak t-shirt HRC ni. Walaupun harga citymug dan t-shirt HRC ni agak mahal, tapi kalau dah hobi nak buat macam mana. Terpaksa la cari duit extra semata-mata untuk realisasikan hobi ni. Hendak seribu daya, ye tak? Selesai sudah penceritaan pengalaman hidup kami di bumi Thailand. Amat seronok kerana pergi dengan kawan-kawan. Harap ada lagi trip ke luar negara bersama-sama lepas ni. Perancangan tu memang banyak, tapi tak tau bila nak jalankan. Buat masa ni saya nak mimpi dulu. Mimpi mungkin menjadi kenyataan. Hehe.. Wallahualam..

Sunday, 21 August 2016

JJCP Western Europe: Souvenirs & Collectible Items

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Macam biasa, sebagai penutup untuk setiap trip saya akan share tentang my collectible items yang berjaya dikumpul. Banyak juga souvenirs yang berjaya dibawa pulang. Of course t-shirt di setiap negara menjadi pilihan untuk dibeli. Nampaknya dalam almari tu dah takde t-shirt Adidas or Nike, semuanya digantikan dengan t-shirt negara yang dah dilawati. Bukan apa, bila pakai t-shirt souvenir ni membuatkan saya akan sentiasa teringat tentang kenangan di sana. Begitulah antara sifat seorang traveller, sentiasa ingin ke luar negara cari pengalaman baru dalam hidup. Tapi ia tak semudah yang dijangka. Selalunya akan ada halangan yang terpaksa membuatkan saya membatalkan hasrat untuk mengembara. Antaranya duit tabung tak cukup la. Hehe.. Tarikh pun main peranan jugak. Kadang-kadang dah dapat tiket flight murah, tapi tarikh pulak tak ngam. Kena tengok jugak kerja kat office tu. Time musim sibuk takleh nak cuti. Huhu.. Priority tetap pada kerja, sebab kerana kerja la boleh simpan duit tabung untuk travel. Hehe..

Jumpa je kedai ni memang abis la duit. Minat punya pasal. Huhu..
Selain dari t-shirt souvenir di setiap negara, antara benda yang sudah pasti akan saya beli adalah fridge magnet dan key-chain. Punyalah banyak sampaikan tak tau nak pakai key-chain untuk kunci mana dah. Fridge magnet pun dah hampir penuh kat pintu peti ais. Nampaknya kena beli magnetic whiteboard letak semua fridge magnet ni. Huhu.. Yang extra bagi kat kengkawan yang terdekat buat kenangan. Takkan nak jual kat mudah kot.. Teruk benar kalau key-chain dan fridge magnet pun nak jual. Kalau kasut Clarks tu logik la juga buat bisnes. Hehe.. So inilah dia barangan yang berjaya dibawa masuk ke Malaysia hasil dari jalan-jalan cari pengalaman kami kat Western Europe. Gambar t-shirt souvenir je yang tak dapat nak share sebab dah pakai sampai lunyai. Tak amik gambar masa beli dulu. Maklumlah, kisah 8 bulan lepas baru nak cerita dalam blog ni. Nak amik gambar sekarang macam dah tak sekata kaler t-shirt tu. Hihi..

Kebetulan perfume yang beli dulu baru je abis pakai. Hehe..
Yang ni untuk kegunaan sendiri. Yang jual punya takleh tunjuk. Hihi..
# KEY-CHAIN & FRIDGE MAGNET

Tak tau kenapa asal pergi oversea je mesti kena beli dua benda ni. Mungkin sebab harga dia murah dan tak mengganggu space dan berat luggage. Ia juga antara barang yang mudah nak cari dan bagi kat kawan-kawan. Biar nampak sikit tanda negara yang dah dilawati. Kalau setakat beli t-shirt Adidas plain, kat butik Al-Ikhsan boleh cari. Hehe.. Tapi sekarang ni banyak kedai souvenir di Malaysia yang jual barang-barang dari luar negara. Takde masalah nak beli apa-apa pun, yang penting kita sendiri tau benda tu dibeli kat luar negara. Contohnya beli jersi Manchester United kat Old Trafford tapi orang kata beli gred AAA kat Uptown Danau Kota. Sedih betul bila dengar kenyataan macam tu. Hehe.. Nasib baik saya minat team yang kurang popular. Dah tentu jersi team saya takde jual kat pasar malam Taman Melawati. Sama jugak masa kat Korea dulu. Main beli je jersi mana yang berkenan kat hati walaupun team tu tak power. Janji rare dan tak dijual di uptown atau pasar malam. Apa-apa pun, ini semua salah negara China yang kuat sangat ciplak brand orang. Huhu..

Key-chain Eiffel Tower yang dibeli dari brader Senegal kat Trocadero
Antara souvenir untuk diri sendiri dan kawan-kawan
Fridge magnets yang disusun ikut negara yang dilawati
Dah hampir penuh. Patutlah asal bukak peti ais je muka ada senyum. Hehe..
# STARBUCKS CITYMUG

Entah macam mana saya boleh lupa nak mencari citymug bila sampai di setiap bandar especially di Paris!. Padahal masa return kereta kami lalu depan Starbucks kat airport. Huhu.. Nampaknya macam ada peluang untuk ke sana lagi ni. Hahah.. Takpelah, nanti kalau ada sesapa yang pergi Paris boleh la saya mintak tolong belikan. Itupun kalau ada yang sudi la. Tak sudi nak buat camna. Eh. macam ayat merayu pulak. Hehe.. Nak kumpul untuk 9 negara macam tak logik sebab tak semua negara ada Starbucks. Kat Liechtenstein for sure takde punya. Kumpul je la mana-mana bandar yang terjumpa Starbucks. Bila dah banyak nanti boleh buat display kat dinding rumah sampai berhabuk. Hehe..

Hanya 3 citymug je yang dapat beli. Satu tu bukan citymug, tapi countrymug. Hehe..
# HRC T-SHIRT

Haa, yang ni confirm takkan lupa sebab yang paling saya minat nak kumpul. Hehe.. Sampaikan dalam itinerary pun siap susun plan untuk ke HRC. Banyak sangat dah t-shirt HRC dalam koleksi saya. Memang saya jaga betul-betul sampaikan basuh pun guna tangan dengan air suam. Huhu.. Mana lah tau bila dah tak minat nak kumpul nanti boleh bukak booth kat carboot sale. Dah tentu kaki kumpul t-shirt HRC datang beli punya. Hihi.. Itu kalau dah tak minat la. Buat masa sekarang ni belum terfikir nak jual. Simpan je la dan pakai time special occasion. Harap HRC keluarkan banyak lagi design t-shirt yang baru sebelum next trip. Rasanya semua design dah ada dalam koleksi. Susah betul bila ada hobi menyimpan benda ni. Saya ada satu lagi benda yang saya simpan dari sekolah iaitu duit seringgit lama. Bukan duit seringgit zaman saya tak lahir lagi, tapi duit seringgit terakhir yang guna simbol $1. Hampir seribu dah saya kumpul. Siap iron duit tu bagi cantik dan simpan baik-baik. Huhu..

HRC Ho Chi Minh City
HRC Brussels
HRC Amsterdam
HRC Cologne
HRC Munich
HRC Venice
HRC Paris. Wife saya je beli sebab tak puas hati dulu beli classic kaler putih. Huhu..
Keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan apa yang dibawa balik dari Western Europe. Walaupun t-shirt negara yang dibeli kualitinya tak setanding t-shirt Adidas tapi ianya amat berharga buat saya dan memberikan satu kepuasan bila memakainya. Sekurangnya memberikan saya satu kenangan yang takkan dapat dilupakan tentang negara yang dah dilawati. Next trip? Entah la. Tak tau lagi ke mana kaki ini akan melangkah. Asal ada peluang insyaAllah ada lah cop baru kat passport tu. Hehe. Duit tabung kena pikir jugak. Walaupun duit tak boleh beli pengalaman, tapi duit jugalah punca utama untuk mendapat pengalaman itu. Lainlah kalau ada yang sponsor semua trip expenses atau sanggup berjalan kaki dari rumah menuju ke sempadan. Hihi. Wallahualam..