Wednesday 27 July 2016

JJCP Western Europe: Day 14 (Transit + Arrival)

TARIKH:
1 JANUARI 2016

LOKASI KEJADIAN:
TAN SON NHAT INTERNATIONAL AIRPORT - VIETNAM AIR - KLIA - WANGSA MAJU


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Banyak kali saya terbangun dari tidur. Selain dari wife saya yeng kejut sebab bunyian yang agak kuat, sememangnya tidur kat kelas ekonomi ni takkan nyenyak. Lain lah kalau duduk kat business class, siap boleh baring lagi. The more you pay, the more you get. Hehe.. Biar tiket murah, yang penting kami sampai destinasi yang sama dengan orang yang naik business class. Kalau ada tiket separuh harga tapi kena duduk bersila pun saya sanggup beli. Hahah.. Demi mencari pengalaman dalam hidup.

Dengar lagu je la sepanjang perjalanan
Kami dikejutkan dengan announcement dari anak kapal yang mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016. First time new year kami berada atas flight. Hihi.. Macam mana ye diorang set waktu tepat jam 12.00 tengah malam sebab atas flight tak tau pukul berapa ikut GMT time zone. Mungkin pilot ada jam khas kot. Hehe.. Nasib baik takde celebration bukak botol arak dalam ni. Hanya announcement dan disambut dengan jeritan yang tak berapa kuat oleh penumpang. Saya bangun dan pergi ke bahagian belakang untuk mencari makanan. Yang ada cuma air, roti dan aiskrim. Boleh la cover perut kami sebelum dihidangkan makan berat kejap lagi. Tengok pada flight information kat tv, flight dijangka mendarat lagi 5 jam. Maknanya ada lebih kurang 4 jam lagi untuk dapat meal yang kedua. Sambung dengar lagu dan tidur. Hihi..

Flight route: Air France AF0258 from Charles de Gaulle Int'l Airport to Tan Son Nhat Int'l Airport
Kami tersedar apabila keadaan terang di dalam flight. Masa untuk makan. Hehe.. Macam biasa, makanan halal dan makanan untuk kanak-kanak diedarkan dulu sebab special request. Ingatkan dapat makanan berat, tapi bukan. Light meal je. Hanya samosa dan kuah kacang dhal yang tak berapa sedap. Huhu.. Tengok penumpang lain tengah sedap makan ayam non-halal. Takpe, cukuplah buat alas perut. Sampai KL nanti makan la puas-puas ye. Hehe..

Set makanan halal yang kami dapat
Samosa je? Satu pulak tu. Jadi laa..
Selesai makan, kami tak tidur sebab flight dah nak mendarat. Ikut pada flight itinerary kami sampai di Tan Son Nhat International Airport jam 7.45 pagi dan flight untuk ke KLIA pulak berlepas jam 8.35 pagi. Tapi kami tak perlu risau sebab tiket transit, bukan beli berasingan. Andai kata sampai lewat, worst case pun kami kena naik next flight. Cuma lambat la nak sampai KLIA. Kalau open ticket memang terlepas flight la jawabnya. Huhu..

Sikit lagi nak sampai. Yeayy..
Kedengaran satu kekecohan berlaku kat dalam flight. Kelihatan stewardess sedang memimpin seorang warga tua perempuan yang berbalut kepalanya. Masa naik tadi saya perasan penumpang ni duduk di baris kiri kami di sebelah tingkap dengan sorang lelaki muda. Masa saya terjaga dari tidur saya tengok lelaki tu sedap je tidur guna dua seat. Tak nampak pulak perempuan tu. Kami dengar perbualan antara stewardess dengan lelaki dan perempuan tu. Nasib baik cakap english, boleh la nak faham. Hehe. Rupanya kepala perempuan tu terhentak kuat dalam toilet dan banyak darah yang keluar. Mungkin masa kami tidur tadi kejadian tu berlaku. Memang tak sedar le. Huhu.. Nasib baik perempuan tu selamat. Ye lah, umur dah lanjut ni bahaya walaupun cedera sikit je. Silap haribulan flight kena buat emergency landing kat airport yang terdekat untuk bawa penumpang ke hospital. Rasanya ada doktor dalam flight ni yang membantu mangsa. Lega takde apa yang buruk berlaku..

Kesian berbalut kepala perempuan tu..
@ TAN SON NHAT INTERNATIONAL AIRPORT

Jam 7.30 pagi flight Air France AF0258 mendarat dengan selamat di Tan Son Nhat International Airport. Kami beratur untuk keluar dari flight dan menuju ke kaunter khas untuk penumpang transit. Tak perlu la nak keluar dari terminal dan kemudian masuk balik. Memang tak sempat punya. Huhu.. Ramai juga penumpang transit macam kami. Sempat saya berborak dengan sorang lelaki cina. Rupanya tiket flight dia sama dengan kami masa pergi dan balik. Dia ke London melawat kakaknya. Best la ada ahli keluarga kat London. Boleh save budjet penginapan macam saya buat kat Australia dulu. Hehe.. Dengar cerita abang saya yang sambung master kat Australia dulu akan sambung buat Phd pulak. Harap-harap dia dapat universiti kat London. Boleh la kami buat lawatan sambil jalan-jalan cari pengalaman lagi. Hehe.. Tak dapat London, dapat negara lain yang kami belum pernah sampai pun bagus jugak. Tambah pengalaman baru dalam hidup kami, insyaAllah..

Flight Vietnam Air VN0685 on-time..
Selesai urusan di kaunter untuk check passport, kami berjalan ikut laluan khas ke boarding gate. Kami terus ke Gate 09 kerana masa dah hampir suntuk dan tak sempat nak meronda kedai-kedai di situ. Dah macam cerita The Amazing Race pulak kami jalan laju-laju. Hehe.. Nasib baik flight VN0685 tak delay. Kelihatan penumpang dah mula beratur masuk ke dalam flight. Masa ni apa yang kami risau bukan tertinggal flight, tapi luggage kami. Harap beg kami diorang transfer kat flight yang betul. Huhu..

Kita naik Vietnam Air pulak balik ke Malaysia
@ VIETNAM AIR

Kami duduk di barisan yang sama, cuma saya sorang je di baris sebelah sebab satu row cuma ada 3 seat je. Flight dalam 2 jam untuk sampai di KLIA. Mata dah mula rasa mengantuk. Huhu.. Nampaknya simptom jetlag bakal berlaku. Habislah nak kena tune balik tidur ikut time yang betul. Cadangnya hari ni jugak nak terus balik ke Kuantan ambil anak-anak. Tengoklah macam mana kejap lagi. Agak mata tak tahan terpaksalah tidur kejap kat rumah. Huhu..

Selesa jugak Vietnam Air ni. Janji harga tiket murah. Hehe..
Tepat jam 8.40 pagi, flight Vietnam Air VN0685 mula berlepas. Walaupun penerbangan tak lama tapi saya cuba jugak untuk tidur seketika, janji dapat cover sikit jetlag saya. Huhu.. Tak sampai setengah jam saya dikejutkan oleh wife. Ingatkan pasal berdengkur, rupanya time makan. Kalau naik Air Asia rasanya saya takkan order makanan sebab flight takdelah lama sangat. Tak perlu bayar duit makan. Hehe.. Vietnam Air memang provide makanan. Dah termasuk dalam harga tiket. Makanan pun nampak macam menarik berbanding Air France tadi. Dengan mata yang masih lagi mengantuk saya layan jugaklah makanan kat depan mata. Sedap pulak tu. Hihi..

Ada nasi putih. Yezzaa..
Selesai makan saya cuba untuk sambung tidur tapi tak boleh sebab penumpang yang lain dah mula berborak-borak. Ada satu group makcik Vietnam buat lawatan sambil belajar ke KLCC agaknya. Heboh satu flight. Huhu.. Disebabkan flight pun dah nak mendarat, jadi saya pun layan la pemandangan seat depan mata tanpa skrin tv tu. Hahah.. Jam 11.30 pagi pilot buat announcement untuk mendarat. Saya tak perlu nak set jam ikut waktu Malaysia sebab setiap kali trip ke luar negara saya akan pakai jam yang ada dual time-zone. Senang sikit, takyah nak ubah waktu Malaysia. Hehe.. Penting sebenarnya setting time-zone, especially time untuk flight departure. Silap tengok boleh tertinggal flight. Huhu..

Flight route: Vietnam Air VN0685 from Tan Son Nhat Int'l Airport to KLIA
@ KLIA

Flight VN0685 mendarat dengan selamatnya di KLIA jam 11.45 pagi. Kami keluar dan berjalan ke tempat baggage claim dengan harapan beg kami diorang transfer pada flight yang betul. Alhamdulillah, beg kami kelihatan bergolek kat Row A. Lega bila dah nampak depan mata. Hihi.. Bila barang dah banyak ni rasanya tak berbaloi naik ERL sebab sampai kat KL Sentral. Lepas tu nak naik public transport lain pulak untuk balik ke rumah. Kebetulan hari ni pulak bermulanya harga baru untuk tiket ERL. Daripada RM35.00 jadi RM55.00. Fuhh, banyaknya kenaikan harga tiket. Huhu.. Kalau sorang mungkin boleh la naik ERL. Tapi kalau berdua baik naik teksi je. Dah tentu teksi bawak sampai depan rumah. Tak perlu susah payah angkut beg. Hihi.. Kami pun amik keputusan untuk naik teksi je.

Menunggu kemunculan beg kami
Semua beg dah berjaya ditemui. Hehe..
Fa dan husband ada ahli keluarga yang datang jemput. Sebelum berpisah kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Fa dan husband kerana join trip ni. Harap diorang gembira dapat mencari pengalaman hidup di bumi Western Europe bersama kami. Mohon maaf jika ada sebarang kesilapan daripada kami di sepanjang trip. Sesungguhnya kami amat berpuas hati dapat jalan-jalan dengan korang. Sempoi dan best sangat-sangat. Dah dua trip kami bersama. Harap trip seterusnya dapatlah kita bersama lagi, insyaAllah. Save sikit dapat kongsi kos-kos yang wajib terutamanya bab sewa kereta. Sebelum kami turun ke tingkat bawah untuk mencari teksi, kami singgah ke kaunter wifi untuk pulangkan semula pocket wifi yang kami sewa. Walaupun kouta per hari tak banyak, tapi cukuplah untuk wife saya update status. Huhu.. Dan yang penting dapat google info yang latest. Maklumlah, banyak itinerary yang terpaksa diubah last minute sebab kekangan masa. Terpaksa la google mencari option yang kedua. Huhu.. Apa-apa pun pocket wifi dari Visondata amat terbaik dan mendapat rating 4/5 bintang dari kami. Hehe..

Gambar berdua yang terakhir dalam trip kali ni. Time to go home!..
Visondata terbaik. Kami tetap pilih!.. Hehe..
Selesai urusan di kaunter wifi, kami turun ke bawah mencari teksi. Takde masalah nak mencari sebab ada je teksi kat bawah tu. Hihi.. Saya pilih teksi yang bayar ikut meter. Jam 1.20 petang driver teksi membawa kami balik ke istana kami di Wangsa Maju. Dalam teksi sambil memandang luar, mata saya pandang juga meter teksi. Laju pulak meter tu bergerak. Huhu.. Sampai di Wangsa Maju jam 2.45 petang dan jumlah bayaran yang dikenakan adalah RM110.80. Dah sama harga dengan tiket ERL untuk dua orang untuk sampai ke KL Sentral. Tak berbaloi sungguh naik ERL dengan harga tiket yang baru ni. Huhu..

Sama harga dengan tiket ERL tapi sampai depan rumah. Hihi..
@ WANGSA MAJU

Lepas bayar dan ucap terima kasih pada driver teksi, maka tamatlah sudah perjalanan mencari pengalaman kami selama 14 hari keseluruhannya. Alhamdulillah keseluruhan perjalanan berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang masalah yang besar. Kekurangan sikit-sikit tu kira perkara biasa dalam trip sendirian berhad ni. Kita manusia biasa, takkan ada yang perfect. Huhu.. Yang penting ianya menjadi kenangan yang paling bermakna dalam hidup kami. Bermulalah kembali kehidupan rutin harian kami yang biasa. Berpijak di bumi yang nyata. Sesungguhnya pengalaman yang diperolehi takkan dapat dibayar dengan wang ringgit. Amat bermakna dalam hidup kami selamanya. Wallahualam..

*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - TAXI FARES: RM110.80
  - JUMLAH      : RM110.80

**DAY 14 COMPULSORY EXPENSES: RM110.80

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -

**DAY 14 MEALS EXPENSES: NONE

Saturday 23 July 2016

JJCP Western Europe: Day 13 (Departure)

TARIKH:
31 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
CHARLES DE GAULLE INTERNATIONAL AIRPORT - AIR FRANCE


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 6.00 pagi kami dah bangun. Tak perlu nak rushing pagi ni. Rasa bersemangat pulak untuk pulang balik ke Malaysia. Puas sangat dah berjalan kali ni. Memang betul, sekurangnya trip 2 minggu baru rasa puas. Nak tau puas atau tak senang je caranya. Bila rasa tak sabar nak balik Malaysia dan dalam hati dah menyebut sudah sampai masanya untuk pulang, maknanya dah puas la tu. Setakat ni semua trip yang saya dah pergi saya rasa puas sangat-sangat, kecuali trip ke Australia. Trip yang pertama dalam hidup ke luar negara. Setting itinerary pun tak pandai lagi masa tu. Tapi selamba je sewa kereta dan drive jauh. Hehe.. Pengalaman berharga tu. Dan kerana trip Australia jugaklah membuatkan symptom travel-bugs mula menular dalam diri. Hahah.. Selesai bersiap saya check berat beg guna digital scale yang saya sentiasa bawak kalau ke luar negara. Ingatkan dah exceed limit sebab barang Primark semalam. Rupanya ada extra lagi 10kg. Kalau la flight malam dah tentu kami serang Primark lagi sekali hari ni. Hehe.. Jam 9.40 pagi kami bersiap untuk turun ke lobi hotel.

Wefie sikit dalam lif. Hehe..
Kami ke cafe untuk breakfast maggi yang terakhir dalam stok. Kali ni ngam-ngam je maggi yang kami bawak. Selalunya vitamin je yang kami bawak ikut hari. Selesai makan dan minum kopi panas, kami ke reception counter untuk urusan check-out. Takde extra charges dikenakan. Mungkin dah termasuk dalam harga bilik kot. Tamat sudah kehidupan dalam hotel untuk trip kali ni. Alhamdulillah semua hotel yang kami booking wujud dan berjaya kami check-in walaupun terkena extra charges. Huhu.. Jam 10.10 pagi kami mula berjalan kaki sambil menarik beg menuju ke Parc des Exposition Station.

Bye Hotel Premiere Classe. Bilik yang amat selesa..
Cuaca amat baik pagi ni..
Dalam perjalanan kelihatan 2 orang perempuan dari Malaysia yang juga nak ke airport. Kami tak tegur, cuma senyum je sebab besar betul beg yang diorang pikul. Shopping sakan ni. Hihi.. Lupa nak cerita hal semalam. Masa nak keluar pagi semalam, ada satu group orang Malaysia bersiap untuk naik tour bus depan hotel. Sempat juga kami berborak. Orang dari Kedah, datang satu family besar dalam 15 orang. First time sampai di Paris. Diorang terkejut kami sewa kereta kat sini. Saya pun bagitau kalau first time memang tak yakin juga nak sewa kereta. Tapi sekali dah biasa sewa kereta memang confirm akan sewa lagi. Banyak tempat yang jauh ke dalam kampung boleh pergi. Dia pun kata lagi sekali datang ke sini nak sewa kereta jugak. Saya pun apa lagi, terus promote blog saya la. Hehe.. Boleh la bantu mana yang termampu.

Sampai di Parc des Expositions Station. Takde orang kat sini.
Beli tiket untuk ke airport
Tiket semalam dah tak valid. Walaupun tak berapa jauh airport dari sini, kami kena bayar EUR4.25/person untuk tiket. Huhu.. Takpelah, last ticket for this trip. Ada dalam 15 minit lagi train RER B sampai di station. Kami berjalan masuk ke platform dan menunggu train sampai sambil menikmati cuaca dan suasana di Paris untuk kali terakhir. Cukup puas dah. Kalau ada yang tak puas tu dah tentu pasal Primark. Hehe. Wife saya menyesal tak shopping banyak sikit kat Primark semalam. Shopping... mana pernah puas. Setiap masa akan ada je penyesalan. Niat sebenarnya nak repeat balik la tu. Takpe, nanti kita repeat kat Mydin ye. Ajak kawan tu sekali. Hahah..

Last ticket for public transport
Layan bergambar sementara menunggu train sampai
Jam 10.45 pagi train RER B sampai. Tak ramai pun yang ada dalam train. Senang sikit nak angkat beg masuk ke dalam. Kalau crowded agak pening jugak nak angkat beg macam kat Seoul dulu. Hotel kat tengah bandar, memang sentiasa penuh dengan penumpang. Nasib baik hotel ni agak jauh sikit dari bandar Paris dan dekat dengan airport. Salah satu faktor utama juga dalam pemilihan hotel dan kemudahan mengangkut beg. Hihi..

Let's jom to Charles de Gaulle International Airport..
Train route: RER B from Parc des Expositions Station to Charles de Gaulle Terminal 2 Station
@ CHARLES DE GAULLE INTERNATIONAL AIRPORT

Tepat jam 11.00 pagi train RER B sampai di airport. Terima kasih Paris public transport sebab takde kejadian delay atau terlepas train. Hihi.. Kami berjalan ke departure terminal untuk urusan check-in flight. Kami tengok jadual flight pada departure screen, takut flight delay atau cancel. Alhamdulillah, flight kami on-time. Sebelum check-in flight, kami ke kaunter tax-free untuk dapatkan tax-refund. Walaupun tak banyak kami dapat kumpul resit sebab ada banyak terms and condition kat Europe ni berbanding masa di UK dulu, tapi duit tetap duit juga kan. Rugi tak claim. Hehe.. Kat UK dulu beli biskut pun boleh dapat tax-refund. Kat sini kena beli biskut EUR200.00 kot baru boleh claim. Huhu..

Suasana di CDG Airport
OK. Flight ke Ho Chi Minh on-time..
Kena verify dulu semua resit yang boleh buat tax-refund..
Nasib baik tak ramai yang beratur kat kaunter tax-refund ni. Dan nasib baik takde pelancong dari China beratur sekali. Hihi.. Teringat masa kat Heathrow dulu. Ramai betul orang yang beratur. Sorang-sorang pegang resit berjela-jela punya panjang expecially pelancong dari Arab. Shopping tak ingat dunia punya tu. Huhu.. Masa tu ramai jugak yang gelisah takut tak sempat nak claim sebab kena depart flight. Kepada yang nak buat tax-refund, better datang airport awal sikit. Kena time tourist season memang panjang la kena beratur. Huhu.. Setiap kali beli barang jangan lupa tanya tentang tax refund ye. Walaupun tak banyak, bila kumpul sampai 100 resit kira kaya jugak tu. Hahah.. Selesai verify semua resit, kami kena ke kaunter lain pulak untuk claim duit. Nasib baik dekat je dengan kaunter tax-refund ni.

Kena bawak resit kat sini pulak
10 minit saya menunggu wife berurusan di kaunter. Selesai je dia tunjuk jumlah duit yang kami dapat. Duit USD yang dibaginya. Balik Malaysia terus tukar kat money changer la jawabnya. Hihi.. Walaupun tak banyak, tapi jadilah untuk sedapkan hati shopping kat Europe ni. Lagi banyak berbelanja, lagi banyak la refund yang dapat. Tapi sebelum nak dapat refund lebih kena la bawak duit banyak-banyak dulu ye. Hehe..

Buat belanja kat New York lepas ni. Hehe..
Kami mencari kaunter untuk check-in. Mula-mula try buat web check-in kat kiosk, tapi macam tak faham je camna nak guna. Takut check-in flight lain, ke negara lain la jadinya. Hihi. Nak lebih yakin baik berurusan kat kaunter terus. Hanya ada satu couple je yang ada kat kaunter. Sampai giliran, kami tunjukkan tiket flight. Staff kaunter tu kata kami tak dapat nak pilih seat sebaris untuk kami berempat sebab ramai yang dah buat online check-in. Bukan setakat tu, seat sebelah-menyebelah pun takde. Maknanya kami kena duduk berjauhan antara satu sama lain. Tak boleh jadi ni. Flight 12 jam tuu. Huhu.. Sape lagi yang boleh kejutkan saya tidur berdengkur kalau bukan wife saya. Huhu.. Staff tu tak dapat nak tolong tapi dia ada bagi suggestion supaya deal dengan passsenger untuk tukar seat. Buat masa ni dia terpaksa bagi kami duduk berjauhan. Saya duduk di baris belakang wife saya. Huhu.. Takpe, nanti dah duduk dalam flight pandai la wife saya reka cerita supaya kami dapat duduk bersebelahan.

Banyak sangat menu kat kiosk. Pergi kaunter je lah..
Ini lebih yakin. Hehe..
Lama jugak kami berborak dengan staff tu. Yang bestnya dia layan kami dengan baik. Maklumlah, takde orang lain pun yang tengah beratur. Sebab tu boleh borak panjang. Hehe.. Banyak kali dia cuba untuk bagi kami seat sebelah tapi tak dapat. Dia cuma dapat bagi seat yang terdekat je. Nak buat camna. Terima je lah. Yang penting ada seat untuk kami balik ke Malaysia. Nasib la sape yang duduk sebelah saya sebab kena dengar bunyi-bunyian yang kurang enak. Hahah.. Selesai urusan timbang beg, staff tu bagi kami tiket flight dan beri salam sambil tersenyum. Laa, muslim ke staff ni? Atau dia memang belajar bagi salam bila ada orang Islam check-in? Entahlah, taknak tanya lebih. Teringat saya masa sampai sini haritu. Staff bagi kami ikut laluan khas masa kat kaunter passport checking. Staff tu pun bagi salam sebelum tinggalkan kami. Alhamdulillah, banyak perkara yang dimudahkan dalam perjalanan kami kali ni. Sebelum masuk ke immgration clearance kami lepak dulu kat luar airport, menikmati suasana di Paris buat kali yang terakhirnya. Entah bila lagi akan datang ke sini..

Melayan suasana di luar airport sebelum check-in
Jam 12.30 tengahari kami masuk ke dalam dan terus ke bahagian immigration clearance. Agak strict juga kawalan di sini. Jangan ada anjing pengesan yang check beg kami sudah. Bukan ada bawak benda yang dilarang pun. Huhu.. Staff imigresen check habis beg dan pakaian kami sampaikan kasut pun kena tanggal. Standard operating procedure, ikutkan ajelah. Harap diorang tak bawa kami ke interrogation room. Panjang ceritanya nanti. Dah tak bawak benda yang merbahaya, buat apa nak takut. Risau kalau diorang buat special checking untuk muslim. Manalah tau, Paris masacre punya hal. Alhamdulillah, urusan di imigresen selesai tanpa ada sebarang keraguan.

Jalan-jalan dulu kat area duty-free zone
Entah macam mana boleh terlepas pandang atau mata dah mula rabun, kami ingat flight kami di Gate K48. Bila tengok takde orang beratur, jadi kami sambung jalan-jalan cuci mata tengok barang dalam kedai. Rasa pelik pulak takde orang beratur sebab kat tiket tulis boarding time 12.55 tengahari. Tengok jam dah pukul 1.10 petang. Check tiket, rupanya Gate K43 la. Hahah.. Nasib baik dekat je. Ramai dah orang yang beratur. Kami memang nak masuk dalam flight awal sebab nak deal dengan penumpang mintak tukar seat. Kalau dia dah lama letak beg dan duduk kat dalam flight tu kang dah tentu dia malas nak tukar seat. Harap dapatlah penumpang yang baik hati. Huhu..

Camna boleh silap tengok nombor gate? Huhu..
Gate K43 rupanya. Hehe..
Dah 10 minit beratur tapi masih jauh lagi. Huhu..
Masa beratur wife saya baru perasan tapak kasut Columbia dia dah separuh tercabut jadi macam mulut buaya. Hihi.. Harap tak tanggal terus. Nasib baik la dah last day baru terjadi. Kasut saya takde masalah sebab dah siap jahit tapak sebelum trip, tapi kasut dia masih guna gam dari kilang lagi. Harap sempat la sampai Malaysia dengan keadaan kasut macam tu. Agak nak tanggal sangat ikat depan kasut dengan getah atau tali rafia je. Hihi.. Nanti kena pergi jahit tapak kasut. Sayang betul kami dengan kasut Columbia ni. Setiap kali trip ke luar negara dia tak pernah mengecewakan kaki kami dengan kesakitan dan kecederaan. Pakai selagi tak koyak habis. Setakat tapak boleh jahit je. Jangan tak perasan tapak tertanggal kat dalam flight masa turun nanti sudah la. Hahah..

Mulut buaya in the making. Hehe..
@ AIR FRANCE

Jam 1.30 petang baru kami dapat masuk ke dalam flight. Memang betul la staff kaunter tadi cakap, flight penuh dengan penumpang. Kami mencari seat yang ditunjukkan dalam tiket. Tak syok la duduk sorang-sorang. Huhu.. Penumpang yang duduk kat seat sebelah wife saya belum ada lagi. Wife saya dah pikir ayat yang sesuai nak deal tukar seat. Dia memang pandai bab nego ni berbanding saya. Kadang-kadang saya takut jugak dengan skill nego dia tu. Orang kuat shopping memang handal bab dealing ni. Hehe.. Time ni baru teringat yang kami lupa nak mencari Starbucks di airport untuk beli citymug. Nampaknya takde rezeki nak bawak balik citymug yang ada tulisan Paris. Huhu..

Last view sebelum masuk dalam perut Air France. Bye Western Europe!..
5 minit kemudian penumpang yang duduk sebelah wife saya sampai. Orang Vietnam dalam kategori veteran jugak la. Sebelum dia letak beg dan duduk, wife saya terus deal mintak tukar seat. Tak tau la wife saya cakap bahasa apa. Dia takde cerita pulak yang dia tau cakap Vietnam. Hehe.. Pakcik ni faham english sikit-sikit kot. Sambil senyum dia mengangguk dan saya bertukar seat dengan dia. Nak dijadikan cerita, seat sebelah saya tadi tu adalah wife dia. Memang sesuai sangatlah dia dapat duduk sebelah wife dia. Win-win situation. Masing-masing dapat duduk dengan pasangan. Macam mana Air France ni setting seat untuk penumpang? Random pick agaknya. Huhu.. Lega dapat tukar seat tanpa gunakan kekerasan. Hahah.. Ganas konon. Saya tengok Fa, dia pun dapat tukar seat dan duduk dengan abang Fikri. Alhamdulillah.. Kalau flight sejam dua takde masalah nak duduk jauh. Nak tidur pun tak sempat. Ini flight 12 jam. Tidur, bangun, tidur dan bangun balik belum tentu sampai lagi. Hehe..

Dapat duduk bersama. Yeayy..
Penumpang dah makin ramai kat dalam flight. Stewardess mula menjalankan tugas rutin mereka. Saya inform pada stewardess tentang seat yang bertukar. Bukan apa, untuk mudahkan mereka set makanan halal masa makan nanti. Takut pakcik Vietnam tadi yang dapat makanan halal. Dia boleh la makan, tapi saya pulak yang terpaksa minum air je sebab dapat makanan non-halal. Huhu.. Daripada minum air 12 jam baik puasa je. Hehe.. Jam 1.45 petang pilot beri announcement bersedia untuk berlepas. Nampaknya semua penumpang dah ada dalam flight. Wife saya suka sebab seat sebelah dia takde orang. Tapi masa check-in tadi katanya takde seat kosong. Mungkin penumpang terlepas flight kot. Tak kisah la, janji wife saya boleh tidur guna dua seat. Selesa la sikit boleh angkat kaki. Hehe..

Suka la tu seat sebelah takde orang. Hihi..
Jam 2.00 petang flight Air France AF0258 memulakan penerbangan. Alhamdulillah flight berlepas dengan lancar. Apa lagi yang boleh dibuat dalam flight ni selain pasang headphone dengar lagu dan layan movie. Baru sejam di udara, stewardess dah mula edarkan makanan. Itu la yang saya nak komplen sikit pasal Air France ni. Masa flight ke Paris haritu, waktu makan 2 kali iaitu di awal dan hujung penerbangan. Maknanya dalam 10 jam di pertengahan flight tu takde makan berat. Walaupun air, roti dan aiskrim available sepanjang masa penerbangan tapi waktu makan berat tu janganlah jauh sangat. Buatlah dalam 4 jam pertama dan terakhir ke. Tak pun buat 3 atau 4 kali makan berat. Wah, lebih-lebih pulak komplen ye. Hihi.. Saje je bagi cadangan sebagai seorang penumpang kelas ekonomi. Dah la ekonomi, transit pulak tu. Tiket murah punya pasal, memang naik flight transit la. Hehe..

Bila dah hidang tu makan je la, jangan banyak komplen. Hehe..
Selesai makan, saya sambung semula layan lagu. Wife saya lebih berminat tengok movie. Dengar lagu dalam flight best, sebab boleh cepat tidur. Banyak kali jugak wife saya kejut sebab ada bunyi yang kurang sedap didengar. Walaupun yakin semua penumpang pakai headphone dan tak dengar bunyi tu, tapi kesopanan dan kesusilaan tetap kena jaga. Hihi.. Aktiviti kejut secara mengejut berlarutan sampailah wife saya pun tertidur sekali. Time ni tak tau bunyi siapa yang paling kuat. Asal takde penumpang lain atau stewardess yang kejut kira baik dah tu. Hahah.. Maka perjalanan kami pun dibuai mimpi entah ke mana dan tak pasti dah masuk tahun baru ke belum lagi. Wallahualam..

*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - TRAIN TICKET: RM40.00
  - JUMLAH          : RM40.00

**DAY 13 COMPULSORY EXPENSES: RM40.00

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -

**DAY 13 MEALS EXPENSES: NONE

Sunday 17 July 2016

JJCP Western Europe: Day 12 (Part #3)

TARIKH:
30 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
GALERIES LAFAYETTE - PRIMARK CRETEIL SOLEIL - HARD ROCK CAFE PARIS - NABAB KEBAB - TROCADERO - HOTEL PREMIERE CLASSE ROISSY-VILLEPINTE


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dari Mosquee de Paris kami berjalan ke arah Jussieu Station. Kami naik train Metro Line 7 menuju ke Chaussee d'Antin La Fayette Station. Mana lagi kalau bukan ke Galeries Lafayatte untuk mencari perfume Annick Goutal yang agak murah di sini berbanding di KL. Entah kenapa saya suka betul dengan bau perfume Annick Goutal ni. Nak beli kat KL macam tak berapa nak mampu je. Huhu.. Sebenarnya cadangan awal kami nak ke La Valle Village yang terletak dekat dengan Disneyland Paris. Sambil shopping tu boleh la singgah amik gambar kejap kat depan Disneyland macam kami buat kat Disneyland Tokyo dulu. Hehe.. Tapi disebabkan masa agak suntuk dan lokasi La Valle Village pun agak jauh, maka kami decide untuk jalan-jalan di Galeries Lafayette je.

Train route: Metro Line 7 from Jussieu Station to Chaussee d'Antin La Fayatte Station
Sampai di sini jam 4.30 petang
@ GALERIES LAFAYETTE

Kami keluar dari station dan terus masuk ke dalam Galeries Lafayette. Pintu masuk dijaga oleh guard dan mereka check beg yang kami bawa. Makin ketat kawalan keselamatan kat Paris ni. Keadaan amat crowded kat dalam ni. Ramainya orang bershopping kat sini. Banyak betul duit diorang ni kan. Huhu.. Wife saya tengok beg dan barang-barang lain yang menjadi idamannya. Saya layankan aje ikut di belakang. Wife saya kata harga lebih kurang sama je dengan butik kat KL. Ingatkan ada diskaun tapi takde. Kelebihan kat sini cuma banyak design beg berbanding di Malaysia. Saya rasa menyesal pulak tak bawak pergi La Valle Village. Mungkin harga kat sana murah sikit sebab designer outlet. Nampaknya cuci mata je lah ye kat sini. Hehe..

Jom masuk ke dalam Galeries Lafayette
Takde diskaun langsung kat sini. Wife saya dah target beg MCM hitam tu. Hehe..
Hanya butik Longchamp je la yang boleh kami tengok lama sikit. Orang paling ramai pun kat butik ni la. Niat nak beli jam untuk menggantikan jam Tissot saya yang hilang dulu tinggal kenangan je la. Ada jam yang saya minat tapi harga pulak tak berapa berminat. Huhu.. Kami teruskan ke bahagian perfume dan mencari booth Annick Goutal. Harga agak tinggi juga berbanding kami beli dulu tapi masih berbaloi untuk dibeli. Staff yang jaga kaunter bagitau harga mungkin akan naik lagi dalam masa terdekat. Rupanya masalah harga barang naik ni adalah masalah satu dunia rupanya ye. Ingatkan kat Malaysia je sebab hari tu beli teh ais ikat tepi kat kedai belakang rumah dah jadi RM2.00.. Rasanya macam baru je lagi beli dengan harga RM1.50. Huhu..

Jumpa juga booth Annick Goutal
Saya ni takde lah memilih sangat tentang perfume ni. Pakai je apa-apa pun asalkan ada bau. Tapi perfume Annick Goutal ni lain macam sikit tarikan bau dia. Orang kata bau geng dato' dan datin. Kelass gitu. Hahah.. Patutlah harga tak masuk akal. Sebenarnya perfume Annick Goutal yang kami beli dulu kat sini masih ada lagi kat rumah. Pakai sikit-sikit khas untuk special occasion je. Setakat pergi kerja duduk kat meja opis buat apa nak pakai. Buat rugi bau je. Hehe.. Walaupun dah hampir 3 tahun tapi bau masih kuat lagi. Perfume ni sebenarnya ada expiry date. Kalau perfume yang lasting tak sampai 30 bulan akan ada label 'best before' pada packing. Kalau takde tu maknanya boleh la tahan lebih dari 30 bulan. Senang cerita, bila sembur ada bau lain macam tu maknanya dah expired la tu. Hehe.. Kami mencari bau yang lain pulak kali ni. Sebelum harga naik baik beli. Boleh la buat stok sampai 3 tahun lagi. Hihi..

Bergambar dengan staff Annick Goutal
Selesai pilih perfume yang berkenan di hati, kami keluar dari Galeries Lafayette dan pergi ke bangunan di belakang yang juga Galeries Lafayette, tapi department khas untuk lelaki. Dulu tak pernah masuk bangunan kat belakang ni. Bayangkanlah betapa besarnya Galeries Lafayette ni sampaikan department untuk lelaki dan perempuan pun ada bangunan masing-masing. Shopping heaven betul kat sini. Tapi heaven untuk orang kaya je la. Yang tak berapa kaya setakat heaven kat mata je. Kami sekadar cuci mata je kat department lelaki. Orang pun tak berapa ramai kat sini berbanding department perempuan tadi. Ye lah, sape yang lebih suka shopping pun kan. Hehe..

Cukup la tu cuci mata kat Galeries Lafayette ni. Huhu..
Agak kecewa juga takde barang yang berbaloi untuk kami shopping. Kalau la ada kedai Poundland macam kat London dah tentu kami serbu. Satu barang 1 pound. Hahah.. Saya tunggu di luar sementara menunggu wife saya buat claim tax-free di dalam. Saya tau wife saya rasa tak puas lagi nak shopping di Paris. Nak pergi La Valle Village sekarang ni rasa macam tak sempat dah. Takut belum habis ronda dah tutup. Huhu.. Saya teringat pada butik Primark yang menjual barang murah di UK dulu. Wife saya suka sangat shopping kat Primark. Setakat ni tak jumpa lagi Primark kat Paris. Kat Cologne hari tu ada tapi dah tutup. Tengok signboard Primark pun dia dah suka. Hehe.. Sambil menunggu urusan tax-free, saya google lokasi Primark di Paris. Rupanya ada 3 je kat sini. Daripada ketiga-tiga Primark ni hanya satu je yang easy access dari train station tapi yang paling jauh. Malas nak pergi Primark yang jauh dari train station. Letih nak menapak. Huhu.. Saya set pada here maps untuk ke sana. Jam dah pukul 6.00 petang. Sempat la kot nak melawat Primark dalam sejam dua. Saya tak cerita kat wife saya pasal Primark. Nak bagi surprise sikit kat dia. Hehe..

Menunggu dalam kesejukan malam
Primark location in Paris
Jam 6.15 petang wife saya keluar dari Galeries Lafayette. Kebetulan Fa dan husband pun sampai. Destinasi seterusnya saya cakap kat wife saya nak bawak pergi night market kat luar Paris. Market ala Anneessens kat Brussels kononnya. Hehe.. Diorang pun setuju je ikut ke mana saya nak bawak. Kami naik train Metro Line 9 dari Chaussee d'Antin La Fayette dan turun di Grands Boulevards Station, kemudian tukar kepada Metro Line 8 menuju ke Creteil-Prefecture Station. Agak jauh juga perjalanan dalam train. Wife saya bertanya mana saya dapat tau tentang night market ni. Saya kata cari kat google la. Boleh la habiskan duit Euro yang ada lagi kat night market tu. Hehe.. Tapi saya bagitau siap-siap takut night market tu dah tutup, padahal saya tak pasti Primark tu wujud ke tak. Kalau tak wujud boleh la jalan-jalan dalam shopping complex tu. Hihi.. Kadang-kadang info dalam google takleh percaya jugak. Pernah juga terkena pergi restoran tapi dah tak beroperasi rupanya. Huhu..

Train route: Metro Line 9 From Chaussee d'Antin La Fayette Station to Grands Boulevard Station and Metro Line 8 to Creteil-Prefecture Station
Kami sampai di Creteil-Prefecture Station tepat jam 7.00 malam. Train station ni bersambung dengan Creteil Soleil Shopping Complex di mana Primark terletak di dalamnya. Wife saya macam dah dapat agak yang saya nak bawak ke Primark bila nampak shopping complex depan mata. Saya pun cakap la night market tu kat luar belah belakang shopping complex ni. Hehe.. Bila sampai je kat pintu masuk terus nampak signboard besar Primark. Kali ni dah takleh buat cerita dah. Suka kemain dia bila tau ada Primark kat Paris ni. Dengan pantas kami mencari di mana letaknya Primark dalam bangunan ni. Hehe..

Primark at Creteil Soleil Shopping Complex
Sudah sampai di Creteil-Prefecture Station
@ PRIMARK CRETEIL SOLEIL

Primark terletak di bahagian hujung sebelah kanan bangunan. Mula-mula takut juga kalau dah tutup atau tak beroperasi terus. Bila sampai depan Primark barulah rasa lega. Wife saya berkali-kali cakap terima kasih kat saya sebab bawak dia pergi Primark. Saya sendiri suka shopping kat Primark ni. Nasib baik ada Primark yang dekat dengan train station. Kalau jauh saya sendiri taknak pergi. Biarlah hari terakhir kat sini ada senyuman di wajah. Hehe.. Nak masuk ke dalam Primark juga ada security checking. Kami mula meronda mencari barang yang berkenan di hati. Primark adalah butik besar yang sama seperti Marks & Spencers cuma harganya lebih murah sikit. Ada kawan saya kata kualiti barang kat sini tak berapa bagus, sama seperti Mydin kat Malaysia. Almaklumlah, kawan saya tu banyak duit orangnya. Tapi pada saya barang dalam Primark ni tetap terbaik untuk level seperti kami ni. Hihi.. Jauh betul jika nak samakan dengan Mydin. Biasalah, itu kata-kata dari orang yang level up sikit dan baru sekali dua naik flights. Hahah..

Keluar dari train station terus masuk ke Creteil Soleil Shopping Complex
Tu diaa.. Muka ada senyumm.. Hehe..
Besar juga Primark di sini..
Sejam setengah jugak kami meronda dalam Primark ni. Nak beli banyak takut beg lebih muatan pulak. Huhu.. Yang penting duit cukup nak bayar. Jadilah beli 2-3 pasang baju untuk anak-anak dan barang-barang yang lain. Kalau ikut hati memang nak stay kat sini sampai tutup jam 9.00 malam. Nafsu amarah shopping kena kawal sikit ye. Hehe.. Nanti tak cukup space nak letak barang kat rumah. Fa dan husband pun nampak seronok shopping kat sini. Terkejut juga dia bila tengok harga yang agak murah. Takut juga kalau dia geng level up macam kawan saya tadi. Hihi.. Tapi saya tau, Fa dan husband jenis takde masalah jika berjalan. Easy going couple. Sebelum ni Fa selalu jugak join saya trekking naik gunung dan camping. Jadi saya agak yakin yang kami boleh blend in dalam aktiviti macam ni. Sebab tu kami boleh ajak diorang pergi trip bersama. Itu pada pendapat saya. Tak tau la pulak apa hati kecil diorang berkata-kata tentang kami. Harap berkata yang baik je la ye. Hehe..

Haa.. Baru tau apa maksud shopping sakan yang sebenarnya. Hehe..
Jam 8.40 malam kami meninggalkan Primark dengan perasaan puas hati yang amat sangat. Hehe.. Mana taknya, banyak betul barang yang dibelinya. Itu pun belum cukup sebenarnya. Fikir berat luggage je takut exceed buat kami berhenti shopping. Hihi.. Tengok pada saiz paper bag tu nampak macam beribu Euro habis kan, padahal takde pun sampai banyak tu. Setakat kasut sepasang EUR4.00 je. Itu belum kira t-shirt kanak-kanak EUR1.50 sehelai. Hehe.. Primark adalah tempat shopping paling sesuai untuk semua golongan. Yang bajet up lebih sikit tu mungkin tak pernah masuk ke Primark ye. Huhu..

Bye Primark & Creteil Soleil. Ntah datang lagi ke tak lepas ni. Huhu..
Jam 9.00 malam kami naik semula train balik ke bandar Paris. Kami turun di Richelieu-Drouot Station kerana nak singgah sekejap di Hard Rock Cafe Paris. Wife saya nak cari sehelai lagi t-shirt HRC Paris menggantikan t-shirt classic warna putih yang dia beli dulu. Nampaknya Fa dan husband pun dah mula berminat dengan barang dari HRC. Masa sampai di HRC Brussels hari tu dia dah siap bertanya mana lagi HRC yang kita nak pergi. Sempat lagi terima order dari kawan-kawan dia untuk beli t-shirt dan souvenir dari HRC. Harap kawan-kawan dia bayar duit t-shirt tu. Macam saya dah pernah kena, pesan air liur lepas tu tak jadi nak amik. Hangin je. Nasib baik dapat jual balik kat mudah.my. Lepas ni dah takde nak amik pesan air liur dah. Memang dapat air liur balik la jawabnya. Takpun dapat tengok gambar kami kat HRC. Hehe..

Train route: Metro Line 8 from Creteil-Prefecture Station to Richelieu-Drouot Station
Walking route: From Richelieu-Drouot Station to Hard Rock Cafe Paris
@ HARD ROCK CAFE PARIS

Sampai di Richelieu-Drouot Station, kami berjalan tak sampai 5 minit untuk ke HRC Paris. Ada Starbucks di pertengahan jalan tapi dah tutup. Takpe, esok boleh cari citymug kat airport. Sampai di depan HRC, sama macam di butik dan shopping complex, ada security checking untuk masuk ke dalam Rockshop. Saya tak beli untuk diri saya sebab yang dulu masih cantik lagi. Even dah takde design tu kat HRC. Sambil menunggu tu saya telah ditegur oleh beberapa couple. Diorang bertanya kat mana letaknya Primark kat Paris ni. Patutlah dari tadi semacam je diorang tengok saya memegang paperbag Primark. Tiga orang bertanya saya pasal Primark. Hihi.. Saya pun terangkan dan tunjuk dalam phone route untuk ke sana. Rupanya ramai juga tourists yang suka pergi ke Primark. Dah memang dikenali dengan harga barang yang murah. Ala Mydin Malaysia la seperti yang kawan saya katakan tu. Hahah..

Hard Rock Cafe Paris for the second time..
Love the brands, love the designs, love Hard Rock!..
@ NABAB KEBAB

Selesai urusan di HRC Paris, kami keluar dan menuju ke restoran halal yang terletak di seberang jalan. Nabab Kebab nama restoran ni. Entah kenapa perut masih terasa kenyang lagi. Mungkin penangan makanan Morocco yang dipaksa masuk dalam perut petang tadi kot. Hihi.. Kami cuma order set chicken tenders beserta fries bersama air tin dan kopi espresso yang berharga EUR8.50. Boleh tahan juga harga makanan dia. Yang penting sedap dan boleh dimakan tanpa paksaan. Hehe.. Sambil makan kami berborak. Fa dan husband agak terkilan sebab tak beli dulang souvenir masa berjalan di Seine River pagi tadi. Rasanya dah tutup kot sekarang ni sebab cuaca dah gelap. Kami set untuk pergi semula ke Trocadero sebab Fa dan husband nak tengok Eiffel Tower waktu malam dan tambah souvenir dari brader Senegal tadi. Hehe.. Takde masalah sebab kami pun tak pernah lagi tengok Eiffel Tower waktu malam. Lagipun dah takde tempat lain nak pergi malam ni. Jangan terlepas train untuk balik ke hotel sudah. Last train jam 12.00 tengah malam.

Location of Starbucks, HRC Paris and Nabab Kebab
Kita dinner kat sini dulu..
InsyaAllah kenyang sampai esok. Hehe..
@ TROCADERO

Selesai makan, kami bergerak naik train di Richelieu-Drouot Station menuju ke Trocadero. Sampai di Trocadero jam 11.10 malam. Kurang dari sejam untuk kami kejar train terakhir balik ke hotel. Masih ramai lagi orang kat sini. Tengah mencari port yang sesuai untuk bergambar, hujan renyai pulak turun. Bertambah sejuk la jadinya. Huhu.. Kami cepat-cepat ambik gambar suasana malam pemandangan Eiffel Tower. Fa dan husband mencari brader yang menjual keychain sambil kami menunggu di tangga platform. Risau je kalau terlepas train terakhir. Terpaksalah bayar lebih sikit kalau naik teksi. Dah la hotel jauh dari bandar. Huhu..

Train route: Metro Line 9 from Richelieu-Drouot Station to Trocadero Station
View of Eiffel Tower at night plus drizzle.. Sejukk!..
Jam 11.40 malam kami naik train dari Trocadero Station dan turun di Denfert-Rochereau Station kerana train RER B berhenti di station ni jugak. Sampai je di platform RER B kelihatan train baru lepas bergerak. Tengok jam pukul 11.58 malam. Takkan dah terlepas kot. Tapi tak mungkin sebab ada lagi orang lain yang menunggu train. Dah tentu last train jam 12.00 tengah malam bermula dari station yang pertama. Denfert-Rochereau Station ni berada kat tengah. Untuk kepastian saya tengok pada skrin di platform. Train akan sampai lagi 6 minit. Lega rasanya. Hehe..

Train route: Metro Line 6 from Trocadero Station to Denfert-Rochereau Station
Confirm masih ada train lagi. Fuhh lega..
Jam 12.10 tengah malam train RER B sampai. Tak ramai pun penumpang di dalam train. Baru rasa selamat bila dah duduk dalam train. Hehe.. Tak lama kemudian train RER B bergerak menuju ke Parc des Expositions Station yang terletak berhampiran dengan hotel kami. Habis sudah pengalaman kami di bandar Paris. Berjalan sakan hari ni sampai naik train yang terakhir. Hihi.. Last day, gunakan masa sebaiknya. Mata dah mengantuk tapi tak berani nak tidur. Nanti terlajak terus sampai ke airport. Huhu.. Melayan perasaan dalam train yang cuma ada kami berempat dan beberapa penumpang yang lain.

Train route: RER B from Denfert-Rochereau Station to Parc des Expositions Station
Train terakhir untuk balik ke hotel
Jam 12.45 tengah malam kami sampai di Parc des Expositions Station. Dari station cuma 5 minit berjalan kaki untuk sampai di hotel. Sebab tu setiap kali pilih hotel, saya akan cari yang paling dekat dengan train station sebab senang nak bergerak. Kalau naik kereta pulak saya lebih suka cari yang kat area pedalaman sikit sebab murah. Hehe.. Kami amik angin malam yang terakhir dulu di luar hotel sebelum masuk ke dalam bilik jam 1.15 pagi. Dalam bilik kami mengemas beg dan bersiap-siap untuk merehatkan diri. Esok pagi dah nak bertolak terus ke airport. Dah 31 Disember 2015. Ikut pada flight itinerary, kami sambut new year atas flight. Harap semuanya berjalan dengan lancar esok. Berharap juga takde kejadian flight delay. Wallahualam..

Walking route: From Parc des Expositions Station to Hotel Premiere Classe Roissy-Villepinte
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -

**DAY 12 COMPULSORY EXPENSES: RM314.90

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - DINNER  : RM40.00
  - JUMLAH : RM40.00

**DAY 12 MEALS EXPENSES: RM181.00