Sunday 19 March 2017

JJCP Indonesia (Medan): Souvenirs & Collectible Items

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setiap trip ke luar negara memang tak sah kalau tak beli sesuatu untuk dibawa pulang. Untuk collectible items nampaknya takde yang dibawa balik. Walaupun t-shirt Hard Rock dan citymug Starbucks takde di Medan, ada lagi benda lain yang sesuai untuk dibuat souvenir. Selain makanan seperti kacang Paten, kek lapis dan kek gulung, saya ingat nak beri satu kelainan kat kawan-kawan. Asyik bagi key-chain dan fridge magnet je sebelum ni. Kali ni nak bagi benda lain pulak. Dah nama pun souvenir, bagi la apa-apa yang sesuai pun. Hihi.. Harap diorang terima la dengan hati yang terbuka. Ikhlas dari saya dan wife untuk kawan-kawan rapat kami. Bila dapat souvenir ni tandanya orang masih ingat kat kita walaupun merantau cari pengalaman ke luar negara. Namun tak dapat la nak bagi kat semua. Bajet pun boleh burst. Hehe.. Selain key-chain dan fridge magnet, ada juga yang dapat teh, kopi dan juga beg duit batik sebagai kenangan di Medan. Moga kekal persahabatan di antara kita hingga ke hujung nyawa. InsyaAllah..

Sedap air teh Sari Wangi ni. Minum masa breakfast kat Hotel Atsari
Yang ni kopi 3in-1 yang paling best di Indonesia
Kopi Tora Bika latte ni pun sedap juga
Ada juga beli key-chain dan fridge magnet..
Ada banyak lagi barang yang dibeli cuma tak sempat nak amik gambar dah bagi kat kawan-kawan. Yang tinggal untuk kegunaan sendiri je. Hihi.. Bukan souvenir yang menjadi ukuran, tetapi pengalaman dan kenangan yang menjadi keutamaan. Souvenir hanya sebagai syarat je setiap kali travel. So, seterusnya ke mana pulak? Kita tunggu dan lihat. Selagi masih bernyawa dan kesihatan serta kewangan yang mengizinkan, insyaAllah akan ada tempat baru yang dituju. Banyak lagi wishlist yang belum tertunai. Umur dah nak masuk 40 series pulak tu. Huhu.. Travel tak mengenal usia. Lakukan selagi terdaya. Wallahualam..

JJCP Indonesia (Medan): Post Mortem

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah selesai sudah perkongsian cerita pengalaman saya selama 4 hari berada di bumi Medan. Duit habis, badan penat dan letih, tapi ianya tak melemahkan semangat saya untuk mencari pengalaman hidup yang mungkin datang sekali sahaja dalam hidup saya. Walaupun hanya trip ke seberang Selat Melaka yang mana perjalanan flight tak sampai sejam untuk ke Medan, tapi ia cukup memberikan seribu kenangan buat kami. Mula-mula pun dah dapat satu pengalaman baru, iaitu turn back time di mana jam 8.00 pagi saya bertolak dari Malaysia, saya sampai di Medan jam 7.50 pagi. Haha.. Dan pengalaman yang paling tak boleh dilupakan adalah bila bawang putih bertemu kulit masa urut di rumah makcik Irfan. Memang akan terkenang sampai bila-bila kejadian tu. Huhu.. Di sini saya kongsikan beberapa maklumat hasil dari pemerhatian saya ke Medan. Let's jom..


#KOS

Jumlah keseluruhan kos satu keluarga daripada mula beli tiket flight sampailah kami sampai semula di rumah pada hari terakhir adalah sebanyak RM3463.10. Agak tinggi juga jika dibandingkan dengan kos self-drive masa saya ke Thailand pada awal tahun bersama kawan-kawan. Sememangnya tak dapat nak dielakkan jika trip dilakukan menggunakan khidmat travel agent atau supir. Kalau travel sendiri mungkin lebih murah. Namun disebabkan ianya adalah Indonesia dan trip kami sekeluarga bersama anak-anak, maka guna travel agent adalah option yang terbaik walaupun agak costly. Yang penting pengurusan anak-anak terjaga di sepanjang perjalanan.

Bagi anak-anak merasa pengalaman berjalan di Medan

#KEPUASAN

Trip selama 4 hari 3 malam dah cukup buat kami untuk mencari pengalaman di Medan. Yang paling penting dapat merasa melihat tasik Danau Toba yang amat popular di sini. Naik bot menyusuri tasik adalah satu bonus. Anak-anak dapat mandi kolam dah kira puas habis. Hehe.. Cuma keadaan jalanraya menuju ke Danau Toba dan Brastagi agak memeningkan kepala membuatkan si Elysha muntah 2 kali. Huhu.. Cuaca ketika itu juga agak kurang baik dimana keadaan hujan di kebanyakan perjalanan membuatkan pemandangan terbatas. Yang lain takde masalah. Keseluruhannya kami amat berpuas hati dengan servis dari Irfan sebagai supir kami. Boleh recommend kepada tourist yang nak jalan-jalan di Medan. Hotel yang dia provide pun amat memuaskan hati kami.

Boleh dapatkan khidmat supir Irfan jika ke Medan

#TERKILAN

Sebenarnya takde apa pun yang membuatkan saya terkilan ketika di Medan. Cuma kecewa sebab Starbucks tak buat citymug untuk Medan. Hehe.. Yang lain tiada masalah besar. Mungkin kerana tak banyak tempat yang menarik untuk dilawati di Medan membuatkan kami rasa semuanya berjalan dengan baik. Sampaikan urutan tradisional pun kami baru tau masa sampai di Medan. Dan jika ada yang terkilan, dah tentu tentang matawang rupiah yang dah makin tinggi. Bulan September 2013 saya ke Indonesia tukaran wang RM296.00 untuk IDR1juta, tapi bulan November 2016 jadi RM329.000 untuk IDR1juta. Beza RM33.00 dalam masa 3 tahun. Huhu.. Yang ni memang saya tak boleh nak buat apa. Hanya boleh berdoa mengharapkan matawang kita lebih stabil untuk masa akan datang, insyaAllah..

Cawangan di Medan dah banyak tapi takde citymug. Huhu..
#RAKYAT

Rakyat di Medan sama sahaja seperti di Jakarta dan Bandung. Cuma di sini kebanyakan rakyatnya tinggal di kawasan kampung. Kalau di Jakarta mungkin lain sikit perwatakan mereka sebab duduk di bandar besar. Kenalah stylo sikit. Hihi.. Tapi keseluruhannya sama je, especially penjual yang sememangnya pandai memujuk. Cuma di sini lebih ramai nampak rakyatnya yang berbangsa Kristian dan pemandangan gereja serta haiwan ternakan yang perlu disamak lebih kerap dilihat. Huhu.. Selain dari itu Indonesia tetap Indonesia, rakyat yang hidup penuh dengan adat. Rasa bersyukur apabila dapat melihat keadaan di serata bandar dan kampung di Indonesia. Ada rezeki boleh ke tempat lain pulak seperti Acheh, Surabaya, Bali dan Lombok. Tunggu duit tabung penuh dan peluang dapat tiket flight murah je. Hehe..

Teksi motor berbumbung ni tak pernah nampak kat Jakarta. Unik..

#SHOPPING

Walaupun dikatakan Bandung adalah tempat shopping paling best di Indonesia hingga membuatkan ramai pelancong dari Malaysia ke sana, pada saya di mana-mana tetap sama je. Bergantung pada apa yang nak dibeli. Memang tidak dinafikan di Bandung ada banyak factory outlet yang murah, tapi kualiti barangan juga kena diambil kira. Ada juga kawan saya yang mengatakan shopping di Jakarta lebih menarik dari di Bandung. Ikut pada pilihan masing-masing. Di Medan juga sama. Ada barang yang murah seperti kain. Pandai tawar-menawar lagi murah la dibuatnya. Hihi..

Jalan Perniagaan antara tempat shopping di Medan

#KESELAMATAN

Di mana-mana sahaja jenayah tetap ada. Sepanjang trip kami di Medan tak nampak pulak kes kejar-mengejar antara polis dengan penjenayah. Hihi.. Kami pun takde lah duduk melepak sampai tengah malam kat tempat sunyi. Kalau ya mungkin akan ada benda tak baik berlaku ke atas kami. Dari segi pemanduan pula memang agak kurang selamat. Dengan kenderaan yang banyak di tengah bandar dan jalan kampung yang berlopak, agak bahaya juga kalau kereta rosak kat tengah jalan dalam kawasan hutan. Masa Elysha muntah dalam perjalanan dari Danau Toba ke Brastagi, Irfan selamba je berhenti kat tepi jalan sunyi. Kalau la saya yang memandu, dah tentu tunggu sampai di kawasan pekan baru berhenti. Biarlah tahan bau muntah sekalipun, takdenya saya nak berhenti kat tempat sunyi. Huhu..

Jalan sempit, sunyi dan dikelilingi hutan. Jangan la kereta buat hal time ni. Huhu..

#KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, Medan adalah lokasi yang menarik untuk dilawati sekeluarga. Walaupun Jakarta dan Bandung menjadi tumpuan orang ramai especially pelancong dari Malaysia, tapi Medan juga ada sesuatu yang menarik untuk dijadikan tambahan pengalaman dalam hidup. Jika shopping adalah tujuan utama pelancong, maka Bandung adalah tempat yang sesuai. Tetapi jika pengalaman hidup yang dicari, maka pergilah ke tempat yang masih belum dilawati. Dapat merasa sekali pun dah cukup dalam seumur hidup. Ada peluang mungkin bandar lain di Indonesia yang akan dituju selepas ini. Wallahualam..

Thank you Sumatera Utara!. Thank you Kota Medan!..

MY POINT OF VIEWS

Only based from my own experience, where I went and what I do. It does not represent the whole country


@ LOCALS: 7/10
    - Quite friendly dan kuat memujuk. Hihi..

@ LANGUAGE: 9/10
    - Bahasa Indonesia, agak mudah untuk berbicara

@ SCENERY: 6/10
    - Di Danau Toba view yang paling menarik

@ CLEANLINESS: 5/10
    - Biasa-biasa aja. Agak kurang bersih sebenarnya. Huhu..

@ PUBLIC TOILET: 5/10
    - Macam attitude orang Malaysia. Boleh agak tahap kebersihannya

@ PUBLIC TRANSPORT: Nil
    - Hanya naik kereta supir sepanjang trip. Teringin juga nak naik coaster padat tu. Hihi..

@ ACCOMODATION: 8/10
    - The best hotel for families. Besar dan selesa

@ ISLAMIC: 8/10
    - Masih ramai muslim di sini mengikut kawasan

@ HALAL FOODS: 7/10
    - Baik cari kedai yang quite established berbanding kedai di kawasan kampung

@ CURRENCY: 6/10
    - Walaupun masih murah tapi kenaikan RM33.00 dalam masa 3 tahun agak menyedihkan

@ SHOPPING: 6/10
    - Ada juga la tempat nak shopping murah

@ WEATHER: 4/10
    - Sama seperti Malaysia. Cuma musim hujan yang buat pemandangan terbatas

@ REPEAT: 7/10
    - Akan repeat ke Indonesia, tapi di bandar lain pulak

@ OVERALL: 6/10
    - Dapat pengalaman hidup baru yang bermakna


JJCP Indonesia (Medan): Day 04 (Part #2)

TARIKH:
20 NOVEMBER 2016

LOKASI KEJADIAN:
RESTORAN AYAM PENYET CINDE LARAS - KUALA NAMU INT' AIRPORT - KLIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 1.15 petang kami mulakan perjalanan ke meninggalkan Istana Maimun menuju ke Kuala Namu International Airport. Pengalaman di Medan sudah berada di penghujungnya. Sebelum ke airport, Irfan akan singgah untuk makan tengahari yang terakhir dalam pakej kami. Dia nak bawa kami makan ayam penyet. Nasib baik bukan makanan padang lagi. Huhu.. Bukan tak suka dengan makanan padang, tapi kalau selalu makan boleh muak juga dibuatnya. Dapat makan sekali je sepanjang trip ni pun dah cukup baik. Mungkin Irfan pun perasan kot, sebab tu dia bawa kami makan ayam penyet. Hehe..

Jalan agak jem untuk ke airport. Harap sempat la nak singgah makan. Huhu..
Walaupun jalan 2 lane, tapi tetap jem. Banyak kenderaan yang berhenti kat bahu jalan sebenarnya yang buat jalan bertambah sesak. Risau juga kalau tak sempat nak sampai airport. Tak dapat singgah makan pun takpe, tapi jangan sampai tak sempat nak naik flight balik Malaysia. Kalau kena beli tiket flight lain memang takkan dapat la harga yang murah macam beli dulu. Huhu.. Irfan kata masih sempat nak singgah makan. Jem cuma kat area Kota Medan ni je. Lepas tu masuk highway insyaAllah lancar katanya. Dah orang Medan sendiri cakap macam tu, lega sikit rasanya. Hihi.. Lepas je dari kawasan yang sesak tadi, kat depan terus nampak tol untuk masuk highway. Alhamdulillah, sempat kami singgah makan dulu. Hehe..

Perjalanan amat lancar di highway..

@ RESTORAN AYAM PENYET CINDE LARAS
     Bangun Sari, Tanjung Morawa, Deli Serdang Regency, 20362 Sumatera Utara

Perjalanan melalui highway tak sampai 10 minit. Masuk di Tol Amplas dan keluar di Tol Tanjung Morawa. Lepas tu kami ikut jalan dalam untuk ke airport. Nasib baik jalan 2 lane dan lancar. Dalam perjalanan, Irfan buat u-turn dan kami berhenti makan tengahari di Restoran Ayam Penyet Cinde Laras. Restoran ni agak famous dan banyak cawangan di Kota Medan. Kami ikut je apa yang Irfan order untuk makan tengahari kami. Cuma air je yang kami pilih sendiri. Tengok pada menu banyak pilhan air yang menarik. Masa ni la nak cuba specialty air kat restoran ni. Saya order air Es Kuala Namu. Staf yang amik order kata air ni adalah campuran macam-macam jenis buah. Timun pun ada sekali katanya. Cuba je lah. Jangan sakit perut sudah la. Takpe, flight tak sampai sejam pun. Mungkin sempat tahan. Hihi..

Driving Route: From Istana Maimun to Ayam Penyet Cinde Laras
Tak ramai sangat orang time ni. Cepat sikit makanan sampai. Hihi..
Rupanya Irfan order 2 set ayam penyet dan juga nasi putih beserta ikan gurami asam manis dan cumi goreng tepung. Nampak sedap bila makanan ni terhidang depan kami. Bila dah masuk mulut memang sedap pun. Eimran sampai tambah nasi sebab sedap sangat katanya. Hihi.. Dia memang kuat makan. Jangan kecik lagi dah obesiti sudah la. Dia aktif di sekolah, jadi saya yakin senang kalori tebakar dalam badan dia. Saiz badan memang tak padan dengan umur dia. Masa saya pergi ke sekolah dia untuk majlis akhir tahun, dia la yang paling besar berbanding kawan-kawan dia. Baka siapa la yang dia bawa ye. Yang jelasnya ikut saiz arwah ayah saya. Arwah memang besar dan tinggi orangnya. Biarlah, janji sihat walafiat. Hehe..

This is delicious!. Terbaik..
Memang sedap ayam penyet cinde laras ni. Boleh dikatakan antara ayam penyet yang sedap pernah saya makan. Mungkin kerana sambal dia tu. Ikan gurami asam manis pun sedap. Alhamdulilah makanan terakhir kami di sini amat menyelerakan. Terima kasih Irfan kerana bawa kami makan ayam penyet yang best. Jam 2.50 petang kami sambung perjalanan menuju ke airport. Tak jauh dah airport dari sini. Irfan kata lebih kurang 20 minit dah boleh sampai. Perjalanan pun amat lancar untuk ke sana. Tak perlu risau untuk beli tiket flight lain. Hehe..

Sampai sudah di Kuala Namu International Airport

@ KUALA NAMU INTERNATIONAL AIRPORT

Driving Route: From Ayam Penyet Cinde Laras to Kuala Namu Int' Airport
Jam 3.10 petang kami sampai di perkarangan airport. Irfan tolong angkat beg ke atas troli. Setelah selesai semua barang dan beg diangkat, tibalah masa untuk kami meninggalkan bumi Sumatera Utara ini. Terima kasih kami ucapkan kepada Irfan kerana menjadikan trip kami ke Medan ni satu realiti dan penuh dengan kenangan manis yang takkan dilupakan. Kepada yang ingin ke Medan bolehlah dapatkan khidmat supir dari Irfan. 100% recommended!.. Hehe.. Kami mengucapkan selamat tinggal kepada Irfan. Ada rezeki dan peluang insyaAllah kami akan datang lagi ke sini dan dapatkan khidmat supir dari dia. Kalau kami tak ke sini lagi, kawan-kawan yang nak ke sini nanti pasti akan kami recommend Irfan menjadi supir.

Tq Irfan! Best supir in Medan..
Banyak juga beg kami beranak. Hihi..
Agak ramai juga orang yang beratur kat dalam terminal. Tapi kat laluan untuk MAS takdelah panjang sangat. Lega sebab kami ada kurang dari 2 jam untuk naik flight. Lepas timbang setiap beg kami, staff kaunter tu suruh kami check-in beg kami kat kaunter khas di bahagian hujung terminal. Saya pun pelik juga kenapa kena check-in beg kat situ. Takkan la sebab saya borong kopi Tora Bika terus kena check-in beg kat tempat lain kot. Hehe.. Ikut je lah. Buat apa nak risau, bukannya ada bawak barang terlarang pun. Huhu.. Selesai urusan ambil boarding pass, kami terus ke kaunter khas seperti yang diarahkan staff tadi. Saya letak beg kami di belting untuk scan. Lepas tu beg kami terus ikut laluan belting tu turun ke bawah bangunan. Jangan beg salah masuk flight sudah la. Huhu.. Sebelum ke kaunter imigresen kami sempat lagi singgah kat Starbucks, dengan harapan kat sini ada citymug Medan. Rasa macam tak lengkap pulak kalau pergi trip tapi tak kumpul koleksi. Hard Rock memang takde kat Medan. Nampaknya citymug Starbucks pun takde. Takde rezeki nak tambah koleksi kat Medan ni. Huhu..

Menunggu giliran..
Ishh.. Banyak lagi boleh isi dalam beg ni. Hihi..
Kaunter scan beg khas di bahagian hujung terminal
Singgah dulu tengok citymug. Takde juga. Huhu..
Lepas urusan di immigration counter, kami terus ke arah Gate 1 untuk menunggu flight. Tak sempat dah nak jalan-jalan kat kawasan duty free kat sini sebab dah pukul 4.25 petang. Lagipun takde apa yang nak dicari melainkan coklat untuk anak-anak. Nanti sampai KLIA boleh cari. Buat masa ni bagi lepas masuk flight dulu ye. Hihi.. Ingatkan dah takde kaunter checking lagi. Rupanya sebelum nak masuk ke area menunggu kat Gate 1 kena bodyscan lagi sekali. Hebat betul alat bodyscanning kat sini. Semua penumpang kena masuk dalam satu ruang, kemudian kena berdiri sambil angkat tangan dan ruang tu bergerak untuk scan seluruh badan. First time kena scan macam ni. Kat KLIA pun takde check macam ni. Nasib baik takde bunyi alarm time scan tu. Hehe.. Jam 4.40 petang staff yang menjaga Gate 1 dah buka pintu untuk board flight. Kami yang membawa stroller diberikan keutamaan dulu untuk masuk ke dalam flight. Bagus juga masuk dulu sebab seat kami paling belakang sekali. Takdelah perlu besesak kat lorong sempit dalam flight tu. Hihi..

Mencari Gate 1 di hujung terminal
Ada lagi satu kaunter pemeriksaan di depan. Huhu..
Menunggu pintu Gate 1 dibuka
Jom balik Malaysia
Saya ada terbaca satu artikel tentang pemilihan seat yang paling best dalam flight. Ada yang kata seat paling best adalah berdekatan dengan pintu keluar. Ada juga yang kata untuk long journey better dapat seat di tingkap. Kalau short journey baik duduk di lorong sebab senang dan cepat keluar. Mungkin itu untuk orang yang bekerja sebab nak kejar masa. Pada saya sama je mana-mana seat pun. Dulu memang saya suka seat kat belah tingkap. Tapi bila dah banyak kali duduk kat tepi tingkap dah rasa bosan pulak. Sekarang tak kisah la duduk mana pun asalkan sampai tempat yang sama dengan semua penumpang. Hehe.. Bab keluar cepat tu takde lah beza sangat pun. Nasib tak baik tetap kena beratur panjang kat imigresen. Huhu.. Macam saya ke Paris tahun lepas, keluar antara yang paling last. Tapi dapat lalu kat special lane. Tak ke rezeki namanya tu? Hihi.. Biarlah mana-mana seat pun, asalkan bersebelah dengan ahli keluarga. Bukan apa, kalau long journey tidur berdengkur boleh la family sendiri kejutkan. Hehe.. Apa-apa pun flight berlepas dan mendarat dengan selamat ke destinasi adalah yang paling utama..

Bersedia untuk berlepas..
Perjalanan yang hanya ambil masa sejam saya penuhi dengan melayan flight information pada skrin. Kejap sangat sampaikan headphone pun tak diberi. Huhu.. Anak-anak pulak banyak dapat makanan daripada steward yang bertugas. Patutnya dapat kek dengan air oren je, tapi diorang siap dapat biskut, coklat dengan air tin lagi. Air jus tomato pun kami sebat juga walaupun tak lalu nak minum. Hihi.. Ni juga antara strategi pemilihan seat. Kalau bawak budak-budak better duduk dekat dengan pantry. Nanti macam-macam jenis makanan dapat. Hehe.. Siap dapat beg plastik lagi sebab banyak sangat makanan yang diberi. Layankan aje..

Dah nak sampai dah..
@ KLIA

Perjalanan tak sampai sejam yang hanya merentasi Selat Melaka dah nak sampai ke destinasinya. Jam 6.50 waktu Malaysia flight MH0865 yang berlepas di Kuala Namu International Airport telah selamat mendarat di KLIA. Duduk seat paling belakang, maka keluar pun paling last sekali. Hihi.. Takde apa yang perlu dikejar pun. Cuma jangan la lambat sangat sebab kami parking kat KLIA. Dah tentu mahal punya nak kena bayar. Huhu.. Saya terfikir juga, kenapa la takde kelebihan untuk rakyat Malaysia bagi harga parking di KLIA. Sama juga dengan tiket ERL. Patutnya rakyat sendiri dapat la diskaun, biar ada beza dengan tourist. Mungkin boleh tunjuk MyKad ke untuk dapat special prize. Menteri Pelancongan boleh usulkan perkara ni. Cadangan aje la. Huhu..

Beg jangan lupa ambil. Hihi..
Ok takde beg yang tertinggal. Confirm!..
Dah selesai ambil beg, kami ke kedai coklat seperti yang dijanjikan dan kemudian terus ke mesin tiket parking. Masuk je coin tiket, terus terpapar harga RM144.00. Hahah.. Walaupun nilai parking tinggi di KLIA, tapi masih tetap berbaloi daripada naik ERL untuk satu keluarga. Sebenarnya kalau trip berdua pun naik teksi dari KLIA sampai rumah tetap murah berbanding ERL. Kalau teksi dalam RM110 - RM120 untuk sampai ke rumah. Naik ERL untuk 2 orang pun dah RM110. Itu baru sampai KL Sentral. Nak kena angkut beg lagi. Huhu.. Nanti lah ada rezeki cari rumah dekat dengan KLIA. Hihi.. Apa-apa pun yang penting Malaysia masih aman seperti yang dicanangkan oleh netizen. Hahah..

Haa amekau. Bayar je lah ye..
Jam 7.20 malam kami dah berada di parking kereta. Alhamdulillah, keadaan kereta kami sama seperti masa kami datang haritu. Selesai masukkan barang dalam kereta, kami mulakan perjalanan untuk balik ke rumah. Maka tamatlah sudah perjalanan kami di bumi Medan. Walaupun hanya merentasi Selat Melaka, tapi pengalaman hidup itu lebih bermakna. Sesungguhnya saya tak pernah rasa rugi habiskan duit untuk mencari pengalaman di negara orang. Rezeki itu datangnya dari Allah. Duit boleh cari tapi pengalaman hidup mungkin akan dikecapi sekali sahaja dalam seumur hidup. Bersyukur kepadaNya kerana masih diberi rezeki, kesihatan dan kekuatan untuk mencari pengalaman hidup di bumi ciptaanMu.. Jam 8.45 malam kami tiba dengan selamatnya di Wangsa Maju. Kembali kepada kehidupan normal. Cari rezeki lebih untuk trip yang berikutnya pulak. Wallahualam..

Kembali kepada kehidupan asal ye. Hihi..

- END OF JOURNEY -


*KOS WAJIB UNTUK SATU KELUARGA:
  - PARKING  : RM144.00
  - TOL         : RM7.70
  - JUMLAH   : RM151.70

**DAY 04 TOTAL EXPENSES: RM235.20

Wednesday 1 March 2017

JJCP Indonesia (Medan): Day 04 (Part #1)

TARIKH:
20 NOVEMBER 2016

LOKASI KEJADIAN:
BOLU MERANTI - KEK LAPIS RIKA - BAZAR JALAN PERNIAGAAN - ISTANA MAIMUN


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami bangun jam 6.00 pagi. Pagi yang terakhir di Kota Medan. Anak-anak masih tidur lagi. Nak kejut untuk breakfast pun rasa tak sampai hati. Pagi ni aktiviti kami cuma berjalan-jalan di Kota Medan je. Irfan akan ambil kami di hotel jam 10.00 pagi. Bagi masa anak-anak tidur lama sikit. Semalam sampai hotel bukannya diorang tidur terus. Siap layan tengok tv channel kartun sambil makan keropok yang dibeli semalam. Takpelah, biar saya bersama wife dan Eirfan je yang turun ke cafe untuk breakfast. Diorang boleh breakfast kat dalam bilik je bila bangun nanti. Kami dah beli set breakfast kat Alfamaret semalam. Jam 7.15 pagi kami baru je nak keluar dari bilik, Elysha dah terjaga. Kami pun bawak dia sekali pergi breakfast.

Banyak pilihan makanan di sini
Dimulakan dengan nasi goreng dan ikan bercili dulu. Hehe..
Selesai breakfast, jam 8.30 pagi kami balik ke bilik. Saya kejut Eimran dan Eiman untuk mandi dan breakfast. Kami mengemas semua beg dan pastikan takde barang yang tertinggal. Bila bawa anak-anak ni kena check seluruh bilik. Selalunya ada je barang yang terselit celah tingkap atau bawah katil. Huhu.. Selesai mengemas beg dan bersiap, jam 9.45 pagi kami turun ke lobi hotel menunggu Irfan sampai. Kali ni tak perlu nak timbang beg. Naik MAS dah tentu luggage untuk anak-anak pun ada. Memang confirm tak lebih muatan. Hihi..

Thanks Hotel Polonia. Bilik amat selesa..
Jam 10.15 pagi Irfan sampai. Dia bantu uruskan hal check-out di reception counter. Selesai urusan, dia bantu loading beg kami dalam kereta. Baru nak mulakan perjalanan, hujan renyai pun turun. Keadaan yang sama macam petang semalam. Harap tak lebat la hujan pagi ni. Lokasi pertama yang Irfan akan bawa kami adalah ke Bolu Meranti, iaitu kilang membuat kek dan kuih. Kek gulung antara yang paling popular. Mesti beli kalau datang ke Medan. Kami ikut je la. Hihi.. Tapi sebelum ke sana, Irfan bawa kami pusing-pusing Kota Medan dulu sementara menunggu hujan berhenti.

Pagi yang hujan di Kota Medan
Boleh keluar duit kat sini kalau dah inform pada Maybank

@ BOLU MERANTI
     Jalan Kruing No. 2K, Medan Petisah, Kota Medan, 20111 Sumatera Utara

Jam 10.50 pagi kami sampai di Bolu Meranti. Sedang elok hujan pun berhenti. Irfan kata kat sini boleh la kalau nak beli kek gulung atau bika. Kalau nak beli kek lapis, Irfan akan bawa kami ke kedai lain yang lebih sedap katanya. Kami tak kisah pun. Takde nak beli banyak bawak balik Malaysia. Beli untuk kami makan sekeluarga je. Bagi cukup syarat datang ke Kota Medan ni. Hihi.. Jalan di depan kedai ni agak sempit dan banyak kereta yang parking di tepi jalan. Kami dapat parking agak jauh sikit. Hanya kami berdua je yang turun. Irfan tunggu di kereta menjaga anak kami. Kang kalau semua dah turun ada yang mintak macam-macam kat dalam kedai. Bila dah beli makannya sikit je, pastu masuk angin. Memang selalu terjadi kejadian macam tu. Huhu..

Driving Route: From Hotel Polonia to Bolu Meranti
Ramai juga orang beratur kat dalam kedai. Memang popular kek gulung kat sini.
Tak tahu nak pilih yang mana satu, kami beli je set 3-in-1 yang ada 3 perisa kek gulung. Jadilah buat syarat rasa sorang sikit. Hihi.. Macam saya ni tak berapa pandai nak bezakan kek yang mana paling sedap. Pada saya bai roti bawak motor yang datang tetiap malam lepas maghrib pun dah sedap kek lapis 3 segi dia.  Murah pulak tu. Tak perlu sampai ke Medan, kat depan rumah pun boleh dapat kek yang sedap. Hehe.. Satu lagi perangai saya, bila beli sesuatu seperti keropok atau roti kat kedai selalunya saya tak makan terus. Kadang-kadang sampai terlupa. Bila teringat nak makan je mesti dah takde sebab anak-anak dah makan habis. Huhu.. Terpaksalah beli lagi dan terus makan supaya tak menjadi seperti cerita batu belah batu bertangkup. Hahah.. Selesai membayar dan kembali ke kereta, Irfan bawa kami ke kedai menjual kek lapis yang terletak tidak jauh dari situ.


@ KEK LAPIS RIKA
     Jl. Sekip No. 32, Sekip, Medan Petisah, Kota Medan, 20111 Sumatera Utara

Driving Route: From Bolu Meranti to Rika
Nama kedai kek lapis ni Rika. Kedai kecik je dan terletak di simpang tiga jalan besar. Selain kek lapis, bika ambon dan brownies juga ada dijual di sini. Kami cuma beli satu kek lapis legit je. Dulu saya pernah beli kek lapis Sarawak bermacam-macam perisa masa outstation ke Kuching. Last-last perisa original juga yang menjadi pilihan. Yang lain buat souvenir bagi kat kawan-kawan. Sekarang ni boleh dikatakan semua jenis makanan ada variety dengan pelbagai jenis perisa. Tapi perisa asli juga yang tetap best. Hihi.. Paling terkenal masa trend orang jual burger bakar dan pisang goreng cheese. Bukan setakat cheese je, macam-macam style diorang buat kat pisang goreng tu. Tapi sekarang dah makin slow. Sebab utamanya kerana ramai orang dah berniaga benda yang sama. Pada saya pisang goreng biasa cicah dengan kicap pedas juga yang sedap. Burger pulak baik beli daging burger Ramly dan masak sendiri kat rumah. Confirm lagi sedap rasanya. Hehe..

Tengok bentuk kek lapis pun nampak sedap. Mmmm..

@ BAZAR JALAN PERNIAGAAN
     Jl. Perniagaan, Kesawan, Medan Bar, Kota Medan, 20111 Sumatera Utara

Selesai beli kek lapis, Irfan bawa kami ke bazar jualan yang dia tunjuk semalam iaitu di Jalan Perniagaan. Kat sini ada banyak kedai yang menjual kain serta barang keperluan harian yang lain. Kami sampai di Jalan Perniagaan jam 11.30 pagi. Kawasan masih belum sesak lagi dan masih ada kedai yang belum buka. Irfan parking kereta betul-betul di pintu masuk ke dalam bazar. Irfan bagitau kat belah dalam ada lagi banyak kedai menjual kain. Kat sini boleh tawar menawar tapi janganlah mintak murah sangat dari harga yang diletakkan. Kalau harga IDR100,000.00 jangan la tawar sampai IDR10,000.00, Tak logik sangat tu. Huhu.. Pandai-pandai la menawar ye.

Driving Route: From Rika to Jalan Perniagaan
Keadaan di Jalan Perniagaan
Sama seperti tadi, Irfan tolong jaga anak-anak kami di kereta. Hanya kami berdua je yang explore dalam bazar. Lebih mudah dan pantas. Hehe.. Kami terus masuk ke dalam kawasan bazar. Lorong di antara kedai amat sempit. Boleh dikatakan setiap kedai yang kami lalu akan disapa oleh tuan kedai untuk kami beli barang jualannya. Ada juga yang macam memaksa. Jadi kalau dah belek dan taknak beli kenalah cakap elok-elok. Apapun suasana jualan kat sini tak sama macam di Ben Thant Market di mana kat sana lagi kuat paksaannya. Huhu.. Cuma kat sini akan ada penjual yang akan ikut kita memujuk untuk beli barang yang dia jual. Selagi tak beli selagi itulah dia ikut kita dan memujuk. Brader ni jual hanger bertingkat, sesuai untuk gantung tudung yang banyak. Harga pun murah. Tetiba wife saya terdetik untuk beli banyak dan kemudian jual semula di Malaysia sebab kat Malaysia harga hanger ni agak mahal juga. Memang otak bisnes betul wife saya ni. Hihi.. Brader tu pun suka la sebab jual banyak kat kami. Lepas bayar barulah dia hilang dari pandangan. Cari pelanggan lain pulak la tu. Hehe..

Harga agak berpatutan di sini. Boleh tawar lagi sampai puas hati.
Kami tak ronda keseluruhan bazar ni. Tak sampai sejam kami dah keluar dan menuju ke kereta. Jadilah pengalaman membeli belah selama 45 minit kat bazar ni. Dah dapat barang yang dihajati dah cukup buat kami. Lagi lama kat sini boleh pening kepala dibuatnya. Dengan lorong yang sempit dan orang pulak dah mula ramai, tak larat nak bersesak-sesak kat sini. Ditambah pulak dengan pujukan dan rayuan di setiap kedai yang kami lalu, selesai beli terus keluar je. Huhu.. Irfan pun terkejut kami dah ada kat kereta padahal dia bagi masa sejam untuk kami ronda kat kawasan ni. Takpelah, suasana macam ni dah banyak kali kami lalui. Cuma tempat je berbeza. Kami teruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya. Saya baru teringat yang kami masih belum beli fridge magnet dan key-chain untuk kenangan kami di Kota Medan. Irfan kata kat destinasi seterusnya ada gerai menjual souvenir. Kenalan dia yang jaga gerai tu rupanya. Nanti boleh la beli kat situ.


@ ISTANA MAIMUN
     Jl. Sultan Ma'meon Al Rasyid No. 66, Medan Maimun, Kota Medan, 20151 Sumatera Utara

Jam 12.30 tengahari kami dah sampai di perkarangan Istana Maimun. Ramai juga pengunjung hari ni. Agak happening kawasan di luar istana ni. Irfan tunjukkan dimana letaknya gerai kawannya yang menjual souvenir. Lepas melawat istana nanti kami akan singgah. Irfan bagi masa sejam untuk kami ronda di sini. Kami jalan-jalan dulu di kawasan luar istana melihat rekaan senibina istana yang amat cantik dan unik. Istana Maimun adalah istana dari Kesultanan Deli yang didirikan pada tahun 1891. Sekarang ianya dijadikan sebagai muzium dan menjadi ikon utama bagi Kota Medan. Kepada yang datang ke Medan mesti kena singgah melawat Istana Maimun ni.

Driving Route: From Jalan Perniagaan to Istana Maimun
Kita amik gambar kat luar istana dulu..
Kami masuk ke dalam istana. Kasut kena buka dan letak di tangga. Tengok bilangan kasut kat tangga rasanya sesak kat dalam tu. Huhu.. Untuk masuk ke dalam istana kami dikenakan bayaran IDR5,000.00/pax untuk dewasa dan IDR3,000.00/pax untuk kanak-kanak. Elysha dan Eirfan masuk percuma. Bila dah masuk dalam perkarangan istana, memang betul keadaan amat sesak. Rupanya pengunjung boleh sewa pakaian adat dan bergambar di dalam istana. Patutlah ramai yang berpakaian ala Sultan kat dalam ni. Hihi.. Disebabkan takde benda lain yang menarik untuk dilihat dalam istana ni dan masa pun masih banyak lagi, maka kami pun ambil peluang untuk menyewa pakaian adat untuk kami sekeluarga. Walaupun terpaksa bersesak, tapi kami redah juga.

RM1.65/dewasa dan RM1.00/kanak-kanak. Murah je. Hihi..
Keadaan di dalam istana. Banyak barang antik kat dalam ni.
Agak lama juga kami menunggu giliran untuk menyewa pakaian adat. Bila sampai giliran pun lama juga nak bersiap sebab anak-anak pun kena pakai juga. Kedai agak sempit membuatkan pergerakan kena hati-hati. Takut terlanggar barang antik yang dijual. Jatuh kang tak pasal-pasal kena bayar. Huhu.. Sepatutnya disediakan satu ruang khas untuk menyewa pakaian je. Jadi tak perlulah nak berhimpit kat dalam kedai yang ada menjual barang-barang souvenir. Saje nak suruh orang langgar la tu supaya dapat gantirugi. Hihi.. Seperti biasa hal bersiap memang saya dan anak-anak selesai dulu. Permaisuri je yang lambat bersiap. Macam-macam aksesori yang nak dipakainya kot. Hehe.. Untuk sewa pakaian adat ni ada harganya. Kat depan kedai tulis IDR10,000.00 untuk sepasang. Bila kat dalam kedai untuk pakaian permaisuri jadi IDR20,000.00 sebab ikut saiz. Kalau nak pakai complete dengan semua aksesori jadi IDR60,000.00. Aik? Ada plus-plus rupanya. Takpelah, amik yang basic aje. Hehe..

Harga asas je tu tau. Hehe..
Kecik je kedai sewa ni. Nak salin baju pun kena hati-hati. Pergerakan agak limited. Huhu..
Prince and princess sudah bersedia
Selain sewa pakaian, khidmat jurukamera pun ada juga untuk ambil gambar dengan bayaran IDR10,000.00. Kami guna phone sendiri je amik gambar suafoto. Takut harga tu basic untuk gambar saiz kecik. Kalau saiz besar kena bayar extra. Huhu.. Kami mencari lokasi menarik untuk bergambar. Disebabkan ramai yang menjadi sultan hari ni, maka terpaksa la beratur sampai clear tempat tu untuk kami bergambar. Takpe, masih ada masa lagi untuk menunggu. Agak dah clear je cepat-cepat kami bergambar. Gambar satu family pun kami wefie je. Tak berani nak mintak orang lain amikkan gambar. Takut phone saya dibawa lari. Hari ni sultan takde hulubalang atau penjaga istana untuk kejar pencuri. Hehe..

Serba kuning kami sekeluarga. Si kecik tu je kaler lain sebab takde costume. Hihi..
Selesai bergambar sepantasnya, kami ke kedai tu semula untuk pulangkan pakaian. Walaupun sekejap je, ada la jugak kenangan kami sekeluarga di Istana Maimun ni. Kami terus keluar dari istana dan menuju ke gerai souvenir kepunyaan kawan Irfan. Kami beli beberapa jenis key-chain dan fridge magnet untuk memeriahkan lagi pintu peti ais kami di rumah. Hihi.. Ada lebih boleh la bagi kat kawan rapat di pejabat. Sebelum beredar, kat kereta pun ada sorang penjual dah menunggu dan memujuk kami untuk beli barang jualannya. Saya menolak dengan cara yang baik. Memang ramai penjual macam ni kat kawasan istana ni yang disebut sebagai pedagang kaki lima. Secara tak langsung aktiviti pedagang ini mencacatkan pemandangan di sekitar kawasan Istana Maimun. Harap pihak berkuasa di Kota Medan dapat berbuat sesuatu terhadap perkara ni kerana tak semua pengunjung terutamanya dari luar negara suka dengan keadaan macam ni. Ini kawasan pelancongan bersejarah. Kalau di bazar tadi lainlah ceritanya. Wallahualam..

Boleh la beli sikit buat kenangan..

*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA
  - BOLU MERANTI   : RM28.00
  - KEK LAPIS RIKA   : RM29.70
  - ISTANA MAIMUN  : RM25.80
  - JUMLAH              : RM83.50