Saturday 31 October 2015

JJCP Korea: Day 08

Tarikh:
15 Disember 2014
Lokasi Kejadian:
Busan Train Station - Busan Metro Station - Gimhae International Airport - Air Asia X - KLIA2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ Busan Train Station

Kami terjaga ketika train mula perlahan. Tengok jam pukul 4.15 pagi. Nampaknya takdelah train ni sampai tepat jam 4.04 pagi. Huhu.. Estimated time je. Kalau kat Jepun kira fail dah ni. Banzai!.. Hihi.. Tepat jam 4.20 pagi Mugunghwa train tiba di Busan Train Station. Kami angkat beg dan turun dari train. Agak puas juga dapat tidur sepanjang perjalanan. Keadaan agak lengang di sini. Yelah, pagi-pagi buta pejabat pun tak bukak lagi. Kami keluar dari sini dan menuju ke Busan Metro Station. Subway mula beroperasi jam 5.00 pagi dan akan sampai di Busan Station pada jam 5.27 pagi. Maka kami tak perlu la nak rush ke sana.

Tq seat 33 & 34.. Nyenyak tidurku..
Segar setelah bangkit dari tidur. Hihi..
Err.. Lewat 16 minit ye.. Huhu
Mesti diorang ni tempat kerja jauh dari rumah..
1st subway sampai @ 5.27 pagi. Pandai baca la. Hehe..
Kami berjalan agak santai di luar station. Cuaca agak sejuk tapi tak sesejuk di Seoul. Takde kesan salji kat lantai. Cukup lah kami dah merasa main salji di Seoul. Pengalaman pertama dalam hidup kami. Misi sudah berjaya. Hihi.. Jarak dari Busan Train Station ke subway takde lah jauh sangat. Jalan perlahan pun sampai awal jugak. Takut juga nak turun ke platform awal-awal pagi ni. Kami berdua je kat platform agak seram juga bunyinya. Huhu.. Kebetulan ada sorang pakcik tengah turun tangga ke platform. Kami turun ikut lif sebab tak larat nak bawak beg turun ikut tangga.

Pepagi buta di luar Busan Train Station
Baru perasan ada China Town kat sini
@ Busan Metro Station

Ada la dalam 3-4 orang kat platform subway ni. Jadi laa daripada takde orang langsung. Hihi.. Ada setengah jam lagi baru first subway sampai. Kami pun tunggu je la kat kerusi sambil charge phone. Makin lama makin ramai orang kat platform. Semuanya orang tua belaka. Yang muda masih terbongkang kat rumah agaknya. Heheh.. Mungkin pakcik dan makcik ni kerja kat pasar kot. Tu sebab awal diorang keluar. Jam 5.30 pagi subway pertama pun sampai. Ingatkan tak ramai orang, rupanya seat full jugak dalam subway ni. Kami malas nak mencari seat kosong. Duduk atas beg dan bersandar kat tepi pintu je. Senang nak mengangkut beg keluar bila sampai nanti. Dua kali kami transfer train, di Seomyeon Station dan Sasang Station sebelum sampai di Gimhae International Airport Station pada jam 6.35 pagi.

Walking route from Busan Train Station to Busan Metro Station
Menunggu di platform
Ada tempat charge phone kat sini
Sempat lelap lagi sebelum subway sampai
Cuba cari di mana orang muda remaja. Huhu..
@ Gimhae International Airport

Sampai di Gimhae International Airport Station, saya check baki cashbee card kami. Cuma tinggal KRW1,400 je untuk kedua-dua kad. Takpelah, tak perlu nak refund. Simpan cashbee card buat kenangan. Hihi.. Cuaca masih gelap lagi kat Gimhae International Airport. Perkara pertama yang kami nak buat dulu dah tentu cari tempat nak bersihkan diri kami. Tak dapat mandi tapi dapat gosok gigi, cuci muka dan tukar baju pun kira ok dah. Huhu.. Kami bergilir masuk ke tandas untuk bersihkan diri. Kemudian kami terjumpa bilik salin pakaian. Cantik lah. Nak solat pun boleh dalam bilik ni sebab luas. Selesai mewangikan diri, kami beratur untuk check-in luggage. Sebelum tu kami check dulu berat beg kami. Digital luggage scale yang sentiasa kami bawak dari first trip lagi masih berfungsi dengan baik. Nasib baik berat beg ideal untuk dibawa naik flight tanpa kena extra charge. Hehe..

Pintu masuk ke Gimhae International Airport
Passenger's Changing Room yang agak luas dan selesa
OK, berat masih tak exceed lagi. Canteekk..
Pakai light jacket je sebab nak balik Malaysia dah
Ramai juga orang yang beratur di sini. Kebetulan kami terjumpa group sekolah saya. Diorang pun naik flight yang sama dengan kami. Terasa macam lambat sangat urusan kat kaunter tu. Nampak ramai orang buka beg dan keluarkan sesuatu. Rupanya lighter, bateri dan powerbank tak dibenarkan untuk diletakkan dalam luggage area. Kena bawak naik atas flight. Mungkin langkah berjaga-jaga lepas kes MH370 dan MH17 diorang agak strict sebab sebelum ni kami letak je powerbank dalam beg. Takpelah, jangan kena tinggal sudah. Huhu.. Hampir 40 minit beratur akhirnya sampai giliran kami. Selesai urusan check-in di kaunter tanpa ada masalah. Alhamdulillah..

Agak kecoh juga masa ni. Kebetulan orang dari China pun ramai. Huhu..
Sikit lagi nak sampai turn kami. Letih menunggu..
Berat beg masih dalam range.. Suka la tu. Hehe..
Boarding pass sudah berada di tangan. Depart @ 10.35 am..
Ada lagi sejam sebelum boleh masuk ke boarding area. Kami mencari cafe untuk breakfast. Tak nampak pulak Lotteria kat sini. Boleh la makan shrimp burger buat kali terakhir. Hihi. Kami ke Hollys Cafe yang terletak di Tingkat 1. Ramai juga orang melayu kat cafe ni. Mungkin diorang satu flight dengan kami kot. Kami order 2 kopi panas dan 2 plain doughnut yang berharga KRW18,000. Maka kami pun lepak la kat cafe ni sambil menunggu masa boarding gate dibuka.

Masih sempat lagi nak breakfast
Breakfast @ Hollys. Melayan makanan terakhir di Korea..
Jam 9.45 pagi kami beredar dari Hollys Cafe dan menuju ke boarding gate untuk immigration check. Dah tentu ramai orang ni. Saje nak masuk awal, kalau sempat boleh jalan-jalan cuci mata kat duty free area. Agak lama juga kami stuck di immigration sebab orang terlalu ramai. Selesai periksa semuanya, kami terus ke duty free area. Ada la dalam 15 minit je kami tengok barang-barang di sini. Lepas tu terus kami berjalan laju ke Gate 7 yang terletak agak jauh dari duty free area. Sampai je di Gate 7, kelihatan beberapa orang je yang tengah beratur. Nasib baik. Itulah, dah suntuk pun gatal lagi nak jalan-jalan kat duty free area. Huhu.. Kami pun terus beratur dan masuk ke dalam flight.

Bersedia untuk berlepas pulang ke Malaysia
@ Air Asia X

Tepat jam 10.35 pagi, flight D7 519 Air Asia X memulakan penerbangan. Maka berakhirlah sudah perjalanan kami mencari pengalaman yang berharga di Korea. Yang dibawa balik hanyalah kenangan dan ingatan sepanjang 8 hari di sini bersama gambar dan souvenir. Hihi.. Terima kasih Korea kerana memberikan kami peluang untuk mencari pengalaman hidup. Dan sudah semestinya bersyukur kepada Allah yang Maha Esa kerana diberikan rezeki dan kesihatan yang baik untuk kami mengembara di bumiMu yang terbentang luas ini. Alhamdulillah..

Goodbye Korea!.. Gamsahamnida!..
@ KLIA2

Jam 4.15 petang flight D7 519 mendarat dengan selamatnya di KLIA2. Kami turun dan berjalan jauh untuk ke baggage claim area. Siapa la yang buat airport jauh macam ni ye. Huhu.. Letih nak berjalan. Time balik takpe lagi. Bayangkan la time pergi, kalau lewat memang boleh pecah lemak berlari ke boarding gate. Huhu.. Selesai amik beg, kami singgah di KLIA untuk return semula pocket wifi yang disewa. Pocket wifi amat membantu kami sepanjang masa di Korea. Online 24/7, itu yang best tu. Hehe.. Dari KLIA kami naik teksi balik ke rumah. Naik ERL rasa macam tak selesa dengan beg yang berat. Lagipun sama je bayaran tambang dengan naik teksi. Tambang teksi sampai depan rumah RM85.40. Kalau naik ERL dah RM70.00. Kat KL Sentral kena naik teksi lagi untuk ke rumah. Huhu.. Dalam perjalanan pulang, kami berborak mengenangkan peristiwa yang berlaku sepanjang berada di Korea. Our priority and secandary mission was accomplished!.. Berjaya juga akhirnya. Jam 7.15 malam kami sampai di rumah. Maka secara rasminya tamatlah sudah pengembaraan kami mencari pengalaman di Korea. Adakah kami akan ke Korea lagi? Mungkin ya, mungkin tidak. Bergantung pada situasi kewangan dan kesihatan kami. Mana la tau tetiba jadi minat tengok citer Korea dan layan K-Pop lepas ni. Hihi.. Wallahualam..

Di KLIA2 sudah.. Alhamdulillah
Last shot @ KLIA2 sebelum balik rumah..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Breakfast       : RM57.60
  - KLIA Transit  : RM4.00
  - Teksi             : RM85.40
  - Jumlah           : RM147.00

**Day 08 Expenses: RM147.00

Wednesday 28 October 2015

JJCP Korea: Day 07 (Part #2)

Tarikh:
14 Disember 2014
Lokasi Kejadian:
Cat Cafe - Seoul Global Cultural Center - K-League Official Store - Able Guesthouse - Seoul Train Station - Mugunghwa Train

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 3.40 petang kami dah sampai di Myeong-dong. Cuaca agak mendung. Mungkin salji akan turun lagi kot. Sambil berjalan ke Cat Cafe kami cuci mata tengok gerai jualan di sepanjang jalan. Wife saya mengajak masuk ke butik Dr. Martens. Dia memang dah lama teringin nak boot yang design bunga-bunga tu. Saya tak berapa pandai bab kasut Dr. Martens ni. Kalau Columbia memang tau le. Hihi. Dia kata boot Dr. Martens kat sini agak murah berbanding di KL. Pandai dia, dah siap survey harga rupanya. Sambil try boot tu dia buat muka comel. Faham dah.. Huhu.. Tapi memang cantik la boot bunga-bunga ni. Agak-agak lelaki boleh pakai tak? Hehe.. Staff yang jaga siap boleh bagi extra staff discount lagi. Wife saya memang pakar bab nego harga. Bargain power! Saya bukan concern pasal betapa banyaknya diskaun yang dapat, tapi concern berapa sebenarnya harga kos kasut tu. Huhu..

Cantik beg yang dijual kat sini
Dia sudah sarung itu boot bunga-bunga.
Saya tak minat Dr. Martens. Tapi nampak smart pulak. Hmm
@ Cat Cafe

Selesai urusan, kami ke Cat Cafe yang terletak sebaris dengan butik Dr. Martens. Ada dalam 45 minit lagi sebelum jam 5.00 petang. Seoul Global Cultural Center kat belakang blok ni je. Tinggal lagi 5 minit pun boleh sempat sampai. Cat Cafe terletak di Tingkat 3. Kami naik tangga spiral yang sempit untuk sampai ke atas. Tak muat kalau selisih dengan orang yang nak turun. Kat Korea memang semua tangga sempit kot. Huhu.. Sampai di pintu masuk Cat Cafe, kami kena bukak kasut dan pakai selipar yang disediakan. Tangan pun kena basuh dengan hand sanitizer. Jaga kebersihan, takut berjangkit kat kucing katanya.

Minum petang sambil layan kucing
Rak kasut disediakan di luar
Operation hour from 12pm until 11pm
Banyaknya kucing yang gebu-gebu kat sini. Teringat saya kat kucing di Nami Island semalam. Kucing jalanan pun berbulu tebal, inikan pulak kucing belaan. Nak masuk ke Cat Cafe ni takde entrance fee. Tapi syaratnya kena beli air sorang satu. Kami pun beli la 2 gelas air fruit juice yang berharga KRW16,000. Memang mahal la air tu sebab cover entrance fee. Bagus jugak dia buat camtu. Ye lah, takkan la nak masuk free je. Kucing tu pun kena jaga maintenance dia. Sambil minum boleh la main-main dengan kucing. Jinak belaka semuanya. Rasa macam nak bawak balik je. Hihi.. Maka kami pun melayan la kucing-kucing di sini sampai jam 4.50 petang.

Keadaan cafe yang amat tenang dan selesa
Air sebagai entrance fee
Bermain dengan kucing made in Korea..
Ni kucing yang paling win. Geram betul. Releks je dia..
@ Seoul Global Cultural Center

Jam 4.50 petang, sampai masanya untuk kami tinggalkan kucing-kucing comel tu. Kami terus berjalan ke M-Plaza dan sampai di Seoul Global Cultural Center tepat jam 5.00 petang. Ingatkan boleh la terus pakai Yongpo dan Hanbok, rupanya kena tunggu customer slot sebelum kami abis bergambar. Jam 5.10 petang barulah sampai turn kami. Kami takde pilihan pakaian, staff di situ terus bagi kami pakaian yang sesuai dengan saiz badan kami. Kalau kat Jepun dulu boleh pilih design kimono mana yang kita suka. Yelah, benda free jangan la banyak songeh ye. Heheh.. Selesai fitting baju, kami cuma diberi 10 minit untuk bergambar kat satu sudut berlatarbelakangkan poster besar zaman dinasti lama di Korea. Dengan pantas kami bergambar dalam masa 10 minit tu.

Menunggu giliran kami di Seoul Global Cultural Center
Dapat juga bergaya dengan Yongpo dan Hanbok kat Seoul. Free pulak tu. Yess..
Gambar terakhir di minit ke 10. Hahah..
Selesai bergambar, jam 5.30 petang kami keluar dari situ. Singgah sekejap kat Starbucks di Tingkat 4. Nasib baik teringat yang kami belum beli citymug lagi. Maka bertambah la lagi koleksi citymug Starbucks kat dalam display cabinet kami. Huhu.. Keluar je dari M-Plaza salji tengah turun ni Myeong-dong. Malam terakhir pun dapat merasa lagi salji. Hihi.. Tak boleh nak layan salji lama-lama. Dah sampai masa untuk kami balik ke guesthouse. Jam 6.15 petang kami naik subway Line-4 menuju ke Dongdaemun HCP.

Salji baru turun di Myeong-dong. Sejuukk..
@ K-League Official Store

Sampai je di Dongdaemun HCP, kami tak amik dulu beg kami. Kami masuk semula ke K-League Official Shop. Pesan kawan kena tunaikan. Dia dah bagitau kat saya design jersi yang dia nak. Team yang dia nak tu ada, tapi malangnya saiz pulak takde. Option team kedua pun takde. Kira takde rezeki la dia nak pakai jersi K-League. Tapi saya ada la peluang, sebab saya tak kisah team apa pun. Janji cantik. Hehe.. Banyak juga jersi yang saya try. Staff yang jaga kedai pun sporting abis melayan saya mencuba jersi. Pilih jersi kalau boleh sponsor kat depan baju tu biar ada tulisan Korea. Baru nampak ganas sikit. Kikiki..

Tak kisah la walaupun team tengah relegation battle dalam liga. Hahah..
Smart la kasut brader ni.. Hihi
@ Able Guesthouse

Kami turun dan menuju ke guesthouse di bangunan sebelah untuk amik beg kami. Time to say goodbye to Mr Hong. Amat friendly orangnya. Cuma kami tak berkesempatan nak lepak dan berborak dengan dia. Hanya jumpa masa check-in dan check-out je. Sebelum pergi, saya sempat bergambar kenangan dengan dia. Dia pun nak bergambar juga sebab katanya nak letak gambar kami kat dinding sebagai tanda pernah stay di Able Guesthouse. Sape yang ke sini boleh la check gambar saya dengan dia ye. Itu pun kalau betul dia letak. Huhu.. Terima kasih pada Mr Hong kerana menyediakan bilik yang selesa untuk kami. Cuma tangga je yang sempit. Hihi.. Yang lain takde masalah. Jarak yang dekat dengan tempat shopping 24 jam tu yang penting. Sesuai untuk kaki shopping. Agak-agak dah berat beg shopping, boleh la letak kat guesthouse dan sambung shopping balik sebab dekat sangat. Hahah..

Gambar kenangan tourist yang pernah stay di sini
Tq Mr Hong, a friendly guesthouse owner
Bye-bye Able Guesthouse!..
Jam 7.30 malam kami tinggalkan Able Guesthouse. Kami naik subway Line-4 menuju ke Seoul Station. Ini trip yang terakhir kami naik subway di Seoul. Sampai di Seoul Station, kami keluar dan berjalan ke Seoul Train Station yang terletak di seberang jalan. Penat jugak nak menarik beg kami naik tangga. Nasib baik kami keluar ikut Exit 9-1, antara exit yang agak dekat dengan Seoul Train Station. Kalau silap exit memang letih la nak menapak. Huhu..

Subway route from Dongdaemun HCP (Line-4) to Seoul Station
Subway station terakhir kami di Seoul..
Seoul Train Station di seberang jalan
@ Seoul Train Station

Kami sampai di depan pintu masuk Seoul Train Station jam 8.20 malam. Ada masa 2 jam lebih lagi ni. Sampai awal sebab tak tau camna keadaan kat train station ni. Takut ramai orang beratur beli tiket. Lagi satu takut train kat sini sama macam naik flight, kena check-in awal. Biar sampai awal, jangan terkejar-kejar last minute macam kes kejar shinkansen kat Osaka dulu. Berlari dengan trekking bag macam dalam cerita The Amazing Race je. Hahah.. Apa-apa pun kami selesaikan dulu hal tiket train. Saya beratur menunggu giliran untuk amik tiket. Sampai giliran, saya cuma senyum je sambil tunjuk booking receipt kat kaunter. Cakap pun tak guna. Hihi.. Staff tu pun tak tanya saya. Dia tengok resit dan terus print out tiket untuk 2 orang. Selesai sudah.

Pintu utama Seoul Train Station
Beratur di kaunter tiket
Tiket dah dapat. Tunggu masa je nak naik..
Kami berjalan-jalan di dalam station. Ada Lotte Outlets kat dalam ni. Lotteria takde kat sini, tapi terletak kat luar di tepi station. Tapi kami taknak makan shrimp burger dah sebab kami dah sedia beli ayam panggang kat Restoran Siti Sarah petang tadi. Saje je bagi info kepada traveller yang nak dinner kat Seoul Station ni. Hihi.. Kami cari port sesuai nak makan kat dalam station tapi takde. Ruang tempat duduk ada ramai orang. Segan pulak nak makan kat situ. Akhirnya kami makan kat luar station, ditemani angin malam yang super sejuk. Menggigil gigit ayam panggang tu. Huhu..

Keadaan di dalam Seoul Train Station
Menu malam ini: Ayam Panggang Frozen. Huhu..
Selesai makan dalam kedinginan malam, kami masuk semula dan duduk di ruang menunggu yang disediakan di tingkat atas. Ada lagi sejam nak menunggu train sampai. Nak berjalan dah rasa malas sebab kena bawak sekali beg yang berat tu. Huhu. Kami pun duduk je la kat sini sambil buat refleksi tentang trip Korea ni. Badan terasa penat sangat. Mata pun dah rasa mengantuk. Atas train kejap lagi memang confirm tidur la. Nak tengok pemandangan pun tak nampak apa-apa. Kalau terlajak tidur takpe lagi sebab train kami last stop di Busan. Mesti staff train kejut kami. Harapnya lah.. Huhu.. Ada beberapa jenis train yang boleh dipilih untuk ke Busan. Mugunghwa Train yang kami naik ni adalah yang paling murah dan perlahan pergerakannya. Memang pilih yang paling slow sebab ada masa untuk kami tidur. Save duit hotel untuk malam ni. Hihi. Sampai awal kat Busan pun nak buat apa. Tengah malam kot. Akhirnya tetap kena tidur kat Busan Station jugak. So, baik tidur dalam train, lagi best.

Menunggu dengan penuh kepenatan. Huh..
Our Mugunghwa train number is 1227 @ Track no. 5
@ Mugunghwa Train

Penantian satu penyiksaan. Penat menunggu akhirnya jam 10.30 malam gate dibuka. Kami masuk ke terminal dan mencari Track no. 5. Ingatkan train dah ada. Boleh la nak letak beg dulu dan terus duduk. Rupanya tak sampai lagi. Huhu.. Dah la takde kerusi kat sini. Nasib baik tunggu dalam 5 minit, train pun sampai. Dari luar nampak oldschool train ni. Mugunghwa Train adalah train yang paling lama servis di Korea. Bila highspeed train KTX diperkenalkan, Mugunghwa Train mula kurang mendapat sambutan, tapi masih tetap beroperasi kerana hanya Mugunghwa Train je yang berhenti di setiap station. Sebab tu la amik masa lebih 5 jam nak sampai Busan berbanding KTX yang cuma amik masa 2 jam lebih je. Biar veteran, yang penting sampai ke destinasi dengan selamat.. Hihi..

Menunggu train yang tak kunjung tiba
Yeaa.. Mugunghwa train sudah sampai
Bergambar dulu sebelum masuk
Kena pastikan dulu betul ke tak train ni ke Busan. Ok done..
Walaupun oldschool, tapi bilik karaoke ada tuu.. Hihi
Setelah pastikan betul train ni ke Busan, kami naik dan letak beg di tempat yang disediakan di setiap hujung coach. Kami mencari nombor tempat duduk kami. Kat luar nampak oldschool, tapi kat dalam amat bersih dan selesa. Ruang tempat duduk pun luas. Memang best la kami tidur kejap lagi. Hihi.. Tepat jam 10.50 malam, train memulakan perjalanan. Tak ramai penumpang malam ni. Mungkin akan jadi ramai sebab train ni berhenti kat setiap station. Tak kisahlah. Janji kami duduk ikut seat. Kalau tak nanti ada pulak yang kejut sebab duduk seat orang lain. Dalam 10 minit perjalanan kami dah mula turunkan seat dan tidur. Selamat tinggal Seoul!.. Menunggu ketibaan di Busan Station pada jam 4.04 pagi (eta dalam tiket). Tepat betul masa jangkaan dia. Betul ke sampai waktu setepat itu? Wallahualam..

Suasana dalam Mugunghwa Train. Not bad..
Ruang kaki agak luas dan selesa
Gambar terakhir sebelum seat diturunkan.. Zzzz..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Cat Cafe    : RM51.20
  - Snacks       : RM32.00
  - Jumlah       : RM83.20

**Day 07 Expenses: RM204.80