Tuesday 22 October 2019

JJCP Scandiscovery: Day 14 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ JUMAAT, 21 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ KUNGSTRADGARDEN
@ SOUVENIR SHOPS


Tram baru je bergerak masa kami sampai di tram stop. Jadi terpaksalah tunggu tram yang berikutnya. Nasib baik tak perlu tunggu lama kerana tram seterusnya akan sampai kurang dari 10 minit. Sebab tu saya sempat lagi berjalan dan bergambar di depan Nordiska Museet, antara muzium yang menjadi tarikan utama kepada pelancong yang datang ke Stockholm. Kami ni bukan peminat muzium. Muzium negara pun jarang pergi, padahal dekat je dengan tempat kerja wife saya. Hihi.. Saya ambil gambar kerana mengagumi seni binaan bangunan-bangunan di sini.

Kita tunggu tram ni patah balik
Cantik sungguh senibina bangunan Nordiska Museet ni
Jam 11.40 pagi tram Line 7 sampai. Kami naik dan tram bergerak menuju ke pusat bandar. Rasa teruja bila dapat naik satu-satunya tram yang masih beroperasi di Stockholm. Boleh la dijadikan kenangan terindah buat kami. Keadaan dalam tram amat bersih. Dalam perjalanan kami dihidangkan dengan nyanyian yang tak diundang dari sekumpulan remaja yang duduk di bahagian belakang. Negara dia, suka hati la diorang nak buat apa pun. Janji diorang tak kacau kami. Hihi.. Perjalanan dalam tram singkat je walaupun tram bergerak perlahan. Tak sampai 10 minit kami dah sampai di tram stop yang dituju iaitu Kungstradgarden Stop.

Sukanya korang menyanyi dalam tram ye. Suara tak sedap pulak tu. Hehe..

@ KUNGSTRADGARDEN

Kungstradgarden adalah sebuah taman yang terletak di tengah bandar Stockholm. Ianya popular pada locals sebagai tempat pertemuan untuk bersantai dan berehat bersama kawan-kawan. Pada musim summer, kawasan taman ni akan diadakan konsert terbuka, manakala ketika winter pula akan ada kawasan ice-skating rink di tengah taman ni. Teringin juga nak main ice skating, tapi dulu pernah main kat Damansara. Lagi banyak jatuh dari berdiri. Habis basah kuyup seluar. Hahah.. Takpelah, memang saya tak pandai main sukan ais kot. Main ski kat Korea dulu pun gagal. Huhu.. Paling sesuai dan selamat adalah tengok orang lain yang main. Hehe..

Tram route: From Nordiska Museet to Kungstradgarden
Teringat cerita Blades of Glory lakonan Will Ferrel. Lawak sungguh. Haha..
Puas menjadi penonton, kami teruskan perjalanan merentas taman menuju ke Gamla Stan. Kami nak pergi balik ke kawasan kedai souvenir semalam sebab Fa cakap macam tak cukup je apa yang dia dah beli. Lagipun ini adalah bandar besar terakhir yang kami pergi. Lepas ni kami akan ke Copenhagen semula di mana harga souvenir agak mahal. Jadi adalah lebih baik beli kat sini banyak-banyak jika nak bagi souvenir kat saudara-mara dan kawan-kawan. Kesimpulannya, souvenir di Stockholm adalah lebih murah dan banyak pilihan berbanding di Copenhagen, Helsinki, Gothenburg dan Oslo.

Kalau benda alah ni in shaa Allah pandai bawak. Hehe..
Sesi bergambar sebelum sampai Gamla Stan
Jauh berjalan dalam cuaca sejuk, maka air pun dah banyak terkumpul dalam badan. Apa yang dapat saya perhatikan selama berada di bumi Scandinavia, amat susah nak cari tandas awam. Andai kata terjumpa, baik masuk walaupun tak rasa nak membuang sangat. Haha.. Masa dalam perjalanan dengan kereta pun susah nak jumpa hentian rehat yang ada tandas awam. Kalau di Malaysia boleh dikatakan setiap stesen minyak ada tandas. Tapi di sini kena check dulu sebab majoritinya takde. Huhu.. Jadi kenalah prepare apa yang patut jika travel waktu winter di sini, especially bila bawa anak-anak sebab diorang pasti akan minta dua benda, iaitu makanan dan tandas. Berulang-kali diorang akan minta sampai dapat. Hehe..

Memang sukar nak cari public toilets di Stockholm (Ihsan Google)
Kebanyakan public toilet kena bayar, sama seperti semalam di mana saya kena bayar SEK10.00 untuk gunakan tandas di Central Station. Tak kiralah urusan kecil ke besar tetap kena bayar amaun yang sama. Huhu.. Tapi kalau public toilet yang automatik tanpa ada penjaga di pintu masuk, boleh je guna bergilir-gilir dengan sekali bayaran je. Tapi pastikan takde kamera kat luar tandas tu. Karang kena tangkap la pulak sebab tipu bayaran masuk tandas. Buat malu je. Hehe.. Kami cuba pada satu public toilet. Kena bayar SEK5.00/entry tapi kami guna bergilir. Bila keluar, jangan terus tutup pintu. Nanti pintu terus lock dan kena bayar lagi untuk masuk. Kalau kunci dari dalam takde masalah sebab sensor ingat orang yang sama dalam tandas tu. Jahat sungguh la saya sebab mengajar cara elak bayar duit tandas. Try and error je sebenarnya. Tak sangka menjadi rupanya. Hahah..

Tandas awam. SEK5.00/entry. Boleh bayar pakai kad kredit tau. Hihi..

@ SOUVENIR SHOPS

Kami sampai di lorong semalam iaitu Vasterlanggatan yang mempunyai banyak kedai souvenir. Kami sambung membeli souvenir sebab kat Copenhagen nanti tak perlu beli dah sebab mahal. Kami masuk beberapa kedai untuk mendapatkan souvenir yang terbaik dan harga yang termurah. Setakat luggage tag yang bertulisan Stockholm boleh dapat serendah SEK3.00/piece. Kira murah sangat dah tu. Sesuai untuk diberi sebagai souvenir pada kawan-kawan. Hihi.. Maka lamalah kami berada kat kawasan ni. Lepas ni dah tak ke mana-mana lagi. Boleh terus balik ke rumah Susanne untuk ambil kereta.

Walking route: From Kungstradgarden to Vasterlanggatan
Repeat balik tempat semalam. Hihi..
Cuci mata je tengok souvenir yang mahal. Hehe..
Selesai misi menambah souvenir, jam 1.00 petang kami mula berjalan ke Gamla Stan T-Bana untuk naik metro menuju ke Slussen. Nak jalan kaki terus ke Slussen ikut jambatan seperti pagi tadi macam tak larat dah sebab kena naik bukit. Hihi.. Bahaya sebenarnya kalau duduk lama kat area kedai souvenir. Nanti ada je benda yang nak dibeli. Iman takdelah sekuat mana pun. Huhu.. Cukuplah kot apa yang dah dibeli ni untuk diberi pada kawan-kawan yang rapat sebagai kenangan. Nak bagi satu sekolah macam tak logik pulak kan. Hehe.. Kena kecam itu sudah pasti. Tebalkan telinga je lah. Moga mereka faham bahawa pemberian souvenir itu bukan perkara wajib apabila seseorang itu travel. Hehe..

Moh ler kita balik ke pangkal jalan..
Waking route: From Vasterlanggatan to Gamla Stan T-Bana
Metro route: Line 13/14/17/18/19 from Gamla Stan to Slussen
Dari Slussen T-Bana kami jalan kaki menuju ke Slussen Bus Station. Sama seperti semalam, kami tunggu bas bernombor 401 di platform F. Kali ni tak ramai yang beratur tapi kami kena tunggu 8 minit untuk bas sampai di terminal. Sementara menunggu ketibaan bas dapatlah kami melihat bandar Stockholm buat kali terakhir sebelum kami meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Memang tak cukup pun sehari setengah berada di sini. Paling kurang 3 atau 4 hari baru puas. Aktiviti melihat semua art gallery di setiap T-Bana pun dah makan masa setengah hari. Itu belum masuk di setiap muzium yang ada kat sini. Kalau masuk Grona Lund pulak dah tentu seharian melayan rides dalam tu. Memang banyaklah aktiviti menarik yang dapat dibuat di Stockholm. Kami ni hanya singgah untuk mendapat sedikit pengalaman hidup je. Alhamdulillah diberikan peluang untuk melawat bumi Stockholm milik Allah sementara diri masih bertenaga.

Kali ni kami beratur paling depan sekali kat platform. Hihi..
Jumlah platofrm dan nombor bas yang berhenti di sini
Jam 1.40 petang bas bernombor 401 sampai di platform F. Kami naik dan 15 minit berikutnya kami sampai di Dammtorp bus stop. Maka tamatlah penggunaan SL Access card kami di sini. Dah boleh simpan buat kenangan. Hihi.. Kami berjalan ke arah kereta. Terima kasih pada Susanne kerana beri kami peluang untuk tidur di homestay dia selama 2 malam. Walaupun kami tak dapat nak jumpa sebab dia outstation, tapi dari cara dia berkomunikasi dengan saya melalui mesej Airbnb, jelas amat friendly orangnya. Saya pasti akan rekemen pada sesiapa yang datang ke Stockholm untuk menginap di rumahnya.

Gambar terakhir di luar rumah Susanne. Besar kan rumah dia. Huhu..
Sampai di kereta, kami bersiap-siap untuk mulakan perjalanan. Tepat jam 2.00 petang tayar kereta bergolek meninggalkan Stockholm. Satu pengalaman terindah yang takkan kami lupakan sepanjang berada di Stockholm. Moga ada rezeki akan jejakkan kaki lagi di sini. Manalah tau ada kawan-kawan lain yang ajak pergi Scandinavia lagi. Hihi.. Destinasi seterusnya adalah untuk singgah solat di salah satu masjid yang agak popular di Sweden. Harap sempat sampai sana sebelum masuk waktu Maghrib. Wallahu 'alam..



No comments:

Post a Comment