Monday 30 January 2017

JJCP Indonesia (Medan): Day 01 (Part #1)

TARIKH:
17 NOVEMBER 2016

LOKASI KEJADIAN:
WANGSA MAJU - KLIA - KUALA NAMU INTERNATIONAL AIRPORT


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ WANGSA MAJU

Hari yang ditunggu telah tiba. Flight kami jam 8.30 pagi. Jadi kami kena bergerak awal dari rumah sebab minggu ni sekolah masih buka lagi. Next week baru sekolah start cuti akhir tahun. Anak-anak dah selesai exam. Saya juga dah maklumkan kepada sekolah anak-anak saya bercuti selama 2 hari. Bila musim sekolah, jalan di KL akan jadi lebih teruk jem di waktu pagi berbanding cuti sekolah. Mungkin ibubapa bawa kereta hantar anak ke sekolah dan terus ke tempat kerja dalam waktu yang sama membuatkan jalan sesak seawal perjalanan dari rumah. Kalau masa cuti sekolah jalan tetap jem juga tapi taklah seteruk musim sekolah. Takde masalah lagi nak keluar lewat sikit untuk pergi kerja masa cuti sekolah. Hihi.. Ramai ibubapa naik motor pergi kerja kot sebab tak payah hantar anak ke sekolah. Wallahualam.. Jadi untuk mengelakkan tersangkut jem kat KL, maka sebelum subuh kami dah mulakan perjalanan ke KLIA. Tepat jam 5.30 pagi kami dah mula bergerak meninggalkan Wangsa Maju. Anak-anak takde masalah bangun awal sebab excited nak bercuti. Kalau nak pergi sekolah tu yang liat sikit nak bangun. Macam-macam alasan diberi tak nak pergi sekolah. Normal tu. Huhu..

Hujan di awal pagi menuju ke KLIA
Sepanjang perjalanan dari Wangsa Maju ke KLIA diiringi dengan hujan yang agak lebat. Biar hujan lebat asalkan jalan clear. KL akan jadi super jem bila hujan waktu pagi. Macam saya ke tempat kerja setiap pagi kena redah jem dari Jalan Jelatek ke Jalan Ampang. Kat situ je kawasan jem yang teruk. Lepas je simpang kat Ampang Park tu terus jalan clear sebab laluan menentang arus. Kereta yang masuk KL lebih banyak dari keluar. Saya takde masalah sangat sebab naik motor. Nak ikut jalan MRR2 yang popular dengan jem tu pun boleh je. Hihi.. Cuma bila hujan je leceh sikit nak berhenti dan pakai raincoat. Alangkah bestnya kalau ramai yang naik motor kat KL ni. Tapi bos-bos takkan la nak naik motor. Lagipun public transport di KL masih belum cukup efisien membuatkan ramai yang bawa kereta pergi kerja. Bos nak bersesak naik LRT? This is Kuala Lumpur bro, not Tokyo. Hahah..

Dah sampai tol KLIA
Driving Route: From Wangsa Maju to KLIA

@ KLIA

Tepat jam 6.30 pagi kami sampai di KLIA. Saya parking di Blok A untuk long terms car park. Saya dah buat pengiraan, kalau satu family 5 orang dan travel maksimum 5 hari baik parking je kereta kat KLIA walaupun sedia maklum parking rate kat sini memang mahal. Option yang murah boleh parking di Putrajaya dan naik ERL ke KLIA. Tapi disebabkan banyak beg yang nak dibawa termasuk stroller, jadi tak payah la nak bersusah payah angkut masuk dalam train. Huhu.. Ada lagi yang murah. Dari rumah jalan kaki sampai ke LRT, then naik sampai ke KL Sentral, kemudian naik bas untuk ke KLIA. Confirm murah. Tapi kena pastikan waktu flight. Kalau flight awal pagi memang kena tinggal la jawabnya. Hahah.. Dan yang termurah sekali adalah mintak tolong adik beradik hantarkan. Memang itu kerja saya hantar ke KLIA sebelum ni. Cuma time saya naik flight pulak takde orang nak tolong hantar. Nasib badan. Tak suka menyusahkan orang sebenarnya. Hihi..

Jom cepat masuk dalam terminal cari surau
Selesai keluarkan semua barang dari kereta, kami bergegas masuk ke dalam terminal mencari surau yang terletak di Anjung Tinjau. Keadaan di dalam terminal agak kurang sesak. Mungkin tak banyak flight pagi ni. Selesai solat subuh, kami ke kaunter untuk urusan check-in beg dan boarding pass. Tetiba ramai pulak orang beratur di kaunter sebab banyak juga jadual flight MAS pagi ni. Tapi disebabkan ada bawa baby dalam stroller, maka dapatlah kami masuk special lane. Tak perlu nak beratur panjang. Kami pun dah lewat sebenarnya. Jam 7.15 pagi beratur panjang memang confirm rushing nak ke boarding gate. Hehe.. Itu yang bagusnya pengurusan KLIA ni. Special lane untuk baby dan juga warga tua. Ada sesetengah airport takde kemudahan ni. Kesian warga tua yang tak larat nak berdiri lama terpaksa beratur bersama brader sado dan atlit sukan (jika ada). Hehe..

MH0860 on schedule. Kenapa flight Malindo Air ke Bandung dibatalkan?
Sebelum pergi solat nampak tenang je kawasan kaunter
Besar ni dah naik flight ye. Ayah umur 33 tahun baru ada pasport tau. Huhu..
Inilah kaunter yang wife saya paling suka. Hihi..
Selesai urusan check-in baggage dan boarding pass, kami terus ke immigration clearance sebab boarding gate dah buka jam 7.30 pagi. Kalau kat check-in counter pun ramai, dah tentu kat tempat immigration nanti pun panjang beratur. Kat immigration counter ada special lane untuk baby dan stroller je. Kami kena beratur juga. Huhu.. Prosedur biasa kena buka semua yang ada kecuali baju dan seluar membuatkan masa agak lama untuk beratur. Tali pinggang dan kasut pun kadang-kadang kena buka juga. Demi keselamatan dalam flight. Sebab tu kena masuk seawal yang boleh. Masuk awal boleh jalan-jalan kat area duty free zone. Hehe..

Boarding pass sudah berada di tangan
Tengok betapa panjang orang beratur kat belakang tu. Huhu..
Pada saya kalau nak berurusan cepat di immigration counter, baik pakai pouch atau slingbag. Masukkan siap-siap semua barang dalam tu termasuklah cincin, jam tangan, tiket flight dan juga pasport. Terus lorongkan dalam tempat scanner tu. Takde lah nak keluarkan semuanya letak dalam tray. Takut rushing punya pasal tertinggal pulak cincin pusaka kat tray tu. Huhu.. Pernah ada kes penumpang tertinggal boarding pass dan pasport kat tray. Jenuh staff KLIA mencari owner kat boarding gate. Nasib baik staff yang jumpa. Kalau orang lain tak tau la camna penumpang tu nak naik flight. Huhu.. Kadang-kadang bila rushing macam-macam benda kita boleh lupa. Yang terlupa nak amik beg lepas scan pun ada. Hihi..

Laluan yang paling ditakuti oleh peminjam PTPTN. Hehe..
Ini pula paling ditakuti oleh ibubapa yang membawa anak-anak. Hihi..
Jam 7.45 pagi kami dah selesai melalui semua kaunter. Tinggal kaunter kat boarding gate je sebelum naik flight. Walaupun masa suntuk, tapi kedai coklat kat duty-free tetap kena singgah. Kalau anak perempuan saya si Elysha tu dah mula buat muka menunjukkan ada sesuatu yang dia nak, nampaknya terpaksa lah layan juga. Kalau tak mau sampai malam nanti kat Medan rupa dia tak berubah. Huhu.. Masa kat terminal lagi dia dah tanya boleh tak nak beli coklat. Saya pun dah janji nak beli tapi kat duty-free. Janji kena ditepati, jangan dicapati. Huhu.. Tapi dengan syarat jangan mintak coklat yang mahal. Bukan apa, kalau sorang dah dapat, yang lain takkan tengok je kan. Mencari keruh la kalau tangan yang lain kosong. Bak kata anak sulung saya Eimran, 'harapan' laa.. Macam-macam ayat generasi muda ni. Apa-apa pun deal done. Lega.. Hehe.. Tanpa berlengah, dengan pantas kami ke boarding gate. Takut lama-lama kat situ boleh jadi bertambah barang yang dibeli. Hehe..

Kepada yang sampai boarding gate awal boleh rehat dan tidur sebentar kat sini. Harga RM30/hour
Kami sampai di Gate G10 jam 7.55 pagi. Terus staff yang check ticket mintak kami beratur dulu sebab bawa stroller. Lagipun memang kami kena masuk dulu sebab seat kami paling belakang sekali. Saya akan pilih seat paling belakang kalau bawa anak-anak. Senang nak manage diorang untuk ke toilet dan kawal pergerakan serta perbuatan especially anak kedua kami, Eiman. Dia ni hyper sepanjang masa. Suka betul cari gaduh dengan abang dan adik dia. Asal ada yang menangis kat rumah dah tentu dia terlibat sama. Huhu.. Tapi bab belajar memang dia amat bagus. Sampai cikgu pun pelik sebab kat sekolah dia suka main-main tapi bila exam dia yang dapat markah paling tinggi. Alhamdulillah. Allah maha Adil. Ada kekurangan dan ada juga kelebihan yang Dia berikan.

Dah boleh boarding flight. Yeay..
Laju betul budak 2 orang ni. Excited sungguh..
Antara sebab lain kami suka pilih seat belakang bila travel sekeluarga, selalunya steward dan stewardess akan bagi macam-macam makanan kat budak-budak. Boleh la mak dan ayah dia tumpang sekaki. Hehe.. Itupun kalau steward dan stewardess yang suka budak-budak la. Pernah juga dapat yang jenis tak melayan. Muka pun tak berseri je bila tengok. Mungkin last day kerja kot. Huhu.. Setakat ni saya belum pernah jumpa lagi steward yang macam tu. Kebanyakan steward lebih ramah dari stewardess. Akibat kontrol cun sangat la tu. Report kang baru tau. Hihi.. Naik flight saya tak fikir lain dah. Paling penting flight selamat di sepanjang perjalanan. Itu sudah cukup baik buat saya.

Bersedia untuk berlepas..
Flight tak penuh. Boleh conquer 3 seat terus. Selesa abis. Hehe..
Disebabkan flight tak ramai penumpang, tepat jam 8.30 pagi flight MH0860 berlepas dari KLIA menuju ke Kuala Namu International Airport di Medan. Ikut pada jadual, penerbangan hanya ambil masa 1 jam je. Jadi takde la makanan berat disediakan sebab tak sempat nak makan dah kena standby untuk mendarat. Huhu.. Nak tengok movie pun tak sempat abis satu cerita. Headphone pun tak diberi. Dulu masa pergi London sampai letih melayan movie dan lagu. Tidur dan bangun beberapa kali pun belum sampai lagi. Tapi sejak kebelakangan ni saya tak gemar nak layan movie. Layan lagu lagi best sampai tertidur. Anak-anak dah tentu layan movie tanpa suara atau main game. Untuk trip kali ni saya cuma layan flight information di monitor. Kalau tidur pun rasa tak sempat nak start mimpi. Baru mimpi 'once upon a time' dah kuar announcement untuk mendarat. Hahah..

Dalam sejarah hidup saya naik international flight paling sekejap. Pergi Kota Bharu pun jauh rasanya. Huhu..
Ini je makanan yang diberi. Jadi laa..
Flight Route: From KLIA to Kuala Namu International Airport

@ KUALA NAMU INTERNATIONAL AIRPORT

Jam 9.00 pagi pilot beri announcement flight akan mendarat di Kuala Namu International Airport. Sedang elok kek yang diberi habis dimakan. Hihi.. Tepat jam 9.15 pagi flight mendarat dengan selamatnya. Ikut pada world time zone, waktu di Medan kurang sejam dari di Kuala Lumpur. Bermakna sekarang ni jam 8.15 pagi waktu Medan. Kiranya kami patah balik masa dari KL tadi. Hanya trip ke Medan je yang boleh buat macam ni. Hehe.. Bertolak jam 8.30 pagi, sampai jam 8.15 pagi. Memang terbaiklah. Hahah.. Hari ini dalam sejarah. Tak perlu guna khidmat kenderaan merentasi masa ala filem Back To The Future ataupun juga gajet dari poket Doraemon. Hanya naik flight ke Medan anda akan dapat merasainya. Hahah..

8.30 am @ KLIA and Kuala Namu Int' Airport. Magik sungguh. Haha..
Kami turun dari flight, ambil stroller dan menuju ke dalam terminal. Kuala Namu International Airport baru dibuka secara rasminya pada Mac 2014 menggantikan Polonia International Airport yang terletak di bandar Medan. Ianya adalah airport kedua terbesar di Indonesia selepas Soekarno-Hatta International Airport di Jakarta. Cuma kedudukan airport ni agak jauh dari bandar Medan iaitu hampir 40 km. Jadi kalau nak balik nanti kena pastikan bergerak awal dari Medan supaya tak terlepas flight. Hihi.. Kami ke baggage claim area menunggu beg kami keluar di belting 02. Hanya flight kami je yang baru mendarat, jadi tak ramai penumpang yang lain di terminal.

Menanti kemunculan beg kami
Tu diaa.. Beg merah kami sudah keluar..
Selesai cukup beg kami keluar dari belting, kami berjalan ke arah pintu arrival. Kelihatan hanya dua orang je lelaki yang sedang memegang board nama. Salah satunya adalah nama wife saya. Saya memang tak pernah tengok muka Irfan sebelum sampai ke sini. Masih muda lagi Irfan ni. Ingatkan sama umur macam Pak Wawan supir kami masa di Jakarta dulu. Kira oklah muda, mudah nak berborak-borak. Kalau tua sangat takut borak off-topic je. Orang tua mudah terasa. Hihi.. Setelah kami memperkenalkan diri, Irfan bawa kami terus ke luar terminal. Kami diminta tunggu di tepi jalan sementara dia mengambil kereta di kawasan parking.

Yang belah kiri tu Irfan
Airport masih baru. Semuanya nampak bersih. Harap berkekalan sampai bila-bila
Terdapat satu perubahan ketara apabila sampai di sini. Sebelum ni kepada semua pelancong yang datang ke Indonesia akan dikenakan passenger service charge mengikut airport. Kalau di Soekarno-Hatta Airport nilai service charge adalah IDR150,000.00 dan Kuala Namu lagi tinggi iaitu IDR200,000.00. Bayaran ikut per passenger pulak tu. Bila saya check semula, rupanya sejak tahun 2015 tax ini telah dihapuskan. Bukan bermaksud dihapuskan seluruhnya, tapi sebenarnya telah dimasukkan ke dalam harga tiket flight. Patutlah harga tax dalam tiket saya RM130.90/person. Huhu.. Walaubagaimanapun tak perlulah nak standby duit extra untuk balik nanti. Kalau tak sebelum ni dah kena simpan siap-siap dan asingkan untuk bayar time balik. Takut terguna masa shopping. Huhu.. Khidmat ulat porter di airport juga dah tiada dan mereka sekarang pakai baju yang tertulis porter dan khidmat gratis diberikan. Ikut pada kita nak bagi upah atau tidak. Selalunya kalau dah tolong angkat beg berat, kita bagi upah jugak la. Ikhlas dari hati. Hihi..

Contoh passenger service charge masa ke Jakarta dulu. Huhu..
5 minit menunggu, tepat jam 9.00 pagi kereta Daihatsu Xenia yang sama saiz seperti Toyota Avanza di Malaysia yang dipandu Irfan tiba di depan kami. Jadilah saiz kereta ni untuk kami berenam. Yang penting semua beg muat masuk kat belakang. Kalau tak muat, satu beg kena letak atas riba Eimran. Hihi.. Selesai loading barang dan anak-anak masuk ke dalam kereta, maka perjalanan kami mencari pengalaman di Medan pun bermula. Harap semuanya berjalan dengan lancar sehingga hari terakhir kami di sini. Ready untuk ambil gambar di sepanjang perjalanan. Wallahualam..

Kita jumpa semula pada hari Ahad ni ye
Dah sedia semuanya? Let's jom!..

*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA
  - PETROL    : RM30.00
  - TOLL        : RM7.70
  - JUMLAH   : RM37.70

JJCP Indonesia (Medan): Persiapan Awal

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah confirm takde sape nak join trip ke Medan, maka hari yang sama juga saya beli tiket untuk kami sekeluarga. Tinggal lagi beberapa jam je sebelum promosi tamat. Bukan setakat beli tiket hari akhir promosi. Tarikh travel pun saya pilih hari terakhir iaitu 17 November hingga 20 November 2016. Nampaknya tarikh ni je yang kami available setelah mengambil kira kerja yang belambak di opis. Boleh la kot nak lari berehat kejap. Hujung tahun dah memang sukar nak cuti sebab takwim kerja saya mula busy dari bulan Disember hingga Februari. Bukannya bulan yang lain goyang kaki, tapi 3 bulan ni lah yang paling padat sekali jadual kerja saya. Dah takde nak merasa cuti panjang akhir tahun masa mengajar dulu. Huhu.. Tahun lepas dapat juga saya ke Western Europe sebab kerja di unit lain. Tengah tahun 2016 kena pindah unit yang paling hot di opis membuatkan kerja akan bertambah banyak pada hujung tahun hingga awal tahun. Andai kata saya travel hujung tahun ni, harap dapat la meloloskan diri. Itu pun kalau bos bagi kelulusan untuk bercuti. Hihi.. Jom kita tengok apa persediaan awal yang saya buat untuk travel ke Medan buat kali pertama dalam hidup..


# FLIGHT TICKETS

Saya dapat tiket flight MAS berharga RM178.90/return untuk dewasa dan RM172.90/return untuk kanak-kanak dan tambah extra charge RM50.00 untuk anak saya yang berumur baru 2 bulan setengah sebab berkongsi seat dengan wife saya. Kira murah jugaklah harga tiket MAS yang saya dapat untuk ke Medan walaupun perjalanan hanya mengambil masa sejam je dari KLIA. Check-in lagi lama dari duduk dalam flight. Huhu.. Yang penting travel dan dapat bawa anak-anak bersama. Untuk Asia Tenggara masih mampu lagi nak bawak satu family. Lagipun di Medan nanti akan guna khidmat supir, jadi tak perlu nak rushing pergi macam-macam tempat macam trip sebelum ni.

Total air fare tambah RM50.00 menjadikan kesemuanya RM916.50 untuk kami berenam

# BORANG PERMOHONAN KELUAR NEGARA

Selesai je beli tiket flight maka banyak la benda lain yang nak kena prepare. Walaupun trip kali ni agak mudah sebab saya tak perlu nak study dan buat route plan, tapi persediaan untuk anak-anak kena buat juga. Kena fikir berapa banyak pakaian anak-anak yang nak dibawa dan makanan tambahan serta ubat-ubatan jika jadi sesuatu yang tidak diingini especially tehadap si kecik tu. Dibuatnya sepanjang trip dia menangis sebab badan panas atau tak selesa, jadi terpaksalah standby apa yang patut. Perkara utama yang perlu dibuat selepas beli tiket flight adalah menghantar borang permohonan keluar negara untuk penjawat awam. Boleh kena surcharge kalau tak isi borang. Tambah pulak kalau terjadi sesuatu yang buruk kat sana. Jadi untuk selamatkan diri baik isi je borang tu. Bukannya kena bayar pun. Hihi..

Selesai urusan kebenaran keluar negara..

# TRAVEL INSURANCE

Awal tahun masa ke Thailand haritu saya tak apply insurance dari kerajaan sebab mungkin nak guna untuk travel jauh. Mana la tau kan hujung tahun ni memang betul ada trip lagi. Hihi.. Dah la boleh apply sekali je dalam setahun. Baik guna untuk travel yang jauh. Saya beli insurance untuk cover kami sekeluarga. Ada banyak insurance company yang offer travel insurance untuk family. Untuk urusan ni saya serahkan pada wife saya. Dia lebih arif tentang insurans. Hehe.. Dulu pernah beli kat Ace Jerneh. Kali ni nak try Etiqa pulak. Sebenarnya masih tak pasti lagi mana satu insurance company yang betul-betul bagus sebab saya sendiri tak pernah claim insurance. Huhu..

Kita try Etiqa Takaful pulak. Harap beretika la company ni. Hehe..

# TRAVEL TOUR

Untuk urusan travel tour juga saya mintak wife carikan. Dia ada ramai kenalan kat Facebook. Macam saya memang jarang post dalam FB. Nak accept friends pun susah sebab mesti diorang boring sebab saya tak post apa-apa. Hahah.. Wife saya ada kenalan supir masa kami ke Jakarta dulu. Jadi dia pun mintak tolong supir tu kalau-kalau ada kawan yang menjadi supir di Medan. Selalunya supir ni ada ramai contact di seluruh Indonesia. Supir di Jakarta telah suggest sorang kawan dia di Medan. Wife saya pun contact la supir di Medan untuk book tarikh. Alhamdulillah masih ada slot kosong untuk kami. Irfan nama supir kami di Medan. Dah sama macam nama anak bongsu kami, Danish Eirfan. Hihi.. Kami dikenakan bayaran sebanyak RM1800.00 untuk keseluruhan kos termasuk transport, makan minum dan hotel. Kami cuma perlu bawa duit belanja shopping je. Hihi.. Contact dia melalui FB pun boleh. Nak tau servis dia bagus ke tak kenalah baca blog saya sampai habis ye. Hehe.. 

Our supir @ Medan

# CURRENCY EXCHANGE

Masa saya ke Jakarta tahun 2013 dulu tukaran wang Indonesian Rupiah adalah RM296.00 untuk sejuta rupiah. Sekarang ni dah jadi RM329.00. Fuhh, boleh tahan juga currency rate IDR sekarang ni. Baru 3 tahun dah naik lebih RM30.00 untuk sejuta rupiah!.. Banyak beza tu. Matawang kita makin jatuh rupanya. Huhu.. Nak buat macamana, terpaksa la tukar juga. Nampaknya lepas ni kena save duit lebih sikit sebelum nak travel. Harap satu hari nanti matawang kita kembali stabil la hendaknya seperti 2012 dulu di mana GBP1 hanya RM5.00 je. InsyaAllah.. Saya cuma tukar duit untuk berbelanja di sana kerana kos hotel, transport dan makan dah termasuk dalam pakej travel. Saya bundarkan kepada RM330.00 untuk sejuta rupiah bagi memudahkan pengiraan.

Cukup la kot tukar IDR3,000,000.00 dulu. Huhu..

# MISC

Rasanya dah takde apa nak prepare lagi. Bila guna travel tour ni kerja agak mudah sebab tak perlu nak susun itinerary. Semuanya dah disediakan. Cuma kurang feel dan adventure bila semuanya orang buatkan. Pergi satu family, ke Indonesia pulak tu. Better guna pak supir daripada memandu sendiri. Tak kuasa saya nak drive sendiri kat Indonesia yang mana jalan kat bandar sentiasa sesak dengan kenderaan. Huhu.. Duduk diam dalam kereta sambil pegang kamera DSLR lagi best. Sebelum ni saya drive dan wife saya amik gambar. Kali ni biar saya pulak yang amik tugas tu. Hihi.. Tinggal nak prepare barang-barang untuk dibawa ke sana. Bila bawak anak-anak especially baby saya yang baru 2 bulan setengah ni, maka banyak la benda yang nak dibawa. Stroller dan baby carrier dah tentu kena angkut sekali. Hihi.. Setelah semuanya selesai, yang tinggal hanya menunggu hari kejadian. Harap selamat la perjalanan kami sekeluarga selama 4 hari di Medan. Wallahualam..


*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA
  - FLIGHT TICKETS : RM916.50
  - INSURANCE         : RM59.10
  - TRAVEL TOUR    : RM1800.00
  - JUMLAH              : RM2775.60

Thursday 26 January 2017

Tapak kaki dah mula rasa gatal nak berjalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sejak balik dari trip konvoi ke Thailand pada Februari lalu, saya menjalani kehidupan harian seperti biasa. Bangun awal pagi - bersiap pergi kerja - mengadap komputer dan pelanggan di pejabat - sampai rumah time maghrib - makan malam bersama keluarga - bersiap untuk tidur. Itu je lah jadual harian kerja saya time weekdays. Bila weekend baru lah ada masa bawak anak jalan-jalan. Rasanya kebanyakan orang yang kerja makan gaji memang begitu. Tambah pulak kat pejabat takde aktiviti lain selain kerja. Lagi la membosankan. Huhu.. Kalau ada aktiviti luar best la sikit. Sepanjang hampir 2 tahun saya kerja pejabat, takde sekalipun program family day atau annual dinner yang dijalankan. Boring kan? Mungkin kerja pejabat macam tu kot. Kalau kat sekolah dulu lagi best sebab banyak aktiviti boleh dibuat especially camping dan trekking dengan anak murid. Itu belum kira majlis sambutan hari guru dan majlis-majlis yang lain. Nasib badan. Layan je lah. Tak kerja kang takde pulak duit simpanan untuk travel lagi. Huhu.. Selagi hayat dikandung badan.. Walaupun perjalanan ke tempat kerja hampir 45 km sehala, tapi tetap bersemangat setiap kali keluar dari rumah. Err, betul ke bersemangat? Huhu..

Hampir 2 tahun bercinta dengan highway MEX. Hujan dan panas ku redahi jua..
Dah tengah tahun tapi masih takde nampak tanda-tanda akan keluar travel pada tahun ni. Takkan la 2016 hanya trip ke Thailand je? Sekurangnya dapat satu lagi trip di Asia Tenggara pun dah cukup baik. Bali, Manila, Lombok, Phnom Penh dan banyak lagi lokasi menarik di Asia Tenggara yang saya masih belum jejakkan kaki. Takde budget tinggi nak ke Europe, dapat negara jiran seberang Selat Melaka atau Laut China Selatan pun dah cukup baik sebagai tambahan pengalaman hidup. Hihi.. Ada masa terluang saya akan buka website mencari tiket kalau ada yang murah untuk ke destinasi yang saya tak pernah pergi lagi. Di penghujung bulan Julai saya dapat satu iklan yang kawan share dalam group whatsapp tentang tiket murah dari Malaysia Airlines. Apa lagi, terus google website MAS sebab kebetulan saya dapat iklan tu pada hari terakhir jualan tiket flight murah. Mana la tau ada rezeki masih ada lagi tiket yang available. Hihi.. Pencarian pun bermula..

Last day baru dapat iklan ni. Huhu..
Daripada 4 destinasi yang ditawarkan, nampaknya hanya ada satu tempat je yang saya belum pernah sampai lagi iaitu Medan. Saya cuba mencari tarikh yang sesuai dan termasuk weekend sebab tak perlulah nak apply cuti banyak sangat. Baki cuti saya masih banyak lagi untuk tahun ni. Saje je simpan sebab mungkin akan dipakai pada hujung tahun, sama seperti tahun-tahun sebelum ni sejak 2011 lagi. Hehe.. Saya cuba masukkan tarikh di setiap weekend. Akhirnya saya dapat juga tiket yang agak murah ke Medan untuk kami sekeluarga. Disebabkan ianya family trip, saya ajak juga kawan-kawan trip Thailand untuk ikut serta. Lagi best bila dapat berjalan ramai-ramai. Lagipun trip ke Medan dah tentu saya takkan sewa kereta, hanya upah supir je untuk bawa kami jalan-jalan di sana. Jadi sebelum mencari supir di Medan, saya cuba bertanya pada kawan-kawan dulu. Manalah tau ada yang nak join. Dah selalu sangat dengar ayat "pergi bercuti tak ajak pun" atau "beli tiket tak bagitau pun", walaupun tau memang takkan ikut punya. Hihi.. Masalahnya sekarang, keputusan kena buat hari ni jugak sebab last day. Saya pun war-warkan next trip kami dan sudah sedia standby respon yang bakal diterima.

Situasi ini juga selalu berlaku. Hahah..
Hasilnya, takde sorang pun nak ikut. Tapi ada juga ayat menjaga hati rakan-rakan iaitu "Alaa, tak boleh nak buat decision last minute laa". Kononnya kalau bagitau awal confirm ikut la ye. Heheh.. Takpe, saya amat mengerti keadaan kawan-kawan semua yang sudah berkeluarga. Tak semua mempunyai minat travel yang sama seperti saya. Dan ayat standard saya selepas dapat respon dari kawan-kawan adalah "Takpe, next trip kita setting balik ye". Untuk sedapkan hati sendiri, saya assume mereka tak berminat nak mencari pengalaman di Medan. Hihi.. Nampaknya saya dah boleh beli tiket flight untuk family saya je. Takut juga bila click banyak kali kat website nanti harga tiket berubah. Saya pun tak pasti betul ke tak harga tiket akan berubah jika kita banyak kali bukak page yang sama. Orang kata laa, bukan saya kata. Hahah.. Harap harga tiket yang saya tengok masa mula-mula google tadi masih kekal lagi. Kalau lagi murah lagilah bagus. Hehe.. Wallahualam..

Cepat! Jangan lepaskan peluang..

Tuesday 10 January 2017

JJCP Thailand: Souvenirs & Collectible Items

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tak lengkap sebuah trip jika tak beli sesuatu untuk dijadikan kenangan. Macam biasa, barang souvenir seperti t-shirt, key-chain dan fridge magnet dah tentu dibeli. Kawan-kawan dan saudara-mara tidak dilupakan. Harap diorang appreciate la apa yang saya bagi. Benda free, takkan la taknak terima pulak kan. Hehe.. Nak bagi semua kenalan macam tak mampu. Jadi kepada teman dan saudara rapat je la yang dapat diberi. Bukan nilai barang tu yang menjadi keutamaan, tetapi niat untuk bagi souvenir dan ingatan ikhlas terhadap kawan-kawan itu yang penting. Sebenarnya banyak juga yang dibeli, tapi tak sempat nak amik gambar. Semua dah bagi kat orang. T-shirt pun anak-anak dah pakai. Jadi yang tinggal cuma untuk diri sendiri je. Huhu..

Ini je yang tinggal untuk diambil gambar. Hehe..
# STARBUCKS CITYMUG

Di Krabi saya jumpa lokasi Starbucks yang terletak di Ao Nang. Di Phuket juga saya jumpa satu Starbucks. Cuma di Hatyai je yang saya tak jumpa. Takde masalah kalau nak cari citymug sebab kat mana-mana Starbucks akan ada jual citymug untuk satu negara. Dapat jumpa satu Starbucks pun dah cukup. Saya mencari jika ada citymug untuk Phuket, Krabi dan Hatyai. Nampaknya hanya Phuket je yang ada. Bangkok pun ada juga tapi saya tak beli sebab tak sampai lagi. Syarat citymug ni pun sama dengan t-shirt HRC. Takkan beli atau pesan kat orang kalau tempat tu saya tak sampai lagi. Dapat satu citymug pun cukup la buat koleksi peribadi. Nanti ada rezeki pindah rumah baru ingat nak buat display. Baru lah sentiasa segar dalam ingatan travel ke luar negara bila tengok citymug yang dah dikumpul. Hehe..

Only Phuket citymug for Thailand trip
# HRC T-SHIRT

Untuk HRC pun sama juga, hanya ada di Phuket. Jadilah buat koleksi ke-24 HRC yang dah dilawati setakat ni. Ada banyak design baru yang keluar. Selalunya design ni akan ada di HRC yang lain kecuali city-tee. Harap betul la sebab rasanya semua design saya dah ada. Lepas ni kalau ada rezeki pergi ke HRC yang ke-25 boleh la pilih design yang lain. Agak-agaknya HRC mana pulak yang akan saya terjah lepas ni ye? Dalam wishlist memang banyak. Tapi peluang dan kesempatan untuk pergi tu belum ada lagi. Duit tabung baru nak refill. Hihi.. InsyaAllah ada rezeki boleh la berjalan lagi cari pengalaman hidup. Buat masa sekarang ni kita rehat dulu sambil kumpul duit ye. Hehe..

HRC Phuket
Nampaknya bukan display cabinet je yang nak kena beli untuk letak citymug, tapi almari khas pun kena ada jugak untuk letak t-shirt HRC ni. Walaupun harga citymug dan t-shirt HRC ni agak mahal, tapi kalau dah hobi nak buat macam mana. Terpaksa la cari duit extra semata-mata untuk realisasikan hobi ni. Hendak seribu daya, ye tak? Selesai sudah penceritaan pengalaman hidup kami di bumi Thailand. Amat seronok kerana pergi dengan kawan-kawan. Harap ada lagi trip ke luar negara bersama-sama lepas ni. Perancangan tu memang banyak, tapi tak tau bila nak jalankan. Buat masa ni saya nak mimpi dulu. Mimpi mungkin menjadi kenyataan. Hehe.. Wallahualam..

Monday 9 January 2017

JJCP Thailand: Post Mortem

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah selesai juga report pengembaraan saya membawa kereta ke Thailand bersama kawan-kawan. Walaupun badan penat dan duit pun banyak dah abis, tapi pengalaman hidup tak dapat nak dibeli dengan wang ringgit. Tambah pulak trip ke Thailand ni dengan kawan-kawan, menambah keseronokan dalam pengembaraan. Harap kawan-kawan tak serik la untuk join lagi trip ke luar negara ya. Mana la tau next trip ke Thailand kita drive sampai Bangkok dan Pattaya pulak ke. Boleh singgah semalam dua naik feri pergi Koh Samui. Ketiga-tiga tempat ni ada Hard Rock. Hehe.. Jom kita review tentang Thailand dari pengalaman yang saya dapat ketika ke sana..

#KOS

Jumlah kos keseluruhan trip saya satu keluarga (2 dewasa + 3 kanak-kanak) adalah sebanyak RM2102.05. Kos termasuk persediaan awal, perjalanan dari rumah dan tiba di rumah pada hari terakhir. Bayar tol DUKE pun saya masukkan sekali. Hehe.. Yang tak termasuk adalah kos bunga tayar kereta dan kos souvenir serta collectible item sebab itu hanya kos wajib persendirian. Hihi.. Pada saya tak kisah la berapa banyak kos yang digunakan kerana pengalaman hidup itu lebih dari segalanya. Yang penting anak-anak berasa selesa dan seronok.

Tak naik tour boat pun boleh save sikit kos. Hehe..
#KEPUASAN

Saya amat puas hati dapat peluang memandu sendiri ke Thailand. Harap kawan-kawan yang lain pun berpuas hati juga. Ada dah yang bertanya bila nak buat trip macam ni lagi. Maknanya ada yang seronok la tu. Hehe.. Dulu cuma dapat tengok dan baca kat blog orang lain je tentang trip memandu sendiri ke Thailand. Kali ni saya dapat peluang tu. Jalan raya di Thailand amat lancar dan yang bestnya takde tol langsung. Kalau tak dah tentu bertambah lagi kos untuk ke sana. Huhu.. Harap kerajaan Thailand takde la nak fikir buat tol masa akan datang nanti. Dah la currency diorang makin naik bila convert dengan duit kita. Saya teringat dulu pernah ke Wang Kelian beli barang 100THB boleh bayar dengan RM10.00.. Sekarang jangan harap la. Huhu..

Seronok bila dapat merasa memandu di Thailand
#TERKILAN

Hanya ada satu je yang membuatkan saya agak terkilan sedikit iaitu konsep konvoi yang sebenarnya. Saya mengharapkan sepanjang perjalanan dari mula hingga akhir semua kawan-kawan dapat bersama. Tapi saya juga sudah dapat agak perkara ni takkan dapat berlaku kerana beberapa sebab. Antara sebab utama adalah penggunaan kenderaan sendiri. Bila dah bawak kereta sendiri dah tentu ada yang jenis nak bawak laju dan ada juga yang perlahan. Dan sebab kedua adalah kerana ianya hanya Thailand, negara jiran je. Andai sesat, boleh je patah balik masuk sempadan. Cuba kalau buat caravan trip ke New Zealand. Mungkin caravan akan beratur panjang menuju ke destinasi sebab takut sesat. Huhu.. Perkara dah berlaku. Saya tetap bersyukur sebab takde perkara buruk yang berlaku sepanjang perjalanan. Bayangkan la masa hari pertama tu ada kereta yang rosak dan tak bersama dengan group. Line internet pulak takde lagi masa tu. Tak ke haru dibuatnya. Huhu.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Kalau la dari mula sampai akhir macam ni kan best..
#RAKYAT

Pada saya orang Thailand agak peramah. Kalau pekerja kedai massage terlebih peramah pulak. Huhu.. Lain macam cara dia paksa kita. Tapi secara keseluruhannya diorang ni baik dan takde rasa nak menipu atau buat sesuatu yang buruk terhadap kita. Tak dinafikan setiap negara akan ada orang yang tak baik. Alhamdulillah kami tak berjumpa dengan orang macam tu. Macam di Phuket lebih ramai orang luar dari orang Thai sendiri. Rakyat Thailand yang muslim juga boleh dikatakan ramai. Bukan setakat tu, ada yang cakap Melayu pun fasih. Senang sikit nak berborak dan bertanya. Hihi..

Order cakap Melayu je kat akak ni. Hihi..
#SHOPPING

Night market di Thailand adalah tempat yang paling best untuk shopping. Macam-macam barang yang dijual. Cuma kalau beli t-shirt tu kena la pastikan kualitinya. Ada yang terlalu murah tapi sekali dua pakai dah boleh buat kain buruk alas kaki depan pintu bilik air. Huhu.. Warehouse yang kami pergi masa nak balik dari Phuket tu memang saya recommend untuk singgah dan beli t-shirt souvenir. Agak berkualiti juga kain t-shirt yang dijual. Di night market boleh la nak beli barang-barang yang lain. Macam saya hanya mencari barang souvenir je. Yang lain tak berminat nak tengok. Huhu..

Boleh la singgah sini kalau nak cari t-shirt souvenir yang berkualiti
#KESELAMATAN

Selatan Thailand sudah sedia maklum dengan kes bom dan bunuh. Masa nak pergi tu saya agak risau juga. Ye lah, kalau bunuh tu mungkin kurang sikit kebarangkaliannya sebab dah tentu ada sebab orang nak bunuh. Tapi kalau bom tu kadang-kadang orang tak bersalah tengah lalu pun boleh kena. Huhu.. Alhamdulillah sepanjang trip takde berlaku perkara sedemikian. Ini lah masalahnya manusia macam ni. Tak suka kat orang A, dibomnya sampai orang B sampai Z pun terkena sekali. Haduii.. Suka-suka je amik nyawa orang tak bersalah kan. Sepanjang masa trip saya agak risau especially time check-in hotel. Kalau duduk hotel murah pun kena bom, memang tak selamat langsung nak datang Thailand. Huhu..

Risau sebenarnya bila lalu depan Lee Garden Plaza Hotel ni. Huhu..
#KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan self-driving trip ke Thailand ni. Walaupun tak berapa sempurna, tapi boleh la dikatakan ianya berjalan dengan baik dan jayanya. Ini adalah kali pertama kami masuk Thailand. Sebelum ni memang tak pernah langsung. Setakat sampai sempadan kat Bukit Kayu Hitam, Padang Besar dan Wang Kelian tu pernah la. Itu pun sebab nak shopping toto. Haha.. Kalau kat Kelantan pulak pernah juga ke Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang. Namun tak pernah sampai masuk ke Thailand guna pasport. Ye lah, first time saya ada pasport pun tahun 2011 masa pergi Australia dulu. Dah umur 33 tahun baru ada pasport. Huhu.. Tapi sekali dah buat pasport memang nak berjalan je kerjanya. Bila dah ada experience masuk Thailand, lepas ni mungkin takde masalah nak masuk lagi. Banyak lagi tempat menarik di Thailand yang belum explore. InsyaAllah ada rezeki dan ada kaki yang nak join driving trip ni boleh la buat lagi. Tunggu masa yang sesuai dan kesempatan yang ada, pack barang dan terus pergi.. Wallahualam..

Khap Khun Khrap Thailand!..

MY POINT OF VIEWS

Only based from my own experience, where I went and what I do. It does not represent the whole country

@ LOCALS: 7/10
    - Agak friendly. Yang over friendly pun ada juga. Hati-hati jangan termakan pujuk rayu. Hehe..

@ LANGUAGE: 6/10
    - Ada yang boleh cakap Melayu. Kalau yang tua kebanyakannya tau cakap bahasa dia je.

@ SCENERY: 6/10
    - Mostly lebih kurang sama pemandangan di Malaysia. Tapi kalau hotspots memang terbaik.

@ CLEANLINESS: 5/10
    - Biasa-biasa je. Sampah banyak juga tepi jalan.

@ PUBLIC TOILET: 7/10
    - Boleh tahan bersih juga di stesen minyak dan kawasan rehat di highway.

@ PUBLIC TRANSPORT: 4/10
    - Cuma dapat naik tuk tuks je. Tambang main ikut suka. Pandai-pandai la deal. Huhu..

@ ACCOMODATION: 5/10
    - Kalau berdua memang selesa. Tapi staff hotel kurang friendly la.

@ ISLAMIC: 8/10
    - Ramai muslim dan banyak surau/masjid di sepanjang jalan. Takde masalah nak solat jamak.

@ HALAL FOODS: 6/10
    - Banyak halal foods. Cuma kesedapan tu ikut pada tekak masing-masing. Hehe..

@ CURRENCY: 6/10
    - Dulu 100THB = RM10.00.. Sekarang jadi RM12.00. Boleh laa..

@ SHOPPING: 7/10
    - Banyak gerai jualan kat night market. Seronok cuci mata dan shopping.

@ WEATHER: 4/10
    - Sama panas macam di Malaysia. Masa kat Hatyai lagi la terasa panas. Huhu..

@ REPEAT: 8/10
    - Banyak tempat nak pergi kat Thailand ni. Surely akan repeat, insyaAllah..

@ OVERALL: 6/10
    - Macam-macam pengalaman boleh dapat di Thailand. Enjoy!..

Sunday 8 January 2017

JJCP Thailand: Day 06 (Part #2)

TARIKH:
9 FEBRUARI 2016

LOKASI KEJADIAN:
SADAO - BUKIT KAYU HITAM BORDERS - KODIANG - WANGSA MAJU


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dalam perjalanan menuju ke sempadan, Wan update lokasi diorang di Sadao. Sedap betul tengok gambar diorang minum air kat situ. Wan share location tapi bila kami sampai tak jumpa pulak kat mana exact location diorang. Akhirnya kami set untuk berjumpa semula di pintu masuk sempadan. Kebetulan kereta Pae sampai di belakang kami. Kami cadang nak mencari beras siam dulu sebelum masuk border. Katanya kalau bawak sorang sekampit 10kg beras siam boleh lepas kat imigresen. Nampaknya kami boleh beli 50kg beras kalau dikira bilangan pasport. Hehe.. Takdelah sampai banyak tu kami nak beli. Dapat beli sekampit dua pun jadilah buat syarat kenangan masuk ke Thailand. Hehe..

Driving Route: From Hatyai to Sadao
Sikit lagi nak sampai sempadan
@ SADAO

Jam 1.10 petang kami bersama Pae sampai di pekan Sadao. Kami meronda mencari kedai menjual beras yang agak banyak juga di sini. Rasanya semua kedai beras jual harga sama kot. Malas nak memilih, kami ke kedai beras yang paling dekat dengan tempat parking kereta kami. Ada macam-macam jenama beras siam yang dijual. Kebanyakannya jenama yang tak dijual di Malaysia. Harganya pulak amat murah. Kami selalu juga beli beras siam wangi, jadi boleh tau harga standard beras siam di Malaysia. Beras siam yang dijual paling murah kat kedai ni adalah 110THB/5kg atau RM13.20. Kira murah la berbanding yang dijual kat Malaysia sekarang ni. Cuma jenama beras je yang tak pasti sedap ke tak. Dulu saya pernah beli beras siam di Kelantan. Harga RM18.00 untuk 5kg. Tak ingat jenama apa tapi yang masih ingat ianya tak sedap bila dimakan. Huhu.. Itu yang risau bila beli beras jenama pelik ni. Dah alang-alang kat depan kedai beras ni kami beli jugaklah beberapa kampit beras siam berlainan jenama. Harap lepas la kat imigresen nanti. Buat makan family, bukan seludup nak jual kat orang pun. Hihi..

Dah sampai kawasan kastam Sadao. Lepas ni baru sampai area Dannok
Besar betul bekas air tu. Sedapnya..
Antara kedai jual beras siam kat sini
Jenama tak masuk Malaysia ni. Huhu..
@ BUKIT KAYU HITAM BORDERS

Selesai beli beras secukup rasa, kami sambung perjalanan menuju ke pintu masuk sempadan. Wan dah tunggu di kawasan parking di situ. Sampai di pintu masuk, kelihatan banyak kereta sedang menunggu giliran untuk keluar dari Thailand. Rupanya lorong baru imigresen untuk keluar dari Thailand mula beroperasi hari ni. Maka banyak la yang confius nak lalu lorong baru ni. Dan terjadilah situasi potong Q yang sudah sememangnya menjadi tabiat rakyat Malaysia sejak turun temurun. Huhu.. Macam diorang je yang tak sabar nak keluar dari Thailand. Inilah satu-satunya perangai orang Malaysia yang paling dibenci. Termasuklah ikut lorong kecemasan. Teruk benar perangai. Bila la nak berubah agaknya attitude orang macam ni. Aduhai..

Driving Route: From Sadao to Bukit Kayu Hitam Borders
Di sempadan.. Babai Thailand. Bon Voyage!..
Lorong imigresen yang baru beroperasi
Disiplin membentuk peribadi mulia. Chewahh.. Hehe..
Kereta je mahal, tapi potong Q. Otak letak kat lutut agaknya..
Agak lama juga menunggu sampai ke kaunter imigresen. Ditambah dengan yang potong Q lagi lama la jadinya. Hangin betul la. Dah la minyak kereta kat E. Harap jangan la mati enjin time beratur ni. Lagi haru dibuatnya. Wife saya cukup takut bila lampu indicator minyak dah mula menyala. Saya pun risau juga sebab tak tau bila nak lepas keluar dari border ni. Kalau kat KL takde masalah sebab tau lokasi stesen minyak berdekatan. Punyalah taknak isi minyak kat Sadao tadi sebab yakin boleh isi minyak lepas border nanti. Kat meter kereta ada indicator baki mileage. Bila jalan jem ni makin cepat pulak mileage tu turun. Huhu..

Walaupun risau minyak habis tapi masih mampu tersenyum. Hehe..
Masa menunggu tu kami lihat ada satu lorong di sebelah kanan yang kosong dan hanya beberapa kereta je yang lalu lorong tu. Si Aizat dan Afiq pun keluar dari kereta dan berjalan ke arah lorong tu untuk bertanya. Rupanya ada satu lagi cara untuk keluar dari imigresen selain dari beratur panjang macam ni. Lorong yang kosong ni adalah untuk mereka yang berhenti awal di kawasan parking tempat Wan tunggu tadi dan berurusan di dalam bangunan pejabat imigresen. Lepas tu boleh terus ikut lorong yang kosong tu dan keluar dari Thailand. Kalau tau awal tadi dah lama kami buat cara tu. Sekurangnya boleh save minyak kereta sebab parking. Huhu.. Takpelah, nak buat macam mana. Dah tak sempat nak keluar dari barisan dah ni. Layan je lah beratur sampai kaunter sambil berdoa minyak kereta tak abis. Huhu..

Aizat dan Afiq berjalan ke kereta setelah mencari info lorong kosong sebelah kanan tu
45 minit menunggu akhirnya dah nak sampai giliran kami. Legaa..
Di kaunter imigresen, semua penumpang kena keluar dan bawa pasport masing-masing. Jadi sementara menunggu kereta di depan selesai berurusan di kaunter, saya mintak semua yang lain keluar dulu. Nanti bila sampai giliran kereta kami, tinggal saya sorang je yang keluar. Baru cepat sikit proses kat kaunter imigresen. Macam biasa, RM1.00/pasport diselitkan sekali ketika berurusan. Huhu.. Selesai semuanya, kami menuju pula ke imigresen Malaysia. Kat sini baru la kereta kami kena periksa. Pegawai tu mintak kami buka boot belakang dan bertanya berapa banyak beras yang kami beli. Kami tunjuk beras yang ada dalam boot. Takde nak sorok pun sebab beli pun tak banyak. Hehe.. Selesai urusan di imigresen Malaysia tanpa sebarang rampasan. Sebelum bergerak kena bayar tol RM3.60 sebab keluar je dari sini terus masuk highway.

Selesai sudah. Jom cari stesen minyak pulak.
@ KODIANG

Masuk je highway kami terus mencari stesen minyak. Nasib baik ada BHP yang terdekat. Lega bila dah isi minyak. Muiez whatsapp bertanya di mana kami. Rupanya dia pun baru keluar dari sempadan. Saya ajak Muiez makan pasembor yang terletak di Kodiang. Kami berdua pernah makan di sini masa kerja pemantauan SBP di Utara. Dua pinggan saya makan pasembor kat sini. Hihi.. Kami set untuk berjumpa di sana terus sebab dia pun tau kat mana letaknya kedai tu. Kami dan Wan menunggu Pae sampai di BHP. Jam 3.30 petang kami menuju ke pekan Kodiang. Kami sampai di masjid Kodiang ketika azan Asar berkumandang. Selesai solat jamak, kami makan di kedai pasembor yang memang terletak di dalam kawasan masjid ni. Selain pasembor, nasi beserta daging bakar juga ada dijual. Maka kenyanglah kami makan beramai-ramai sebelum pulang ke KL. Alhamdulillah..

Driving Route - From Bukit Kayu Hitam Borders to Kodiang
Kita makan-makan dulu sebelum balik KL
Hanya 4 family je yang ada kat sini
Selesai makan, jam 6.00 petang kami mula meninggalkan Kodiang. Muiez masih lagi nak stay di sini sehingga maghrib. Maka hanya 3 kereta je yang akan berkonvoi balik ke KL. Setelah mengucapkan selamat kepada Muiez, kami mulakan perjalanan pulang. Seperti yang dijangka, kenderaan dah mula banyak di highway. Sampai di Penang lagilah banyak. Jam 10.00 malam kami singgah sekejap di R&R Gunung Semanggol untuk berehat sambil memikirkan route yang lain untuk sampai ke KL. Kami amik keputusan untuk ikut jalan dalam dan keluar semula di Bidor kerana selalunya kalau jem teruk di utara adalah di area turun bukit kat Changkat Jering menuju ke Ipoh. Kalau ada accident lagi lah teruk jem dia. Huhu..

Rehat kejap di R&R Gunung Semanggol
@ WANGSA MAJU

Kami keluar exit Taiping dan ikut jalan ke Lumut. Kami berhenti makan malam di Seri Manjung dan kemudian teruskan perjalanan ke Bidor dan masuk highway semula. Alhamdulillah perjalanan amat lancar walaupun tarpaksa ikut jalan dalam yang agak jauh. Kami sampai di Wangsa Maju jam 2.00 pagi. Setelah mengucapkan selamat jalan kepada Jay yang bertolak balik ke rumahnya, kami angkat semua barang masuk ke rumah. Dah takde masa nak kemas barang dah. Anak-anak dah sedap tidur sepanjang perjalanan tadi. Kami bersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Pagi nanti nak pergi kerja. Harap tak tertidur lepas solat subuh nanti. Huhu..

Driving Route: From Kodiang to Wangsa Maju
Selesai sudah pengembaraan kami bersama kawan-kawan mencari pengalaman di bumi Thailand. Jumlah anggaran keseluruhan jarak pemanduan adalah 2177 km. Walaupun cuma Krabi, Phuket dan Hatyai je yang kami dapat cover, tapi banyak juga pengalaman hidup yang kami perolehi. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sudi join family roadtrip ni. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan dalam trip ni. Harap dapat join lagi trip yang akan datang. Mana tau lepas ni kita pergi sampai ke Bangkok pulak ke. Hehe.. Apa-apa pun korang semua memang ohsem la. Moga menjadi kenangan terindah kepada semua. Thanks alot!.. Sekian. Wallahualam..

Day 06 estimated driving mileage = 630 km
*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - PASSPORT FEE  : RM5.00
  - PETROL            : RM50.00
  - LUNCH              : RM24.70
  - DINNER             : RM18.50
  - TOLL                : RM46.80
  - JUMLAH           : RM145.00

**DAY 06 EXPENSES: RM205.00