Friday 20 June 2014

JJCP Japan : Day 06 (Part #1)

Tarikh:
27 November 2013
Lokasi kejadian:
New Miyako Hotel - Kyoto Cycling Tour

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni kami bangun jam 5.40 pagi. Bersemangat untuk trip hari ni. Kisah di Tokyo sudah menjadi kenangan. Kali ni kisah di Kyoto pulak. Orang kata rugi kalau datang ke Jepun tapi tak singgah jalan-jalan di Kyoto. Banyak tempat yang menarik boleh dilawati. Ikut pada sejarah, Kyoto antara bandar yang ditarik balik dari menjadi sasaran bom atom masa perang dulu, disebabkan oleh culture dan pemandangan yang cantik. Kyoto was removed from the atomic bomb target list! But for me, Kyoto is still my target list for this trip. Hehe.. Memang awal-awal dah susun itinerary untuk melawat Kyoto walaupun sempat sehari dua je.

Places of interest at Kyoto
Kami bersiap-siap untuk turun ke bawah. Jam 7.15 pagi kami dah berada di cafe untuk breakfast. Menu? Sama seperti breakfast yang sebelumnya, walaupun di hotel yang lain. Roti, jem dan fresh orange. Huhu.. Saya bukan penggemar roti. Tapi mungkin lepas trip Jepun ni saya menjadi fans kepada roti. Hehe.. Yang penting perut dah cukup kenyang untuk pagi ni.

Hearton Hotel breakfast coupon
Selesai makan roti dan minum fresh orange, kami berjalan ke Osaka Station yang terletak bersebelahan dengan hotel. Kami lalu di dalam bangunan Umesan Kouji dan tembus terus ke dalam Osaka Station. Jam 8.05 pagi kami naik JR Kyoto Line menuju ke Kyoto Station. Ada beberapa train yang menuju ke Kyoto. Kelihatan ramai orang berebut untuk naik satu train ni. Kami pulak pilih untuk naik train yang tak ramai orang. Rupanya train yang ramai orang tu adalah rapid train, dimana train hanya berhenti kat beberapa hentian je. Yang kami naik ni stop kat setiap hentian. Lama jugak nak sampai Kyoto Station. Harap sempat sampai di Kyoto sebelum ada yang marah sebab lambat. Huhu..

Pamphlet Umesan Kouji. Banyak restoran di sini.
Kedudukan Hearton Hotel Nisiumeda yang berdekatan dengan Osaka Station
Kena ingat nama gate ni. Senang nak balik hotel nanti.
Berjalan mencari platform untuk ke Kyoto Station
@ New Miyako Hotel

Lebih kurang 45 minit perjalanan dalam train, akhirnya kami tiba di Kyoto Station pada jam 8.50 pagi. Kami mencari pintu Hachijo Exit untuk ke New Miyako Hotel. Pakej tour kami yang kedua akan bermula di situ pada jam 9.15 pagi. Akhirnya jam 9.10 pagi kami sampai di lobi New Miyako Hotel. Alhamdulillah, sampai tepat pada masanya. Di lobi hotel, kami di sambut oleh staff Sunrise Tours yang incharge tour kami. Kami diperkenalkan dengan tour guide yang akan membawa kami berjalan-jalan di Kyoto dengan menggunakan basikal. Hehe..

JR Kyoto Line from Osaka Station to Kyoto Station
Di Kyoto Station. Cantik jugak train ni..
Sempat lagi bergambar di luar Kyoto Station
This is New Miyako Hotel
Kyoto Guided Bicycle Tour confirmation slip..
Map yang disertakan sekali sebagai panduan untuk ke lokasi kejadian
Julie adalah nama tour guide kami. Nama dalam Jepun saya dah tak ingat. Nampak sangat pelik sebutannya sampaikan terlupa. Nama Julie lebih mudah nak ingat. Yang penting Julie ni pandai speaking. Senang sikit nak tanya apa-apa soalan nanti. Ingatkan ramai la yang ikut tour ni. Rupanya Sunrise Tours dah susun ikut group. So, hanya kami berempat je dalam satu group. Ok la tu. Mudah sikit pergerakan. Kalau Julie nak marah-marah sebab lambat, kita boleh sound dia balik. Hehe.. Takde lah, tengok pada gaya, baik orangnya. Harap-harap kami enjoy la naik basikal meronda di Kyoto ni. Jam 9.15 pagi Julie bawa kami ke garaj parking di basement hotel. Kat situ terletaknya banyak jenis basikal yang boleh dipilih ikut kesesuaian dan ketinggian kami.

Masa untuk pilih basikal yang sesuai..
Julie tengah adjust ketinggian seat..
Yeaa.. Seat sudah tinggi. .Apa lagi?..
Cerita tentang basikal. Sebenarnya wife saya tak pernah bawak basikal. Pernah tu memang pernah, tapi just pusing keliling rumah je. Saya dah bincang awal-awal dengan dia tentang pilihan tour berbasikal. Dia setuju je kami amik pakej tour ni. Bila check dengan Fa, rupanya dia pun tak pernah bawak basikal. Siap nak training dulu berbasikal kat Malaysia sebelum datang ke sini. Hehe.. Takut jadi macam situasi Cik Salmah dan Sarip Dol samseng Kg. Dusun je. Kene sergah sikit terus jatuh. "Haa, baik-baik cik Salmah.. jaga-jaga cik Salmah. Kan dah jatuh.. Haha".. "Kenapa awak suka kacau sama kita?". Hehe.. Suka betul ayat ngorat si Sarip Dol tu. Pernah sekali wife saya bawak basikal di UPM, kena hon dengan kereta terus keluar dari jalan raya jatuh atas rumput. Last-last tolak je basikal tu. Hehe.. Nasib baik kat Jepun ni orangnya tak suka hon kereta. Tak dapat saya bayangkan, tak pernah bawak basikal, tetiba bawak kat negara orang. Tengah bandar pulak tu. Huhu.. Harap semuanya berjalan lancar. Pengalaman..

Praktis mengayuh kat dalam parking lot dulu..
Helmet dah pakai.. Kira dah ready la ni ye..
@ Kyoto Cycle Tour

Menarik jugak basikal Jepun ni. Walaupun nampak macam basikal kampung je tapi ada gear sampai 8 tuu.. Saya bertanya tentang harga basikal ni. Bila convert dalam RM harga basikal ni sama dengan harga motor EX5. Mahalnya!.. Patutlah kat Jepun ramai orang naik basikal, tapi kat Malaysia ramai naik motor. Sama harga rupanya. Tapi naik basikal lagi bagus untuk kesihatan dan kurang pencemaran. Terbaiklah.. Setelah selesai adjust seat untuk basikal Fa, jam 9.25 pagi kami mulakan kayuhan. Julie pandu arah di depan, diikuti Fa dan wife saya. Kalau jadi apa-apa senang nak tolong. Let's jom!

Walaupun macam basikal tua tapi ada 8 gear tau. Hehe..
Kayuhan mencari pengalaman di Kyoto pun bermula.
Memang relaks mengayuh basikal di musim sejuk.. Cool..
Thumbs up! So far so good..
Time ni la pedal nak tersangkut.. Hehe..
- 1st stop: Higashi-hongan-ji Temple

Kami berhenti di Higashi-hongan-ji Temple setelah 15 minit mengayuh basikal. Ini adalah salah satu Buddhist temple yang terawal dan terbesar di Jepun. Temple ni terbahagi dua, namun satu daripadanya ditutup untuk proses baikpulih. Walaupun kami tak berapa gemar nak masuk temple ni, tapi sebagai salah satu destinasi dalam tour ni maka terpaksalah kami lawat juga. Hanya amik gambar untuk kenangan, apa salahnya. Kelihatan ramai juga tourists dan locals kat dalam temple ni. Mungkin ada upacara keagamaan kot.

1st stop: Cycling tour from New Miyako Hotel to Higashi-hongan-ji Temple
Di pintu masuk temple. Julie tengah bagi penerangan.
Dataran yang luas di dalam temple
Nampak comel. Amik je la gambar..
Ada satu lagi. Berpasangan rupanya dia. Hehe..
Di luar temple. Belakang tu Kyoto Tower
Ready for the next journey
Nak melintas jalan pun boleh bergambar lagi..
15 minit melawat di dalam temple, jam 9.55 pagi kami keluar dan menuju ke destinasi berikutnya. Nampaknya wife saya dan Fa dah mula biasa dengan basikal yang dibawa. Cayalah.. Helmet pun dah tak pakai dah. Bukan kemestian untuk pakai helmet ketika berbasikal di Jepun. Tak pakai pun takpe. Hanya untuk keselamatan tambahan. Tak biasa naik basikal pakai helmet sebenarnya. Rimas. Huhu.. Our next destination is to look at Shirakawa River. Ada sejarah di sebalik sungai ini..

- 2nd stop: Shirakawa River

Kami sampai di Shirakawa River jam 10.10 pagi. Shirakawa River bermaksud "Sungai Putih" dimana dasarnya adalah pasir berwarna putih yang dibawa mengalir dari atas bukit. Zaman dulu Shirakawa River menjadi laluan perdagangan yang penting di Kyoto. Sungai ni bersambung dengan Kamo River yang lebih besar. Tapi sekarang Shirakawa River dah jadi cetek. Sampan pun tak lepas nak lalu. Huhu.. Sejarah tetap sejarah. Untuk ingatan generasi akan datang..

2nd stop: Cycling tour from Higashi-hongan-ji Temple to Shirakawa River
Julie bagi penerangan tentang sejarah Shirakawa River
Cetek tapi jernih airnya..
Sungai yang penting pada suatu ketika dahulu..
Selesai penerangan tentang Shirakawa River, jam 10.15 pagi kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Geisha (Geiko) District. Julie kata kalau ada rezeki boleh tengok geisha tengah berjalan kaki ke tempat kerja. Boleh nak bergambar masa dia berjalan tapi tak boleh tegur dan halang perjalanan dia. Nak masuk ke kawasan geisha perlu senyap, tak boleh bising-bising. Nanti 'older sister' marah. Hehe.. Tak sampai 10 minit mengayuh basikal, akhirnya kami tiba di Geiko District. Time to learn something new..

- 3rd stop: Geiko District

Kami berhenti di satu lorong yang sempit di tepi jalan besar. Disebabkan lorong agak sempit, kami terpaksa menolak basikal masuk melalui lorong tersebut. Keluar je dari lorong, kami letakkan basikal di tepi dinding dan mendengar penerangan dari Julie. Geiko District terbahagi kepada 5 bahagian yang dinamakan Five Flower-Towns. Ramai yang beranggapan status Geisha adalah pelacur di Jepun. Dari penerangan Julie, Geisha sebenarnya adalah penari ataupun professional entertainers kepada pelanggan kelas atasan. Zaman dulu hanya orang yang tertentu je yang boleh dapatkan servis dari Geisha. Namun zaman sekarang tourists pun boleh juga, cuma bayaran untuk khidmat Geisha amatlah tinggi, sekitar JPY50000 hingga JPY100000. Kalau tukar kepada RM minimum RM1750 dan maksimum dalam RM3250 untuk satu sesi. Fuh, mahalnya! Kalau nak merasa pengalaman dilayan oleh Geisha bolehlah mencuba. Kami takdelah nak habiskan duit sebanyak tu. RM3250 dapat cover perjalanan kami selama seminggu di Jepun. Huhu.. Untuk menjadi Geisha, seawal umur 15 tahun dah boleh apply. Kalau diterima kena training dulu sampai lulus. Baru boleh dipanggil Maiko (Geisha junior), bayaran pun dapat separuh daripada Geisha senior. Antara syarat yang utama ialah diorang tak boleh berkahwin. Kalau nak berkahwin jugak terpaksalah keluar dari profesion Geisha.

3rd stop: Cycling tour from Shirakawa River to Geiko District
Kereta kat belakang tu ikut je belakang kami yang slow ni.. Hehe
Melintasi sungai untuk ke Geiko District
Menolak basikal melalui lorong.. Silent please..
Parking basikal dulu
Mendengar penerangan tentang Geisha
Five Flower-towns with different symbols..
Kami belum nampak lagi Geisha atau Maiko berjalan di luar. Mungkin masih awal pagi. Selalunya diorang akan berjalan keluar di waktu petang. Jarang tengok diorang keluar waktu tengahari. Mungkin ada sorang dua tersesat keluar ke, mana tau kan. Hehe.. Teringin nak tengok make-up tebal diorang depan mata kami.

Miyagawacho Geisha Quarters
Kusyuk mendengar penerangan dari Julie
Next destination..
Selesai mendengar cerita tentang Geisha, jam 10.30 pagi kami meneruskan perjalanan di dalam Geiko District. Perjalanan melalui jalan yang agak berbukit. Nasib baik basikal ada gear. Takdelah terasa penat sangat nak mengayuh naik bukit. 5 minit kemudian kami tiba di satu persimpangan. Julie menerangkan tentang batu sempadan yang berkait dengan kepercayaan orang Jepun zaman dulu. Kami tak berapa faham sangat. Dengar je lah.

Naik bukit la pulak.. Tukar gear..
Julie menerangkan tentang maksud batu sempadan di simpang
- 4th stop: Ghost Child Care Candy Shop

Di persimpangan tu jugak terdapat satu kedai menjual gula-gula. Nama kedai tu Ghost Child Care Candy Shop. Takut juga dengar nama kedai tu. Ada cerita disebalik nama. Al kisah, kira-kira 400 tahun dulu, ada seorang perempuan datang ke kedai di tengah malam untuk membeli gula-gula. Setiap hari dia datang ke kedai tersebut, pada waktu yang sama. Masuk hari ke-7, tuan kedai merasakan ada sesuatu yang misteri lalu dia mengikut perempuan tersebut secara senyap. Tiba-tiba perempuan tersebut hilang dari pandangan. Apa yang tuan kedai tu nampak adalah kawasan perkuburan di kuil berdekatan. Tuan kedai tu cuba mencari jejak perempuan tersebut sehingga terjumpa kubur yang baru digali dan dia terdengar bunyi bayi menangis di dalam kubur tersebut. Tuan kedai terus panggil paderi di kuil untuk menggali kubur tersebut. Apa yang kelihatan adalah mayat perempuan tadi dan bayi yang sedang memegang gula-gula. Dipercayai bayi tersebut lahir dari ibunya yang telah mati. Cerita mula tersebar di seluruh Kyoto tentang bagaimana kasih sayang seorang ibu mencari makanan supaya anaknya terus hidup. Sejak dari kisah tu, gula-gula tersebut dinamakan sebagai Ghost Child Care Candy sebagai simbol kasih sayang ibu terhadap anaknya. Sampai sekarang rasa gula-gula tersebut masih sama seperti 400 tahun yang lalu.

4th stop: Cycling tour from Geiko District to Ghost Child Care Candy Shop
Inilah Ghost Child Care Candy Shop
Kami semua dapat merasa gula-gula tersebut. Lebih kurang macam gula tarik je. Candy shop ni adalah kedai kedua tertua di Jepun dan masih lagi beroperasi. Ianya diusahakan sejak turun temurun. Tuan kedai sekarang bernama Ms. Danzuka, generasi ke-20 yang menjaga kedai ni sejak kisah 400 tahun yang lalu tu.

Rasa seperti gula tarik. Manis..
Kenangan di 2nd oldest shop in Japan
- 5th stop: Rokudo Chinno-ji Temple

Seterusnya kami bergerak menuju ke Rokudo Chinno-ji Temple yang terletak tidak jauh dari Candy Shop. Di sini terdapat patung yang amat besar terletak di dalam rumah. Tourist cuma boleh view melalui lubang yang disediakan. Memang besar betul. Terkejut kejap sebab ada pergerakan kat patung tu. Rupanya ada orang tengah bersihkan patung tersebut. Bikin saspen jer. Hehe.. Ada satu loceng besar dan juga taman yang terletak di belakang temple. Julie kata temple ni adalah sebagai sempadan antara alam nyata dan alam kubur. Huhu.. Baik kami keluar cepat dari temple tu. Lain macam je..

5th stop: Cycling tour from Ghost Child Care Candy Shop to Rokudo Chinno-ji Temple
Dalam bangunan ni ada patung yang besar
Testing pengang tali loceng
Batu bentuk kepala sebagai simbolik ahli kubur..
Jam 11.00 pagi kami bergerak ke temple yang berikutnya. Banyak betul temple kat area Kyoto ni. Lepas ni jenis temple apa pulak yang nak dilawat. Dalam perjalanan kami berhenti kejap untuk bergambar berlatarbelakangkan Yasaka Pagoda. Selesai bergambar, kami terus menuju ke Yasaka Koshindo Temple.

Yasaka Pagoda di belakang
Bergambar bersama Julie
- 6th stop: Yasaka Koshindo Temple

Kami tiba di Yasaka Koshindo Temple pada jam 11.15 pagi. Kelihatan patung kecil yang banyak tergantung di satu sudut dalam temple tersebut. Bentuk macam kain yang digumpal. Julie kata ianya adalah 'hanging monkeys' ataupun 'kukurizaru'. Ada juga yang menyebutnya sebagai 'saru bobo'. Tak pasti ianya benda yang sama atau tak. Orang ramai yang datang akan gantung  benda ni yang dikatakan berkait rapat dengan wish masing-masing yang diharapkan termakbul. Begitulah kepercayaan agama masing-masing.

6th stop: Cycling tour from Rokudo Chinno-ji Temple to Yasaka Koshindo Temple
Julie sedang terangkan tentang kegunaan benda yang tergantung ni
Ada satu lagi tempat menggantung di tengah temple..
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Maruyama Park. Apa yang menarik tentang Maruyama Park adalah tamannya yang cantik. Pokok yang berwarna-warni daunnya membuatkan pemandangan menjadi sangat indah. Banyak wedding couple yang bergambar di situ. Kami dah wedding lama, boleh jugaklah bergambar sekali. Hehe.. Dalam perjalanan, kami terserempak dengan Geisha. Peluang kami untuk melihatnya dengan lebih dekat. Walaupun tak boleh nak tahan dia untuk bergambar, tapi dapat curi-curi berdiri sebelah dia masa dia berjalan pun dah cukup baik.

Dia sudah datang..
Sudah makin dekat.. Sedia..
Gotcha!.. Dapat jugak tengok Geisha dari dekat.. Putih bebenor!. Hehe..
- 7th stop: Maruyama Park

Kami meneruskan perjalanan ke Maruyama Park. Sampai di situ kelihatan ramai orang sedang duduk berehat dan bersiar-siar. Cuaca sejuk memang best la jalan-jalan kat taman. Huhu.. Ada juga newlywed sedang bergambar. Cantiknya taman ni. Kecewa sikit sebab tak boleh nak lepak lama-lama. Tour kan.. Mesti kena on-time. Dapat merasa keindahan taman sekejap pun jadilah. Buat kenangan dalam hidup kami.

7th stop: Cycling tour from Yasaka Koshindo Temple to Maruyama Park
Di Maruyama Park
Amat cantik pemandangan di sini
Tasik yang dikelilingi oleh pokok yang berwarna-warni.. Tenang terasa..
Kalau bukan tour dah lama berjalan sampai hujung sana..
Selesai bergambar di Maruyama Park, jam 11.35 pagi kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Kali ni jalan turun bukit. Takde lah letih sangat nak mengayuhnya. Wife dan Fa dah agak stabil dan selesa dengan basikal masing-masing. Walaupun masa ternampak Geisha tadi ada sedikit insiden. Jatuh manja je. Time naik bukit pulak tu. Hehe..

Kat sini basikal tak kunci pun. Siap letak beg lagi kat bakul tu..
Let's jom to the next destination!
- 8th stop: Tatsumi Daimyojin Shrine

Kami mengayuh laju menuruni bukit menuju ke Tatsumi Daimyojin Shrine. Tak sampai 10 minit kami dah tiba di kawasan shrine tersebut. Rupanya kecik je shrine di sini. Tapi pemandangan sekitar kawasan amat cantik. Kelihatan newlywed tengah bergambar. Saya tertanya-tanya, apakah beza antara temple dan shrine? Julie menerangkan bahawa fungsi kedua-duanya adalah sama, iaitu tempat ibadat untuk dua agama yang utama di Jepun, iaitu Buddhist dan Shinto. Shrine untuk Shinto dan temple untuk Buddhist. Struktur bangunan pun berbeza. Kalau shrine mesti ada patung anjing atau singa di pintu masuk dan gerbang, selalunya warna merah. Kalau temple pulak selalunya ada pagoda. Nama pun boleh bezakan keduanya. Shrine hujung namanya '-jingu', kalau Buddhist pulak hujung namanya '-ji'. Itulah sedikit info dari Julie yang saya faham. Banyak lagi yang dia explain, tapi tau sikit-sikit cukuplah. Hehe..

8th stop: Cycling tour from Maruyama Park to Tatsumi Daimyojin Shrine
Air sungai yang bersih dan jernih
Newlywed sedang seronok bergambar
Japanese rickshaw. Teringin nak naik tapi takut mahal..
Tatsumi Daimyojin Shrine. Bukan temple sebab ada gerbang..
Julie bagi penerangan tentang shrine
- 9th stop: Traditional Sweet Shop

Selesai mendengar penerangan dari Julie, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Julie ajak kami singgah di kedai menjual kuih tradisional Jepun. Sebelum tour tamat nanti boleh la lepak makan kat taman. Kami ikut je. Teringin jugak nak merasa kuih tradisional Jepun. Saya peminat kuih tradisional Malaysia. Kuih koci, lopes dan yang paling favourite kuih getas. Susah nak jumpa kuih getas ni. Selalu bila balik kampung mintak mak buatkan. Nampak macam senang je cara buatnya. Tapi kuih buatan air tangan mak dah tentu paling sedap. Tetap nak suruh mak buat jugak. Hehe.. Julie membawa kami ke sebuah kedai yang dah lama berniaga kuih tradisional Jepun. Dia kata selalu jugak dia beli kuih kat sini. Kebetulan ada satu group orang tua di situ. Masing-masing memegang trekking pole/walking stick. Baru lepas exercise jalan-jalan di Kyoto. Patutlah orang Jepun ni sihat-sihat belaka. Dah tua pun masih kuat berjalan. Respect!. Kami berikan laluan untuk diorang beli kuih dulu. Lepas tu barulah kami pilih mana-mana kuih yang kami rasa macam berkenan nak masuk dalam perut kami.

9th stop: Cycling tour from Tatsumi Daimyojin Shrine to Traditional Sweet Shop
Group veteran dengan trekking pole di tangan..
Giliran kami pulak memilih kuih tradisional Jepun
Kebersihan diutamakan dalam penyediaan makanan di Jepun
Kami cuma beli 3 jenis kuih. Satu daripadanya Julie yang suggest kami try. Kuih 'daifuku' yang berinti kacang merah. Bentuknya macam kuih tepung gomak je. Saya suka jugak makan kuih tepung gomak. Sedap sangat. Hehe.. Lepas bayar JPY320 untuk 3 jenis kuih, kami meneruskan perjalanan ke Heian Shrine. Daripada jauh kelihatan gerbang merah yang begitu besar di simpang masuk ke Heian Shrine. Amik gambar dulu..

Gerbang yang menunjukkan kawasan shrine, bukan temple
Bergambar kenangan di gerbang Heian Shrine
Cycling partners.. Hehe..
- 10th stop: Heian Shrine

Selesai bergambar kenangan di gerbang shrine yang besar, kami teruskan kayuhan hingga ke hujung jalan dimana Heian Shrine terletak di situ. Kami berhenti di Heian Souvenir Shop yang terletak berdekatan dengan Heian Shrine. Agak murah juga barang yang dijual. Ada cafe di dalam souvenir shop ni. Selesai memilih souvenir yang berkenan di hati, kami membeli kopi di cafe. JPY900 untuk 2 cawan kopi panas. Lebih kurang macam harga starbucks je. Huhu.. Kami berehat sambil minum kopi dan makan kuih tradisional Jepun di Okazaki Park yang terletak di luar Souvenir Shop. Masa ni lah kami amik peluang untuk berborak panjang dengan Julie, bertanyakan tentang culture di Jepun. Banyak info yang kami dapat tetang negara Jepun. Isu utama sudah tentu tentang kos sara hidup yang amat tinggi di sini. Golongan pertengahan di Malaysia sama level seperti golongan cukup-cukup makan di Jepun. Huhu.. A very expensive country to live in!. Especially yang tinggal di Tokyo.

10th stop: Cycling tour from Traditional Sweet Shop to Heian Shrine
Heian Souvenir Shop and Cafe
Honda 50cc. Kuat ni. Kat Kelantan orang panggil Honda Samah..
Berehat-rehat di Okazaki Park sambil makan kuih
Layan jugak minum kopi panas di musim sejuk.. Best!..
Julie terangkan lokasi hotspot di area Kyoto
Setelah banyak info yang kami dapat tentang Jepun dari Julie, kami menuju ke pintu masuk Heian Shrine. Ini adalah lokasi lawatan yang terakhir kami dalam cycling tour. Kami tak masuk ke dalam Heian Shrine. Hanya bergambar di kawasan luar je. Cycling tour sudah sampai ke penghujungnya. Julie tanya kami sama ada nak balik semula ke New Miyako Hotel atau kami dah ada perancangan untuk ke destinasi seterusnya. Kami bagitau yang kami nak jalan-jalan di Nishiki Market dan Teramachi Street. Julie cadangkan kami letak basikal di lokasi yang berdekatan dengan Nishiki Market. Tak perlu nak ke New Miyako Hotel. Kami setuju je sebab memudahkan kami. Kat sini kalau sewa basikal tak perlu nak hantar balik ke lokasi asal. Ada banyak tempat untuk pulangkan basikal di Kyoto. Boleh refer pada cycling map yang disediakan.

Wife bergambar bersama Julie
Kenangan kami di Heian Shrine
It's a wonderful cycling tour.. Sangat best!..
Ke lokasi untuk pulangkan basikal. Huhu..
- Last stop: Co-op Inn Hotel

Kami mengayuh basikal mengikut Julie ke destinasi terakhir. Tepat jam 2.00 petang kami tiba di Co-op Inn Hotel, dimana basikal kami diletakkan di garaj hotel. Berakhirlah sudah pengembaraan kami mencari pengalaman di Kyoto dengan menggunakan basikal. Kenangan yang takkan kami lupakan sampai bila-bila. Terima kasih kepada guide kami, Julie yang amat baik dan sabar dengan karenah kami yang tak menepati masa ni. Hehe.. Saya pasti recommend pada kawan-kawan saya yang nak ke Kyoto supaya amik tour berbasikal yang dibawa oleh Julie. Seronok!.. Sebelum Julie meninggalkan kami, dia sempat lagi bagi petunjuk arah mana untuk kami berjalan dari situ ke Nishiki Market dan Teramachi Street. Thanks for the valuable experience Julie!. Hope to see you again.. Terpaksalah guide ikut naluri masing-masing pulak lepas ni. Huhu.. Signboard Nishiki Market dah depan mata. Tak pasti apalah yang menanti di dalam market tu. Perut dah mula lapar. Harap berjumpa makanan halal dalam Nishiki Market. Dapat makan roti plain pun jadilah. Wallahualam..

Last stop: Cycling tour from Heian Shrine to Co-op Inn Hotel
Pamphlet tentang basikal sewa
Boleh pilih jenis basikal yang sesuai untuk disewa
Kyoto cycling map.. Besar sungguh map ni kalau dibuka..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Sweet Shop  :  RM10.40
  - Coffee          :  RM29.25
  - Jumlah         :  RM39.65

*Website yang membantu:

Kyoto Cycling Tour Project

Visit Kyoto

Gion Geisha District

Geisha

Japanese Traditional Sweets