Sunday 11 May 2014

JJCP Japan : Day 03 (Part #3)

Tarikh:
24 November 2013
Lokasi kejadian:
Tokyo Camii Mosque - Hard Rock Cafe Tokyo - Shibuya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ Tokyo Camii Mosque

Subway Yoyogikoen Station to Yoyogiuehara Station
Jam 3.40 petang kami dah berada di Yoyogiuehara Station. Kami keluar dari station ke Tokyo Camii Mosque ikut naluri hati saya. Hehe.. Alhamdulillah, pilihan jalan adalah tepat. Dari Yoyogiuehara Station, kami berjalan menuju ke landmark pertama iaitu 'Koban' (pondok polis) di simpang jalan. Kemudian terus berjalan melalui bawah flyover dan tak sampai 10 minit kami nampak Tokyo Camii Mosque di seberang jalan.

Walking route from Yoyogiuehara Station to Tokyo Camii Mosque
Suka tengok tempat parking basikal di sini. Tersusun je..
Tokyo Camii Mosque di seberang jalan
Sampai je di Tokyo Camii Mosque, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar sepuasnya. Ada juga tourists yang bukan beragama islam datang melawat kerana kecantikan ukiran binaannya. Harap-harap adalah yang terbuka hati untuk memeluk agama Islam, insyaAllah.. Di bahagian bawah adalah pejabat pentadbiran dan juga Turkish Culture Center. Kami naik tangga di tepi bangunan kerana ruang solat berada di atas. Tapi untuk ambil wuduk terpaksa turun semula di bahagian basement. Ada tangga lain khas disediakan untuk ke tempat ambil wuduk.

Binaan masjid yang amat cantik
Pintu masuk ke Turkish Culture Center
Bergambar sebelum naik tangga ke ruang solat di atas
Di pintu masuk ruang solat
Tangga khas untuk ke tempat wuduk di basement
Tempat ambil wuduk di basement
Kami bergilir-gilir untuk menunaikan solat kerana nak menjaga barang kami. Walaupun tau di Jepun ni tak perlu risau tentang kes kecurian barang, tapi budaya mencuri di Malaysia membuatkan kami dah terbiasa dengan cara itu. Hehe.. Sehebat-hebat pencuri di Malaysia pun, kita masih boleh lagi letak wallet di poket belakang, tapi kalau di Paris jangan la buat macam tu. Lagi hebat taktik dan teknik diorang dalam skill mencuri ni. Huhu.. Selesai solat, kami berkesempatan untuk mengambil pemandangan di dalam ruang solat. Amat kagum dengan ukiran binaanya. Masjid-masjid di Malaysia juga apa kurangnya. Islam itu amat indah. Cuma bilangan ahli jemaah je yang menjadi isu.. Huhu..

Indah dan tenang jiwa terasa
Harap doaku dimakbulkan, insyaAllah..
Pandangan dari ruang solat wanita di bahagian atas
Alangkah baiknya bila setiap baris dipenuhi dengan ahli jemaah..
Pemandangan kubah masjid dari dalam
Kami berehat sebentar di bahagian luar masjid sebelum meneruskan perjalanan. Sejuk betul lantai tempat kami duduk. Tak dapat bayangkan bila masuk winter season, betapa sejuknya ye. Huhu.. Sambil berehat kami masih lagi terus bergambar. Cuaca dah mula nak gelap. Ada beberapa tempat lagi yang kami plan nak pergi untuk hari ni. Jam 4.25 petang kami teruskan perjalanan balik ke Yoyogiuehara Station. Tokyo Camii Mosque mula hilang dari pandangan. Yang tinggal cuma seribu satu kenangan yang sudah pasti takkan kami lupakan.

Ruang yang luas di luar masjid
Group tourists yang datang melawat dan solat
Jadual waktu solat di Tokyo
Visiting instructions untuk para pengunjung
Time for leaving Tokyo Camii Mosque..
Kami berjalan semula ke Yoyogiuehara Station. Next destination adalah balik semula ke Harajuku area. Time to find a halal foods. Perut sudah meragam.. Huhu.. Dari Yoyogiuehara kami naik subway train jam 4.50 petang (dah malam, huhu..) terus ke Meijijingumae Station yang terletak di entrance Yoyogi Park, next station after Yoyogikoen Station. Have to spend another JPY160/person for the subway tickets. Sebelum train bergerak sempat lagi kami tengok gaya rutin pekerja di train station. Bersungguh-sungguh bila bekerja.. Terbaik lah.. 

'Koban' di simpang jalan..
Kenderaan rasmi di 'Koban'.. Cool..
Rutin harian pekerja di train station.. Ada gaya tersendiri..
Subway Yoyogiuehara Station to Meijijingumae Station via Chiyoda Line
Sampai di Meijijingumae Station jam 4.55 petang. Kami berjalan mengelilingi kawasan hotspots di Harajuku. Banyak butik-butik branded di sini. Kami cuma lalu di luar je. Dah boleh agak harga barang yang dijual. Huhu.. Setakat tengok dan cuci mata apa salahnya. Agak jauh berjalan, akhirnya kami sampai di kiosk yang menjual makanan halal. Menu malam ni cuma kebab yang kami beli di kiosk Kebab Box J. Harga untuk satu kebab masih boleh diterima iaitu JPY500. Boleh pilih macam-macam jenis sos. Tambah lagi JPY100 untuk air tin. Takpe, minum air mineral yang kami bawak je dah cukup.

Pemandangan sejurus keluar dari Meijijingumae Station
Terang benderang pemandangan di sini..
Pekerja kedai tengah prepare kebab kami..
Ceria sebab makanan dah ada di tangan.. Hehe
Saiz kebab sesuai dengan harganya.. Yummy!..
Makan kat tepi jalan di depan kedai je..
Kenyang sudah.. Hehe.. Kami meneruskan perjalanan. Kami pergi balik ke Takeshita Street melalui entrance yang lain. Panjang Takeshita Street lebih kurang 1 km. Pagi tadi just jalan sampai Daiso je. Kali ni sepanjang jalan kami redah. Kelihatan golongan remaja paling ramai di sini. Macam-macam offer yang diberi. Ada jugak kedai yang letak promoter di luar suruh kita masuk ke dalam kedai. Strategi perniagaan. Hehe.. Kami terpaksa jalan sampai ke hujung sebab nak naik train di Harajuku Station. Masa ni kami berempat berpecah dan set untuk jumpa balik di luar station dalam jam 6.30 petang. Cuci mata, window shopping dan bergambar.. Itu yang paling murah di sini. Hehe..

Entrance at the other side
Antara kedai yang ada di Takeshita Street
Happening juga waktu malam di sini..
Fa bergambar dengan promoter kedai. Hello Kitty!..
Sampai malam diorang pakai costume ni. Huhu..
Our walking route around the Harajuku hotspot area..
Jam 6.30 petang kami berkumpul di depan Harajuku Station. Kami naik train menuju ke Ebisu Station. Takde apa pun yang menarik perhatian kami di Ebisu, cuma kami nak tukar train di Ebisu Station untuk ke Roppongi Station. Fa dan husband tak ikut kami berdua ke Roppongi. Diorang tunggu kami di area Ebisu Station sambil menghirup udara malam katanya. Hehe.. Tujuan kami berdua nak pergi ke Roppongi hanyalah semata-mata untuk menyelesaikan misi hobi kami iaitu ke Hard Rock Cafe Tokyo. Penambahan koleksi t-shirt HRC bakal berlaku. Hehe.. Kami tiba di Ebisu Station jam 6.40 petang. Fa dan husband tunggu kami di luar station. Dari Ebisu Station kami naik subway Hibiya Line ke Roppongi Station. Bayaran yang dikenakan JPY160/person.

JR Yamanote Line from Harajuku Station to Ebisu Station
Menunggu subway di Ebisu Station
Subway Hibiya Line from Ebisu Station to Roppongi Station
@ Hard Rock Cafe Tokyo

Sampai di Roppongi Station jam 6.50 petang. Kami berjalan menyusuri kedai-kedai untuk ke Hard Rock Cafe Tokyo. Dari jauh kelihatan Tokyo Tower, struktur lebih kurang macam Eiffel Tower. Ada satu Indian restaurant, Maharaja yang terletak di atas TGI Fridays. Dah tentu mahal harga makanannya. Ada banyak lagi restoran halal di sekitarnya. Kenyang kebab tadi pun tak hilang lagi. Hehe..

Kedudukan Hard Rock Cafe Tokyo Roppongi dari Roppongi Station
Restoran Maharaja di seberang jalan..
Dibawahnya TGI Friday's.. Setakat boleh tengok je la.. Huhu
Restoran halal yang lain di sepanjang jalan
Tokyo Tower di hujung jalan..
10 minit berjalan kaki, tepat jam 7.00 malam kami sampai di simpang masuk ke Hard Rock Cafe Tokyo. Rock Shop di bahagian depan dan Hard Rock Cafe di bangunan belakangnya. Kami melihat pakaian yang dijual dan memilih design yang kami belum pernah ada sebagai koleksi kami. Kalau di HRC Ueno, tulisan di baju adalah Tokyo Ueno-Eki. Saya ingat HRC di sini tertulis Tokyo Roppongi, tapi rupanya cuma Tokyo. Maka bertambahlah lagi koleksi T-shirt HRC negara-negara yang kami dah lawati. Rock bebeh!.. Hehe..

Sampai sudah di HRC Tokyo
Bangunan belakang yang ada replika gitar tu restoran dia..
Setelah puas hati dengan pilihan yang dibuat, jam 7.20 malam kami meninggalkan HRC Tokyo Roppongi. Kami berjalan semula ke arah Roppongi Station. Harap-harap Fa dan husband tak tension menunggu kami. Huhu.. Nak buat macam mana, dah jadi hobi simpan koleksi T-shirt HRC. Walaupun harga untuk sehelai T-shirt agak mahal berbanding T-shirt biasa yang lain, tapi kepuasan bila dapat memilikinya yang penting. Biasalah, hobi manusia ni macam-macam. Yang penting bukan hobi yang pelik-pelik ye. Hehe..

Simpang besar di Roppongi Station
Jam 7.30 malam kami naik semula train ke Ebisu Station. Kena lagi JPY160/person. Sampai di Ebisu Station kami terus mencari Fa dan husband. Nasib baik diorang tunggu di tempat duduk betul-betul di pintu keluar station. Takdelah susah nak mencari. Kami berehat sekejap di situ sambil melihat pemandangan dan gelagat orang ramai yang keluar masuk station.

Di luar Ebisu Station
Teksi di Jepun.. Mahal tambangnya.. Huhu
Mungkin kat atas KFC tu restoran halal kot..
@ Shibuya

Jam 7.50 malam kami naik train dari Ebisu Station ke Shibuya Station. Bila sebut tentang Shibuya, dah tentu perkara yang paling famous di situ ialah Shibuya Crossing. Banyak filem buat shooting di situ. Antara movie yang paling diingati ialah Fast & Furious: Tokyo Drift. Shibuya Crossing sentiasa penuh dengan orang ramai yang melintas. Yang paling menarik bila traffic light merah, berduyun-duyun orang melintas. Di Jepun, walaupun jalan lengang, orang tetap tunggu lampu merah untuk melintas. Itu yang membuatkan Shibuya Crossing ni menjadi terkenal. Dapat jugak kami melihat keadaan di Shibuya Crossing ni secara live. Hehe..

JR Yamanote Line from Ebisu Station to Shibuya Station
Di luar Shibuya Station
Lihatlah betapa ramai orang yang melintas..
Macam ni la keadaan di sini setiap masa.. Huhu..
Shibuya Crossing never sleeps..
Satu kisah benar yang melibatkan Shibuya Station adalah cerita tentang seekor anjing yang bernama Hachiko. Kisah ni difilemkan dalam version Japan dan English. Saya pernah tengok version Japan dalam youtube tapi tak faham apa pun sebab takde subtitle. Huhu.. Dalam version English, filem bertajuk Hachi: A Dog's Story (2009) telah dilakonkan oleh Richard Gere sebagai tuannya. Agak berkaca jugak mata saya menontonnya. Huhu.. Seriuosly a sad story. But the moral of the story is more important. Betapa sayang dan setianya Hachiko pada tuannya sampaikan tuannya dah mati pun dia masih tunggu di luar Shibuya Station setiap hari selama 9 tahun!.. It's a must see movie.. Antara movie yang dapat rating tertinggi dalam list movie pilihan saya. Satu replika Hachiko diletakkan di luar Shibuya Station sebagai mengenang jasa dan kesetiaannya pada tuan yang menjaganya. Pintu keluar dari station pun dipanggil Hachiko's Exit yang mana ia juga menjadi lokasi pertemuan yang utama untuk orang ramai berkumpul.

Shibuya Station Area
Inilah dia patung Hachiko
Bergambar kerana suka tengok movie dia. Hehe..
Replika coach train zaman dulu-dulu pun ada di sini
Lambo.. Baru lepas drift ke?.. Huhu
Trying to blend in.. Sesak!..
This is Hachiko Entrance/Exit..
Hampir setengah jam kami melihat keadaan sesak di Shibuya Crossing, jam 8.20 malam kami naik train balik ke Ikebukuro Station. Jam 8.35 malam kami tiba di Ikebukuro Station. Fa dan husband teruskan perjalanan dalam train menuju ke Otsuka Station. Badan terasa amat letih. Banyak tempat yang kami explore hari ni. Ingat nak meronda di area Ikebukuro dulu tapi rasanya dah takde tenaga nak melangkah. Kami berjalan perlahan-lahan menuju ke hotel. Sampai di Prince Hotel jam 9.00 malam. Bersihkan diri, kemas apa yang patut, berehat dan tidur. Bersedia untuk hadapi hari esok yang sudah pastinya memerlukan langkah yang lebih panjang. Wallahualam..

JR Yamanote Line from Shibuya Station to Ikebukuro Station
Luggage storage di Ikebukuro Station.. Ada 3 saiz..
Menu KFC.. Nampak sedap tapi apakan daya..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Subway tickets : RM20.80
  - Dinner               : RM32.50
  - Jumlah              : RM53.30

**Day 03 Expenses: RM84.80

*Website yang membantu: