Tuesday 13 December 2016

JJCP Thailand: Day 05 (Part #2)

TARIKH:
8 FEBRUARI 2016

LOKASI KEJADIAN:
DARUL ITTIHAAD MOSQUE PHUKET - ESSO AO LUEK - THUNGSONG REST AREA - SMILE HOME APARTMENT HATYAI


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ DARUL ITTIHAAD MOSQUE PHUKET

Sebelum keluar dari Phuket, kami singgah di Darul Ittihaad Mosque yang berada di tepi jalan besar. Lepas solat kami berehat seketika sebelum plan untuk perjalanan berikutnya. Nampaknya masa tak mengizinkan untuk kami keluar dari Malaysia hari ni sebab tak sempat nak mengejar pintu imigresen sebelum tutup jam 11.00 malam waktu Thailand. Jadi tengok sampai mana kita boleh sampai malam ni. Option paling sesuai sekarang adalah bermalam di Hatyai. Terpaksalah cari hotel adhoc di Hatyai. Huhu.. Esok baru masuk Malaysia. Saya bukan apa, kalau dah tidur kat Hatyai mesti lewat keluar dari Thailand sebab nak jalan-jalan kat bandar Hatyai lagi. Dah tu jalan highway kat Malaysia mesti jem punya sebab orang balik dari cuti Tahun Baru Cina. Memang mimpi ngeri kalau sangkut jem kat PLUS Highway. Tambah pulak ada makhluk yang buat lane baru kat emergency lane. Lagilah sakit hati. Macam diorang je yang nak cepat sampai. Patutnya polis trafik jaga highway time musim perayaan. Barulah banyak saman dapat dikeluarkan. Time tu berderet kereta kelam kabut nak masuk lane balik. Hampeh betul. Huhu..

Driving Route: From Phuket T-Shirt & Souvenirs Warehouse to Darul Ittihaad Mosque
Berhenti solat jamak dan berehat seketika di Darul Ittihaad Mosque Phuket
Bagusnya budak ni luangkan masa belajar di masjid
Kami geng Hard Rock.. Hehe..
Setelah berbincang akhirnya kami ambil keputusan untuk bermalam di Hatyai. Cadangan asal memang nak ke Hatyai pun, tapi cuma singgah je. Dah sampai tengah malam nak singgah apa lagi, terus cari hotel la. Hihi.. Jam 4.20 petang kami sambung perjalanan menuju ke Hatyai. Tak perlu rushing nak bawak kereta laju-laju sebab takde apa yang nak dikejar pun. Kami dapatkan update dari family lain. Abang Sabri dalam perjalanan ke Padang Besar. Dia nak keluar sempadan ikut jalan kami masuk haritu. Kodin pulak dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam. Dia harap sempat keluar dari border malam ni juga. En. Khai dan Muiez masih dalam perjalanan ke Hatyai. Mereka pun cadang nak bermalam di sana. Nampaknya semua masih dalam Thailand lagi. Harap selamat semuanya..

Masih bertenaga lagi untuk memandu. Yeahh..
Cuaca masih cerah lagi..
ESSO AO LUEK

Hampir 2 jam memandu, kami mencari tempat untuk berhenti dan berehat seketika. Bila bawak budak-budak ni memang mencari toilet la jawabnya. Ada yang dah keluar bom dalam pampers mengganggu peredaran udara dalam kereta. Maka terpaksalah berhenti kejap. Hehe.. Sampai di pekan Ao Luek, kami berhenti di Esso petrol station. Di sini ada toilet yang amat bersih dan kedai runcit di sebelah petrol station. Sedang elok untuk kami ke tandas dan berehat kejap sambil mencari makanan untuk hilangkan mengantuk ketika memandu. Kali ni Pae belanja air kopi kat semua driver. Sesuatu yang amat jarang berlaku. Terima kasih Pae kerana belanja driver air nescafe 2 tin sorang. Nanti belanja lagi tau. Hehe..

Driving Route: From Darul Ittihaad Mosque to Esso Ao Luek
Dari luar toilet dah nampak ceria. Hehe..
Dah ramai macam ni mula la gelak tak berhenti bila berborak. Hihi..
Akan ku abadikan kenangan dapat nescafe free ni. Hehe..
Seronok bila borak ramai-ramai macam ni. Selagi takde yang menegur selagi itulah kami tak berganjak dari meja di luar kedai runcit tu. Haha.. Bukan selalu dapat peluang lepak ramai-ramai macam ni. Dulu selalu juga kami semua lepak hujung minggu di Starbucks sampai awal pagi tapi sekarang masing-masing dah busy dengan kerja. Selesai berborak, jam 6.30 petang kami sambung perjalanan. Cuaca dah mula senja. Harap kereta di belakang dapat follow kami bila dah gelap nanti sebab hotel yang kami nak bermalam di Hatyai masih belum confirm lagi. Wife saya google mencari hotel yang masih available dan sesuai dengan harganya untuk kami 4 family. Dapat apartment lagi bagus. Kami melalui bandar Krabi tapi tak berhenti. Lepas 2 jam memandu, kami mencari lagi hentian berikutnya untuk berehat. Anak-anak dah mula gelisah tak selesa sebab tak mandi. Kami berhenti di PTT petrol station yang terletak di area Thungsong.

Driving Route: From Esso Ao Luek to PTT Thungsong
Sampai sudah di PTT petrol station Thungsong
Selesaikan urusan anak-anak dulu
Muiez bagitau dalam whatsapp ada satu restoran halal yang terletak di rest area highway menuju ke Phatthalung. Dia share location tempat tu. Bila saya set dalam map rupanya tempat tu tak jauh dari tempat kami berhenti. Jadi kami amik keputusan untuk pergi ke tempat tu untuk berehat dan makan malam sekali. Tengok gambar yang Mueiz share nampak macam besar rest area tu. Ruang solat pun ada disediakan. Maka kami pun tak jadi nak rehat lama-lama kat PTT station ni dan terus sambung perjalanan ke sana. Sejak dari Esso Ao Luek tadi kami ikut jalan dalam. Bila keluar je dari PTT station ni kami terus masuk simpang ke highway menuju ke Phattalung dan seterusnya ke Hatyai. Lepas rehat kat rest area nanti boleh bawak laju sikit kat highway. Hehe..

Driving Route: From PTT Thungsong to R&R Thungsong
@ THUNGSONG REST AREA

Masuk je highway, dalam 4 km perjalanan terus nampak signboard McDonalds dan petrol station, sama seperti gambar yang dihantar oleh Muiez tadi. Here Maps pun tunjukkan tempat yang sama. Jam 8.50 malam kami semua sampai di Thungsong Rest Area. Kami mencari kedai halal yang terletak di bahagian hujung bangunan kedai untuk makan malam. Bila tengok lauk yang ada, nampak macam kurang menyelerakan. Perut lapar punya pasal, kami pilih satu lauk je dan mintak tukang masak gorengkan telur untuk kami. Jadilah menu untuk dinner kami malam ni. Nak pergi restoran kat Hatyai seperti gambar yang En. Khai share dah tak sempat rasanya. Rupanya En. Khai dan Kodin dah sampai di Hatyai. Tapi Kodin tak tidur di Hatyai. Dia teruskan perjalanan ke sempadan. Harap sempat sebelum border tutup. Abang Sabri pun dah sampai di Padang Besar, tapi tak sempat nak keluar sebab border di sana lagi tutup awal. Nampaknya diorang terpaksa bermalam di kawasan border dan masuk Malaysia esok pagi.

Malam di Thungsong Rest Area
Inilah dia kedai makanan halal di sini
Takde orang pun dalam kedai ni masa kami sampai
Menu makan malam kami
Ruang solat ada disediakan di rest area ni
Perut dah kenyang, kami berehat kejap sebelum mulakan perjalanan semula. Kami masuk ke dalam 7-Eleven di situ untuk mencari roti dan air sebagai menu breakfast esok pagi. Hotel masih belum berjumpa lagi. InsyaAllah dalam perjalanan nanti akan jumpa hotel yang sesuai di Hatyai. Selesai semua urusan di sini termasuk ke tandas dan tukar baju anak-anak, tepat jam 10.00 malam kami sambung perjalanan semula. Kami melalui highway terus ke Hatyai. Dalam perjalanan hujan turun dengan lebatnya menyukarkan pemanduan. Harap jangan la ada kawan yang tertinggal di belakang. Rasanya semua ikut rapat kereta saya sebab saya memang tak bawak laju pun. Bila hujan lebat lagilah perlahan saya bawak. Faktor umur, mata kurang jelas sangat walaupun tak pernah pakai cermin mata. Cahaya dari kereta arah bertentangan bila dicampur dengan cermin kereta yang basah agak menyilaukan mata memandang. Huhu.. Highway di Thailand bila waktu malam sama je macam di Malaysia. Bila ada simpang je baru jalan berlampu. Yang berbeza cuma highway di Thailand takde tol. Hihi.. Wife saya jumpa satu hotel apartment yang agak sesuai untuk family. Terus dia booking bilik. Saya pulak tag dan set hotel tu dalam Here Maps. Harap betul la ada bilik yang masih available. Huhu..

Driving Route: From Thungsong Rest Area to Smile Home Apartment Hatyai

@ SMILE HOME APARTMENT HATYAI

Jam 12.15 t/malam kami keluar simpang dari highway menuju ke bandar Hatyai. Ada guard booth sebelum masuk ke jalan bandar di Hatyai. Kami tak kena tahan pun. Cuma berhenti, bukak tingkap dan guard tu suruh jalan. Mungkin ada banyak kes penyeludupan kat Hatyai kot. Ataupun sebab dulu hotel di Hatyai pernah dibom. Harap-harap takde la kejadian macam tu masa kami di sini. Susah jadinya bila tak boleh keluar dari Hatyai. Huhu.. Here Maps bawa kami ikut jalan kawasan perumahan dan kilang. Lain macam je laluan yang ditunjukkan. Siap lalu lorong sempit lagi. Apartment ni kat kawasan kampung agaknya. Tak kisah la, janji hotel tu wujud depan mata. Jam 12.40 malam kami sampai di Smile Home Apartment. Parking di depan hotel dah penuh. Jay dan wife saya masuk ke dalam hotel untuk berurusan di kaunter. Punyalah speaking dengan staff hotel tu takut tak faham. Rupanya staff tu tau cakap melayu. Hahah.. Lagi senang nak berurusan. Lega bila bilik masih ada lagi untuk kami semua. Harga bilik untuk semalaman pun agak murah. Hanya RM55/night. Dah la adhoc, murah pulak tu. Hehe..

Smile Home Apartment di Hatyai
Selesai berurusan di kaunter, kami turunkan beg dulu sebab kereta kami kena parking agak jauh dari hotel. Yang lain semua turun kecuali driver je. Ingatkan parking kat open space, rupanya ada tempat khas berpagar untuk kereta yang bermalam di apartment ni. Baru rasa selamat sikit kereta kami. Huhu.. Lepas parking, kami dibawa naik motor sampai ke hotel semula. Sebenarnya boleh je jalan kaki. Tapi bila dah malam ni takut pulak kalau ada anjing yang mengejar. Hihi.. Saya masuk ke dalam bilik. Keadaan bilik amat luas. Peti ais pun ada. Tilam tebal tapi punyalah keras. Badan dah penat, tak kisah tidur atas tilam keras pun. Macam la tak pernah tidur atas tilam keras dan nipis sebelum ni. Saje je mengada. Yang penting harga bilik murah. Hehe..

Pintu masuk Smile Home Apartment
Amat berbaloi bilik ni dengan harganya.
Kami bersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Sepatutnya dah ada kat Malaysia waktu ni. Huhu.. Esok dah tentu nak jalan-jalan kat bandar Hatyai dulu. Entah pukul berapa la baru keluar dari Thailand. Jangan sampai malam lagi sudah. Lusa dah masuk kerja. Anak-anak terus tidur sebab kepenatan. Driver lagi la penat. Maka kami pun tidur dan menunggu hari esok untuk mencari pengalaman di Hatyai pulak. Wallahualam..

Day 05 estimated driving mileage = 481 km
*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - SNACKS                             : RM31.20
  - DINNER                             : RM38.40
  - BREAKFAST                      : RM28.80
  - SMILE HOME APARTMENT : RM55.00
  - JUMLAH                            : RM153.40

**DAY 05 EXPENSES: RM262.60

Monday 12 December 2016

JJCP Thailand: Day 05 (Part #1)

TARIKH:
8 FEBRUARI 2016

LOKASI KEJADIAN:
PATONG BEACH AREA - BANG YA MUSLIM HALAL FOOD - PHUKET T-SHIRT & SOUVENIRS WAREHOUSE


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bangun solat subuh, lepas tu tidur balik. Memang tak larat sangat dah. Huhu.. Kemudian tersedar sebab wife mintak kunci motor. Jay nak tolong hantarkan sebab pasport dia ada kat kedai motor tu. Bagi kunci dan sambung tidur lagi sekali. Kena kumpul banyak tenaga sebab hari ni nak balik Malaysia dan perjalanan amat jauh dari Phuket untuk sampai semula di sempadan. Tu baru sempadan, belum kira nak sampai KL lagi. Huhu.. Nak tidur lama-lama pun tak boleh sebab nak check-out. Family lain semua dah menunggu di lobi hotel. Jam 9.30 pagi saya bangun setelah semua barang dan anak-anak telah wife saya uruskan. Saya cuma tinggal nak mandi je. Huhu.. Selesai mandi dan bersiap, jam 9.50 pagi kami turun ke lobi untuk berkumpul dan check-out. Pening jap kepala. Tu lah, siapa suruh stay sehari je kat Phuket. Kan dah tak puas. Hehe..

Bersedia untuk check-out hotel
2 orang bodyguard ni menjalankan tugas dengan baik sepanjang trip. Hehe..
@ PATONG BEACH AREA

Selesai check-out kami mulakan perjalanan dan singgah di Patong Beach untuk mencari breakfast. Nak mencari parking di tepi pantai ni agak sukar sebab ruang yang limited. Maka terpaksalah kami parking berjauhan antara satu sama lain. Harap semuanya dapat parking di tepi pantai ni. Semalam masa jalan-jalan di sini saya ada ternampak signboard restoran halal di satu lorong. Memang cadang nak buat sebagai port breakfast kami pagi ni. Ingatkan parking free kat tepi pantai ni, rupanya kena bayar. Keluar je kereta terus sorang staff datang ke arah kami dan berikan tiket parking. Ingatkan ulat parking, tapi staff tu pakai uniform. Kira betul la tu kena bayar parking 30THB/hour. Bayarkan aje. Sementara menunggu yang lain mencari parking, kami berjalan di area pantai dulu. Semalam tak sempat nak tengok pantai sebab dah gelap. Hari ni baru tau camna rupa pantai kat sini.

Cantik Patong Beach ni. Tourist suka betul layan cuaca panas ye. Huhu..
Kita bergambar dulu. Err, abaikan gambar background tu ye. Hehe..
Selesai bergambar di tepi pantai, kami berjalan menuju ke Bang Ya Muslim Halal Food yang terletak di salah satu lorong di situ. Saya cuba ingat balik signboard yang saya tengok semalam. Kedai ni terletak agak jauh ke dalam lorong. Tak kisah la, janji berjumpa kedai halal di sini. Malas nak cari kedai lain dah. Takut lagi lama mencari. Dalam perjalanan ke kedai, kelihatan banyak pusat urut kaki yang dah mula beroperasi dan menunggu pelanggan yang datang. Kedai fish spa pun ada. Kejap lagi kalau sempat boleh juga urut kaki seround dulu sebelum bergerak. Hihi..

Boleh ada pulak kedai jual mainan kat sini. Huhu..
@ BANG YA MUSLIM HALAL FOOD

Dalam 100 meter berjalan masuk ke dalam lorong, akhirnya kami sampai di Bang Ya Muslim Halal Food. Kedai tak berapa besar, tapi nasib baik hanya satu meja ye yang ada pelanggan. Dapat la kami semua duduk dan order makanan. Disebabkan malam tadi masing-masing dinner sendiri, maka pagi ni breakfast dibayar menggunakan duit yang dikumpul. Order je apa nak makan, nanti Jay yang bayar. Hehe.. Duit yang terkumpul masih banyak lagi katanya. Nanti kalau ada baki, duit tu boleh la buat makan beramai-ramai kat Malaysia. Kira majlis post-mortem trip ke Thailand ni. Hehe..

Bang Ya Muslim Halal Food location
Cantik juga decoration dalam kedai ni. Harap makanan pun sedap la hendaknya. Hihi..
Disebabkan waktu pun dah nak tengahari, jadi kami terus brunch je, lebih mudah. Tak perlu nak berhenti untuk makan tengahari lagi. Menu yang disenaraikan agak menarik untuk dicuba. Tengok gambar pun dah nampak menyelerakan. Saya order nasi putih dan daging masak ala padprik bersama teh ais. Saya order juga satu sup yang berwarna pink. Lain macam je warna dia, tu yang nak try tu. Kat Malaysia tak jumpa sup warna pink macam ni. Hihi.. Harap tuan kedai cepat menyediakan makanan kami. Tak nak jadi macam restoran Abdullah Halal Foods kat Krabi haritu. Lama sungguh menunggu. Huhu..

Buat cepat sikit ye kak. Hehe..
Menunggu makanan sampai dengan penuh kesabaran..
Ada orang dah ajak pergi kedai mainan kat depan tadi. Huhu..
Nampaknya sama juga keadaannya seperti di Abdullah Halal Foods. 15 minit menunggu baru air yang sampai. Makanan pulak 20 minit lepas tu. Adakah kami pilih salah kedai atau memang kat Thailand amik masa panjang untuk siapkan makanan. Huhu.. Nasib baik la datang dengan kawan-kawan, boleh la borak-borak dulu sambil menunggu. Kalau saya sorang je mau berasap satu badan. Hahah.. Mueiz dan wife siap sempat pergi fish spa dulu sementara menunggu makanan sampai. Saya pun sempat pergi bawa Elysha cari barang yang dia nak kat kedai depan tadi. Kalau dah buat muka macam tu confirm makan pun dia tak lalu. Hahah.. Lepas dah beli apa yang dihajati dan balik semula ke kedai pun masih belum sampai lagi makanan kami. Tukang masak sampai lewat kot. Mungkin lepak malam tadi sampai subuh. Hehe..

Nasib baik teh ais dia sedap. Hihi..
Makanan dah sampai. Yeayy.. jemput makan semua..
Lega bila makanan kami sampai jua akhirnya. Sedap juga makanan kat sini. Beras siam tu yang buat nasi dan lauk menjadi sedap. Dapat yang wangi lagi la menyelerakan. Cuma harga beras siam wangi je yang buat kurang selera. Hehe.. Kat sempadan nanti memang ada niat nak beli sekampit dua beras siam wangi. Rasanya lepas lalu imigresen. Bukannya kami nak buat meniaga pun. Takkan nak buat makan sendiri tak boleh kot. Hehe.. Selesai makan kami dihidang dengan sup warna pink yang saya order. Malangnya rasa dia saya tak berapa suka. 3 kali suap je dah cukup. Bagi kawan-kawan lain merasa pulak. Diorang pun tak suka dengan rasa makanan warna pink ni. Lastly Eimran yang makan banyak. Bagi apa saja makanan kat dia insyaAllah akan diselesaikan dengan jayanya. Hihi..

Ni dia makanan warna pink tu. Namanya Suki Seafood..
Alhamdulillah kenyang perut kami semuanya. Jam 11.50 pagi kami meninggalkan Bang Ya Muslim Halal Food. Time ni kami semua dah mula berpecah. En. Khai awal lagi dah bergerak menuju ke sempadan. Begitu juga Kodin. Muiez masih ada lagi kat sini. Dia nak sambung layan fish spa katanya. Abang Sabri pulak nak singgah ke HRC dan pergi balik kedai big bike semalam. Ada benda yang dia teringin nak beli la tu. Semalam 50-50, hari ni confirm beli. Hehe.. Cuma tinggal family saya, Wan, Saiful dan Pae je yang akan konvoi pulang ke sempadan. Sebelum meninggalkan kawasan, wife ajak saya pergi urut kaki untuk kali terakhir di sini. Lagipun dah takde apa yang nak dibuat lepas ni. Kami masuk ke salah satu kedai urut kaki yang paling murah di situ. Tokey kedai bagi 200THB/hour. Kira murah la tu. Hehe.. Saya dan wife bersama Jay pun layan urut kaki selama sejam. Best..

Last call urut kaki sebelum menuju ke sempadan..
Sampai tertidur saya dibuatnya ketika kaki diurut. Barulah kaki rasa sedap nak pijak pedal kereta. Hehe.. Jam 1.10 petang kami meninggalkan Patong Beach dan menuju ke sempadan. Tinggal 4 buah kereta je dalam konvoi kami. Yang lain ada agenda yang tersendiri. Harap semuanya selamat masuk ke Malaysia. Yang paling dirisaukan sekarang adalah sempat atau tidak nak masuk Malaysia sebab pintu imigresen bukannya bukak 24 jam. Huhu.. Tengok macam mana keadaannya malam nanti. Apa-apa pun kami masih boleh berhubung melalui whatsapp jika ada kecemasan berlaku. Harap dijauhkan sebarang musibah hendaknya.

Bergambar terakhir dengan Muiez sebelum meninggalkan Patong Beach
Sebelum kami ke kereta, kami mencari money changer untuk menukar duit. Standby duit lebih sikit, takut tak cukup sampai kat sempadan nanti. Wan cadang untuk singgah di satu warehouse menjual t-shirt dan souvenir yang murah. Warehouse tu terletak berdekatan dengan Gems Gallery semalam. Dalam perjalanan nanti boleh singgah sekejap. Tu sebab kena tukar duit siap-siap sebab takut terlebih excited dengan barang yang dijual kat warehouse tu nanti. Hahah..

Tukar duit lagi. Huhu..
Jam 1.30 petang kami meninggalkan Patong Beach dengan seribu satu kenangan. Tak puas rasanya hanya semalam je berada kat sini. Apa pun kami dah jejakkan kaki di sini. Ada rezeki nanti bolehlah datang lagi. Kalau bukan datang satu family, saya sorang join bike trip ke Phuket pun ok juga. Hihi.. Sesungguhnya banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dibuat kat sini. Tengok abang Sabri pun dah cukup. Dua kali dia pergi big bike shop tu. Nasib baik la helmet kat kedai tu tak banyak pilihan. Kalau helmet baru masuk rasanya saya singgah balik ke sana macam abang Sabri. Hahah.. Kami singgah di petrol station sebelum sambung perjalanan mencari warehouse seperti yang dicadangkan oleh Wan tadi. Warehouse ni amat famous di kalangan tourist yang datang ke sini. Bukan setakat t-shirt visit Thailand dan souvenir, malah t-shirt HRC pun ada dijual kat warehouse ni. Apa-apa pun kita isi minyak dulu. Kereta sangkut tengah jalan langsung tak pergi warehouse tu. Hahah..

Babai Patong Beach.. Babai Phuket.. Hope to see u again..
Isi minyak bagi ngam-ngam sampai sempadan. Hehe..
@ PHUKET T-SHIRT & SOUVENIRS WAREHOUSE

Wan mengetuai konvoi 4 buah kereta yang menyusuri jalan keluar dari Phuket menuju ke warehouse. Jam 2.15 petang kami tiba di Phuket T-Shirt & Souvenirs Warehouse. Agak besar juga warehouse ni. Untuk masuk ke dalam warehouse ni, kami perlu ikut arah yang ditunjukkan. Bukan boleh main masuk je tau. Rupanya sebelum masuk kami diberi briefing oleh staff warehouse tersebut. Dia bagi pengenalan tentang barang yang dijual kat sini. Antara yang dia mention adalah t-shirt HRC juga mereka hasilkan dan lebih murah harganya. Pelik juga saya bila warehouse ni ada keluarkan t-shirt HRC. Orang HRC tak rasa terkesan ke? Huhu.. Lepas habis briefing dalam 5 minit, barulah kami dibenarkan masuk ke dalam warehouse. Maka aktiviti cuci mata dan memilih souvenir yang berkenan di hati pun bermula.

Driving Route: From Patong Beach to Phuket T-Shirt & Souvenirs Warehouse
Ni dia nama warehouse tu. Kemain khusyuk Pae dan Miza dengar penerangan ye. Hehe..
Design t-shirt HRC yang ada kat sini
Lepas saya belek kualiti t-shirt HRC kat sini, boleh la dikatakan agak terbaik juga. Tapi design yang ada kat sini ada yang tak pernah wujud kat HRC. Cuma beberapa design je yang ada di Rock Shop. Tak tau la kalau zaman saya tak mengenali HRC memang dah ada design macam ni. Tapi pada saya siapa yang betul-betul diehard HRC boleh tau t-shirt ni bukan original. Even saya yang baru berjinak-jinak pun boleh bezakan. Ia bukan kerana murah atau mahal tetapi perasaan memakai yang original berbanding imitation. Sukar nak gambarkan sebenarnya. Huhu.. Sama seperti kasut dan handbag. Memang rasa lain kalau bukan original. Seperti sandal flip flop imitation yang saya beli masa kat Indonesia dulu. Belasah je pakai buat naik kapcai redah hujan pergi kerja. Habis terkopek sikit kulit sandal tu. Hilang kat masjid pun masih boleh tersenyum lagi. Kalau original jangan harap la saya nak pakai macam tu. Sayang ooo.. Hehe.. Boleh la nak beli t-shirt HRC kat sini untuk dibuat main futsal atau pakai seharian. Sampai terkopek tulisan HRC pun takde hal punya. Hihi.. Yang penting saya dah beli kat HRC Phuket semalam sebagai koleksi peribadi saya.

Sampai duduk kat lantai memilih t-shirt. Hehe..
Selain t-shirt, kat sini juga ada menjual key-chain, fridge magnet dan juga kain. Saya cuma minat kat design tali leher yang dijual. Boleh la beli sepasang dua buat matching dengan kemeja kerja saya. Saya ni tak pandai sangat memilih, apatah lagi nak bagi match seluar, kemeja dan tali leher. Semuanya wife saya yang pilihkan. Kalau dia takde memang saya grab je mana-mana tali leher yang tergantung kat belakang pintu. Janji pakai time kerja. Hihi.. Even kasut pun wife saya yang pilihkan. Saya cuma pakai je. Kalau dia tak sediakan, mungkin saya pakai kasut sebelah lain. Melampau sangat teruknya tu. Hahah.. Pada saya kasut kena pakai yang berkualiti. Kalau pakai kasut cap ayam, memang cepat la berkaki ayam sebab mudah koyak dan tapak tertanggal. Hihi.. Tapi yang paling utama biarlah ianya selesa untuk dipakai. Nak nampak cantik dan hensem punya pasal sampaikan terseksa kaki tu dalam kasut. Hahah..

Tunggu kat luar pulak. Huhu..
Setengah jam je saya bertahan dalam warehouse ni. Jam 2.45 petang saya dah tunggu kat gerai di luar. Layan minum air kelapa lagi best. Hehe.. Biarlah diorang melayan shopping kat dalam tu. Saya dapat 2 pasang tali leher pun dah cukup puas hati. 10 minit kemudian Pae dan Wan join sekali minum air. Yang lain masih belum nampak tanda-tanda nak keluar dari warehouse lagi. Huhu.. Ada yang tambah lagi sebiji kelapa ni. Cuaca dah la panas kat luar ni. Hehe.. Lepas setengah jam menunggu barulah diorang semua keluar sambil membawa beg plastik besar. Lain macam diorang bershopping dalam warehouse ni. Mentang-mentang nak balik Malaysia dah. Memang gitu caranya bila last day shopping kat luar negara. Cuma kali ni bukan kat Bicester Village atau Primark. Kalau tak lagilah lama dibuatnya. Hahah..

Layan coconut 40THB dulu..
Selesai semua urusan, jam 3.30 petang kami mula meninggalkan Phuket T-Shirt & Souvenirs Warehouse. Perjalanan seterusnya mencari masjid untuk solat jamak. Sementara masih di kawasan Phuket ni baik solat dulu. Dah masuk highway kang susah pulak nak berhenti. Tengok pada jam nampaknya macam tak sempat nak masuk sempadan sebelum tengah malam. Walaupun esok masih cuti lagi tapi kalau boleh nak balik juga. Esok boleh rehat seharian kat rumah. Barulah ada semangat nak pergi kerja keesokan harinya. Hahah.. Apa-apa pun cari masjid dulu. Lepas tu baru fikir sempat ke tak nak mengejar pintu imigresen. Wallahualam..

*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - PARKING   : RM10.80
  - PETROL    : RM84.00
  - COCONUT : RM14.40
  - JUMLAH    : RM109.20

JJCP Thailand: Day 04 (Part #3)

TARIKH:
7 FEBRUARI 2016

LOKASI KEJADIAN:
PATONG BEACH AREA - HARD ROCK CAFE PHUKET - MALIN PLAZA PATONG NIGHT MARKET


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jalan-jalan bersama family malam ni cuma kami, family Wan, Afiq dan Aizat. Family yang lain jalan ikut arah tujuan masing-masing. Dari jalan besar di simpang hotel, kami mencari tuk tuk untuk bawa kami ke kawasan restoran halal di tepi pantai. Satu tuk tuk sudah cukup untuk kami seramai 6 dewasa dan 5 kanak-kanak beserta stroller. Driver tuk tuk tu minta tambang 300THB untuk bawa kami ke sana. Boleh la, janji tak perlu nak jalan kaki di awal perjalanan. Hihi.. Bukan main kuat lagu hiphop yang dimainkan dalam tuk tuk. Memang terbaik sound system tuk tuk ni. Nak ikut nyanyi tak faham lagu apa. Huhu.. Sekali Aizat yang duduk kat sebelah driver pasang lagu raya. Habis kecoh suasana dalam tuk tuk kami. Orang ramai yang berjalan kaki pun tengok tuk tuk kami. Yang ikut menari sekali pun ada. Hehe.. Memang layan betul nyanyi lagu raya kat Patong ni walaupun bulan puasa masih jauh lagi. Hahah..

Tuk tuk ni muat untuk kami semua. Lebihan muatan nih. Hehe..
Jom jalan-jalan naik tuk tuk..

Layankan ajer la ye. Hehe..


Ni ada satu lagi. Kemain seronoknya ye. Hehe..

@ PATONG BEACH AREA

Tak sampai 10 minit perjalanan dalam tuk tuk, kami dah sampai di kawasan restoran tepi pantai. Mulanya memang nak makan kat sini, tapi nampak macam mahal je padahal tak tanya pun harga lagi. Nampak sangat memang taknak makan. Hehe.. Perut masih kenyang lagi. Yang lain takde kata nak makan pun. Ada yang bersuara je nanti baru cari kedai makan. Kami berjalan dari kawasan tepi pantai menuju ke Loma Park dan terus ke kedai-kedai yang ada di sepanjang jalan. Suasana malam di sini sememangnya amat happening berbanding di Ao Nang, Krabi. Kalau tau macam ni keadaannya, dah tentu kami tambah lagi semalam di sini. Tapi tak boleh jugak, sebab kerja menanti kat pejabat tu. Jangan buat pasal nak tambah cuti. Hahah..

Welcome to Patong!..
Cuaca di sini sama je macam di Malaysia. Cuma waktu malam takdelah panas sangat. Tapi tetap berpeluh sebab ramai betul tourist kat sini. Terpaksa bersesak-sesak jalan di sepanjang kedai. Anak-anak kena pantau selalu, takut tetiba menghilang especially Eiman. Dia suka betul jalan sendiri. Ingat sini Wangsa Maju agaknya. Even kat Wangsa Maju pun saya tak bagi dia keluar sorang diri pegi kedai walaupun hanya di belakang rumah je. Huhu.. Bahaya sekarang ni. Banyak betul kes budak-budak kena culik. Semuanya kerana duit. Tak kira halal atau haram, janji dapat duit. Kesempitan hidup rakyat makin terasa. Dulu tak banyak sangat orang berniaga tepi jalan. Sekarang merata boleh nampak, betul tak? Semuanya nak cari pendapatan tambahan dalam meneruskan hidup masing-masing. Huhu.. Ok. cerita balik pasal bersesak-sesak tadi. Dah la ramai orang, boleh pulak selisih dengan geng ketiak hangit. Lagi menambah sesak di dada. Haha..

Mula sampai di tempat tumpuan ramai
Ada pulak persembahan naga kat depan restoran ni
Setengah jam berjalan akhirnya kami sampai di Thanon Bangla Rd., jalan yang paling happening di Patong Beach. Entah kenapa nama bangla menjadi pilihan. Hehe.. Kat sini ada macam-macam kedai dan gerai jualan di sepanjang jalan. Anak saya dah mula memujuk untuk beli barang yang diorang berkenan. Yang sulung dah tentu taknak mainan macam adik-adik dia. Konsep beli untuk anak-anak memang mudah. Kalau ada 3 orang anak, sorang nak barang dah tentu lagi dua akan dapat juga. Ada orang cakap, jangan beli barang depan anak-anak, nanti diorang akan terbiasa mintak barang selalu. Saya memang susah nak beli barang depan diorang. Tapi itu kat Malaysia la. Kat Thailand ni takkan la tak beli apa-apa untuk anak-anak kot. Teruk sangat tu. Nasib baik la mintak yang murah-murah je. Kalau mintak emas permata memang habis laa. Hahah..

Signboard di pintu masuk Thanon Bangla Rd.
Penuh dengan lampu kat jalan ni. Sesak!. Huhu..
Peminat Bob Marley boleh datang sini. Lagu Buffalo Soldier satu!..
Eimran memang suka kumpul cap. Bagi dia pilih mana yang berkenan.
Letih melayan kehendak anak-anak ni. Beli sebagai kenangan dari Thailand, apa salahnya. Bukan selalu ke sini pun, walaupun ada hajat nak memandu ke Bangkok dan Pattaya pulak lepas ni dan singgah sehari dua naik feri ke Koh Samui. Andai impian menjadi realiti baru saya cerita kenapa teringin sangat nak pergi ketiga-tiga tempat ni. Siapa yang ikut cerita dalam blog saya mesti tau punya. Hehe.. Selesai meronda di Thanon Bangla Rd. kami sambung berjalan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Hard Rock Cafe Phuket. Agak jauh juga kami berjalan. Nasib baik la bawak stroller. Si kecik Elysha tu bila sampai masa penat dia memang taknak berjalan. Kadang-kadang berebut dengan Eiman nak duduk dalam stroller. Anak nombor dua, memang saja suka cari pasal. Hehe.. Anak-anak dah mula merengek kelaparan. Kami berhenti di satu gerai menjual pancake. Sejak sampai di Phuket petang tadi memang teringin nak rasa pancake kat sini. Jadilah buat alas perut sebelum cari makanan berat kejap lagi.

Kita alas perut dengan pancake dulu..
Nampak macam sedap je pancake ni. Tengok camna bila masuk perut jap lagi. Hihi..
Tu diaa.. Nampak agak menyelerakan. Hehe..
Ada macam-macam jenis pancake yang dijual. Tapi daripada list yang ada, dah tentu nutella yang dicampur dengan chocolate dan peanut butter menjadi pilihan. Sama la macam waffle yang kami jual, chocolate dan peanut butter menjadi all-time favourite. Lepas ni ingat nak tambah nutella jugak la kat waffle yang kami jual. Mesti meletop punya. Hihi.. Tengok brader tu masak nampak sedap. Bila dah masuk dalam perut memang sedap pun. Cuma ia agak bahaya kepada pengidap diabetes sebab sangat manis. Boleh potong kaki dibuatnya. Budak-budak suka la manis-manis ni. Yang dewasa pun layan juga tapi balik nanti kena check blood sugar level masing-masing. Hehe.. Harga untuk satu pancake ni adalah 60THB. Kira murah juga la bila difikirkan saiz dan rasanya. Alhamdulillah kenyang juga buat seketika.

The real tuk tuk. Comel..
Selesai makan kami teruskan perjalanan ke Hard Rock Cafe yang terletak di hujung jalan. Tak sabar rasanya kami nak menjejaki lokasi Hard Rock Cafe yang ke-24 dalam hidup kami. Makin banyak la koleksi t-shirt kami. Dah la t-shirt HRC memang diketahui agak mahal harganya. Hobi punya pasal, nak buat camna. Janji original dan bukan bundle. Dan yang paling penting kami beli sendiri tanpa pesan kat orang. Hihi.. Seperti ada satu kepuasan yang berbeza bila beli t-shirt HRC ni. Bukak almari HRC kat rumah boleh buat diri tersenyum sendirian. Bukannya gila, tapi terkenang setiap kenangan berada di luar negara. Sebenarnya bukan saya dan wife je yang ada hobi suka kumpul t-shirt HRC ni. Banyak juga blog yang saya baca tentang traveler yang obses dengan product HRC. Ada yang kumpul t-shirt, fridge magnet, bottle opener dan yang paling unik adalah shot glass. Kenapa la saya tak kumpul shot glass dari dulu. Nak beli sekarang macam tak best sebab dah banyak HRC kami pergi. Kumpul t-shirt pun jadi lah.

Lalu restoran Hooters sebelum sampai HRC. Nice view.. Hehe..
Our 24th Hard Rock Cafe.. Yeahh..
@ HARD ROCK CAFE PHUKET

Setelah lebih 2 km kami berjalan, akhirnya kami sampai di Hard Rock Cafe Phuket. Kelihatan livebands sedang menyanyikan lagu Joan Jett di bahagian luar bangunan. Memang seronok betul layan livebands ni. Dah tentu lagu genre rock yang dimainkan di HRC. Sungguh kena dengan jiwa saya. Hehe.. Takpe, kejap lagi sambung balik layan livebands. Kita masuk dulu dalam Rock Shop bagi menambah koleksi t-shirt HRC kami. Rasanya masih muat lagi almari kat rumah tu. Hihi.. Harap HRC ada keluarkan design t-shirt yang baru. Setiap HRC yang saya pergi saya akan beli t-shirt yang berlainan design. T-shirt design classic saya tak suka sangat sebab ramai orang dah pakai. Kat uptown pun saya pernah nampak ada orang jual. Huhu.. Ni semua dari negara China punya pasal la ni. Punya la advance imitation kat China sampaikan ada orang kata product original baru nak launch hari ni, minggu lepas lagi imitation dah berada di pasaran. Huhu..

Rambang mata melihat design t-shirt di sini. Ada design baru la. Terbaik..
Selesai mencari yang berkenan di hati, kami melayan sebentar livebands di luar sambil bergambar. Mula la berfikir HRC mana pulak yang bakal menjadi HRC yang ke-25 kami nanti. Benua mana agaknya yang menjadi pilihan. Listing tu memang banyak, tapi duit je yang yang tak berapa banyak buat masa ni. Huhu.. InsyaAllah, ada rezeki maka adalah tempat yang akan dituju. Best betul lagu yang dimainkan oleh livebands di sini. Semuanya lagu zaman saya mula-mula meminati lagu rock masa sekolah dulu. Masih teringat lagi kisah di mana ustaz buat spotcheck di asrama dan rampas semua kaset kumpulan rock dan koyak poster Skid Row besar dalam almari saya. Malaikat tak masuk katanya. Saya akur je bila semua kaset saya dirampas. Tapi, time outing berikutnya saya beli lagi. Fanatik punya pasal. Hihi.. Masih ingat juga zaman tu kaset berharga RM10.50 yang paling murah. Nak lagi jimat saya buat listing lagu-lagu best dan pergi kedai kaset buat dubbing. Hahah.. Seronok betul time sekolah asrama dulu. Kenangan paling manis dalam hidup masa remaja. Hehe..

Rock on!!.. Yeahh..
HRC mission accomplished!..
Jam 11.00 malam kami mula beredar dari HRC. Nak cari restoran halal takut tak berjumpa. Saya cadang kami balik ke hotel dulu, kemudian saya dan Wan naik motor cari kedai halal untuk beli dinner kami. Kami naik tuk tuk semula untuk balik ke hotel. Tak larat dah nak jalan kaki. Huhu.. Di jalan depan HRC memang ada je tuk tuk yang menunggu. Kami terus naik dan bayar 300THB sampai ke depan hotel. Sementara saya dan Wan mencari makanan, wife saya dan Miza pergi ke massage centre yang terletak di depan hotel. Diorang nak layan urut kaki dulu. Rugi kalau datang ke sini tapi tak merasa urut kaki Thai yang sememangnya terkenal di serata dunia. Tambah pula dah berjalan punya jauh tadi. Memang best la dapat urut kaki. Hihi.. 

Our Walking Route. Jauh juga kami berjalan. Huhu..
@ MALIN PLAZA PATONG NIGHT MARKET

Saya dan Wan mula mencari kedai halal. Jauh juga kami meronda sampaikan terpaksa isi minyak lagi sebotol. Entah lorong mana kami masuk pun tak tau. Jangan sesat dan motor mati tengah jalan sudah. Mencari sampaikan 2-3 kali kami lalu jalan yang sama. Huhu.. Akhirnya kami singgah di kawasan night market yang terletak di Malin Plaza Patong. Kat sini ada beberapa gerai menjual makanan halal. Tak perlu la nak memilih sangat bila kat luar negara ni. Asal jumpa makanan halal kita order je terus. Nampaknya dapat juga kami makan berat walaupun waktu dah hampir tengah malam. Hihi..

Gerai halal di Malin Plaza Patong Night Market
Saya dan Wan sampai semula di hotel jam 12.10 t/malam. Wife saya dan Miza serta anak-anak dah naik ke bilik hotel. Wife saya tak larat nak turun. Saya suruh Eimran turun dan bawak naik makanan ke bilik. Kami makan di kerusi dan meja batu yang terletak di depan pusat urut. Tuan kedai bagi kami duduk kat situ tapi dengan syarat kena bersihkan semua yang kami makan. Mungkin ada kes orang tinggal meja bersepah kot sebelum ni. Orang negara mana la yang kurang sivik tu ye. Dah datang negara orang pastu buat kotor pulak. Huhu.. Harap jangan la orang Malaysia. Bukan apa, orang kita masih belum didedahkan dengan disiplin ketika makan especially di foodcourt. Sebagai contoh foodcourt di Ikea Kota Damansara. Dah jelas terpampang signboard lepas makan sila bawa sisa makanan ke tempat yang disediakan. Tapi masih ramai lagi yang biar bekas makanan atas meja. Dah la foodcourt kat Ikea tu sentiasa ramai orang. Maka orang yang nak duduk meja terpaksa bersihkan sisa makanan orang yang duduk sebelumnya. Bila ditegur tau pulak melenting. Pastu ada pulak yang merekod dan viral. Macam-macam la pulak keluar komen dalam facebook. Huhu.. Apa-apa pun meatball Ikea memang sedap. Lagi sedap kalau dapat makan kat negara asalnya, Sweden. Mana lah tau ada rezeki nanti buat trip ke Scandinavia ke. Hehe.. Wallahualam..

Sebenarnya 2 km je dari hotel. Tapi rasanya 10 km kami bawak motor. Huhu..
Selesai makan takkan nak naik bilik hotel dan tidur kot. Dah la esok nak balik. Rugi kalau tak meronda dengan motor tengah malam ni. Hihi.. Kodin dan Muiez nak join sama dan cadang nak berjumpa kat signboard besar Patong Beach kat tepi pantai. Ingat nak ajak abang Sabri join sekali tapi rasanya dah enak diulit mimpi indah. Jay pulak dah lama menghilang. Mentang-mentang la naik motor sorang, ada la tempat yang dia nak singgah tu. Hehe.. Yang tinggal cuma saya, Wan, Afiq, Aizat dan Pae. Disebabkan abang Sabri takde, jadi Eimran pun nak ikut sekali. Sedang elok 6 orang untuk 3 biji motor. Maka perjalanan mencari pengalaman malam buta di Phuket pun bermula. Jalan-jalan kat area pantai dulu kemudian cari tempat urut kaki. Ada banyak lagi pusat urut kaki yang masih bukak walaupun dah pukul 2.00 pagi. Kami mencari kedai yang proper sikit di mana staff dia pakai uniform. Kalau pakai seksi tu kang takut benda lain pulak yang diurutnya. Huhu.. Akhirnya jumpa juga dan kebetulan kami customer yang terakhir sebelum kedai tu tutup. Saya, Wan dan Pae je yang urut kaki. Yang lain tunggu kat luar kedai. Masing-masing dah penat sampaikan duduk je terus lelap dan tak sempat nak amik gambar. Tersedar pun sebab bunyi turbo yang kuat. Sama juga la dengan saya. Sampai gelak staff yang tengah mengurut. Hahah.. Layankan aje bunyi itu ye. Hehe..

Port pantai yang agak jauh dari Patong Beach
Memang sedap betul dapat urut kaki. Kalau kedai tutup lewat dah tentu tambah lagi sejam. Hihi.. Selesai urut kami terus balik ke hotel. Dah pukul 3.00 pagi, nak jalan ke mana lagi walaupun masih ramai orang kat kawasan ni. Kami langsung tak jumpa Kodin dan Muiez. Ada la tempat best yang diorang pergi tu. Senyap je takde respon dalam whatsapp pun. Hihi.. Boleh ke nak bangun awal ni? Esok nak drive balik Malaysia. Tengok la camna nanti. Kalau tak larat boleh mintak tolong Jay drive walaupun awal-awal lagi dia dah bagitau taknak drive langsung. Manalah agaknya dia pergi malam ni ye? Jangan tak balik hotel sudah la. Moga selamat la hendaknya kawan-kawanku di Phuket malam ni. Jumpa balik di lobi hotel dalam beberapa jam lagi ye semua. Wallahualam..

Day 04 estimated driving mileage = 191 km

*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - TUKS-TUKS  : RM36.00
  - PANCAKES   : RM14.40
  - DINNER        : RM21.60
  - PETROL       : RM4.80
  - JUMLAH       : RM76.80

**DAY 04 EXPENSES: RM378.00