Thursday 18 September 2014

JJCP Japan : My Souvenirs & Collectible Items

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rugi kalau berjalan ke luar negara tapi tak membeli souvenirs. Mungkin sekali dalam seumur hidup dapat merasa pergi ke Jepun. Walaupun kebanyakan barang yang dijual di Jepun amat mahal harganya, tapi sebagai kenangan apa salahnya. Beli ikut kemampuan diri. Ikutkan hati dan nafsu memang semua benda kita nak beli. Huhu.. Nasib baik kami tak pergi ke Premium Outlets ala JPO yang belambak di Jepun. Kalau pergi tak tau la apa jadi dengan wallet kami. Hehe.. Disiplin itu penting..

Premium Outlets di Jepun. Bersedia untuk meringankan wallet dan memanaskan kad kredit anda. Hehe..
Ada barang yang kami beli sebagai souvenirs untuk kawan-kawan dan juga family. Anak-anak kami is a top priority. Selain dari itu adalah untuk koleksi kenangan kami especially our collectible items. Hard Rock Cafe shirts and Starbucks mug is a must. Awal-awal lagi dah masukkan dalam itinerary. Lebih penting dari aktiviti yang lain di Jepun. Let's check it out!..

# Universal Studios Japan
Hari pertama di Jepun. Tak masuk pun dalam USJ, cuma jalan-jalan di luar. Ronda di kawasan Universal Citywalk pun dah memadai. Dapat juga kami mencari souvenirs untuk anak-anak kami. Hampir 20 minit membelek barang, akhirnya kami berjumpa juga barang yang dirasakan murah kat dalam kedai tu. Huhu.. Jadilah sebagai kenangan..

3 barang je yang mampu..  Hehe
# Daiso
Haa.. Kat Daiso memang mampu beli. Walaupun kat Malaysia pun ada, tapi di sini harganya murah sikit. JPY100/items means RM3.25 untuk satu barang. Tapi kalau main amik je tanpa beringat, banyak jugak yang perlu dibayar. Huhu.. Antara barang yang sesuai untuk dibuat souvenirs. Ada yang kata, baik beli kat Malaysia je. Tapi pada saya yang penting di mana barang tu dibeli.

Paling banyak kami beli adalah chopsticks dan kipas lipat
Ada kawan pesan beli kepala shinkansen. Hehe..
Untuk anak-anak tersayang..
Kalendar pun beli jugak. Faham kat nombor je.. Huhu
# Japanese Traditional Items
Cadangnya nak beli kimono untuk kenangan. Ada terjumpa yang 2nd hand punya. Agak murah juga. Tapi nak beli pun nanti nak pakai kat mana. Tunggu family day yang bertemakan pakaian tradisional je lah. Tak jadi beli, kami mencari barang lain yang agak tradisional juga..

Coin purse yang klasik. Made In Japan tuu..
Terompah Jepun. Kiri dan kanan sama bentuk.. Pakai je..
# Japanese Cotton
Semasa di Kamata, bila melihatkan kain cotton yang dijual di Yuzawaya, pada saya macam sama je jenis kain ni. Kat jalan TAR pun boleh dapat. Tapi itu pandangan orang lelaki yang memang zero knowledge tentang jenis kain. But for my wife, dia amat teruja dengan kain. Lain katanya. Suka hatilah, janji bahagia. Tapi memang betul, bila dah di jahit dan dipakai, ramai jugak yang bertanya. Memang lain eh pandangan mata orang perempuan? Wallahualam..

Kain Japanese Cotton yang paling murah. Hehe..
# Shoes
Kasut.. Banyak sangat dah kat rumah tu.. Huhu. Tapi itulah dia, tetap jugak nak beli walaupun sepasang. Takpe, kasut yang lama tu nanti boleh jual kat car boot sale, insyaAllah.. Boleh dapat duit sikit dan ruang simpan kasut pun boleh clear. Hehe.. Kami berjumpa dengan sandal Birkenstock yang agak murah juga harganya. Kalau kat Malaysia boleh dapat murah kat bundle je, tapi yang ni brand new. Saya baru je mengenali brand Birkenstock ni. Tak berminat sebab dah banyak sandal kat rumah. Saya cuma beli kasut Timberland yang saya rasakan agak murah juga sebab kat Malaysia tak berani nak masuk kalau takde sale. Huhu..

Cantik la jugak walaupun tapaknya nampak simple je..
Walaupun brand tak terkenal, tapi murah sesangat. Good bargain!..
# For the bosses
Tak dilupakan juga pada bos kami di tempat kerja. Nak bagi key-chain je macam tak sesuai. Kami pun mencari sesuatu yang agak unik untuk bos kami. Sekurangnya barang yang dibeli boleh diorang display kat atas meja opis. Tapi kalau dah amalkan 5S, tak dapatlah nak letak. Simpan di rumah je lah ye.. Hehe..

Plate yang dirasakan sesuai untuk diberikan pada bos kami..
# Key-chain
Haa, yang ni paling banyak kami beli. Kalau boleh kat setiap bandar yang dilawati akan kami cari untuk dibuat kenangan. Makin penuhlah fridge magnet kat pintu peti ais kami. Dan makin galak lah anak kami yang paling bongsu tu cabut dan letak ikut kreativiti dia. Huhu..

Ada yang untuk kawan-kawan, ada juga untuk fridge kami..
# Japanese magazines
Yang ni paling berbaloi untuk dibeli. Walaupun sepatah haram tak faham apa yang ditulis dalam majalah tu, tapi free-gift yang diberi membuatkan kami sukar untuk menolaknya. Kalau setakat free-gift yang biasa-biasa memang tak layan punya. Tapi ada free-gift seperti beg Le-Sportsac. Harga majalah pulak takdelah mahal sangat. Majalah tu boleh la tengok gambar je. Lepas tu boleh bagi kat kawan-kawan buat souvenir. Hehe.. Jahat sungguh.. Simpan untuk kenangan, itu yang terbaik..

Beli majalah dapat beg. Terbaiklah..
Beg yang ni pun cantik jugak..
Yang ni pun free-gift dari majalah. Tak pasti mana pergi majalah tu. Huhu..
Saya pun beli satu. Dapat free-gift DVD tentang superbike 2014
# T-shirts
Paling rugi kalau pergi ke luar negara tapi tak beli t-shirt. Kebanyakan t-shirt yang dibeli adalah untuk anak-anak. Kami berdua beli juga untuk kami pakai semasa di sana. Trip kali ni kami susun strategi untuk tidak membawa banyak t-shirt. Sebab dah tentu kami akan beli di sana. Lebih baik pakai je t-shirt yang baru dibeli. Lagi mudah.. Boleh tahan mahal jugak t-shirt yang dijual di sana. Beli tanpa fikir banyak. Nanti pening kepala dibuatnya. Huhu..

Samurai.. Banzai!..
T-shirt tulisan Japan mesti kena ada..
For my little daughter..
# Duty-free Airports
Dah nak balik pun sempat lagi membeli barang. Nak menghabiskan duit yen yang ada. Tapi bila dah sampai KLIA pun menyinggah lagi. Banyak betul dugaan ye.. Huhu.. Takpelah, untuk anak-anak. Ada rezeki lebih adalah yang dibeli..

Beg kecil yang dibeli di Kansai International Airport
Lagi untuk anak-anak..
# Miscellanous
Ada juga beberapa barang yang kami rasakan sesuai untuk dijadikan kenangan trip ke Jepun kami. Sambil jalan-jalan di shopping street, terjumpa je yang berkenan di hati terus kami beli. Tapi dengan syarat biar yang murah-murah je. Tengok harga dulu baru tengok barang. Macam tu pun ada? Hehe.. Biar puas hati, baru rasa berbaloi..

Yang bawah tu kain lilit kepala.. Jepun gitu.. Hehe..
Khas untuk anak-anak tersayang..
# Hard Rock Cafe
This is our personal collections. Jumlah HRC di Jepun ada 6 kesemuanya. Di Osaka je ada 2 iaitu di bandar Osaka dan di Osaka Citywalk. Di Tokyo pun ada 2 iaitu di Roppongi dan Ueno-Eki. Satu lagi HRC terletak di Yokohama. Kami cuma tak dapat nak ke Fukuoka sebab jauh sangat dari radius perantauan kami. Di Osaka kami tak singgah di HRC Osaka sebab di HRC Osaka Citywalk t-shirt yang dijual tertulis 'Osaka'. Kalau t-shirt di situ tertulis 'Osaka Citywalk', dah lama kami akan singgah di HRC Osaka. Jadi tak perlulah kami nak ke HRC Osaka sebab tulisan di baju mesti sama punya. Dulu ada HRC di Narita, tapi dah tutup. Ada rezeki ke Jepun lagi bolehlah kami singgah di HRC Fukuoka pulak. Itupun kalau masih beroperasi lagi. The best thing about HRC in Japan is the t-shirt price is much cheaper than our previous HRC t-shirts. Harga standard sehelai t-shirt HRC adalah dalam RM110 - 130. Tapi di Jepun harganya dalam RM90 - 100 untuk sehelai. Ada juga yang murah di Jepun rupanya ye..

HRC Osaka yang dibeli di Osaka Citywalk
Paling suka t-shirt ni sebab tulisan Uyeno-Eki nampak rare..
HRC Tokyo di Roppongi
HRC Yokohama..
# Starbucks City Mugs
Our next collectible items. Mencari Starbucks di Jepun tak sesukar mencari HRC sebab Starbucks ada di mana-mana. Kami masuk Starbucks di setiap bandar yang kami pergi dengan tujuan mencari city mugs. Mudah je. Yang kurang mudah adalah masa nak keluar duit untuk bayar. Hehe.. Dah dapat city mugs yang dicari tak perlulah nak masuk ke dalam Starbucks lagi..

Design city mugs Starbucks yang paling cool setakat ni..
Itu je lah barangan yang kami dapat beli semasa di Jepun. Ikutkan nafsu memang banyak lagi yang nak dibeli tapi wallet tetiba melekat kat dalam poket seluar. Itu tandanya jangan beli lah tu. Hehe.. Ada lagi barang yang dibeli seperti t-shirt tapi tengok je la gambar kami sepanjang berada di sana. Itulah t-shirt yang kami beli untuk dipakai sepanjang berada di Jepun. Cukuplah barangan kenangan kami dan juga untuk rakan-rakan dan keluarga.. InsyaAllah ada rezeki kami akan datang lagi ke Jepun membawa anak-anak untuk layan permainan di USJ dan Disneyland. Masa untuk menyimpan semula dalam tabung 3K (Kementerian Kewangan Keluarga) kami. Wallahualam..

Wednesday 17 September 2014

JJCP Japan : Post Mortem

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tamatlah sudah perjalanan saya merantau mencari pengalaman di negara Jepun. Walaupun cuma 8 hari je, tapi banyak perkara baru yang saya belajar. Sekurang-kurangnya 2 minggu diperlukan untuk explore bandar Tokyo. Tapi saya cuma ada masa 8 hari je untuk explore Tokyo, Osaka, Kyoto dan Nara. Gila punya kerja. Huhu. Misi utama adalah untuk jejakkan kaki di seberapa banyak bandar yang boleh dalam satu trip. Tajuk blog pun Jalan-Jalan Cari Pengalaman. Timba sebanyak mana pengalaman yang termampu. Walaupun letih tapi berbaloi pada saya. Kepuasan diri itu penting. Tanda kepuasan adalah apabila tak sabar nak balik ke Malaysia di hari terakhir. Kalau rasa berat je nak balik dah tentu belum puas lagi. Hehe.. Dapat sampai di pintu Disneyland pun dah cukup baik daripada masuk ke dalam dan habiskan seharian di situ. Saya bukan nak cover cerita Disneyland, tapi nak cover life experience in Japan. Banyak blog dan info tentang Disneyland boleh didapati dalam internet. Tapi info pengalaman yang saya berikan dalam blog saya mungkin susah nak jumpa. Wallahualam..

Journey through Japan.. (Ihsan Google Images)..
#1. Kos
Kos wajib keseluruhan perjalanan ke Jepun adalah RM8,801.70. Kos ini termasuklah teksi ulang-alik dari rumah ke KLIA. Kira start and finish at home sweet home. Kalau dibahagi dua, seorang RM4,400.85. Fuhh, agak tinggi kos yang kami gunakan di Jepun berbanding trip ke UK & Paris dulu jika dikirakan hari perjalanan. Baik pergi UK je kan? Hehe.. Memang best dapat pergi ke UK lagi, tapi banyak lagi negara yang perlu ditimba pengalaman. Jelas menunjukkan Jepun adalah negara yang tinggi kos sara hidup. Tak boleh hidup dengan selesa di Jepun kalau setakat gaji RM5000 sebulan. Tapi jika dilihat dari sudut kemudahan awam dan facilities yang lain, memang padanlah dengan kos sara hidup yang tinggi di Jepun, especially Tokyo. Tengok kat train station pun dah cukup. Huhu..

Japanese Yen.. Syliling JPY1 pun ada. (Ihsan Google Images)
#2. Kepuasan
Memanglah 8 hari meronda di Jepun takkan puas tahap maksima. Tapi pada saya, kepuasan diri terletak pada susunan itinerary yang dibuat. Dapat capai semua agenda dalam itinerary dah cukup puas bagi saya. Saya dapat realisasikan 90% dari itinerary yang saya sediakan untuk 8 hari perjalanan. Satu pencapaian yang baik. Tambahan pula kami cuma gunakan public transport tanpa menyewa kereta. Nasib kami baik kerana sekali je kejadian train terhenti. Itupun selepas kami dah puas meronda seharian. Boleh dikatakan misi kami ke Jepun telah terlaksana dengan jayanya. Alhamdulillah..

I like Japan!.. (Ihsan Google Images)
#3. Terkilan
Terkilan tak masuk USJ dan Disneyland? Kalau niat awal memang nak main permainan dalam tu tapi tak masuk memang terkilan la. Tapi saya tak rasa apa-apa pun sebab memang takde cadangan nak menghabiskan masa seharian di situ. Lebih baik explore tempat yang lain di sana. Banyak sikit pengalaman yang dapat diperolehi. Saya cuma terkilan masa malam pertama, di mana cadangan asal nak berjalan di area Dotonburi tapi tak kesampaian kerana keletihan yang amat sangat. Yang kedua adalah tak mencuba sushi di sana. Terasa rugi betul. Dah la saya memang peminat sushi. Huhu.. Senang je, takde rezekilah namanya tu. Mana tau satu hari nanti menang peraduan melancong ke Jepun ke atau ada orang sponsor ke, boleh la saya makan sushi di Tsukiji Fish Market. Yang pertama tu mungkin boleh berlaku.. Tapi yang kedua? Hmm, jangan harapla ada yang nak sponsor. Hehe..

Ada rezeki nak bawak anak-anak datang sini.. InsyaAllah..
#4. Locals
Apa yang boleh saya katakan tentang rakyat Jepun adalah diorang amat berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Tak pernah saya jumpa orang yang berdisiplin seperti rakyat Jepun. Nak jumpa sampah kat atas lantai pun susah. Kes saya lambat seminit masa naik tour bus tu akan saya ingat sampai bila-bila. Betul-betul punya kena sound dengan tourist guide tu. Tu baru lewat seminit. Kalau sepuluh minit? Ada yang kena pancung dengan pedang samurai. Hehe.. Saya ada terbaca blog mengenai orang Jepun yang sombong dan susah nak ditegur. Memang betul, bukan semua orang Jepun berdisiplin dan menghormati orang, tapi itu golongan yang minoriti. Mungkin nasib saya tegur orang yang betul-betul baik dan suka membantu. Mungkin diorang taknak tegur sebab diorang tak fasih berbahasa inggeris kot. Wallahualam.. Banyak company di Malaysia sudah mengikut amalan disiplin kerja seperti di Jepun iaitu 5S. Susah sebenarnya nak ikut cara tu kalau diri sendiri tak berdisiplin. Tapi usaha kan tangga kejayaan. Yang penting mencuba. Hehe..

Amalan 5S (Ihsan Google Images)
#5. Shopping
Hmm.. It's a shopping heaven in Japan!.. But the prices is like hell!.. Huhu.. Terlalu banyak shopping street di Jepun yang menjual pelbagai jenis pakaian dan aksesori yang branded dan latest. Setakat window shopping memang best, tapi bila pegang price-tag je terus jadi tak berapa best. Tapi jika sebelum pergi dah buat survey harga barang di Malaysia, ada juga barang yang murah di Jepun. Keinginan membeli mesti tetap ada bila ke luar negara. Cuma kenalah seimbangkan keinginan tu dengan kemampuan. Saya bawa kad kredit tapi saya cuba kawal penggunaannya walaupun kadang-kadang tak terkawal. Biasalah, manusia.. Huhu.. Tambahan pula dah berada di luar negara, tak pasti bila lagi dapat peluang nak sana lagi. Apa-apa pun, personal collectible items mesti kena beli. Itu sudah semestinya. Apa salahnya beli souvenir untuk keluarga dan kawan-kawan di Malaysia. Fridge magnet sudah tentu beli sebab murah. Hehe.. Shopping in Daiso is a must!..

Terlalu banyak shopping street sebegini di Jepun..
#6. Safety
Jika dibandingkan dengan negara-negara yang saya dah lawati, pada saya Jepun adalah negara yang paling safe setakat ni. Masa di UK dulu nak jalan tengah malam pun agak risau juga, especially di Paris. Ada je mata-mata yang memandang tourists seperti nak lakukan sesuatu yang tak baik. Teringat saya ketika di Cardiff, sekumpulan remaja cuba menegur kami dengan bertanyakan tentang waktu. Nasib baik saya buat tak tau je. Dalam info yang saya dapat, itu antara cara diorang nak ambil barang kita. Kalau kita layan, diorang akan mengelilingi kita dan cuba amik jam atau barang-barang yang lain. Tapi di Jepun, saya berani berjalan waktu tengah malam di jalan dan lorong sunyi. Mungkin kebetulan tempat saya lalu tu takde orang jahat kot. Kat mana-mana pun di dunia ni mesti ada orang jahat. Saya ada ternampak papan tanda di balai polis Jepun, gambar suspek jenayah yang dikehendaki. Ganas juga rupanya. Huhu.. Nasib baik diorang tak lalu masa saya di situ. Alhamdulillah.. Tapi Jepun adalah negara yang kurang kadar jenayah. Kita bukan datang nak cari masalah. Kalau ada niat macam tu, mungkin akan berjumpa. Wallahualam..

Polis Jepun ada di mana-mana (Ihsan Google Images)
#7. Overall
Secara keseluruhannya, Jepun adalah negara yang seronok untuk dilawati. Ketepikan soal kos hidup yang tinggi, melihat pemandangan dan kehidupan rakyat Jepun membuatkan kita bersungguh-sungguh untuk mencontohinya. Yang baik bolehlah kita jadikan panduan untuk kehidupan yang lebih berdisiplin. Namun begitu, ada juga yang tak perlu kita ikut. Antaranya adalah tentang seks. Seks di Jepun adalah satu bentuk perniagaan. Mana taknya, channel tv khas tentang filem seks boleh ditonton dengan bayaran. Yang itu bolehlah kita jauhi, especially untuk yang melancong bawa anak-anak. Selain dari itu, rasanya banyak ilmu dan pengalaman yang boleh diperolehi dari negara matahari terbit ni. Kalau ke sana, boleh saja-saja cuba tegur orang Jepun bertanyakan tentang lokasi, tengok apa reaksi diorang. Bersungguh-sungguh diorang cuba terangkan walaupun tak tau berbahasa inggeris. Tundukkan kepala adalah satu bentuk penghormatan yang amat tinggi nilainya di Jepun. Jangan lupa untuk tundukkan kepala bila diorang dah membantu ya? For me, Japan is one of the most advanced country in the world. Wallahualam..

Sayonara!.. (Ihsan Google Images)

#Rating saya:

* Locals: 9/10
   - Orang jepun memang amat berdisiplin. Untung kalau ramai rakyat Malaysia pun begitu.

* Language: 3/10
   - Maybe 3 out of 10 Japanese people can speak English. Terrible!..

* View: 7/10
   - Quite superb. Mt. Fuji is sooo beautiful!.. Selain dari tu pemandangan di Jepun jelas kelihatan ke'asia'annya..

* Cleanliness: 9/10
   - Sangat bersih.. Lagi bersih dari UK. Paris dah tentu jauh ketinggalan.

* Public toilet: 6/10
   - Be prepared sebab takde paip. Huhu.. Avoid public toilet at train station. Horrible!..

* Public transport: 9/10
   - Superb!.. Train schedules on-time. Overcrowded in peak hours..

* Accomodation: 6/10
   - Paling murah adalah capsules atau dorm. Hotel rate 3-star sama macam 5-star di Malaysia.

* Islamic: 5/10
   - Masjid kurang. Restoran halal pun kurang. Yakin pada seafood. Harga? Hmm..

* Currency: 4/10
   - JPY1000 = RM32.50, Anda akan melihat banyak '0' pada harga barang. Huhu..

* Shopping: 9/10
   - Heaven!. But prices is hell.. Cuci mata memang best untuk budget traveller..

* Weather: 7/10
   - Baru nak masuk winter. Jangan percaya sangat weather forecast. Standby apa yang patut.

* Repeat: 8/10
   - Teringin nak bawa anak-anak masuk USJ dan Disneyland.

* Overall: 7/10
   - It's all about money. Other than that is ok. Nice country to visit..



Monday 15 September 2014

JJCP Japan : Day 08

Tarikh:
29 November 2013
Lokasi kejadian:
Kansai International Airport - Sanuki Restaurant - KLIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 5.30 pagi kami dah terjaga dari tidur. Bersemangat untuk pulang ke Malaysia. Takut lewat tertinggal flight je nanti. Huhu.. Kami menyiapkan diri. Jam 6.30 pagi kami turun ke lobi hotel bersama beg-beg kami yang dah sedia dikemas malam tadi. Berat jugak beg kami. Inilah padahnya kalau membeli tanpa berfikir panjang. Hehe.. Tapi malam tadi dah siap timbang beg dengan digital scale. Masih lagi dalam range yang diluluskan untuk dibawa naik dalam flight. Tak perlu nak bayar untuk extra luggage. Bajet itu penting.. Hehe.. Strategi kemas beg pun kena ada. Untuk bagi banyak ruang dalam beg, pakaian sebaiknya digulung, bukan dilipat. Thanks youtube.com!.. Good info on how to maximize your storage in a luggage.


Goodbye room 1614!
Sampai kat lobi Fa dan husband dah menunggu. Takde costumer lain selain dari kami berempat. Yang ada cuma 2 orang staff hotel di reception counter. Selesai hal check-out, kami berbincang tentang shuttle bus untuk ke Kansai Airport. Nak naik ke tak ni? Daripada perbincangan sepantas kilat, kami berempat ambil keputusan untuk naik JR train je untuk ke airport. Antara reason utama adalah JR Pass kami masih valid lagi. Rugi kalau tak guna. Naik shuttle bus kena bayar. Takpelah terpaksa tahan angkat beg yang berat dari hotel ke Osaka Station. Last day ni. Hehe..

Reception counter yang clear. Sape nak check-out pepagi buta, ye tak?
We'll miss Hearton Hotel Nishiumeda!
15 minit berjalan kaki sambil memikul beban yang agak sarat, kami tiba di platform Osaka Station. Ramai juga orang di station. Semuanya nak pergi kerja. Kami berempat je yang bawak beg besar. Huhu.. Kami mencari garisan beratur yang takde orang, di bahagian depan sekali. Harap dapat pintu di hujung coach. Senang sikit nak letak beg kat dalam train. Kalau pintu tengah nanti susah pulak orang nak keluar masuk train. Strategi jugak tu. Hehe..

Nin diaa.. Beg kami berempat..
Dalam 10 minit menunggu, jam 7.05 pagi train JR Osaka Loop Line tiba. Disebabkan kami yang terawal beratur di garisan, pintu train buka je kami terus masuk. Memang betul dapat pintu coach yang paling depan sekali. Kami pun susun beg kami di bahagian depan dan tak mengganggu orang lain. Kami hanya berdiri je sepanjang perjalanan. Senang nak jaga beg walaupun tau takde orang nak curi pun. Hehe.. Sambil berdiri bolehla kami tengok pemandangan di depan.

Pemandangan di coach yang paling depan sekali..
Sekali sekala selisih dengan train lain
Walaupun train JR Osaka Loop Line hanya pusing keliling Osaka je, tapi sampai di Tennoji Station, train ni bertukar nama jadi JR Hanwa Line. Kami tak perlu nak keluar dari train. Dari Osaka Station kena pastikan train akan menuju ke mana dulu. Letih kalau kena turun naik train dengan beg yang berat. Ramai orang keluar di Tennoji Station untuk tukar train lain ke destinasi masing-masing. Ramai juga orang baru yang masuk. Huhu.. Perjalanan ke Kansai International Airport diteruskan. Sampai di Hineno Station, train bertukar nama lagi, jadi JR Kansai Airport Line. Ramai lagi yang keluar. Tapi yang masuk kurang sebab lepas ni train akan lalu jambatan menuju ke Kansai International Airport.

3 kali JR train tukar nama dari Osaka Station untuk ke Kansai International Airport
Train melalui jambatan. Bahagian atas adalah jalan raya..
@ Kansai International Airport

Jam 8.15 pagi kami tiba di Kansai International Airport. Kami menunjukkan JR Pass pada staff di pintu keluar untuk kali yang terakhir. Tq JR Pass.. 'Anda' memudahkan perjalanan kami sepanjang berada di Jepun. Yang menyusahkan cuma nilai 'anda' yang teramat mahal untuk dibeli. Huhu.. Kami naik eskalator untuk masuk ke Terminal 1. Sampai atas eskalator, terus nampak troli. Bebanan penyiksaan sudah berakhir. Beg-beg kami diletakkan di atas troli dan kami berjalan sambil menolak troli menuju ke bangunan airport dengan wajah yang amat ceria. Hehe..

Yeaa.. sudah jumpa troli..
Haa.. kan ceria tuu.. Hehe
Baru boleh thumbs up!.. Amekau, 2 troli terus..
Sampai di Terminal 1, kami mencari arah untuk ke bahagian International Departures. Flight kami jam 11.00 pagi. Dah boleh nak check-in luggage. Lepas check-in masih ada masa lagi nak jalan-jalan kat dalam terminal tanpa bawa troli. Kami refer signboard untuk ke bahagian check-in yang terletak di tingkat 4. Sambil tu kami refer pada departure screen untuk mencari nombor flight kami. Kami berdua naik MAS. Fa dan husband naik Air Asia, tapi departure time kami sama.

Bergambar kenangan di Terminal 1 Kansai International Airport
International Departures di tingkat 4
Menunggu lif untuk naik ke tingkat 4
Mencari nombor flight kami
Kami mencari kaunter MAS dan Air Asia. Kebetulan kaunter kami bersebelahan di lorong A. Agak ramai juga orang beratur untuk check-in. Kaunter banyak tapi bukak sikit je. Tak cukup staff ke? Huhu.. Agak lama juga kami beratur tunggu sampai turn kami. Nasib baik check-in awal. Kalau lambat tak merasa la nak jalan-jalan kat dalam terminal ni. Menunggu dengan penuh kesabaran..

Keadaan orang ramai di dalam terminal
Kaunter check-in MAS bersebelahan dengan Air Asia
Dah nak sampai turn kita.. Yezzaa..
Hampir 30 minit beratur, akhirnya sampai turn kami untuk check-in luggage. Selesai proses check-in tanpa sebarang masalah, kami berjumpa Fa dan husband yang dah selesai lebih awal dari kami. Dalam terminal ni ada satu restoran yang diiktiraf halal oleh Malaysian Halal Consultant & Training Agency (MHCT). Teringin nak merasa makan disitu sebab dari awal sampai la ke hari terakhir tak merasa kami nak makan makanan Jepun yang halal. Proses pencarian restoran halal yang dimaksudkan pun bermula.. Sambil mencari sempat jugaklah singgah di kedai-kedai yang agak menarik di situ..

First time jumpa smoking room kat tengah terminal dalam airport
Tu bukan tanda peace, tapi nak beli 2 majalah dengan free gift.. Huhu..
Antara gift shop yang besar kat dalam terminal ni
Dah check... non-halal.. Move on..
Dalam food court pun takde jugak..
@ Sanuki Restaurant

Setelah 15 minit berjalan kat dalam terminal, akhirnya kami jumpa juga restoran halal yang dimaksudkan. Nama restoran tu Sanuki Restaurant. Specialty in u-don noodles. Terbaiklah. Merasa juga saya makan u-don di negara kelahirannya. Sebenarnya saya tak pernah pun makan u-don di Malaysia. Makanan Jepun yang saya pernah makan dan amat suka cuma sushi je. Rasa menyesal pulak tak makan sushi masa kat Osaka dan Tokyo. Huhu.. Katanya sushi di Tsukiji Fish Market Tokyo sedap dan fresh. Takde rezeki kami. Dan takde rezeki tuan kedai sushi tu nak amik duit kami. Hehe.. Takde masalah pun tak dapat makan sushi kat Jepun ni (mode tenangkan diri sendiri.. huhu). Dah selesai bergambar kat luar restoran, apa lagi.. Time to eat Japanese noodles!..

Inilah dia Restoran Sanuki.. Terpampang logo halal tu..
Boleh pilih menu di kaunter
Ruang makan yang amat selesa. Takde orang pulak tu. Hehe..
Tengok menu yang ada kat kaunter, macam-macam jenis makanan yang ada. Lebih kurang macam makan yong tau fu, boleh pilih fishball mana yang berkenan. Mee u-don ni ada jenis dan saiz juga rupanya. Dah tu ada yang sejuk dan panas pulak tu. Tak nak peningkan kepala bab-bab makan ni, at last kami pilih set menu yang dah sedia ada dan tambah aksesori yang kami nampak macam sedap dimakan. Kami order air Japanese tea je sebagai minuman. Senang cerita. Jumlah semuanya adalah JPY1950. Hehe..

Banyak step dalam pemilihan noodle ni. Huhu..
Tengok set menu ni lagi senang. Hehe..
Apa lagi.. Order saja..
Sijil halal dari MHCT Malaysia dipamerkan. Terbaik!..
Apa yang dipilih sudah dapat..
Syiling kena amik. Buat kenangan atau souvenir di saat akhir..
Tadaa.. Masa untuk mencekik jangan sampai tercekik..
Layan jugak makan u-don noodle ni. Tapi ada rasa risau jugak. Bukan pasal kehalalannya, tapi kekuatan perut yang bakal menerima makanan yang baru first time dimakan. Perut saya ni lain macam sikit. Kalau makan benda yang pertama kali dalam hidup mesti akan jadi kejadian yang tak diingini. Dah la nak naik flight lepas ni. Toilet dalam flight sempit, tak selesa. Huhu.. Biasalah, perut baru nak merasa benda baru, terkejut. Hehe.. Tapi takkan taknak makan pulak kan. Daripada lapar lebih baik makan. Terpaksalah sanggup terima apa yang bakal terjadi selepas ni. Harap boleh bertahan sampai rumah kat KL. Uish, lama lagi tuu.. Toilet di rumah lagi best dari toilet awam. Hehe.. Eh, apa daa cerita pasal toilet ni.. Huhu..

Jemput makan ye..
Sengih walaupun tak pasti apa yang bakal berlaku lepas ni. Huhu..
Tengah sedap melayan u-don, tetiba ada satu group datang ke arah kami. Diorang dari syarikat TV channel Jepun. Salah sorang dari group tu approach kami. Dia nak interview kami pasal makanan halal. Takkan nak halau pulak kan. Kurang sopan begitu. Tambah pulak dengan orang Jepun yang amat berdisiplin dan sopan. Layan jugaklah. Sebelum dia interview, dia minta izin untuk merekodkan video perbualan kami dan juga aktiviti makan kami. Boleh je. Kena kontrol cun dan hensem la camni. Nak masuk TV la katakan.. Hehe..

Ahh sudah.. Reporter mana pulak ni?..
Dia bertanyakan tentang pendapat kami mengenai status halal. Adakah kami sebagai orang Islam akan makan di kedai yang ada status halal, ataupun kami akan tetap makan di kedai yang tiada status halal walaupun kedai tersebut tidak menyediakan makanan yang berasaskan daging. Saya jawab memang kami akan mencari kedai yang ada status halal, kerana lebih yakin. Mungkin kedai yang tiada status halal tidak menjual daging tapi minyak yang digunakan pulak diragui. Kalau ada rasa ragu-ragu baik tak payah. Takut apa yang diragui tu menjadi benar. Wallahualam..

Perempuan tu sebagai translator. Senang sikit nak berkomunikasi..
Ada beberapa lagi soalan yang diajukan berkenaan dengan status halal. Tujuan diorang interview adalah nak buat dokumentari tentang makanan halal di Jepun. Mungkin diorang nak tambah banyak lagi restoran yang berstatus halal di sini. Alhamdulillah. Mudah la untuk orang Islam datang bercuti di Jepun. Kebetulan pulak dah tak perlukan visa untuk ke sini. Last sekali saya bagi suggestion bahawa restoran yang berstatus halal haruslah diperbanyakkan di Jepun. Fuh, dah macam duta halal Malaysia pulak jadinya. Hehe..

Amik shot video dari jauh tu.. Kontrol ye semua. Hehe..
Sebelum mengakhiri interview, diorang bagi business card. Slot dokumentari ni bakal keluar di TV Jepun pada 28 Januari 2014. Wah, kat Malaysia pun tak pernah keluar TV, alih-alih muka kami bakal keluar kat TV Jepun.. Famous jap. Hehe.. Nasib tak baik sebab takde kawan kat Jepun ni. Kalau ada dah lama suruh rekodkan dokumentari ni. Kenangan indah keluar dalam dokumentari TV Jepun. Nak guna video streaming tak tau pulak camna caranya. Takpelah, yang penting kami dah memberikan kerjasama dalam membantu mempromosikan makanan halal di Jepun. Harap betul la tak lama lagi makin banyak kedai makan berstatus halal di Jepun, insyaAllah.. Dan harap betul la muka kami masuk TV. Hehe.. Entah-entah saje je diorang buat gempak sebab nak dapat peluang interview kami. Huhu..

Selesai interview dia bagi business card
Tak tau apa yang kelakar sangat time ni. Hehe..
Diorang dari TV Tokyo. Cuba bukak website dia tapi sepatah ayat pun tak paham. Huhu..
Selesai interview, kami menghabiskan makanan kami. Jam 10.00 pagi kami bergegas menuju ke pintu masuk untuk berlepas. Tinggal lagi sejam untuk hal di kaunter imigresen. Takut ramai orang yang beratur. Selesai urusan pemeriksaan di kastam, kami mencari Fa dan husband tapi tak berjumpa. Tak sempat nak ucap selamat jalan kat diorang. Nak jumpa kat KLIA pun tak boleh sebab diorang turun di LCCT. Takpe, nanti sampai kat Malaysia saya akan contact diorang berdua. Kami menunggu di waiting hall sehingga pintu untuk berlepas dibuka. Jam 10.40 pagi Gate 13 untuk flight MH53 menuju ke Kuala Lumpur dibuka dan kami beratur untuk masuk ke dalam flight.

Di waiting hall menunggu pintu berlepas dibuka
Beratur untuk naik flight
Jam 10.50 pagi kami dah berada di dalam flight MH53. Bersedia untuk berlepas pulang ke Malaysia. Waktu berlepas agak lewat kerana flight terpaksa queue di landasan dan hujan yang turun agak lebat. Banyak flight yang berlepas jam 11.00 pagi termasuk yang delay kot. Kelihatan flight Air Asia X yang dinaiki Fa dan husband sudah berlepas dulu. Tepat jam 11.40 pagi barulah giliran MH53 untuk berlepas di landasan. Harap perjalanan kami berempat di dalam Air Asia dan MAS berjalan dengan lancar. Menunggu masa untuk tiba di Kuala Lumpur dengan selamat, insyaAllah.. Goodbye Japan!

Bersedia untuk berlepas
Hujan lebat di luar. Harap flight berlepas dengan lancar..
Sudah berada di awangan.. Time to sleep..
Sepanjang perjalanan saya habiskan masa dengan tidur. Saya tak suka sangat melayan movie dalam flight. Lebih prefer dengar lagu. Sambil dengar boleh terus tertidur. Terjaga pun kerana waktu makan. Lepas makan tidur balik. Hehe.. Apa yang nak dibuat pun dalam flight. Nak main games pun rasa malas. Kalau dapat masuk cockpit atau lepak kat business class takpelah jugak kan. Saya sedar cuma ekonomi class je yang mampu. Huhu.. The best activity to do when in flights is sleep.. Yezzaa..

Makanan pilihan saya
Yang ni pulak pilihan wife saya
@ KLIA

Jam 5.45 petang saya dikejutkan oleh announcement dari captain menyatakan flight akan mendarat dalam masa 10 minit lagi. Lewat 50 minit dari waktu sebenar. Tak kisahlah, janji mendarat dengan selamat. Sampai di KLIA kami terus bergerak ke bahagian luggage untuk mengambil barang kami. Tak sabar nak berjumpa dengan anak-anak dan beri barang-barang yang kami beli di Jepun khas untuk diorang. Disebabkan barang kami banyak, kami ambil keputusan untuk naik teksi je. Kami singgah di kaunter tempat kami sewa wi-fi untuk return semula. Memang terbaiklah wi-fi yang kami sewa ni. Lain kali kalau ke luar negara boleh sewa lagi, insyaAllah..

Semua beg kami berjaya dijumpai dengan selamat..
Lepas maghrib kami turun ke station teksi. Teksi yang kami naik menuju terus ke rumah kami di Wangsa Maju. Sudah dijangka anggaran tambang yang akan dikenakan, iaitu RM76.80. Masih lagi murah berbanding kos naik ERL. Kalau ERL terus berhenti depan rumah dah lama saya naik. Daripada pening kepala nak angkat beg lagi, lebih baik naik teksi je.. Depan rumah driver teksi tu drop kami. Jam 8.50 malam kami tiba di our Home Sweet Home.. Berakhirlah sudah perjalanan kami mencari pengalaman di negara Jepun selama 8 hari. Wah, nampaknya perut saya memberikan kerjasama yang baik selepas makan u-don pagi tadi. Kalau sakit perut sekarang pun takde masalah sebab dah sampai rumah. Hehe.. Tq Japan for the sweetest memories!. Segala kenangan yang berlaku di sana akan selalu diingati sebagai satu pengalaman hidup yang amat berharga.. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Lunch     : RM63.40
  - Teksi      : RM76.80
  - Jumlah   : RM140.20

**Day 08 Expenses: RM140.20

*Website yang membantu:

Sanuki Restaurant

Kansai International Airport

TV-Tokyo